Bab 6

Drama Completed 204768

Razin berdiri dihadapan pintu hotel dengan muka merah. Tidak pasti sama ada marah ataupun kerana cuaca panas membahang diluar hotel itu. Anak matanya merenung tajam seseorang yang berdiri dihadapannya yang sedang memeluk tubuhnya sendiri.

Macam dah takda orang lain lagi kat hotel ni. Daniel ni pun satu. Haish! Bentak Razin dalam hati.

Sampai berpeluh Razin berdiri disitu, namun tidak juga dia mahu menegur susuk dihadapannya. Hampir kesemua mata melihat dia berdiri di situ terutamanya pekerja di Imperial Hotel. Ada juga yang senyum menyapa Razin di muka pintu.

"Bila nak gerak ni?" tanya Razin tiba-tiba. Matanya dialihkan ke arah lain.

Tiada sahutan.

Razin meraup mukanya. Nampaknya merah dimuka bertambah angka 10 kerana bercampur marah dan panas. Panas diluar dan panas didalam!

"Izz Aydin! I'm asking you!" teriak Razin. Pengunjung dan pekerja disitu serentak menoleh ke arah Razin menyebabkan Razin menggelabah sedikit.

Razin melonggarkan tali lehernya. Turut cuba mengendurkan suara. Izz Aydin pula tidak memberi apa-apa respon.

Fuhh mencabar jugak tomboy ni!

Razin mendekat setapak kearah Izz Aydin.

"Kau pergi start kereta tu sekarang sebelum aku cekik kau kat sini." kedengaran perlahan tapi keras.

Izz Aydin merenung tepat ke anak mata Razin. Tajam. Sakit hatinya tempoh hari belum reda, sekarang menghadap lagi lelaki beku itu.

"Tuan ni memang lahir dulu dalam gunung berapi ke? Moody nak marah aje?" soal Izz Aydin berani. Razin tersenyum sinis.

"Aku boss dan aku buat apa yang aku suka."

"Kalau macam tu, tuan drive lah sendiri. Saya sepatutnya cuti hari ni. Baik saya duduk rumah, goyang kaki. Lagi baguslah!" jerit Izz Aydin sedikit dan tersenyum lebar. Kunci didalam tangannya diselitkan ke kocek kot Razin dan dia berpusing mahu pergi.

Razin mematikan senyuman sinisnya dan menarik tangan Izz Aydin.

Bibirnya bergerak-gerak seperti masih mahu menuturkan sesuatu namun disekatnya sendiri. Seolah ingin mengatakan sesuatu yang agak susah baginya.

Izz Aydin menunggu. Lama...

"Aa aku. Aku.. Sorry."

Aku sorry? Izz Aydin mengetap bibirnya menahan ketawa. Dia berdehem dua kali untuk melegakan geli dihati.

"Okay. Sorry accepted!" Izz Aydin bergerak menuju ke kereta mercedez benz c200 berwarna kelabu gelap. Tangannya menarik pintu kereta bahagian belakang dan menunggu.

"Tuan Razin, silalah masuk. Panas ni. Nanti terbakar kulit. Muka pun dah merah tu. Tunggu nak hitam je lagi." pelawa Izz Aydin bersama senyuman dibibir. Senyuman yang diukir sekadar meyakitkan hati Razin.

Razin membuka butang kot, menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk kedalam perut kereta. Izz Aydin pula duduk dikerusi pemandu lalu menarik tali keledar. Kedudukan kerusi juga diatur. Cermin pandang belakang dan cermin sisi di selaraskan mengikut kesesuaian pandangannya. Jarinya menekan skrin kawalan gps bagi melihat sejarah perjalan kereta itu kerana destinasi mereka selepas ini adalah ke tempat yang selalu ditujui Razin.

Sudah hampir 10 minit kereta tidak juga bergerak. Razin yang duduk menyandar dengan mata terpejam menegakkan kepalanya semula.

"What are you waiting for? Jalan lah." arah Razin. Matanya merenung Izz Aydin melalui cermin pandang belakang.

"Fasten your seatbelt." kata Izz Aydin.

Razin menarik pipi tersenyum sinis.

"Banyak mengarah aku pulak kau hari ni. Tersalah makan ke pagi tadi?" sindir Razin. Anak matanya tajam menikam mata Izz Aydin. Seperti mahu tembus dari mata ke kepala dan terus kebelakang.

Izz Aydin lekas mengalihkan matanya dan mengawal riak cemas selepas menerima panahan tidak berpenghujung itu.

"Okay. Suka hati tuan lah. Jangan kata saya tak bagi amaran." kata Izz Aydin lalu tersenyum sinis. Kakinya menekan pedal minyak menuruni bukit landai dihadapan lobi dan menekan brek secara mengejut.

Apa lagi! Terhentaklah hidung Razin di kepala kerusi hadapan. Izz Aydin menyembunyikan ketawa melihat wajah bengang Razin memegang hidungnya. Sebelah tangannya lagi memegang dada. Mungkin terkejut?

"Maaf. Tuan okay?" tanya Izz Aydin selamba.

Razin dilihat menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan, berulang-ulang dengan mata terpejam. Dadanya berombak hebat ketika itu.

"Kau reti drive ke tak? Kalau tak, baik kau turun sekarang. Menyakitkan hati betullah!" marah Razin. Baru reda merah dimuka, sudah timbul pula urat dikepala menahan marah.

"Saya dah kata. Pakai seatbelt. Nasib baik hidung aje yang terhantuk. Bayangkan kalau yang lebih buruk jadi. Siapa yang sakit? Tuan jugak. Saya selamat sebab saya bijak, pakai seat belt. Orang bodoh je tak reti pakai seatbelt ni. Mungkin dia ingat tali tu buat hiasan semata dalam kereta." Izz Aydin menyudahkan ceramahnya dengan senyuman sedikit.

"Tuan suruh saya turun? Baiklah. Saya menurut perintah tuan!" kata Izz Aydin lalu menolak pintu kereta.

"Wait! Jangan turun." halang Razin. Wajahnya kelihatan serba salah. Izz Aydin menarik semula pintu kereta.

Haa.. Dua kali dah aku nak blah ni. kalau sampai tiga kali aku balik terus. Takda nak tunggu-tunggu lagi. Bos tak bos!

Razin mendengus kasar. Lantas tangannya menarik tali pinggang keledar lalu diketatkan. Dadanya diurut perlahan sehingga reda rasa terkejutnya tadi.

"Haaa macam tu lahh. Okay, Mari kita mulakan perjalanan dengan bacaan bismillahirohmanirohim." ucap Izz Aydin lalu menolak signal ke kanan.

Imbas kembali..

"Izz Aydin. Tunggu!"

Izz Aydin berhenti melangkah menanti Daniel menghampirinya.

"Kenapa Encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Isnin awak cuti kan."

"Ya."

"Boleh tolong ganti saya tak nanti? Cuma ganti jadi driver Tuan Razin untuk sehari. Saya dah janji dengan my wife nak buat check up."

"Kenapa saya? Kan ada orang lain boleh ganti?" Izz Aydin memberi cadangan yang lebih logik.

"Tuan Razin tu susah lah. Dia tak nak orang sembarangan. Kalau awak, dia kenal lah jugak. Lagipun haritu awak yang ambil dia di airport kan."

"Tuan tu nak ke saya yang drive? Tak pasal-pasal nanti saya kena marah macam mana? Eii seramlahh." Daniel ketawa melihat riak spontan Izz Aydin menggegarkan tubuhnya.

"Gerenti tak lah. Kalau dia marah awak buat dek je. Dia tak ada pilihan pun. Soal bayaran awak tak perlu risau. Saya sendiri yang bayar awak. Sehari je. Boleh kan?"

Jika ada duit lebih, Izz Aydin pasti tidak menolak!

Sunyi.. tiada satu bunyi pun didalam kereta. Izz Aydin mencuri pandangan melalui cermin pandang belakang. Razin pula duduk santai membelek ipad dipegangan. Mungkin banyak tugasnya hari ini.

"Eyes on road. Aku tak nak ada kemalangan nanti. Sampai mati pun kau tak mampu bayar ganti rugi kereta aku ni."

Elehh! Sombong! Izz Aydin terus mengalihkan pandangan. Signal ke kiri diberikan dan kereta berhenti dihadapan sebuah taska. Dia memanjangkan lehernya melihat sekeliling sebelum terpandang seorang wanita memimpin seorang kanak-kanak perempuan menuju ke kereta mereka.

Pintu dibuka dari luar.

"Afternoon sir." sapa wanita tadi.

"Afternoon Miss Julia." balas Razin.

"Adelia. See you tomorrow okay. Bye!" Adelia melambai-lambai tangannya kepada Miss Julia.

"Bye!" teriak Adelia. Tali pinggang kerusinya diketatkan oleh Razin.

Izz Aydin memulakan pemanduannya semula. Sesekali ekor matanya melihat melalui cermin pandang belakang wajah si kecil tadi.

"Daddy, can i come with you?"

"No princess. Today you stay with mommy. Daddy banyak kerja lah."

"Alaaa. Adel nak aiskrim."

"Next time okay princess?"

Adelia memuncungkan bibirnya. Izz Aydin tersenyum kecil melihat Adelia. Petah dan comel lah!

"Izz, change route. Kita pergi rumah mummy Adelia. I'll show you the way." kata Razin.

"Baik Tuan."

Tidak sampai 20 minit, mereka sampai ke destinasi. Razin mendukung Adelia keluar. Izz Aydin turut keluar tetapi hanya menunggu ditepi kereta. Peluh mula menitis dipipi. Menyesal pula hatinya memakai sweater hari ini. Difikirnya hujan, rupanya panas terik! Jangan aku yang pengsan kat sini sudahlah..

Izz Aydin melihat kelibat Razin sedang berbual-bual dengan seorang wanita. Wanita itu nampak seperti seorang yang bekerjaya dari segi penampilannya yang agak bergaya. Rumahnya pula seakan istana dengan adanya tasik dibelakang rumah dan beberapa biji buah kereta mewah.

Razin melangkah menuju ke kereta semula selepas mencium pipi Adelia.

"Kita balik hotel semula. Aku ada meeting kejap lagi."

Izz Aydin tanpa lambat terus masuk ke kereta dan memandu keluar dari kawasan rumah itu. Izz Aydin fokus pada pemanduannya sementara Razin membuang pandangannya di luar tingkap. Masing-masing diam.

******

Jam tangan dilihat sekilas. Sudah jam 5 petang tetapi bayangan Razin tidak juga muncul. Sudah kebas punggung Izz Aydin duduk dilobi menunggu. Ada juga rakan sekerjamya yang bertanya kenapa dia berada disitu pada hari cutinya. Dan jawapannya sama untuk semua.

Jadi driver terjun!

Dari jauh Rafael sudah dapat melihat susuk tubuh Izz Aydin di lobi. Bersweater hitam menutupi kepalanya. Seluar jeans berwana biru, beg silang dibelakang dan bersneaker kelabu.

"Izz.." panggil Rafael sambil melambai tangannya.

"Raf.. Dah nak balik ke?" tanya Izz Aydin. Dia cuma berdiri sementara Rafael mendekatinya.

"Ya, saya nak balik dah. Awak buat apa kat sini? Bukan awak cuti ke?" soal Rafael sambil membetulkan beg galas dibahu.

"Sepatutnya cuti. Saya take over job Encik Daniel harini. Dia ada hal sikit."

"Tak over job Daniel? Job apa?"

"Err driver?" Izz Aydin tersenyum nipis. Macam tidak logik pun ada dia sebagai houskeeper tiba-tiba boleh jadi driver.

"Ohh.. okay okay. Izz, nanti boleh tak.."

"Raf..."

Rafael mematikan bicaranya apabila namanya dipanggil. Dia tersenyum menyambut Razin sementara Razin beriak serius, seperti selalu.

"Kenapa tak balik lagi? Bukan kau ada janji dengan mommy ke malam ni?"

"Baru nak balik lah ni. Saja borak sekejap dengan Izz."

"Izz, Hantar aku balik kondo. Aku ada appointment lain malam nanti." kata Razin kepada Izz Aydin.

Izz Aydin laju mengikuti langkah Razin yang sudah dihadapan sementara Rafael cuma memerhati. Dia melepaskan keluhan dan turut berlalu sebaik bayangan kedua mereka tadi hilang dari pandangan.

*****

Yana baru selesai mandi semasa Izz Aydin tiba dirumah dengan motosikal ego s nya. Dia segera memakai baju tidur dan turun ke bawah untuk mendapatkan Izz Aydin yang sedang duduk di kerusi dapur.

"Kenapa kau setuju cadangan Daniel?" tanya Yana terus. Dari siang tadi dia menahan diri untuk bertanya tetapi tidak kesampaian kerana dia terlalu sibuk menguruskan jadual baru untuk Razin bulan depan.

"Aku bukan buat kerja free. Dia bayar aku kot. Lagipun sehari je."

Dari berdiri, Yana duduk disebelah Izz Aydin.

"Razin tu pun kau kena hati-hati. Dia ada tunang. Model lagi tapi kuat cemburu. Kau tak ingat kes aku kena serang tahun lepas dengan tunang dia tu?"

Izz Aydin termenung sebentar mengingati.

"Masa lepas dia marah kau, dia sendiri jatuh sebab heal dia patah tu ke? Dia tu?" soal Izz Aydin sambil membesarkan matanya.

"Haaa dia laa."

Izz Aydin meletuskan ketawa sementara Yana menggeleng kepala dengan ketawa dibibir. Mana dia boleh lupa kejadian itu. Serta merta juga stall burgernya menjadi viral pada masa itu kerana kejadiannya itu berlaku dihadapan rumah mereka. Terima kasih tukang viral!

"Wei apesal aku boleh tak cam dia haritu eh. Macam lain dah muka dia." kata Izz Aydin.

"Ishh, kau ni memang tak pernah baca gosip ke? Apa gunalah smartphone kau ni kalau semua tak tahu. Baling dalam longkang aje lah. Bagi katak pakai. Adoi Izz." bebel Yana. Izz Aydin pula tersengih-sengih.

"Aku mana ada masa nak baca gosip-gosip ni. Sibuk kerja je." jawab Izz Aydin memberi alasan.

Yana berdiri semula menuju ke peti sejuk dan mengeluarkan sebiji epal lalu dicuci.

"Dia pernah operate hidung dengan dagu lah. Aku pun tak paham jenis yang tak menghargai anugerah Tuhan ni. Aku rasa muka dia dulu lagi cantik kot." ujar Yana. Epal yang sudah dibasuhnya digigit rakus.

"Biar lah. Janji bukan muka aku ataupun muka kau." balas Izz Aydin dengan mengacukan jari runcingnya kepada Yana dan dirinya.

"Err Yana... Tuan Razin tu pernah kahwin ke?" tanya Izz Aydin pula. Sebenarnya dia kurang faham salasilah keluarga boss barunya itu lebih-lebih lagi siang tadi dia ada terdengar perbualan antara Razin dan Adelia didalam kereta.

Ye lah, Razin dan Rafael tu siapa abang siapa adik? Lepas tu, Adelia. Mommy, perempuan tadi tu siapa? Ishh perlu ke aku sesakkan fikiran aku dengan benda macam ni?

Yana menarik tangan Izz Aydin supaya mengikutiya. Mereka berdua duduk didepan laptop dan Yana menaip sesuatu dipapan kekunci.

Razin bin Datuk Halim. Search!

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience