BD Special Chap 3

Drama Completed 204768

Izz Aydin memeluk tubuh berdiri dihadapan balkoni suite milik suaminya. Angin sejuk yang menyapa tubuh tidak sedikitpun memujuk hati yang masih diamuk cemburu.

Razin berjalan mendekati Izz Aydin. Tangan wanita itu diraih dan dikucup perlahan walaupun wajah Izz Aydin masam mencuka memandangnya.

"Abang tak kata tak boleh cemburu tapi kawal rasa tu. Ni dah tiga hari sayang acuh tak acuh layan abang. Abang terasa hati dengan layanan sayang macam ni. Bila abang nak jelaskan keadaan sebenar, sayang tak nak dengar. Sayang nak abang buat macam mana lagi." Lembut tutur Razin memujuk sang isteri.

Giliran Izz Aydin pula terdiam. Wajah Razin direnung sekejap dengan perasaan bersalah yang mula bersarang.

"Walaupun sayang selalu depan mata abang, rasa rindu tu sentiasa ada. Rindu layanan sayang, pelukan sayang, manja sayang pada abang. Dah-dah la merajuk tu. Sayang tak rindu abang ke?" Razin melembutkan pandangan merenung wajah kesayangannya itu.

Izz Aydin turut membalas pandangan redup sang suami. Tipulah kalau tidak rindu. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya sendiri yang senang berubah itu.

Apabila merasa takungan air mata mula terbit, Izz Aydin menundukkan kepala merenung jemari yang masih didalam genggaman Razin. Lantas jemarinya turut membalas genggaman itu sebelum tangan Razin diraih dah dikucup perlahan.

"Saya minta maaf.." ucap Izz Aydin sebak. Dek rasa bersalah dengan layanan dingin kepada sang suami, airmatanya mula mengalir lebat. Sehinggakan Razin sendiri terkejut melihat esakkan halus wanita itu.

"Ehh.. sayang.. kenapa menangis ni?" Soal Razin lembut. Wajah menunduk Izz Aydin dipandang sebelum tubuh wanita itu dibawa ke dalam dakapan.

Mendengar suara lembut pujukan Razin itu semakin membuatkan Izz Aydin mengesak tangisan. Seketika Razin membiarkan sahaja isterinya melepas rasanya sendiri. Sambil itu dia mengusap perlahan belakang Izz Aydin dan sesekali kucupan hangat diberikan didahi wanita itu.

Setelah Izz Aydin kelihatan tenang, Razin membawa wanita itu masuk ke dalam dan duduk bersama disofa. Izz Aydin menyeka air mata.

"Saya minta maaf tak layan abang sebaiknya. Saya sendiri tak faham dengan mood saya sendiri kebelakangan ni. Saya sepatutnya dengar penjelasan abang dulu tapi sebab layankan sangat rasa jealous tu, sampai abang yang terasa hati dengan saya. Maafkan saya abang.." luah Izz Aydin. Air matanya mengalir lagi tetapi lekas diseka oleh Razin.

"Tak apa. Abang maafkan. Abang faham, dengan keadaan sayang macam ni. Penat layan Rizqi yang asyik meragam. Abang pun nak minta maaf. Sepatutnya abang berterus terang pasal PA abang tu dari dulu lagi." Jelas Razin. Riaknya tampak serius memandang Izz Aydin.

Izz Aydin mula rasa tidak senang. "Terus terang pasal PA abang? Kenapa dengan dia?"

"Hmm sayang dah tengok kan PA abang tu. Muda, seksi."

"So? Ke abang yang suka dia? Aaaa abang jangan macam-macam!" Izz Aydin sudah bersedia mengepal penumbuk dihadapan Razin, menyebabkan lelaki itu melepas ketawa. Lucu melihat lagak samseng isterinya tika itu.

"Tak la sayang. Dia yang suka abang. Banyak kali jugak dia cuba goda abang tapi abang tak layan." Jawab Razin dengan riak bangga. Bangga tidak termakan godaan wanita lain.

Izz Aydin mengecilkan kelopak mata, menjeling ke arah Razin. "Boleh percaya ke? Entah-entah abang yang sengaja biar dia syok kat abang kan. Kalau tak, takkan dia berani nak berkali-kali goda abang tu."

"Betullah sayang. Sayang ni macam lah tak kenal abang macam mana. Selama ni pernah nampak ke abang layan perempuan lain? Pernah nampak abang ni nak menggatal kalau tak dengan sayang je?"

Izz Aydin menyembunyikan senyuman. Dia sangat mengenali lelaki bernama Razin itu. Seorang yang beku dan garang apabila bersama orang lain tetapi dengan dirinya? Perwatakan lelaki itu sangat lain! 360° bertukar!

Bersamanya, Razin sememangnya seorang yang penyayang, romantik dan sangat pentingkan keluarga. Keutamaan lelaki itu pastilah untuk sang isteri yang sangat dicintai dan juga anak-anak.

"So.. masih nak merajuk cemburu lagi tak ni? Kalau masih, abang tidur dengan Rizqi je lah. Atleast ada jugak yang peluk abang tidur masa sayang tak sudi dengan abang ni." Ujar Razin dengan nada rajuk.

Segera Izz Aydin menggeleng dengan senyuman. Tangan Razin dibawa memeluk tubuhnya dan kepala direbahkan didada lelaki itu.

"Masa merajuk je tak sudi. Sekarang dah sudi. Hehehe.." tersengih-sengih Izz Aydin sambil menghidu bau badan suaminya. Hmm wangi! Perfume apa dia pakai pulak ni?!

"Abang pakai perfume apa ni? Wangi.." hidungnya digesel ke dada Razin dengan mata yang terpejam. Bau itu sangat menenangkan.

"Perfume? Mana ada pakai perfume. Lepas sayang mengadu asyik pening sebab perfume abang, abang tak pakai apa-apa perfume dah. Ni pun abang pakai syampoo and body shower Rizqi. Nasib lah badan tak hangit." Terlepas ketawa dibibir Izz Aydin.

"Patutlah cepat je habis syampoo Rizqi tu. Abang yang pakai rupanya."

"Dah semua bau sayang tak suka. Abang pakai je la tu. Tapi sayang kata wangi tadi kan. Okay la tu. Tak lah sayang asyik pening mual, mengelak nak dekat dengan abang."

Izz Aydin mengangguk dengan senyuman dibibir. "Hmm wangi. Saya suka bau ni.."

Razin mengemaskan dakapan. Berkali-kali kepala isterinya itu dikucup sambil mengelus lembut diperut Izz Aydin. Terasa gerakan halus diperut isterinya itu.

"Esok abang temankan saya check up tak?" Soal Izz Aydin.

"Mestilah. Tapi lepas abang habiskan meeting dengan staff dulu. Lepas kita lunch, kita pergi check up terus okay."

"Okay. Kita buat detail scan sekali nak tak?"

Berkerut dahi Razin "Detail scan? Bukan sayang tak nak scan ke? Kata nak surprise."

"Saja la nak buat. Saya rasa mengandung kali ni lain lah. Kalau ikutkan, usia kandungan baru 4 bulan tapi nampak besar je perut ni. Isteri kawan abang tadi pun tegur."

"Dia tegur apa? Abang nampak okay je. Sama macam Rizqi dulu. Just kali ni sayang cepat loya, mual, sensitif dengan bau.. dan paling ketara, cemburu sayang tu. Alahai.. seram lah. Susah nak pujuk!"

"Abang!" Izz Aydin menegakkan tubuh, memandang Razin yang menahan ketawa.

"Malas lah nak layan abang ni. Tidur lagi bagus. Uwekk!" Sempat Izz Aydin menjelirkan lidah ke arah Razin sebelum melangkah pergi.

Meletus ketawa Razin melihat ulah isterinya itu sebelum ikut mengejar wanita itu ke bilik tidur.

*****

"Tahniah Izz. Tak sia-sia buat detail scan kali ni kan." Ucap Humaira sambil menghulurkan sekeping kertas bergambar bersama buku berwarna merah jambu kepada Izz Aydin.

Tunak anak mata Izz Aydin memandang gambar diatas kertas itu. Bergenang air matanya.

"Pesanan akak macam biasa lah. Jaga kesihatan, pemakanan. Akak rasa tak perlu dah Izz breastfeed Riqzi lagi dengan usia kandungan Izz sekarang ni. Dia kan dah start makan and masa 6 bulan awal dulu pun dia fully breastfeed dari Izz kan."

Izz Aydin mengangguk faham. "Haah.. Thank you kak Maira."

"Sama-sama. Rugilah Zin tak ikut tadi. Kalau tak, mesti dia happy sangat. Memang dia teringin sangat nak kembar ni." Kata Humaira seraya ketawa kecil.

"Tu lah.. sepatutnya dia ikut tapi last minute cancel sebab ada urgent meeting. Jadi, terpaksa lah saya sorang yang datang."

"Tak pa. Nanti boleh surprise dia." Cadang Humaira tersenyum .

Izz Aydin mengangguk lagi dengan senyuman yang masih meniti dibibir. Kembar rupanya baby mama. Pandai menyorok awak yang seorang ni ye..nakal lah..

*****

Gembira dan bahagia.

Perasaan itulah yang sentiasa bersarang didalam hati Izz Aydin sedari tadi. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sambil mengusap perut.

"Puan balik dengan tuan ke?" Soal pemandu peribadinya setelah kereta dipandu tiba di hadapan hotel Imperial.

"Ya. Saya balik dengan tuan. Awak boleh balik terus lah." Jawab Izz Aydin lalu turun dari kereta.

"Err betul ni? Ke nak saya tunggu sebentar?"

"Betullah. Tak payah tunggu." Kelihatan serba salah pemandu peribadinya itu mengangguk.

"Okay lah. Tapi kalau puan nak balik sendiri, bagitahu saya. Saya akan datang jemput puan semula."

Izz Aydin ketawa kecil melihat pemandunya itu. "Ya.. awak jangan risau. Apa-apa nanti saya akan bagitahu. Takut sangat lah tu kalau tuan marah kan."

Tersengih pemandunya sambil menggaru kepala. Gila tak takut! Baru beberapa hari lepas dia dimarahi Razin kerana membiarkan Izz Aydin balik menumpang Rafael.

Izz Aydin menutup daun pintu kereta dan berjalan memasuki hotel Imperial. Sempat dia menyapa beberapa orang pekerja disitu dengan senyuman.

Langkahnya mendadak berhenti apabila terpandang Aleya dihadapan kaunter penyambut tetamu. Saat itu Aleya turut memandang Izz Aydin namun terus melarikan anak mata. Kaget berhadapan dengam isteri majikannya itu.

Izz Aydin melangkah semula dan berdiri tegak dihadapan Aleya. Bibirnya tersenyum.

"Saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh?" ujar Izz Aydin.

"Err boleh puan.." Terkulat-kulat Aleya mengangguk walaupun didalam hati ditujah ketakutan. Dia nak maki aku ke ni.. mampus aku!

****

Razin memerhatikan sahaja gerak-geri Izz Aydin dihadapannya. Lagak bersahaja wanita itu terlalu merisaukannya. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

Siang tadi dia terlihat Izz Aydin berbual dengan Aleya di cafe hotel mereka. Entah apa dibualkan pun tidak tahu.

Lantas isterinya itu didekati dan punggung dilabuhkan duduk disebelah Izz Aydin yang sedang sibuk membelek telefon bimbitnya sedari tadi.

"Tadi sayang borak apa dengan Aleya?" Soal Razin ingin tahu. Tangannya spontan mengusap perut Izz Aydin sebelum dicium sekejap.

"Borak kosong je." Jawab Izz Aydin ringkas.

"Tu je? Takkan lah. Abang tengok Aleya macam takut je dengan sayang. Ke sayang ada marahkan dia?"

"Marah tu tak ada lah. Saya bagi nasihat je. Dan.."

"Dan apa?" Razin mula tidak senang duduk. Tangannya beralih menggenggam jemari Izz Aydin pula.

"Dan warning supaya jangan cuba-cuba nak goda abang kalau tak nak makan pakai straw." Meletus ketawa Razin. Lagi-lagi melihat riak selamba isterinya itu.

"Eleh.. tak padan dengan perut besar nak warning orang pulak dia ni. Sebelum sayang, abang dah awal warning si Aleya tu. Lepas ni dia takkan berani buat yang bukan-bukan dah."

Izz Aydin turut ketawa. Setuju dengan kata suaminya itu. Aleya sendiri sudah meminta maaf dengan kelakuannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

Izz Aydin menjeling pula ke arah Razin. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada lelaki itu.

"Err abang. Kalau kita dapat baby boy lagi abang nak bagi nama apa?"

Berkerut kening Razin memandang Izz Aydin sebelum bibirnya mengoyak senyuman.

"Baby boy lagi ke dalam ni?" Soal Razin teruja lalu mengusap perut Izz Aydin.

"Mungkin... Alaa abang jawab la soalan saya dulu." Manja Izz Aydin meminta sang suami menjawab soalannya tadi. Razin ketawa kecil memaut bahu Izz Aydin.

"Okay okay. Baby boy eh. Ermm Rizman? Okay tak? Atau pun Ridhwan. Sayang rasa yang mana satu okay?"

"Hmm okay.. kalau baby girl?"

Soalan dibalas soalan? Pelik.. hm. Layan kan aje lah.

"Baby girl.. Err Reandra, bermaksud cerdas dan bijaksana. So, okay tak nama tu?"

Tersipu-sipu Izz Aydin mendengar. " Kalau macam tu, kita pilih nama Ridhwan dengan Reandra lah. Dua dua nama ada maksud yang baik."

"Sayang nak dua-dua? Maksud sayang?" Razin memandang tepat diwajah Izz Aydin. Dadanya berdetak hebat menanti jawapan isterinya. Tetapi Izz Aydin cuma menjengketkan kedua bahu memandang Razin.

"Sayang.. ada sorok apa dengan abang ni. Baik cakap cepat sebelum abang terkam sayang ni. " ugut Razin dengan senyuman yang terukir sendiri.

Izz Aydin ketawa melihat riak teruja suaminya itu. Dia sendiri naik geram dengan riak lelaki itu. Lantas bibir lelaki itu dikucup lama dengan penuh rasa cinta.

"Ridhwan dan Reandra.. anak-anak kita.. adik- adik Rizqi dan Adelia." Lembut suara Izz Aydin memberitahu.

Razin terkesima. "Twin? Seriously sayang? Tak berguraukan?" Bertubi soalan terbit dari bibir Razin. Seakan tidak percaya.

Izz Aydin mengangguk seraya menunjukkan gambar imbasan kandungannya siang tadi. Wajah Razin tika itu sangat mencuit hatinya sebagai seorang isteri. Terlihat genangan air jernih ditubir mata lelaki itu.

Kembar?? Ya Allah.. terima kasih ya Allah...

Pantas tubuh Izz Aydin didakap erat bersama kata syukur yang tidak henti diungkap didalam hati.

"Abang suka kita bakal dapat baby twin?" Soal Izz Aydin dengan senyuman.

"Abang suka dan bersyukur sangat. Thank you sayang. Selalu tunaikan keinginan abang. Abang happy sangat."

"Allah yang tunaikan permintaan abang dan saya sebagai pengantara je. Saya pun bersyukur dengan semua yang Allah dah berikan pada kita selama ni."

"Ya sayang. Alhamdulillah. Tak ada yang lain yang abang nak selain dari bahagia sampai akhir hayat abang dengan sayang jika diizinkan Allah."

"Saya pun. Rasa syukur sangat ada abang, Adelia, Rizqi dan anak-anak yang bakal lahir nanti." Ucap Izz Aydin.

Razin mengucup sekilas bibir Izz Aydin.

"Patutlah mood, perangai dia senang berubah. Cemburu pun lain macam. Ada dua rupanya kat dalam tu." Ujar Razin sambil mencuit hidung Izz Aydin yang sedang tersengih. Pipi Izz Aydin turut dikucup bertalu-talu sebelum bibir wanita itu menjadi sasaran.

Agak lama kucupan itu berlansung dan Izz Aydin tersenyum membiarkan kelakuan suaminya sehinggalah Razin melepas dan menarik nafas dalam. Nafasnya kasar dan berombak.

"Kenapa? Penat ke?" Sengaja Izz Aydin menyoal begitu sedangkan dia tahu lelaki itu sedang mengawal nafsu yang mula melonjak naik.

Razin tayang riak macho. "Tak lah. Jom tidur. sayang tu mesti penat kan. Dah lah terpaksa pergi clinic sorang-sorang tadi."

Razin bangun dari kerusi tetapi dihalang oleh Izz Aydin sehingga lelaki itu terduduk semula. Dengan wajah menggoda Izz Aydin duduk dipangkuan Razin sambil menghadap lelaki itu.

"Saya tak penat dan tak nak tidur lagi lah.." Perlahan Izz Aydin merapatkan wajahnya dan mencium segenap wajah Razin. Jemarinya turut menari-nari dibadan sasa milik suaminya.

Razin tersenyum suka. Yes! Lama tak dapat ni..! Lantas dibiarkan kelakuan isterinya itu.

"Sayang ni kalau nak tu, tak warning-warning eh. Main terkam je sekarang kan." Seloroh Razin. Dada yang mula berombak semakin galak dibelai Izz Aydin.

Chup!

Kasar dan berahi ciuman Izz Aydin itu. Menyebabkan Razin terdiam dan turut membalas.

"Okay. My turn.." tersenyum Izz Aydin mendengar bisikan Razin. Lantas dibiarkan tubuhnya diteroka sang suami dengan penuh rasa cinta yang menggebu dan mekar setiap hari

"Alhamdulillah.. I love you..Lillahi Ta'ala..."

Sepanjang hidupnya cuba mencari cinta dengan mencari redha Allah. Malah setiap doa yang dipanjat dan ditahan selama ini digantikan dengan yang lebih baik dari apa yang dibayangkan. Alhamdulillah! Ucap hati Izz Aydin.

Lelaki bergelar suami yang sentiasa ada untuknya dan anak-anak yang sentiasa berkasih sayang. Kini, bagi Izz Aydin tidak ada satu pun usaha yang akan disia-siakan. Lambat atau cepat memperoleh balasannya, jika tidak didunia In Sha Allah di Syurga Allah nanti. Dia juga sentiasa memohon dan berdoa agar terus kuat menjadi isteri yang sempurna buat suami dan ibu yang baik kepada anak-anak.

Aamiin ya rabbal'alamin...

Maka tamatlah novel BD. Tirai dah labuh, pintu dah tutup, pagar pun dah kunci untuk BD ni..hihi thank you yang support maz. kita jumpa utk next novel ya. muah! :* boleh follow ig m.a.z_np utk tgk video, gambar. boleh iugak dm maz kalau nak sembang² ;)

Share this novel

Ila Azilah
2023-02-03 00:55:47 

Alhamdulillah..happy ending..marathon baca.. best ceritanya..tahniah maz menghasilkn karya yg menarik..

Wan Hamilah E'lah
2021-03-14 18:32:29 

best jalan cerita nie... ade sedih, gembira, lawak, rasa cinta... saya suka jln cerita dia... nt smbung kisah raf plak... nt selik la cikit kisah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience