Bab 17

Drama Completed 204829

Izz Aydin menarik nafas dalam-dalam selepas selesai menghabiskan bacaan surah yaasin untuk disedekahkan kepada arwah ibu dan ayahnya. Kerinduan mula bertandang saat jiwanya terasa kosong dan dahagakan kasih sayang.

Sebuah bingkai gambar diatas meja dicapai dan diusap perlahan. Gambarnya bersama mak dan ayah semasa masih berumur 10 tahun ketika itu ditatap lama. Wajah yang ceria selepas mendapat hadiah dari ayah yang berupa anak patung beruang comel.

Lantas bibirnya turut mengukir senyuman.

Dia menyandar dikepala katil sambil memeluk bingkai gambar itu. Mungkin boleh melepas kerinduan sedikit andai wajah-wajah itu bertandang didalam mimpinya. Lama-kelamaan matanya terasa memberat dan dia tertidur.

"Mak..! Mak..!" Terdengar satu suara kecil memanggil perlahan, namun mendayu-dayu.

Izz Aydin turut mencari suara itu namun tidak terlihat dari mana datangnya. Suasana tiba-tiba gelap berkabus membataskan pemandangan mata.

"Jangan ikut mak! Bahaya!" Tegah satu suara wanita pula. Terdengar esakkan halus bersulam dengan suara itu.

Izz Aydin menoleh-noleh, meluaskan pandangan. Mencari!

Hah! Itu dia! Akhirnya dia dapat menangkap susuk seorang wanita sedang berlari menjauhinya. Dia ikut mengejar bersama anak kecil yang sedang berlari ke arah yang sama. Cuba ingin tahu siapa dua orang itu.

Kakinya laju melangkah, melintasi belukar dan semak samun. Sehingga luka-luka tapak kakinya yang tidak memakai selipar mengejar wanita itu. Bajunya lencun kebasahan dek peluh yang terbit laju disetiap liang roma.

"Jangan pergi mak! Jangan..!" Esakkan anak kecil pula kedengaran. Semakin dia mengejar, semakin jauh susuk yang dikejar dan menghilang didalam kegelapan malam.

Dia kaku disitu, sambil memimpin tangan anak kecil tadi yang terdiam bersama linangan airmata yang mengalir. Darah mengalir dikaki tidak dipedulikan, lantas melangkah lagi sehingga kesebuah pondok buruk. Sunyi..

Tidak semena-mena, dia terlihat lampu menyala terang semakin mendekatinya. Laju! Dan tidak perlahan sedikit pun!

"Mak...!!!"

Bammm!!!!!

Tubuhnya melayang dan terpelanting jauh lalu mengena dahan yang patah. Matanya melihat anak kecil tadi sudah tiada disitu. Kemana dia menghilang? Yang cuma ada susuk seorang lelaki jatuh pengsan disebalik cahaya tadi. Siapa tu.. tolong..

Bisa-bisa hentaman kereta tadi mula menjalar disegenap tubuh. Tangannya memegang pula perut yang terasa sakit dan pedih itu.

Darah???

Sakitnya..!!!! Argh!! Matanya terpejam, tubuhnya mengerekot menahan kesakitan yang maha hebat.

"Makkk..!!" Teriaknya bersama genangan air mata.

"Makk..!!! Makk..!!!" Dia menangis sekuat hati. Tangisan rindu dan kesakitan bersatu menjadi satu.

Terasa tubuhnya digoncang kuat pula. Pipinya ditampar perlahan berkali-kali.

"Izz!! Izz!!"

"Bangun Izz! Kenapa kau terjerit-jerit ni. Apa yang sakit. Ya Allah.."

"Makk..!! Sakit.!!" Tubuhnya masih mengerekot menahan perut.

Terasa pula percikan air membasahi muka. Dia terpampan tersedar dan terkejut sebaik wajah Yana yang menyapa pandangan.

"Yanaaa.." tangisannya melarut pula lalu menyembam mukanya dibahu Yana. Teresak-esak menangis seperti anak kecil.

"Apa yang sakit. Bagi tau aku Izz. Kenapa kau ni.." soal Yana kerisauan. Wajah Izz Aydin kebasahan dengan air mata di tahan kejap.

"Sakit Yana.. sakit. Ada darahh.." adu Izz Aydin dalam tangisan. Tangannya masih memegang perut.

Yana membelek baju Izz Aydin pula.

"Tak ada apa-apa Izz. Kau mimpi ni. Tengok, tak ada darah pun." Ujar Yana sambil menunjuk.

"Aku mimpi?" Yana mengangguk menjawab pertanyaan Izz Aydin yang turut melihat perutnya. Parut sejengkal itu dipegang sekejap. Tangisannya mula mengendur.

"Kenapa aku rasa macam sakit betul-betul?" Ujar Izz Aydin perlahan. Air mata yang masih bersisa dipipi diseka. Kenapa aku rasa sedih sangat masa dalam mimpi tadi? Siapa budak kecik tadi? Siapa..

Yana terpinga-pinga melihat kelakuan sahabatnya itu. Kehairanan juga ya.

"Kenapa Izz? Kenapa parut tu? Sakit ke?" Soal Yana kerisauan. Tadi dia baru masuk tidur. Terdengar suara Izz Aydin menjerit-jerit dan merintih menangis dibilik bersebelahan dengannya. Rupanya sahabatnya itu tidur mengigau sambil menangis. Lantas dia menerpa dan mengejutkan sahabatnya itu

"Yana, kenapa aku rasa parut ni bukan sebab abah aku? Kenapa aku rasa macam..lain?" Soal Izz Aydin tiba-tiba. Yana sudah semakin kebingungan.

"Kau jangan fikir sangat mimpi kau tu. Kau rindu sangat dengan mak ayah kau kan sampai mengigau macam ni."

"Tak! Aku rasa aku dah salah selama ni. Bukan sebab abah aku jadi macam. Semua sebab.. lelaki tu!" Jarinya ditunding kehadapan.

"Lelaki? Lelaki mana?" Soal Yana ingin tahu. Matanya spontan turut melihat kearah yang ditunjuk Izz Aydin.

"Aku tak tau. Aku tak tau!" Teriak Izz Aydin lalu memicit dahinya sedikit. Terasa pening sedikit memaksa otaknya mengingati wajah lelaki itu.

"Dah dah. Kau banyak sangat fikir ni. Kau tidur ya. Baca doa dulu. Supaya tak mimpi buruk lagi. Mimpi kan mainan tidur. Jangan fikir sangatlah." Pujuk Yana lembut. Dia mula kerisauan melihat keadaan sahabatnya seperti hilang arah itu.

Izz Aydin meraup mukanya perlahan sehingga ke tengkuk. Yana pula mula bergerak keluar selepas keadaan Izz Aydin kembali tenang.

Telekung yang masih melekap dibadan dibuka lalu berbaring diatas katil. Bayangan mimpi tadi masih segar bermain-main difikirannya. Sungguh terasa benar sekali dirasanya.

Lama dia merenung kipas disiling sehingga tertidur lagi. Kali ini, tidur dengan nyenyak sekali tanpa sebarang mimpi.

*******

Rafael membelek satu persatu kotak baldu dihadapannya. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat satu kotak berwarna hitam pekat yang dihiasi tali merah.

"Excuse me! Boleh bungkuskan ni dalam kotak ni?" Pinta Rafael kepada seorang jurujual disitu.

"Boleh tuan. Wahh.. pandai tuan pilih. Untuk girlfriend ke?" Usik jurujual itu. Dia sudah mengenali Rafael sejak kali pertama bekerja disitu. Mereka antara penyewa didalam Imperial mall itu.

Rafael tersenyum sahaja, seakan mengiyakan kata-kata jurujual itu.

"Hai Raf, beli hadiah untuk girlfriend baru ke? Yang nombor berapa ni?" Tegur seorang wanita yang tiba-tiba berdiri disebelah Rafael.

Rafael tersenyum nipis menyambut kedatangan mengejut wanita itu. Tetamu yang tidak diundang.

"One and only." Jawab Rafael yakin.

"Wow! Yakinnya kamu..!" Kata wanita itu sambil mengacukan jari telunjuknya ke dada Rafael. Rafael menepis jari itu agar menjauh.

"Don't simply touch me Melissa. Kita kat tempat awam and you are my future sister in law. I tak nak Abang Zin nampak kita mesra. Nanti orang tengok, tak manis pulak."

"Ouch! So scary.. grrr..! Sebelum ni okay je. Tak pula menolak." Melissa mengecilkan kelopak matanya lalu melihat hiasan berkilau disebalik almari kaca.

"You ni kejap mesra, kejap beku, garang je dengan I. Berjangkit dengan Razin ke?"

"None of your business. I nak beku kaku ke, garang ke, suka hati I. You datang sini nak mengacau orang kenapa? Baik you pergi office je. Razin ada kat sana, bukan merenyam kat sini. Jangan nak sama kan I yang dulu dan sekarang. Dah tak sama." Rafael menepis sedikit kot dibadan sambil menjeling kearah Melissa.

"Tak sama? Buaya dah jumpa mangsa baru nampaknyaa. Jual mahal sekarang eh.."

"Mahal ke, murah ke, I tak tayang badan I untuk tontonan orang lain. Bukan macam you. Makin glamor, makin banyak duit, makin tak cukup kain." Perli Rafael pedas. Bibirnya sempat mengukir senyuman sinis.

Melissa mendengus kasar selepas mendengar kata-kata Rafael. Mukanya terasa kembang dek kemarahan dan terus keluar dari situ tanpa menoleh. Hentakan tumit kasut tinggi sengaja dikuatkan tanda protesnya.

Celaka punya jantan! Aku cakap elok-elok kot. Dia main perli aku pulak. Abang dengan adik sama je! Egh!

"Tuan. Ni bungkusan tuan." Sapa jurujual tadi lalu menghulurkan satu beg berisi hadiah yang siap dibungkus.

"Okay, thank you." Rafael turut berlalu selepas membuat pembayaran. Bibirnya bersiul halus berjalan memasuki ruangan hotel melalui pintu pemisah antara pusat membeli belah dan hotel Imperial itu. Matanya menangkap sekumpulan manusia mula berkumpul dihadapan hotel. Seakan ada sesuatu yang dilihat ketika itu. Tidak lama kemudian muncul pula Daniel, Yana dan Miss Helen, berlari anak ke arah yang sama.

Matanya dikecilkan melihat disitu. Mahu juga tahu apa yang dikecohkan mereka.

Is that..? Bibirnya melopong sekejap.

"Mommy and daddy?! Oh sshh.." Rafael segera berjalan laju ke arah yang sama. Jika mereka ke sini, pasti ada sesuatu yang berlaku!

"Hello Datuk, Datin.. kenapa datang tak bagitau. Kalau tak, kita boleh masak special untuk Datuk dan Datin." Kata Miss Helen mesra. Mereka berjalan beriringan diikuti beberapa orang kakitangan yang lain dibelakang termasuk Yana dan Daniel.

"Saja nak buat spot check. Mana tau ada yang curi tulang. Atau cuba-cuba jatuhkan syarikat hotel husband I. Kita tak tahu dan tak boleh percayakan sangat orang lain. Betul tak?" Tutur Datin Maria dengan nada perlahan tetapi menusuk ke hati. Kesemua yang mendengar cuma menunduk pandangan. Tidak berani bertentang mata dengan Datin Maria.

"So, where is he?" Tanya Datuk Halim pula. Anak matanya di liarkan mencari kelibat yang dicari.

"He's in the office, Datuk Datin." Yana menjawab perlahan dan penuh hati-hati.

"Office? Bukan doktor suruh dia rehat ke?" Datin Maria terus berhenti melangkah. Anak matanya merenung satu persatu wajah dibelakangnya.

"Mommy.." Datin Maria mengalih mata kearah suara memanggilnya lalu mengukir senyuman paling manis.

"Razin, anak mommy." Datin Maria menapak mendekati Razin yang berjalan bertentangan kepadanya. Lantas dipeluk tubuh sasa anak sulungnya itu.

"How are you? Mommy ada dengar pasal haritu. I'm so worried. Sebab tu mummy ajak daddy datang sini. Just to check on you." Datin Maria membelek tubuh anak lelakinya itu, sekadar memeriksa secara kasar.

"I'm fine. Nothing to worry." Jawab Razin sambil mengerling sekilas kepada Datuk Halim. Kemudian dia memandang yang lain dan menyuruh mereka meneruskan kerja yang ditinggalkan tadi. Maka bersurailah mereka meninggalkan anak beranak itu.

"Should we see the doctor? Nampak pucat lagi ni."

"No. No. I'm totally fine. Doktor Rudy dah check lagi semalam. Dia ada bagi ubat."

"Mommy, daddy.." Sapa Rafael pula. Dia melagakan pipi kanan dan kirinya dengan Datin Maria.

"Should we go to your suite? Boleh borak-borak kejap. Mommy rindulah dengan Zin." Kata Datin Maria.

"Ehem, abang Zin je? Raf tak?" Celah Rafael sambil menguis lengan Datin Maria dan wanita itu terus ketawa kecil.

"Of course mommy rindu semua anak-anak mommy. Cuma Razin je la yang jarang jumpa sebab tak tinggal dengan mommy. Datang rumah pun nak kena jemput. Ni nasib baik daddy cancel plan main golf. Boleh jugak teman mommy ke sini." Datin Maria menjeling kepada Razin yang menunduk menggosok lehernya.

"Dah, jom. Kita naik." ajak Datuk Halim pula.

Mereka berjalan beriringan menuju ke lif dan naik ke tingkat 15. Wajah Melissa menyambut mereka saat mereka masuk kedalam suit milik Razin. Razin sedikit terkejut ketika itu kerana Melissa tidak memberitahu kedatangannya dan tidak tahu pula bila tunangnya itu balik dari Italy.

"Mommy yang suruh dia datang sini. Kejap lagi Raissa pun ada. Kita lunch sama-sama ya." Kata Datin Maria seolah menjawab soalan yang bermain difikiran Razin. Tangan Melissa diraih dan dibawa duduk disofa.

Razin mendengus lalu memalingkan tubuhnya, mahu menuju keluar. Dia sudah tidak senang dengan kehadiran Melissa disitu.

"Abang Zin nak pergi mana? Mel kan ada kat dalam. Nanti Raf pergi kitchen suruh siapkan makanan and bawa ke atas." Kata Rafael menawarkan khidmat. Dia juga sebenarnya mahu melarikan diri. Tidak mahu menjadi mangsa soal jawab Datin Maria juga nanti.

"Razin.. Sini." Panggil Datin Maria pula. Razin mengurut dahi yang sudah berkerut sambil melihat Rafael tersengih dihadapannya.

"Raf pergi dulu. Abang Zin layan lah princess tu." Seloroh Rafael lalu berjalan keluar.

Ceh! Princess.. Vampire ada lah..

Razin berjalan lambat-lambat sebelum telefonnya berbunyi menerima panggilan. Nama pemanggil dilihat sekilas dan telefon disimpan semula.

"Kenapa tak jawab call tu? Siapa call?" Tanya Datin Maria yang memandang kearahnya.

"Tak penting." Jawab Razin singkat. Dia membuang pandangan jauh keluar tingkap dan melihat kereta yang lalu lalang dijalan raya. Telefonnya menerima pesanan pula.

-Tuan masih tak sihat ke? Kenapa tak bagi saya masuk kerja lagi? Bosan lah..

Tsk! Dah bagi cuti merungut pulak. Nanti aku suruh kerja, kata aku bossy tak bagi cuti, takut jadi gila menghadap aku. Aish!! Perlu ke aku berhentikan je dia ni.

duda bossy dah fikir nak berhentikan izz ke tu..hmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience