Bab 35

Drama Completed 204768

Razin membetulkan kancing dipergelangan tangan sambil menghadap cermin yang memantulkan imejnya sendiri dari kepala hingga ke kaki. Setelah itu itu, dia melangkah menuju ke sebuah meja kaca ditengah ruangan bilik wardrobe yang mengandungi jam tangan pelbagai jenama.

Jarinya sempat mengetuk perlahan meja kaca itu sebelum menarik laci dan seutas jam tangan berwarna hitam diambil lalu disarungkan dipergelangan tangan.

Selepas itu dia menuju ke arah almari menempatkan kot pelbagai warna. Sehelai kot berwarna maroon di ambil dan disarung ke tubuh. Minyak wangi turut disembur sekali lagi dipakaiannya.

Setelah berpuas hati dengan penampilanya, dia terus melangkah keluar dari bilik wardrobe dan mencapai beg kerja yang diletakkan di atas kerusi.

Langkah kaki panjangnya dibawa keluar dari bilik dan terus ke dapur. Bibirnya terus mengoyak senyuman saat matanya memandang susuk Izz Aydin yang sedang duduk ditaman mini kondominium itu.

Wanita itu masih diberi cuti kerana Razin masih mahu dia berehat dirumah. Dengan keadaan fikiran Izz Aydin yang turut bercelaru ketika itu.

"Good morning." Sapa Razin lalu berdiri ditepi Izz Aydin. Nafas ditarik dalam, menyedut angin segar yang masih berkabus itu.

"Morning.." jawab Izz Aydin lemah.

Razin mengalih pandangan ke arah Izz Aydin lalu mengerutkan dahi.

"Kenapa macam lemah je? Tak sihat? Muka pucat, mata bengkak. Kau menangis ke semalam?" Soal Razin lalu melutut memegang pipi dan dahi Izz Aydin.

"Ish, jangan pegang lah. Tuan pergi lah sarapan tu. Nanti lambat pulak masuk kerja. Daniel dah tunggu kat bawahkan." Tangannya menolak kasar tangan Razin agar tidak menyentuhnya.

Razin menarik nafas melihat kelakuan Izz Aydin itu.

"Aku ada buat kau marah ke? Kalau pasal semalam, aku.."

"Tak. Tuan pergilah. Jangan ganggu saya." Pintas Izz Aydin.

Razin menoleh kepalanya ketepi lalu mendengus kasar. Sedikit terasa hati dengan layanan dingin isterinya pagi ini sedangkan semalam dia yang ditinggalkan selepas wanita itu menerima panggilan dari Rafael.

Tanpa berlengah, Razin terus mengatur langkah menuju keluar rumah. Sarapan diatas meja yang sudah dihidangkan tidak lansung dijamahnya. Moodnya sudah mati!

Izz Aydin memandang pemergian suaminya pagi itu dengan satu perasaan yang berat..

Imbas kembali....

Izz Aydin duduk merenung suasana malam dari tingkap biliknya. Hujan rintis-rintis sejak tadi terus melenyapkan kilauan bintang didada langit. Fikirannya yang jauh melayang itu dikejutkan dengan panggilan telefon buat kali kedua dari Rafael.

"Helo sayang..." Kedengaran ceria suara itu dihujung talian.

"Helo Raf.." sahut Izz Aydin perlahan.

"Buat apa tu? Kenapa macam lemah semacam je? Awak sihat?" Bertukar risau suara Rafael dihujung talian.

"Saya sihat. Tak ada apa lah. Saya penat sikit." Kata Izz Aydin mencipta alasan.

"Penat? Kalau tak sihat, cuti je la. Daniel pun ada boleh cover awak tu."

Cadangan Rafael itu dibiar sepi. Rafael lansung tidak tahu yang dia sememangnya sedang bercuti.

"Bila awak balik? Kenapa rasa macam lama sangat awak pergi."

"Khamis saya balik. Flight petang. Kenapa? Dah rindu sangat ke? Saya pun rindu awak.. sangat-sangat." Semakin riang suara itu meluah kata rindu kepada kekasih hatinya.

"Please cepat balik. Saya ada benda nak bagitau awak." Izz Aydin menggigit bibir, cuba menahan air mata dari tumpah.

"Apa dia? Bagitau lah sekarang."

"Tak. Tunggu awak balik dulu. Kita bercakap bersemuka ya."

"Okay sayang. Saya pun ada benda nak bagitau awak nanti. Hmm awak tidur lah. Tadi kata penat kan."

"Hmm Okay."

"Good night sayang. I love you.."

"Good night..."

Talian terus ditamatkan tanpa mengucapkan kata sayang dan rindu seperti selalu. Entah kenapa terasa berat bibirnya.

Air mata yang ditahan mengalir perlahan membasahi pipi. Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan lelaki itu nanti tetapi dia harus juga menyelesaikan kekusutan itu.

"Saya minta maaf Raf.. saya sendiri keliru dengan perasaan ni. Saya sayangkan awak tapi dalam masa yang sama saya mula sukakan Razin. Saya tak nak kehilangan kedua-duanya. Kenapa saya rasa saya dah jadi seorang yang tamak sedangkan saya sendiri tak layak untuk semua ni. " Lirih Izz Aydin bersama tangisan halus.

Untuk seketika dia membiarkan air mata mengalir menjadi peneman dan pengubat luka yang diciptanya sendiri.

***

Papp!!

Bergema bunyi hentakan kuat di atas meja bilik mesyuarat. Habis berterabur kertas-kertas didalam fail yang dihempas tadi. Matanya nanar menikam satu-persatu wajah dihadapannya.

Kesemua mereka menunduk pandangan, tidak berani bertentangan mata dengan lelaki yang diamuk marah itu.

"Kan aku dah kata, jangan iklankan dulu pencarian model baru tu. Kontrak kita dengan Izz Aydin ada beberapa bulan lagi kan!" Bentak Razin kasar. Tali leher dilonggarkan sedikit disaat mukanya mula membahang kemarahan.

"Siapa bagi arahan ni?!"

Kesemua yang hadir senyap sambil menjeling satu sama lain.

Tiba-tiba Stacy, pembantu kepada Rafael bangun selepas mengangkat tangan. Terketar-ketar tangannya saat itu.

"Err Tuan Rafael yang bagi arahan. Dia nak kami cepat-cepat cari pengganti sebab.."

"Sebab apa?!" Sergah Razin lagi. Sehingga terhinjut bahu wanita itu terkejut.

"Se..sebab dia kata lepas nikah dengan Izz Aydin dia tak benarkan Izz Aydin teruskan jadi model."

Tersentak Razin mendengar. Dadanya mula mengendurkan tegangan lalu diganti dengan kegelisahan dan kerisauan.

"Lagipun memang kita akan perlukan model baru selepas kontrak tamat. Tak lama pun lagi masa yang ada." Sambung Stacy lagi.

Dia kemudiannya duduk semula selepas melihat Razin tidak menunjukkan sebarang tanda meneruskan kata-kata. Lelaki itu kelihatan semakin tegang mukanya.

Tanpa sebarang pamitan, Razin terus keluar dari bilik mesyuarat itu dan diekori oleh Daniel. Kedua mereka menuju ke tingkat bawah dengan menggunakan lif dan berjalan menuju ke pejabat.

Yana saling berpandangan dengan Daniel. Hairan bercampur takut melihat Razin yang kelihatan tegang sejak dari pagi tadi. Hendak ditanya kenapa, takut pula menjadi mangsa amukkan lelaki itu. Bukan mereka tidak tahu apabila lelaki itu tiada mood, habis semua akan dimarahinya.

"Yana, esok Izz datang kerja bagi dia kad suite aku." Arah Razin kepada Yana. Matanya tidak melihat pun wajah orang yang diberinya arahan. Sebaliknya hanya merenung tajam ke atas meja.

"Err baik Tuan. Tapi.. kenapa tuan tak bagi dia sendiri. Dia kan ada kat rumah tuan."

"Aku suruh kau kan. Buat je lah."mendatar sahaja suaranya tetapi cukup tajam menikam pendengaran.

"B.. baik." Jawab Yana sambil menunduk pandangan. Dia terus melangkah keluar dari pejabat itu selepas diarah Razin.

"Daniel, aku nak kau cari maklumat lagi pasal Izz. Sekali dengan bapak tiri dia tu. Aku rasa macam ada yang aku terlepas sebelum ni."

"Okay. okay.. Saya akan cari."

Daniel melangkah keluar selepas menerima arahan dari majikannya. Dia juga lemah lutut menghadap lelaki itu setiap kali lelaki itu diamuk marah. Cuma sesekali sahaja dia berani menjawab tetapi bukan kali ini.

****

Seawal jam 7 malam Izz Aydin sudah siap menyediakan makan malam. Memandangkan hari ini Razin sudah ke pejabat, mungkin Adelia akan turut pulang bersamanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan si comel itu. Bagaimanakah penerimaan Adelia nanti kalau tahu Izz Aydin adalah isteri kepada daddy nya, merangkap status ibu tirinya.

Izz Aydin duduk disofa sambil menonton televisyen sebelum terdengar pintu dibuka dari luar. Pantas kakinya berlari anak menuju ke pintu untuk menyambut kepulangan Razin dan Adelia.

"Tuan dah balik?" Soal Izz Aydin ceria sambil menjengul kepala mencari kelibat Adelia.

"Err mana Adel?" Soal Izz Aydin lagi. Sedikit hairan melihat Razin pulang seorang diri.

"Dia tak da."

Razin membuka kasut lalu berlalu meninggalkan Izz Aydin yang masih tegak berdiri dihadapan pintu. Dia terus masuk ke dalam bilik dan daun pintu ditutup kuat.

Izz Aydin mengeluh halus. Rasa bersalah sudah pun bersarang dihati dari siang tadi. Pasti lelaki itu masih berkecil hati dengannya.

Dia turut berlalu ke dalam bilik dan tidak lama selepas itu azan maghrib mula berkumandang. Dia segera mengambil wudhu, mengenakan telekung dan menuju ke bilik Razin.

Tok! tok! tok!.. tiada sahutan..

Tok! tok! tok!.. masih tiada sahutan..

Izz Aydin mengeluh lalu memalingkan tubuh.

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka.

"Nak apa?" Soal Razin dengan riak serius.

"Kita solat sama-sama?" Ajak Izz Aydin sambil memaniskan riak wajahnya.

"Hmm. Masuk lah."

Izz Aydin yang sudah lengkap bertelekung terus menghamparkan sejadah dan menunggu Razin mengambil wudhu didalam bilik air.

Tidak lama selepas itu, Razin muncul semula dan mengambil tempat dihadapan lalu mengimamkan solat maghrib mereka.

Selesai solat, Razin membaca doa ringkas dan diaminkan oleh mereka berdua. Sejadah kemudiannya dilipat lalu diletakkan di atas kerusi untuk digunakan lagi untuk solat Isyak.

Belum sempat dia melangkah, tangan Izz Aydin laju memaut lengannya, menahannya dari berlalu.

Tangan lelaki itu diraih dan dikucup perlahan.

"Saya minta maaf kalau saya dah sakitkan hati tuan. Saya tak sengaja." Luah Izz Aydin lalu mengangkat wajahnya.

Wajah kelat lelaki itu ditatap, menunggu kata-kata dari bibir itu.

"Kau ada masalah ke?" Soal Razin dengan nada mendatar.

Izz Aydin menggeleng.

"Aku ada sakitkan hati kau?"

Izz Aydin masih menggeleng.

"Habis tu? Kenapa kau tiba-tiba macam marahkan aku."

"Saya tak marah. Cuma.."

"Cuma apa? Kau fikirkan pasal Raf?"

Izz Aydin mengangguk lemah lalu menunduk pandangan.

"Kau masih sayangkan Raf.?" Perlahan suara Razin menanyakan soalan itu.

Izz Aydin diam mengangguk.

Terus terlepas dengusan kasar dari bibir. Terasa pedih hati mendengar pengakuan dari si isteri yang masih menyayangi lelaki lain.

Razin merentap kasar lengannya dari pegangan Izz Aydin dan melangkah keluar, menuju terus ke balkoni.

Jarinya menggenggam erat besi penghadang lalu menumbuk kuat dinding simen ditepi balkoni. Melepaskan geram dan ledakkan marahnya. Mujur tumbukan itu tidak dilepaskan ke kaca penghadang balkoni. kalau tidak, berderai juga kaca setebal 2 inci itu menerima tumbukan padu dari Razin.

Izz Aydin menanggalkan telekung lalu mendapatkan suaminya. Pasti lelaki itu sangat marah kerana dia sempat melihat Razin melepaskan tumbukan kuat didinding.

Dia berjalan perlahan dan berhenti dibelakang Razin.

"Saya minta maaf. Saya cuma jujur pasal perasaan saya. Memang saya masih sayangkan Raf tapi.." Razin terus mencelah.

"Tapi apa? Kenapa kau masih terus mengucap kata sayang pada dia didepan aku? Aku ni suami kau Izz. Aku pun ada perasaan dan setiap kali kau ucapkan kata sayang kau tu, hati aku yang sakit. Aku ikhlas cintakan kau, sayang kau tapi kau tetap sayangkan dia dan tolak cinta aku."

"Kau betul-betul nak aku lepaskan kau?" Bagai pisau belati menghiris didada apabila soalan itu dilontarkan.

"Tak.. jangan!" Tegah Izz Aydin lalu memeluk Razin. Tersentak Razin merasa susuk wanita itu memeluknya erat dibelakang.

Esakkan halus mula kedengaran.

"Saya tahu saya salah. Saya isteri yang berdosa sebab masih sayangkan lelaki lain sedangkan didepan saya ada lelaki yang lebih layak disayangi iaitu suami saya sendiri. Saya tak nak tuan lepaskan saya." Luah Izz Aydin bersama linangan air mata.

Razin yang masih terkejut meleraikan pelukan Izz Aydin lalu berpusing menghadap wanita itu.

"Kau yang selalu minta aku lepaskan kau. Kenapa tiba-tiba sekarang kau tak nak? Aku tak nak jadi lelaki dayus, menyiksa hati dan perasaan kau yang masih cinta dan sayangkan orang lain."

Izz Aydin mengetap bibir. "Sebab.."

"Sebab apa?"

"Sebab saya cintakan tuan. Memang saya masih sayangkan Raf tapi dalam hati saya dah mula sayangkan tuan."

Terpempan Razin mendengar pengakuan isterinya. Dia cintakan aku? Dia sayangkan aku? Aku tak salah dengar kan..Berulang-ulang soalan itu berputar dikepalanya.

"Puas saya fikir, saya berdoa minta jangan dibolak balikkan hati saya. Ya, saya sayangkan tuan dan saya tak nak kehilangan cinta yang dah mula tumbuh dalam hati saya. Jadi, tolong.. jangan lepaskan saya."

Rayuan itu diselang seli dengan tangisan halus. Meminta agar Razin memahami apa yang cuba disampaikannya. Sekaligus meleraikan segala kekusutan.

Tanpa menunggu lama, Razin terus memeluk Izz Aydin. Hatinya dipagut sayu melihat linangan air mata isterinya. Lemah jiwa lelakinya melihat air mata itu.

"Jangan nangis boleh tak. Aku tak boleh tengok kau nangis. Aku jadi lemah." Pujuk Razin lembut.

Tangannya terus mengusap lembut bahu dan belakang wanita itu sehingga tangisan itu reda. Didalam hatinya terus lega dan bersyukur kerana akhirnya dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan.

Pelukan dileraikan dan wajah Izz Aydin ditatap tunak. Bibirnya turut mengukir senyuman.

"Kenapa kau ambil masa lama sangat nak luahkan pada aku. Kalau tak, kita tak perlu menyiksa hati dan perasaan kita macam ini."

"Sebelum ni saya masih keliru."

"Sekarang?"

"Tak lagi. Saya yakin pada kata hati saya." Nekad kata-kata Izz Aydin itu membuatkan Razin mengoyak senyuman dan dahi wanita itu terus dikucup penuh dengan rasa cinta.

"Terima kasih sebab sudi terima aku."

"Tak. Terima kasih sebab tak putus asa dengan saya."ucap Izz Aydin sambil membalas senyuman Razin. Tubuh lelaki itu didakap erat dan mukanya disembamkan didada bidang suaminya. Nafas ditarik dalam sebelum dihela perlahan. Terasa lapang dadanya selepas meluah apa yang terbuku didada.

"Aku akan bahagiakan kau.. buat kau gembira.. sampai kau sendiri yang akan minta aku berhenti."

"Ha? Kenapa saya nak minta berhenti?." Soal Izz Aydin lalu mendongak memandang Razin yang tiba-tiba tersengih.

Razin merangkul bahu Izz Aydin lalu berbisik. Serta merta wajah bersih wanita itu berona merah padam.

"Ee cakap apa ni. Tercemar telinga suci saya ni tau." Kata Izz Aydin lalu menjauhkan telinganya.

"Tercemar konon. Tak rasa lagi mana tau. Agak-agak boleh continue tak yang semalam tu. Cecah atas kepala dah ni." Usik Razin. Suka hatinya melihat wajah si isteri menahan malu.

"Gatalnya.. Sabar sikit boleh tak. Air mata tak kering lagi ni dia dah cakap nak benda tu." Beberapa cubitan singgah dilengan dan perut Razin namun hanya dibiarkan sahaja kelakuan wanita itu terhadapnya.

Izz Aydin yang sudah tidak mahu melayan usikkan Razin itu lekas berlalu masuk kedalam rumah. Seluruh tubuhnya turut membahang panas mendengar gurauan Razin tadi.

Bibirnya tersenyum sedikit teringatkan bisikkan suaminya tadi. Tau lah lama menduda. Aku anak dara lagi kot terus nak dikerjakannya. Eee saja nak buat aku seram..gumam Izz Adyin sendiri.

"Nak pergi mana tu. Jangan nak lari." Razin turut masuk ke dalam rumah mengekori Izz Aydin yang menuju ke dapur.

"Tak lari lah. Haus, nak minum. Tuan tak haus? nak air?"

Pinggang Izz Aydin ditarik dan dirangkul erat. Sekaligus nemberhentikan langkah wanita itu.

"Haus.. haus sangat sebab lama dah puasa." ayat itu sengaja dileretkan.

Izz Aydin menjulingan anak matanya ke atas. Sah haus sangat ni. Habislahh..

"Hmm lepas ni jangan panggil tuan lagi boleh tak? Tak best laa.." Kata Razin sambil membelai wajah Izz Aydin.

"Habis tu nak panggil apa? Hubby? Darling? Sayang? Baby? Bee lebah?" Giliran Izz Aydin pula mengusik Razin. Bibirnya turut ketawa kecil.

"Dia ni kan. Orang cakap serius selalu main-main." Hidung mancung Izz Aydin dipicit lembut.

"Ikut suka sayang lah panggil apa. Asalkan jangan bee lebah tu. Kalau tak, memang ada jugak yang kena sengat malam ni.. sampai tak larat jalan esok. Nak?"

"Tak tak. Panggil abang. Okay abang."

"Abangg.. aww sweet macam gula-gula.!" terus meledak ketawa Izz Aydin. Terasa janggal tetapi hatinya turut berbunga-bunga ketika itu.

"Baru panggilan sweet tapi nanti bagi rasa tuannya.. sweet ke tak sweet."

"Ee makin menjadi pulak gatal nya..!" Semakin galak pula Razin mengusik isterinya.

"Gatal dengan isteri takpa. Dapat pahala."

Razin semakin mengerat pelukkannya bersama helaan nafas yang lega.

"Thank you sayang sebab sudi terima abang. Abang akan jaga sayang, bahagiakan keluarga kita dan takkan sia-siakan peluang yang sayang bagi pada abang."

Izz Aydin membalas pelukkan suaminya dan menarik nafas dalam. Hatinya yakin, inilah rasa cinta dan sayang yang dimahukannya selama ini.

Bahagia.. hari ini terlalu bahagia untuk Izz Aydin.

jom follow ig m.a.z_np. boleh borak2 ;) please follow, rates and comments. tq! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience