Bab 3

Drama Completed 204768

Izz Aydin mengemas dibahagian ruang tamu selepas mengemas bilik tidur. Bulu pelepah dipegangannya dipukul lembut diatas meja, di televisyen dan juga rak buku.

Tiba-tiba dia teringatkan pesanan Puan Zubaidah minggu lepas.

"Izz Aydin!"

"Mulai hari ini awak ditugaskan mengemas executive suite tingkat 15 pada setiap hari awak bekerja. Suite number 1502. Jangan salah pulak." arah Puan Zubaidah.

"Tapi Puan, saya tak tahu macam mana nak kemas. Saya kan baru lagi kat sini."

"Nanti Anne tolong dan ajar awak. Jangan risau ya. Dia kemas suite number 1501. Berdepan dengan 1502 tu."

"Oh.. Baik puan."

Suite siapa aku kemas ni? Tak pernah nampak pun siapa yang duduk. Tiga hari dah kot. Hmm kemas aje lah.

"when ever you ready, when ever you ready~~"

"When ever you ready, when.."

"Yes. I'm ready."

Terkejut besar Izz Aydin mendengar suara garau tiba-tiba muncul dibelakangnya. Tangannya berhenti menghayunkan bulu pelepah.

"Sedap suara awak menyanyi." puji suara garau tadi. Izz Aydin perlahan menoleh. Dadanya berdegup kencang saat melihat wajah manis seorang lelaki tersenyum berdiri dihadapannya. Kacaknya lahai..

"Hi. Saya Rafael. Panggil Raf je." kata lelaki itu memperkenalkan diri. Senyuman dibibir lansung tidak dilepaskan. Izz Aydin terpaku seketika. Mengelip mata pun tidak!

"Hello? Is anyone there?" Rafael menghayunkan tangannya dihadapan Izz Aydin sehingga Izz Aydin tersentak dan terkebil-kebil.

Izz Aydin terus tersenyum.

"Hai..Hai. Saya, Izz Aydin. Housekeeper." Izz Aydin masih tersenyum melihat Rafael dihadapannya.

"Am i disturbing you, Izz Aydin? Saya cuma nak rehat sekejap. Saya baru balik dari Singapore. Penat sikit." ujar Rafael. Kot ditubuh dibuka lalu disangkut di atas sofa.

"Eh tak tak. Tuan tak ganggu. Err Tuan ni, penghuni suite ni ke? Maaflah saya bertanya."

"Yes, ni suite saya..and please don't call me tuan. Panggil Raf je. Kan lebih mesra."

"Okay, Raf. Saya dah habis kemas dah. Saya keluar dulu."

"Okay. Thank you ya." ucap Rafael bersama senyuman. Kakinya mula melangkah menuju ke bilik utama suite itu.

"Sama-sama."

Izz Aydin menyimpan semua peralatan mengemas digunakannya tadi ke dalam troli sebelum di tolak keluar.

"Aaaa siapa nama awak tadi? Izz..?"

"Izz Aydin tuan. Err Raf." Izz Aydin membetulkan ayatnya apabila melihat kening Rafael terangkat.

"Selalu awak kemas suite ni pukul berapa?"

"Selalunya 9 pagi."

"Esok sabtu. Awak tak payah kemas. Saya takda kat sini. Awak staff baru kan.?"

"Ya. Baru start minggu lepas dan ni hari ke tiga saya mengemas suite ni. Kenapa?"

"Takda apa-apa. Awak boleh keluar." suruh Rafael. Dia meneruskan langkahnya ke dalam bilik selepas Izz Aydin keluar dari suitenya.

Izz Aydin menolak troli barangannya menuju ke lif. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Hatinya berbunga kerana terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Atau dengan kata lain.. Jatuh cinta kali pertama?

"Amboi. Senyum-senyum. Kenapa tu?" tegur satu suara yang tiba-tiba muncul disebelah Izz Aydin. Izz Aydin tersentak lalu tersenyum.

"Kak Anne. Dah siap kemas jugak dah?"

"Dah. Tuan Razin takda 2 hari ni. Jadi, tak la bersepah mana."

Izz Aydin tersenyum kelat.

Nasib baik bukan aku yang kena kemas suite 1501 milik Tuan Razin tu. Kalau tak, mahu naik darah aku dengar ayat serupa duri dia tiap hari. Tapi.. Ohh.. Jadi Rafael tu adik beradik Tuan Razin ke? Muka tak sama pun...

"Eh bukan kot.."

"Hah? Apa yang bukan kot?" tanya Anne kehairanan apabila mendengar Izz Aydin tiba-tiba bersuara disebelahnya.

"Hehe takda apa-apa kak."

Ting! Lif terbuka.

Anne masuk ke dalam lif diikuiti Izz Aydin. Lif bergerak laju turun kebawah namun berhenti ditingkat 5. Wajah kusut Daniel menyapa pandangan. Tali lehernya kelihatan sedikit senget dan nafasnya juga tercungap-cungap.

Bibirnya mengoyak senyuman untuk Anne dan Izz Aydin saat kakinya melangkah masuk ke dalam lif.

"Kak Anne, tahu tak siapa-siapa yang nak kerja jadi driver? Kalau boleh yang dapat mula kerja esok?" tanya Daniel tiba-tiba. Tangannya mengemas tali leher dengan melihat pantulan bayangannya melalui cermin didalam lif.

"Takda pulak. Kenapa?" soal Anne.

"Biasa lah Kak. Boss tu la. Penat saya tiga hari ni. Mana kerja pejabat lagi, kena drive dia kesana kesini lagi. Tu, orang rumah saya dah sarat mengandung. Haih!" luah Daniel. Riak mukanya memang kelihatan penat tapi apakan daya., terpaksa ditahan juga demi kerja.

"Sabarlah. Nanti Kak Anne tolong carikan ya." ujar Kak Anne perlahan.

"Kenapa Tuan Razin tak drive sendiri je? Takkan dia tak da driving license kan." sampuk Izz Aydin yang dari tadi diam.

Sepasang mata coklat Daniel dan mata bundar kak Anne serentak menoleh ke arah Izz Aydin. Izz Aydin gugup, terasa soalannya tadi sesuatu yang salah untuk ditanya.

"Err maaf saya menyampuk." ucap Izz Aydin. Pandangannya ditunduk kebawah lalu mengetap bibir. Hish! Mulut ni tau. Suka nak mencelah! Tangannya memukul lembut mulutnya sendiri.

Ting!

Lif tingkat 1 terbuka. Daniel menapak keluar dan berjalan perlahan ke sebelah kanan manakala Anne dan Izz Aydin membelok ke sebelah kiri. Soalan tadi dibiar sepi tiada jawapan sedikit sebanyak membuatkan Izz Aydin tertanya-tanya.

*******

Shahril duduk berehat dipangkin hadapan rumah sambil menikmati angin nyaman dipetang hari. Tidak lama kemudian, muncul Opah Biah bersama dulang air kopi ditangan. Bibir tuanya mengukir senyuman.

"Opah, kenapa susah-susah buatkan air ni. Shah boleh buat sendiri." kata Shahril seraya bangun menghampiri lalu menyambut dulang ditangan Opah Biah.

"Takpa. Opah saja buat. Tak susah pun."

Shahril melabuhkan punggung dipangkin semula ditemani Opah Biah.

"Atok kemana? Masa Shah balik dari sekolah tadi ada terserempak dia kat atas jalan." tanya Shahril. Air teh panas didalam dulang dituang untuk dirinya dan Opah Biah.

"Ke rumah Penghulu Jalil. Katanya ada kenduri makan selamat malam nanti. Ada la yang nak di tolong atok kamu tu. Shah jangan lupa pergi ya. Penghulu Jalil jemput solat berjemaah maghrib isyak sekali."

"Okay. Nanti Shah pergi. Opah tak pergi?"

"Opah tak la kot. Solat kat rumah aje lah nanti."

Mereka berdua bejeda menghirup air teh panas tadi.

"Haritu kamu kata nak ke Kuala Lumpur. Bila perginya?" tanya Opah Biah. Matanya melihat angsa dan ayam yang berkeliaran di belakang rumah yang belum diletak didalam sangkar.

"Minggu depan.. 2 hari je. Opah dengan atuk betul tak nak ikut? Shah boleh ambil cuti sekali. Kita melawat Izz, nak?"

"Takpe lah. Kalau Atuk dengan Opah ikut, siapa nak jaga kan ayam itik kat kampung ni. Dusun pun tengah banyak buah. Nanti opah kirim buah durian, rambutan dengan manggis utk Izz ya. Dia suka tu."

"Okay. Nanti Shah hantarkan."

"Izz tau tak kamu nak datang?"

"Shah belum bagitau lagi. Nanti lah." Shahril membuang pandangan jauh. Bayangan wajah Izz Aydin terlayar diminda.

Sudah lama dia tidak menemui adik sepupunya itu. Kali terakhir pun masa raya bulan lepas. Rindu dihatinya juga sudah menebal.

*****

Yana merenyuk kertas burger dimakannya tadi lalu mengelap tangan dan mulutnya yang masih penuh dengan menggunakan tisu. Dia mencapai air sejuk didalam gelas dan diteguk laju.

Izz Aydin pula masih mengemas barang jualan burgernya lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Belum lama Izz Aydin masuk, muncul sebuah kereta Toyota Vios dengan deruman ekzos yang kuat bersama bunyi muzik rnb yang membingitkan telinga.

Yana lekas memanggil Izz Aydin. Dia tahu gerangan siapa yang datang. Matanya tajam merenung kereta dihadapan rumahnya yang tidak menampakkan tuan empunya.

Izz Aydin menyarung selipar dan berlari anak menghampiri kereta itu. Mereka kelihatan bercakap-cakap sebentar sebelum Izz Aydin menyerahkan sampul surat berwarna coklat dan kereta itu berlalu pergi. Izz Aydin mengukir senyuman kelat apabila Yana merenungnya dengan bibir yang muncung.

"Kau nak tidur luar ni ke? Aku nak kunci pintu pagar ni." kata Izz Aydin sambil menjeling Yana. Yana laju masuk kedalam membalas jelingan Izz Aydin.

Yana duduk dimeja dapur sementara Izz Aydin berdiri disinki mencuci pekakas jualannya tadi. Lebihan roti dan daging disimpan untuk jualan esok hari.

"Yana, kau dah lama kerja kat Imperial tu kan." soal Izz Aydin.

"Lama jugak. Lepas aku habis degree aku dah kerja situ dah."

"Jadi.. Mesti kau kenal Rafael kan?" soal Izz Aydin lagi dengan sengihnya.

"Mesti lah kenal. Sales and Marketing Manager kita tu. Anak Datuk Halim, pemilik Imperial Hotel. Takkan lah aku tak kenal."

"Ohh.." Izz Aydin membulatkan mulutnya berbentuk o. Bibirnya tersenyum sedikit.

"Kau kena hati-hati sikit dengan dia tu, playboy besar kat KL ni kot." kata Yana seolah memberi arahan.

Izz Aydin menghentikan kerjanya lalu duduk disebelah Yana.

"Tadi aku kemas suite dia. Ada lah terjumpa. Handsome giler dohh.." kata Izz Aydin. Matanya dibesarkan melihat Yana.

"Haa aku dah awal warning tadi kan. Kau jangan nak try dia."

Izz Aydin menarik pipi kanannya senget.

"Tau. Dia mana nak pandang perempuan macam aku kan." ujar Izz Aydin perlahan.

"Rupa tak penting Izz. Walaupun kau macam ni, macam tomboy ni, macam.. kayu sikit, tapi kau tetap perempuan. Kau faham maksud aku kan." kata Yana sambil jari telunjuknya menunjuk Izz Aydin atas bawah.

"Ish, ikut sedap mulut je kata aku kayu. Jahat mulut.." Izz Aydin ketawa selepas menuturkan ayat itu. Serupa sajad! Yana turut ketawa kecil.

"Jadi, kau kena hati-hati. Buaya tak pilih mangsa. Kumbang pun tak pilih bunga." sambung Yana lagi.

"Hmm.. Takpe lahhh. Simpan dalam hati aje lah. Buat angan-angan." Izz Aydin bangun menuju ke sinki semula menyambung kerjanya yang tertunda tadi. Nampaknya cinta pertama tak kesampaian.. Sedihnya..

"Aku nak tidur lah. Ngantuk. Esok nak siapkan report meeting semalam. Nak kena hantar kat Tuan Razin esok jugak." beritahu Yana lalu bangun dari kerusi dan berlalu.

"Kau tak takut ke kerja dengan Tuan Razin tu?" tanya Izz Aydin tiba-tiba. Yana menoleh kearah Izz Aydin semula.

"Nak takut apa? Dia makan nasi, ayam, daging. Tak makan orang."

"Ish! Aku tak kata pun dia makan orang. Dia tu macam.. garang sangatlah."

"Apa boleh buat. Dah kerja kan. Kena lah hadap. Dah, aku naik dulu. Jangan lupa tutup lampu dapur ni. Semalam kau tak tutup sampai ke subuh terbuka."

Izz Aidin tersengih lalu mengangguk. Memang salahnya semalam tidak menutup lampu. Entah kenapa lah boleh lupa.

Izz Aydin masuk ke bilik selepas mengemas dapur dan menutup lampu. Dia mandi membersihkan diri dan menunaikan solat isyak yang ditundanya tadi. Terasa lapang dada selepas menunaikan kewajipan walaupun sudah lewat.

Teringatkan kata Yana tadi tentang Rafael membuatkan Izz Aydin menjadi tertanya-tanya. Lantas tangannya mencapai telefon pintar diatas meja. Icon google ditekan dan ruang carian ditaip.

Rafael bin Datuk Halim. Search!

Anak matanya melihat skrin sambil jarinya menolak-nolak skrin telefon pintarnya.

"Rafael hot guy in Malaysia." Betul! Hot sangat! Bisik Izz Aydin tersenyum setuju.

"Rafael belum mahu menamatkan zaman bujangnya." Kalau perempuan keliling pinggang, memang lah. Hmm. Izz Aydin mencebikkan bibirnya pula.

"Rafael dan Razin, tunjang kejayaan Hotel Imperial." Wow! Gambar dua lelaki di skrin ditekan lalu di zoom dekat.

"Dua-dua handsome. Tapi, lagi handsome Rafael." bisik Izz Aydin lagi. Jarinya lekas mencari gambar solo Rafael lalu disimpan didalam galeri telefon.

Simpan buat tatapan sendiri takpe kan. Hehehe..

Matanya melihat pula gambar Razin. Lelaki berwajah beku, mempunyai pandangan mata yang tajam, alis mata tebal dan bibir kemerahan.

Ibu jarinya menolak naik skrin.

Semua gambar muka sama je. Tak reti nak senyum ke. Ke gigi rongak takut nak tunjuk? Izz Aydin ketawa sendiri apabila imaginasi wajah Razin rongak terlayar difikiran.

Telefon bimbit dipadamkan dan dilontar ke atas katil lalu merebahkan tubuhnya.

Rafael... Kenapa playboy jugak yang aku suka ni. Argh!

Bersambung...

Sorry lambat update. enjoy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience