Bab 10

Drama Completed 204768

Hari ini Yana sudah berjanji akan menemani Izz Aydin untuk membeli pakaian kerja baru seperti yang disuruh Daniel. Selepas balik dari kerja, di terus membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum keluar dengan sahabatnya itu. Jarang-jarang dia menemani Izz Aydin membeli belah jika tidak kerana terpaksa seperti ini.

"Yana, baju macam mana yang nak dibeli ni? Pakai jeans, long sleeve aje kan boleh?" soal Izz Aydin.

"Mana boleh. Kau tak tahu lagi Tuan Razin tu macam mana. Dia nak yang perrrfectt! Yang sempurna dimata dia. Haa.."

Izz Aydin hanya mengikuti kemana sahaja Yana melangkah. Sehinggalah mereka berdua tiba disebuah butik. Yana memilih manakala Izz Aydin hanya duduk dikerusi. Melihat jenis pakaian sahaja dia tidak tahu seperti mana yang sesuai. Jadi, biar sahaja Yana yang memilih untuknya sebab Yana lebih tahu.

"Izz, sini. Kau cuba ni. Aku rasa sesuai saiz kau." ujar Yana sambil menunjukkan sepasang sut wanita berwana hitam kepadanya.

"Yana! Janganlah skirt. Aku nak seluar. Aku tak kira." kata Izz Aydin membangkang. Dia mana pernah pakai skirt! Adoi Yana...

"Opss! Sorry. Kita pilih yang seluar punya eh." Yana tersengih menyimpan semula sut tadi lalu mencari sut yang lain.

Yana kembali semula bersama sepasang sut berwarna hitam berserta kemeja putih lengan panjang. Izz Aydin terus mengambil dan mencuba dibilik yang disediakan.

"Wow, sesuai lah untuk kau. Ada shape jugak body kau ni rupanya. Aku ingat kayu lurus aje." kata Yana ketawa. Izz Aydin mencebikkan bibirnya.

"Apa kau ingat aku perempuan ciplak ke? Ori ni."

"Tu lah kau. Cuba berdandan sikit. Ni tak, suka pakai baju besar, seluar jeans. Tu.. tu.. Yang kat dalam tu, tak lemas ke kena himpit dengan sport bra kau tu. Aku tengok pun naik sesak." soal Yana sambil menunding jarinya ke dada Izz Aydin.

Izz Aydin menepis jari Yana ke arah lain. "Tunjuk baik-baik sikit eh. Tak memasal patah jugak jari kau nanti."

Yana ketawa melihat muka kemerahan Izz Aydin.

"Kita beli 3 pasang terus lah. Ada sale ni." cadang Yana.

"Ambil saiz besar sikit lah Yana. Sesak aku pakai sempit yang macam tu."

"Ya!"

Selesai membuat pembayaran, mereka berdua menuju ke salah sebuah restoran yang ada didalam mall itu untuk mengisi perut. Yana cuma memesan sandwich dan jus epal manakala Izz Aydin mahu mencuba spagetti aglio olio bersama segelas jus oren.

"Aku ingat esok nak balik kampung kejap lah. Rindu opah dengan atuk kat kampung. Lagipun aku start kerja isnin nanti. Ada lagi 3 hari." kata Izz Aydin kepada Yana.

"Boleh jugak tu. Tapi..yang tak bestnya aku tak boleh ikut sebab aku kerjaaa.." Yana mencebikkan bibirnya, sedih kerana tidak dapat mengikuti Izz Aydin. Jika tidak, boleh juga dia menatap wajah Shahril.

"Lain kali lah. Nanti aku sampaikan salam rindu peluk cium kau kat abang Shah ya." usik Izz Aydin dengan muka yang tersengih.

Yana mengangguk suka! Jangan pernah mengalah memikat hati Shahril, Yana! Kau mesti berjaya!

"Wei wei. Tuan Razin dengan tunang dia lah." kata Yana tiba-tiba. Dimulutnya masih penuh dengan sandwich yang belum habis dikunyah.

"Mana? Mana?" Izz Aydin turut menoleh kepalanya ke kiri dan kanan mencari susuk yang dikatakan oleh Yana.

"Ehhhh janganlah nampak sangat..! Nanti tunang dia perasan diva pulak."

Izz Aydin terus berlagak biasa lalu menyuap makanan kedalam mulutnya. Tetapi dengan perlahan kepalanya cuba ditoleh ke kiri. Dia mula perasan ada seseorang sudah berdiri disebelah meja mereka berdua dan perlahan dia mendongak pula. Juntaian mee spagetti dibibirnya dibiarkan sahaja tanpa perasan.

Ohh emm giiii!! Kenapa dia kat sini?! Izz Aydin mengalihkan pandangan dan menarik juntaian mee masuk kedalam mulut.

Uhuk! Uhuk! Izz Aydin tersedak!!

Laju saja tangannya mencapai gelas berisi jus oren dan diteguk laju. Cuping telinganya mendengar ketawa halus dari bibir seseorang, seakan mengejeknya.

"Kebulur sangat ke?"

Izz Aydin berdehem melegakan tekaknya sambil melihat Yana yang hanya diam dihadapannya.

"Darling, let's go to another store. I tak jumpa lagi yang I nak." Terdengar suara seseorang tidak jauh dari tempat mereka.

"Melissa.. I dah penat lah. Dah banyak yang you beli but still tak jumpa yang you nak? Seriouly?" soal Razin sambil mengangkat kedua tangannya yang sudah penuh dengan beg kertas pelbagai jenama.

"Kan nak beli untuk wedding kita sekali. Please darling. Last store okay. Promise.."

Razin mendengus halus namun dapat didengari oleh Izz Aydin dan Yana.

"Okay.. Last.." Razin berlalu apabila ditarik oleh Melissa menuju ke butik pakaian berjenama Guess.

Yana tertawa kecil melihat. Padan muka! Dasar gediks!. Padanlah dengan Tuan Razin melayan aje apa si Melissa tu nak..kutuk Yana dalam hati.

Izz Aydin menarik nafas lega. Kisah semalam belum dapat dilupakannya. Takut juga kena bedil dengan mulut laser Razin tu.

"Apesal Tuan Razin macam tak suka je dengan Cik Melissa tu? Macam.. Terpaksa melayan dia pun ada." tanya Izz Aydin kepada Yana.

"Haa kau pun perasan kan. Ramai staf kita nampak macam tu tapi tak berani hebohkan aje. Takut nanti Cik Melissa mengamuk. Cik Melissa dengan Tuan Razin tu bertunang sebab aturan family. Sebab nak kekalkan hubungan antara keluarga Datuk Halim dan Dato' Muzaffar, ayah kepada Melissa. Sepatutnya diorang dah nikah dah tahun lepas tapi ayah Cik Melissa mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Jadi, Cik Melissa cuma ada ibunya saja."

"Ohhh.. Ex wife dia pulak? Kenapa dia orang bercerai?" Izz Aydin membulatkan matanya menunggu jawapan dari Yana. Sudah lama juga dia mahu bertanya tetapi menunggu masa yang sesuai.

"Nanti aku ceritalah. Cepat sikit makan. Kita pergi karaoke lepas ni okay. Lama dah tak pergi. Kita release stress sikit." ajak Yana.

Izz Aydin tanpa lama menunjukkan kedua ibu jarinya ke atas dan terus menyedut sisa jus orennya sehingga habis.

******

Rafael mengelap rambutnya selepas mandi lalu membelek wajah dihadapan cermin. Jambang dimukanya sudah kelihatan sedikit panjang dan dia mencari pencukur yang baru dibeli semalam. Puas dicari didalam almari, laci namun tidak dijumpai. Dia kemudiannya menuju keluar bilik mencari bungkusan plastik berwarna hijau.

Aishh! Mana aku letak ni. Takkan lupa dalam kereta kot! Sambil membebel, sambil tangannya menyelongkar barang diatas kerusi tanpa menyedari ada sepasang mata memerhatinya yang masih bertuala menutupi pusat ke lutut sahaja.

Hah! Jumpa pun! Time ni jugak kau nak menyorok yaa.. Dasarrr.. Ekor matanya menangkap susuk seorang wanita sedang memerhatikannya dan perlahan dia menoleh.

"Kau siapa?" tanya Rafael sambil mencekak pinggang. Otot dada bidangnya terserlah tanpa sedikit cela menyebabkan wanita tadi lansung berpaling membelakanginya.

"Err.. Maaf Tuan.. Saya housekeeper baru suite ni. Nama saya.. Balqis, Tuan.."

"Kenapa aku tak tahu pun ada housekeeper baru? Puan Zubaidah ni pun satu. Ikut suka dia ae suruh orang sesuka hati masuk sini." Rafael masuk semula ke dalam biliknya. Jika tidak disebabkan semalam dia terpaksa menyiapkan kertas kerja untuk projek iklan baru, sudah pasti dia tidak bermalam di suite itu.

Balqis menenangkan debaran dihatinya. Ini kali kedua dia bersua muka dengan anak kedua Datuk Halim itu, yang selalu dikatakan orang sebagai one of hot guy di Malaysia. Kali pertama bertemu semasa Rafael sedang mengejar Izz Aydin di lobi hotel. Sekarang dia sudah tahu kenapa gelaran itu cocok buat jejaka itu. Bibirnya lantas mengoyak senyuman.

******

"Puan Zubaidah.." panggil Rafael apabila terlihat wanita itu lalu dihadapan pejabatnya.

"Ya Tuan Rafael. Ada apa?" Puan Zubaidah menoleh lalu mendekati Rafael yang sedang mendekatinya juga.

"Siapa suruh tukar housekeeper suite saya?" tanya Rafael.

"Kenapa? Sebelum ni Tuan tak pernah kisah pun housekeeper tuan ditukar-tukar." Puan Zubaidah sedikit pelik dengan soalan Rafael itu.

"Itu dulu. Lain.."

"Lain yang macam mana Tuan? Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?"

"Err tak ada apa-apa. Lepas ni, saya tak perlu housekeeper kemas suite saya setiap hari. Cukup untuk sabtu ahad saja. Atau masa saya tak ada didalam tu."

"Kalau itu yang Tuan nak, saya boleh aturkan."

"Okay. Thanks." Rafael berlalu menuju ke pejabatnya. Dia perlu menyiapkan sedikit lagi laporan sebelum dikemukakan semasa mesyuarat akan datang.

Rafael duduk dikerusi kerja lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia sudah mempunyai rancangan mengajak Izz Aydin makan malam bersamanya malam nanti. Dia mendail nombor telefon wanita itu tetapi tiada sahutan. Sehingga tiga kali cubaan, masih tiada sahutan. Dia melepaskan dengusan halus lalu memulakan kerjanya.

*****

Izz Aydin membuka perlahan matanya apabila telefon bimbitnya berhenti berbunyi menerima panggilan. Sekarang dia sedang dalam perjalanan menuju ke kampung dengan menaiki ETS. Perjalan yang memakan masa selama 2 jam 30 minit itu terasa lama menyebabkan dia sempat melelapkan mata sebentar. Lagi 10 minit dia akan sampai ke destinasi.

Skrin telefon dilihat sekilas. 6 Missed calls. 3 Rafael, 3 unknown number? Telefon disimpan semula ke dalam poket sweater merahnya lalu dia membuang pandangan diluar. Bibirnya tersenyum melihat suasana yang menjamu mata. Terasa semakin rindu sedangkan dia sudah berada dinegeri kelahiran sendiri.

Beg galas disangkut ke bahu sebaik pengumumam mengatakan sudah hampir ke destinasi. Sudah tidak sabar rasanya berjumpa dengan Opah Biah dan Tok Adam. Mereka tidak tahu dia akan pulang hari ini kerana dia ingin membuat kejutan.

****

Opah Biah sedang memasak ikan siakap tiga rasa dan sayur cangkuk manis bersama labu untuk hidangan tengah hari ini. Air sirap merah yang sudah siap dibancuh diletakkan ais untuk melegakan haus kerana sebentar lagi Tok Adam akan pulang dari dusun untuk makan tengah hari dan solat zuhur.

Izz Aydin melepaskan beg sandangnya diatas lantai dengan berhati-hati. Derapan kaki dikawal agar tidak bising saat memijak lantai kayu di ruang tamu. Dia mengintai dibalik dinding pemisah ruang tengah dan dapur. Bibirnya tersengih nakal.

Perlahan kakinya menuruni tangga dan menghampiri Opah Biah yang masih sibuk mencuci pekakas memasak.

"Opahhh!!!" teriak Izz Aydin lalu mencucuk pinggang Opah Biah.

Apa lagi, berterbanganlah sudu dipegangan Opah Biah lalu jatuh mengenai kepala Izz Aydin yang sedang galak ketawa menahan perut. Kepalanya turut dihujani buih-buih cucian.

"Astaghfirullahalazim...!!" teriak Opah Biah pula. Tangannya yang masih berbuih mengurut dadanya sambil dibantu Izz Aydin. Sudah terasa bersalah pula mengejutkan opahnya tetapi begitulah kejadian setiap kali Izz Aydin balik kampung.

"Izz! Bertuah punya budak! Bila balik? Kenapa tak bagi tau opah?" Opah Biah segera mencuci tangan lalu dilap ke kain sarung ditubuhnya. Tangannya meraih muka Izz Aydin sebelum tubuh itu dipeluk erat.

"Ya Allah. Rindunya opah dengan kamu." Izz Aydin membalas pelukan Opah Biah, melepaskan rindunya dengan senyuman dibibir.

"Biah, oo Biah! Apa terjerit-jerit tu sampai kat luar dengarnya?" soal Tok Adam pula dimuka pintu dapur. Dia kehairanan semasa dia datang tadi dia mendengar jeritan isterinya didapur.

Mata tuanya melihat susuk Izz Aydin didalam pelukan Opah Biah pula.

"Izz, kamu ke tu?"

Izz Aydin meleraikan pelukan Opah Biah lalu menghampiri Tok Adam pula. Tangannya meraih tangan Tok Adam dan dicium sekejap.

"Atuk apa khabar? Izz rindu atuk." Izz Aydin memeluk pula Tok Adam. Terasa hidupnya sempurna selepas memeluk kedua kesayangannya.

"Ishh! Kenapa datang tak bagitau." Tok Adam memukul lembut belakang cucunya itu.

"Dah.. jangan peluk lama-lama. Atuk berpeluh ni. Baru balik dari dusun." Izz Aydin ketawa meleraikan pelukan.

"Memang rezeki kamu lah sempat makan durian lagi sebelum habis musim." tambah Tok Adam lagi. Izz Aydin melihat pula raga diatas lantai yang dipikul Tok Adam tadi. Uii! Memang rezeki sangat ni. Jangan sampai panas malam nanti sudahlah..

"Opah mandi kejap ya. Lepas tu kita makan sekali. Kejap lagi Shah balik dari sekolah tu." kata Opah Biah dan terus berlalu. Bibirnya masih menguntum senyuman, gembira bertemu dengan cucu kesayangannya itu.

Sementara itu, Izz Aydin berjalan mengambil angin diluar rumah sebentar. Sudah terasa lama dia tidak menghirup udara sesegar itu. Namun, langkahnya terhenti saat bertentangan mata dengan sesuatu dihadapannya. Kakinya terasa dipaku disitu.

Alahh! Bila masa pulak dia ada kat sini.! Izz Aydin mula mengundur perlahan-lahan. Matanya tidak dilarikan dari memandang dihadapan.

Saat samseng kampung itu mula mengejarnya, Izz Aydin terus membuka langkah sebesar yang boleh untuk melarikan diri. Teriakkannya usah dikata, menggamit seluas kawasan rumah itu.

Dari kejauhan Shahril menangkap susuk seseorang berlari mengelilingi rumah Tok Adam. Dia lekas memandu keretanya memasuki kawasan rumah lalu keluar dari kereta.

"Izz?"

Izz Aydin yang ketakutan berlari laju ke arah Shahril yang sudah keluar dari kereta. Lekas dia menyorok dibelakang Shahril dan memeluk lengan lelaki itu.

"Abang..! Tolong!!"

Bersambung...

cer teka siapa samseng kampung yang kejar izz tu.

Share this novel

Syukri Muhammad
2020-12-29 23:25:28 

a҉n҉g҉s҉a҉

Syukri Muhammad
2020-12-29 23:25:27 

a҉n҉g҉s҉a҉


NovelPlus Premium

The best ads free experience