Bab 54

Drama Completed 204768

Sejambak bunga ros dipandang sekilas bersama senyuman dibibir. Pemanduannya bersahaja tanpa gopoh menuju ke sebuah hospital swasta yang terletak di ibu kota. Kereta diparkirkan dikotak parkir dan langkah kaki dibawa menuju ke dalam hospital itu. Cukup santai bersama sejuta rasa.

Setibanya dikaunter, anak matanya disapa mesra oleh salah seorang pekerja di Prince Court Medical Centre itu. Belum sempat pekerja itu bertanya, dia sudah menyatakan hasratnya ke situ.

"I nak jumpa nurse nama Syamina." Lancar kemahuannya dilontarkan.

Belum sempat pekerja itu memanggil Syamina, sudah muncul wanita itu ke hadapan kaunter sambil menyerahkan satu fail berwarna putih.

Syamina menoleh ke kiri dan tersentak sedikit apabila melihat Rafael dihadapannya sambil memegang sejambak bunga ros segar. Wajah manis lelaki itu mekar dengan senyuman.

"Eh Raf.. buat apa kat sini? Nak melawat orang ke?" Soal Syamina. Bibirnya dipaksa mengukir senyuman.

Rafael tersenyum manis melihat wajah ayu milik Syamina itu. Sejak pakai tudung, makin cantik lah! Puji hati Rafael.

"I nak jumpa you. Here.. this beautiful flower is special for beautiful lady." Rafael menyerahkan jambangan bunga ros itu kepada Syamina tetapi Syamina menyambut lambat-lambat. Tersipu malu dirinya apabila rakan sekerja di kaunter itu mula tersengih mengusik.

Syamina menarik Rafael ke ruang lebih tersorok. Dia tidak mahu timbul gosip kurang enak di antara mereka.

"You buat apa sebenarnya kat sini Raf? Takkan saja-saja datang nak bagi bunga ni." Tebak Syamina rambang walaupun hatinya suka menerima kedatangan mengejut lelaki itu.

"I rindu you. Sebab tu i datang sini, bagi sendiri bunga ni. And i masih tak dapat jawapan lagi pasal lamaran i hari tu. Dah lama i tunggu and bagi masa."

Syamina terdiam merenung bunga ditangannya. Harus alasan apa untuk diberikan kepada Rafael. Untuk menerima, dia masih tidak pasti akan keikhlasan lelaki itu. Untuk menolak? Kenapa rasa berat bibir mahu mengata tidak menerima lamaran itu?

"Betul ke you ada boyfriend? Sebab tu you tak nak terima I?" Soal Rafael ingin tahu.

Syamina masih diam. Jarinya menguis-nguis jambangan bunga ditangannya. Sempat didalam hati memuji kecantikan bunga ros segar itu.

Rafael pula semakin gelisah melihat kebisuan Syamina, tidak menjawab pun soalannya. Kenapa susah sangat nak dengar jawapan ya atau tidak dari bibir itu.

Rafael mengeluh halus. "You nak terima lamaran siapa sebenarnya? Ada orang lain yang dah lamar you ke selain dari I? Just tell me Syam. I tak nak terus berharap kalau you ada orang lain."

Syamina meluruskan pandangan tepat diwajah keruh Rafael.

"Boleh tak bagi I masa lagi. I tak tahu nak bagi jawapan apa. I sendiri tak tahu sama ada you ikhlas nak kan I atau you saja nak kan i sebab nak lupakan kekecewaan you pada Izz."

Terpempan Rafael mendengar.

"Kenapa semua nak pertikaikan kekecewaan I dengan Izz? Dia dah jadi kakak ipar I and I admit i still love her but i love you more Syam. You cinta pertama I dan you sentiasa dalam hati I dari dulu lagi." Luah Rafael seikhlasnya. Dia buntu harus apa lagi perlu dilakukannya untuk membuktikan bahawa dia sedang cuba melupakan wanita bernama Izz Aydin.

Syamina mati kata. Mata coklat milik Rafael masih dipandang tunak bersama secebis rasa cinta yang masih tinggal untuk lelaki itu.

"You nak masa. Fine.. i boleh bagi tapi kalau lepas ni you masih tak terima, I tak akan muncul depan you lagi. I tahu you benci I sebab kisah dulu tapi I tetap nak you tahu, I tak pernah lupakan you, pasal kita and i still love you from the first day we met until now." Keras nada Rafael meluah perasaan. Biar Syamina tahu akan keikhlasannya memperisterikan wanita itu.

Rafael terus berlalu meninggalkan Syamina disitu dengan perasaan yang tidak puas. Hatinya sebal, membebel sendiri bersama kayuhan kaki yang melangkah laju.

Sikit-sikit nak kaitkan frust aku. Ingat aku tak reti nak move on ke. Takkan aku nak bergusti dengan abang Zin baru korang nak percaya. Mentang-mentang aku bekas playboy. Ergh!

*****

Kereta mercedez benz c200 dipandu perlahan memasuki perkarangan rumah Humaira. Kedatangannya disambut mesra oleh Humaira dan Adelia yang sudah sedia menunggu dihalaman rumah sambil bermain.bPemergiannya itu juga semestinya dengan persetujuan dari suami tersayang.

Tanpa menunggu lama, enjin kereta dimatikan sebaik kereta diparkir dan langkah kaki dibawa terus ke arah Adelia dan Humaira.

"Mama!" Teriak Adelia teruja. Kakinya
berlari anak mendapatkan Izz Aydin yang sudah mendepa kedua tangan menyambutnya.

"Adelia!" Izz Aydin turut melajukan langkah dan memeluk erat tubuh kecil Adelia sebelum pipi gebu Adelia dikucup bertalu-talu.

"I miss you mama.."

"Mama miss you too sweety. Main apa dengan mommy ni sampai berpeluh-peluh ni?" Soal Izz Aydin. Peluh didahi Adelia dilap sekejap dengan telapak tangan. Matanya turut menyapa Humaira yang sedang memerhatikan mereka berdua.

"Main bubbles. Seronok. Jom la kita main sama-sama." Adelia menarik tangan Izz Aydin supaya mengekorinya dan Izz Aydin menurut dengan senang hati.

Kedua mereka melangkah menghampiri Humaira yang sedang duduk di bangku halaman itu.

Humaira tersenyum menyambut kedatangan Izz Aydin. Stik buih berwarna merah dihulurkan dan Izz Aydin bermain sebentar bersama Adelia.

Ketawa riang Adelia apabila buih-buih besar mula terbentuk. Makin suka hatinya bila buih-buih halus turut terbentuk dan meletup apabila disentuhnya.

Seketika bermain, Adelia mula kepenatan dan mengajak Izz Aydin duduk dikerusi tempat Humaira. Kelihatan orang gaji mereka menghidangkan minum petang yang sudah diletakkan di atas meja dihadapan Humaira.

"Izz, minum lah. Ada kek pisang ni je. Tadi akak ingat nak buat karipap tapi tak jadi. Tiba-tiba pulak rasa malas." Tertawa kecil Humaira. Segelas air teh panas turut dihidangkan dihadapan Izz Aydin bersama kek pisang yang sudah dipotong.

"Tak apa. Saya datang pun saja nak tengok Adelia ni. Sekali bagi ni." Ujar Izz Aydin sebelum menyerahkan satu beg plastik kepada Humaira.

Sekilas Humaira membelek dan bibirnya tersenyum menerima barangan yang diberi Izz Aydin itu.

"Susah-susah je bagi ni. Macam mana phuket? Mesti panas kan."

"Tak susah pun setakat souvenir tu. Panas jugak lah. Sampai sakit kepala saya dibuatnya. Hari tu pergi pun kena balik awal sebab abang Zin ada hal urgent."

"Oh macam tu. Tapi sempat lah honeymoon kan. Harap-harap ada lah berita gembira lepas ni." Ujar Humaira lalu tersenyum. Tangannya naik mengusap perut bulat miliknya sambil diperhatikan Izz Aydin.

Tinggal dua bulan lagi dia akan bersalin. Perasaan teruja sentiasa bermain diminda, sama seperti keterujaan mengandungkan Adelia dulu.

Izz Aydin berfikir sejenak memeehati tingkah Humaira. Tercuit hatinya. Dia sebenarnya punya tujuan lain datang berkunjung ke rumah Humaira pada petang ini. Bukan sekadar mahu bertemu Adelia dan memberi buah tangan sahaja.

"Err akak. Saya sebenarnya ada benda lain nak tanya akak ni."

Humaira terus memandang ke arah Izz Aydin. "Apa dia? Tanyalah."

"Err selalunya pregnancy kit tu, keputusan dia memang 100% accurate ke?"

"Hmm tak semestinya. Kadang-kadang ada juga ralat pada alat tu. Kenapa Izz tanya soalan ni?"


Izz Aydin tersengih dahulu sebelum menyeluk beg tangannya. Kotak berwarna putih dikeluarkan dan seterusnya isi kandungan kotak itu pula dikeluarkan dari kotak tersebut

"Kalau macam ni?" Izz Aydin menyuakan kit ujian kehamilan itu kepada Humaira.

Humaira tanpa lengah terus mendekat. Bukan dia tidak tahu apa yang ditunjukkan Izz Aydin itu. Melihat kotak sahaja dia sudah dapat mengagak kandungan kotak itu.

"Ya Allah Izz.. betul ke ni?" Soal Humaira teruja. Sebelah tangannya naik menutup mulut.

"Saya pun tak sure. Sebab tu saya datang sini nak tanya akak."

"Razin tahu tak pasal ni?"

"Saya tak bagi tahu dia lagi. Masa check pun saya masih was-was betul ke tak. Lagipun akak jugak ada kata tadi kadang-kadang ada ralat pada alat tu."

"Eh apa pulak was-was. Clear double line ni. Memang Izz mengandung lah." Kata Humaira yakin. Kit ujian kehamilan itu diserahkan semula kepada Izz Aydin.

Melihat riak Izz Aydin itu, Humaira merasa dia perlu lakukan sesuatu untuk meyakinkan wanita itu lagi.

"Takpa. Kita try lagi sekali. Akak masih simpan test kit ni kat dalam bilik. Jom ikut akak."

Humaira memimpin tangan Adelia masuk ke dalam rumah sementara Izz Aydin membuntuti.

Didalam hati Izz Aydin masih was-was bercampur berdebar. Mujur dia tergerak hati mahu berjumpa dengan Humaira sebelum dia sendiri ke pergi ke klinik untuk pengesahan lagi.

****

Humaira menunggu di luar bilik air sementara Izz Aydin melakukan sekali lagi ujian kehamilan. Tidak lama kemudian pintu bilik air dibuka perlahan dan Humaira terus menerpa kearah Izz Aydin.

"Macam mana?" Soal Humaira tidak sabar.

Kit ujian kehamilan bertukar tangan dan terlihat jelas dua garis merah di atas kit ujian itu. Melopong Humaira gembira.

"Tahniah!. Izz memang mengandung lah. Akak yakin sangat. Kalau ikut kiraan last period yang Izz bagi tadi, Izz dah pregnant 8 minggu dah." Beritahu Humaira dengan perasaan teruja.

Izz Aydin terkaku dalam kegembiraan. Aku mengandung? Ya Allah.. alhamdulillah.. kedua dibawa meraup wajah tanda syukur yang tak terhingga. Terlayar wajah kegembiraan Razin apabila mengetahui nanti.

Humaira memeluk erat Izz Aydin bersama ucapan tahniah yang berulang kali diucapkan. Dia turut gembira dengan perkhabaran itu.

Adelia muncul dari dapur dan memeluk kedua-dua wanita yang masih berpeluk erat itu. Walaupun dia tidak tahu apa yang menggembirakan Humaira dan Izz Aydin, dia tetap mahu berkongsi kegembiraan itu.

Humaira meleraikan pelukan seraya memandang ke arah Adelia.

"Lepas ni Adel ada dua adik tau. Mama pun ada baby macam mommy. Adel suka tak?" Tanya Humaira gembira kepada Adelia.

Adelia mengangguk tetapi berfikir. Masih mencerna berita yang baru disampaikan Humaira. Seketika, perlahan kepala kecil itu mengangguk seraya tersenyum.

"Mestilah Adel suka tapi Adel lagi suka kalau adik nanti baby girl. Boleh teman Adel main princess." Ceria Adelia memberitahu keinginannya.

Tertawa Humaira dan Izz Aydin mendengar permintaan Adelia. Didalam hati Izz Aydin sudah terlalu gembira saat itu. Tidak sabar menanti kepulangan suami tersayang.

****

Satu kotak kecil berwarna merah hati diikat dengan tali berwarna hitam. Sekeping kad ucapan turut disertakan selepas bibir merah jambunya mengucup diatas kad itu, meninggalkan kesan bibirnya disitu.

Selepas itu, kotak itu diletakkan didalam almari pakaian Razin. Kejutan buat suami tersayang yang akan pulang esok hari. Hatinya melonjak riang menanti kepulangan itu.

Izz Aydin kemudiannya duduk menyandar dibirai katil dengan skrin telefon yang masih menyala. Terlihat jelas wajah Razin di skrin telefon itu, sedang berbual dengannya melalui panggilan video.

"Tak sabar lah nak balik esok." Luah Razin dengan penuh rasa kerinduan.

"Saya pun. Rindu sangat kat abang." Luah Izz Aydin pula. Sebelah tangannya mengusap lembut diperut kempisnya tanpa terlihat oleh Razin. Berita kehamilannya itu belum lagi diberitahu kepada suaminya.

"Esok sayang tak perlu jemput abang kat airport. Daniel boleh hantarkan abang nanti."

"Alaa tak nak la. Saya nak jugak jemput abang. Lagipun saya ada sesuatu nak bagi tahu abang and it's a surprise!"

"Surprise? Bagi tahu sekarang lah." Pinta Razin tidak sabar.

"Mana boleh. Kena esok jugak baru lah best bila abang ada depan mata saya. Sabar sikit ya." pujuk Izz Aydin sambil mengenyitkan mata.

"Okay sayang. Anything for you. Abang pun ada surprise untuk sayang." Giliran Razin pula membuat isterinya rasa tidak sabar.

"Wow.. surprise for surprise. Okay. Saya suka.." balas Izz Aydin teruja.

Kedua mereka terus berbual sehinggalah Izz Aydin tertidur. Penat seharian akibat terlampau gembira mendapat tahu dirinya hamil.

Razin memerhatikan sahaja wajah kesayangannya itu lena diulit mimpi. Seolah tiada apa yang mengganggu tidur lenanya.

Ermm dia ni lupa ke lusa hari jadi dia? Ke dia buat-buat tak tahu? Ahh tak kisah lah. Asalkan hadiah tu dah siap.. Sayang.. I miss you and love you so much!

Panggilan video dibiarkan sahaja. Sesekali anak mata Razin memandangan ke luar tingkap hotel didudukinya. Bibirnya mengukir senyuman. Tidak sabar menanti kemunculan esok hari untuk bertemu dengan isteri tersayang.

******

Lebar senyuman dibibir Izz Aydin sebaik kelibat Razin muncul dihadapan pintu ketibaan. Walaupun sudah ditegah jangan datang menjemput, dia tetap datang. Sudah terlalu rindu katanya.

Tangan suaminya itu diraih dan dicium lembut sebelum suaminya mengucup dahinya.

"Assalamualaikum abang.. rindunya." Ucap Izz Aydin lalu memeluk erat Razin. Tidak peduli dengan orang sekeliling yang lalu lalang disitu melihat kemesraan mereka.

"Waalaikumussalam sayang.. abang pun rindu tapi kena jaga-jaga. Ramai orang ni. Jom kita masuk kereta dulu." Ajak Razin seraya menarik Izz Aydin berlalu bersamanya.

Daniel turut mengekori mereka keluar. Sempat melihat kemesraan pasangan itu sebelum anak matanya melihat kelibat isterinya menjemputnya.

Ketiga mereka melangkah bersama sebelum berpisah dipintu utama. Razin menyimpan beg bagasi kedalam bonet kereta sementara Izz Aydin berdiri ditepi kereta, menunggu suaminya sebelum memulakan perjalanan pulang.

Ralit anak matanya merenung wajah sang suami yang dirindui. Tidak sedar akan kemunculan sebuah motosikal dinaiki dua orang lelaki memecut laju mendekatinya.

Dua orang lelaki itu dari awal lagi sudah mengekori Izz Aydin sejak wanita itu keluar dari kawasan kondominium milik suaminya. Izz Aydin tidak sedikit pun perasan akan dua lelaki itu.

Visor helmet ditarik menutupi wajah sepenuhnya. Seorang memecut laju motosikal dan seorang lagi bersiap sedia mengeluarkan pisau, mengacu tajam ke arah mangsa.

Zappp!! Cukup pantas pergerakan berserta pecutan motosikal itu!

Izz Aydin tersentak dan mengundur perlahan.

Bergetar kakinya, lemah longlai apabila kesakitan menjalar ke segenap tubuh terutamanya dibahagian perut. Terlalu sakit!

Perlahan tangannya dibawa memegang dibahagain perut dan dipandang kejap. Cemas! Takut! Dan sakit!

"A.. Abang.." perlahan suaranya memanggil sebelum rebah menyembah bumi.

Tersentak kuat Razin melihat tubuh isterinya tiba-tiba jatuh menyentuh lantai. Baju isterinya pula membuak mengalirkan darah merah.

Razin menerpa laju ke arah Izz Aydin. Diangkat dan dipangku di atas riba. "Sayang! Sayangg. Kenapa ni.?! Ya Allah.."

Teriakan Razin itu menarik perhatian orang ramai termasuklah Daniel yang baru melangkah masuk ke dalam kereta. Terbantut langkahnya apabila mendengar jeritan dari suara yang sangat dikenali.

Sekuat hati Daniel berlari dan alangkah terkejutnya melihat Izz Aydin berlumuran darah, lemah dipangkuan Razin sebelum wanita itu menutup mata rapat.

"Sayangg! Bangun sayang.. Please wake up..!"

Triple surprises?? Jom follow ig m.a.z_np ;) eaee follow, rates and comments. tqq ;*

Share this novel

esther marcus
2020-12-06 21:56:20 

siallll...sah melissa pya kja ni...kat perut pla tu...hrp2 bby tak apa2....suprise dr melissa...


NovelPlus Premium

The best ads free experience