Bab 37

Drama Completed 204768

Ralit anak matanya merenung wajah kekasih yang dirinduinya itu. Hampir seminggu tidak bersua muka, terasa setahun lamanya. Kepulangannya itu tidak hanya membawa rasa rindu, tetapi turut membawa rasa cinta yang semakin mendalam dan hajat yang besar dalam hidupnya.

"Awak okay tak ni? Pucat je." Soal Rafael memecah kesunyian. Yang kedengaran dari tadi hanyalah bunyi dentingan sudu dari meja sebelah dan alunan muzik didalam cafe itu.

"Saya okay. Kenapa pulak tak okay." Jawab Izz Aydin, sedaya upaya menutup gundah dihati.

"Kenapa tak bagitau awak balik hari ni? Bukan sepatutnya esok ke?"

"Saja nak bagi surprise. Kerja habis awal, jadi saya balik terus. Turun je dari flight tadi, saya terus datang sini jumpa awak tau. Lagipun..dah rindu sangat kat orang tu." Bibir dijuihkan kedepan lalu tersenyum.

Izz Aydin turut tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat agar Rafael tidak merasa dirinya lain.

"Awak nampak lain lah sekarang.." tambah Rafael. Ibu jari ditongkat ke dagu, merenung dalam wajah wanita dihadapannya itu.

"Hah? Lain? Lain yang macam mana?" Terus gugup pertuturan Izz Aydin.

"Awak nampak makin cantik, berseri-seri. Macam pengantin baru." Seloroh Rafael seraya ketawa kecil.

Izz Aydin tersenyum menggeleng kepalanya sedikit.

"So, apa yang awak nak bagitau saya haritu?" Soal Rafael lalu menghirup air teh panas didalam cawan. Matanya tidak dialihkan sedikit pun dari menatap wajah kesayangannya itu.

Soalan itu tidak disahut terus. Sebaliknya Izz Aydin masih berfikir bagaimana mahu memulakan. Detak irama jantungnya semakin tidak sekata. Memukul dada dengan kuat tanpa henti.

"Err sebenarnya. Saya nak.. "

"Kalau tak nak cakap tak pa. Biar saya yang cakap dulu." Pintas Rafael. Bibirnya terus mengoyak senyuman.

Kolar bajunya ditarik sedikit, melonggar cengkaman nafas yang melonjak teruja. Sebelah tangan menyeluk kocek baju jaket ditubuh dan sebelah lagi mencapai tangan Izz Aydin yang terletak diatas meja.

Berdebar hatinya ingin meluah hajat itu. Penuh pengharapan agar kekasih hati mahu menerima lamarannya.

"Ehem ehem. Izz.."

"Raf, kita putus."

Tersentak Rafael sebaik ayat itu tiba-tiba keluar dari bibir Izz Aydin. Terus mati pergerakan tangannya menyeluk kocek.

"Wait..wait.."

"What?! Awak cakap apa tadi?" Soal Rafael meminta kepastian. Adakah dia salah dengar atau ia betul-betul?

"Raf, kita putus." Kali ini ucapan itu dilafazkan sedikit berat dari tadi.

"Kenapa? Kenapa.. tiba-tiba awak mintak putus ni?" Tergeleng-geleng kepalanya tidak percaya! Lansung tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

Izz Aydin menahan sebak melihat wajah Rafael itu. Terpancar jelas kekecewaan.

Genggaman Rafael yang hampir terlepas ditautnya erat. Berkaca mata Izz Aydin saat itu.

"Raf.. saya minta maaf tapi saya tak boleh teruskan hubungan ni."

"Buy why? Kenapa tiba-tiba awak nak putuskan hubungan kita? Saya ada buat salah ke?"

Izz Aydin terdiam menggeleng-geleng kepala. Wajah kecewa lelaki itu semakin menghukum hatinya.

"Tell me..! Jangan buat saya macam ni Izz. Awak tau kan saya sayangkan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya." Luah Rafael. Sebak dadanya ditahan agar tidak memaksa dirinya bertindak diluar kawalan.

Lantas kotak cincin yang disemat didalam kocek jaketnya dikeluarkan dan diletak dihadapan Izz Aydin.

"Ni.. saya dah belikan cincin untuk melamar awak. Kahwin dengan saya Izz. Please.." rayu Rafael dengan mata yang semakin merah.

"Raf.. Dengar penjelasan saya dulu."

"Penjelasan apa?! Apa lagi yang kurang Izz. Saya dah buat macam-macam nak buktikan cinta saya. Takkan semua tu masih tak cukup sampai awak nak putuskan hubungan ni."

Bergenang air mata Rafael. Belum sempat melamar, sudah diminta putuskan hubungan. Punah impian mahu memperisterikan wanita itu.

"Bagitau saya kenapa kita perlu putus. Bagitau saya Izz..!" Keras suara Rafael itu menyentak tangkai hati. Tidak sedar lengannya sudah dicengkam kuat oleh Rafael.

"Raf please jangan macam ni. Lepaskan tangan saya. Sakit.." pinta Izz Aydin. Air matanya mula mengalir dipipi. Terasa ikut pedih melihat wajah kecewa itu, sekaligus menahan kesakitan dicengkam jemari kasar Rafael.

"Saya takkan setuju awak putuskan hubungan ni!" Nekad Rafael tanpa mahu mendengar penjelasan Izz Aydin.

Razin yang dari tadi duduk diam di satu sudut segera bangun dan menghampiri. Bukan niatnya untuk ikut campur tetapi saat tangan Rafael menyentuh kasar tubuh isterinya, dia sudah tidak mahu melihat sahaja.

Laju langkah kakinya merapat ke meja pasangan itu.

"Raf. Jangan kasar dengan perempuan. You hurting her." Celah Razin yang tiba-tiba muncul ditepi meja mereka berdua.

"Back off! This is non of your bussiness!" Jerkah Rafael. Dirinya kini sudah dikuasai marah dan kecewa. Tidak sedar dia sedang mengasari wanita kesayangannya itu.

"Izz.." mendayu suara Rafael memandang Izz Aydin yang menunduk menangis.

Razin menarik nafas dalam. Dadanya mula berombak melihat kelakuan Rafael yang terus terusan memaut lengan Izz Aydin.

"Raf. Stop it! Tak malu ke orang pandang kau berperangai macam ni!" Tengking Razin. Suaranya ditahan-tahan supaya tidak menambah malu kerana saat itu sudah banyak mata-mata yang melihat mereka bertiga.

"Kita sambung bincang hal ni kat rumah mommy. Now.. you let her go atau aku belasah kau kat sini!" Dalam suara Razin melontar amaran. Anak mata dicerlung menikam anak mata Rafael.

Dengan berat hati, Rafael meleraikan genggaman tangannya. Seakan baru tersedar dia telah mengasari wanita kesayangannya itu.

"Izz.. i'm sorry i'm sorry" Air matanya turut gugur melihat air jernih yang mengalir deras dipipi Izz Aydin.

"Izz.. kita balik sekarang." Arah Razin.

Perlahan Izz Aydin bangun sambil menyeka air mata. Matanya memandang sekilas Rafael meraup kasar wajahnya.

"Saya minta maaf Raf.. i'm so sorry.." ucap Izz Aydin lalu berjalan laju meninggalkan Rafael tunduk menekur lantai. Sungguh hatinya turut terluka kerana melukakan lelaki sebaik Rafael.

Sebaik punggung mencecah ke dalam kereta, tangisan lebat terus dihambur bersama esakkan. Berat hatinya mengucapkan kata putus, seolah memutuskan semangat lelaki itu sekali.

Mana mungkin dia mampu melupakan Rafael begitu sahaja. Lelaki pertama mencuri hatinya, yang mengajarnya erti cinta tetapi dia sendiri yang mengkhianati cinta itu. Sakit! Terlalu sakit!

Walaupun jangka masa perkenalan mereka singkat, tapi cinta itu tidak pernah mengenal erti masa. Kerana takut rasa kecewa beginilah, sebelum ini Izz Aydin mengelak mahu bercinta. Kekecewaan bercinta itu terlalu pedih sehingga boleh membuat yang waras menjadi gila.

Razin tidak terus mengekori Izz Aydin masuk didalam kereta. Mahu memberi ruang kepada wanita itu melepaskan tangisannya. Sekaligus meredakan hatinya yang masih marahkan Rafael sebentar tadi.

Seketika selepas marahnya reda, dia mendapatkan Izz Aydin didalam kereta. Tangan kekarnya terus memeluk erat tubuh isterinya itu, cuba menenangkan.

"Shh.. jangan nangis. Kalau tak sedia nak jumpa Raf, kita cancel pergi rumah mommy okay." Pujuk Razin seraya mengusap belakang Izz Aydin.

"Tak. Kita kena bagitau dia jugak. Saya tak nak Raf terus-terus terluka. Saya rasa bersalah sangat sebab saya yang buat dia macam tu." Luah Izz Aydin bersama sisa tangisan. Sedu sedan bersilih ganti didalam tutur katanya.

"Yang bersalah sebenarnya abang. Kalau abang tak setuju kita nikah dulu, mungkin sayang tak perlu hadap kesedihan ni. Dan Raf mungkin tak kecewa."

"Tak, saya dah pilih abang, bukan Raf. Kalau abang tak setuju dulu, saya pun tak jadi isteri abang kan. Abang sanggup ke tengok saya dengan Raf?"

Nah! Ayat makan diri sendiri. Sanggup ke aku. Tak sanggup lah jawapannya!

"Jadi, betul nak pergi rumah mommy ni?" Soal Razin sambil mengelus pipi isterinya yang masih basah itu.

Izz Aydin mengangguk perlahan seraya menyeka air mata yang masih bersisa. Yang selebihnya sudah selamat mendarat meresap di pakaian Razin.

"Dah pergi duduk belakang sana. Saya nak drive ni."

"Hmm rasa tak best pulak duduk belakang and biar isteri yang tengah sedih ni drive. Hilang macho abang." Ujar Razin lalu mengucup lembut pipi Izz Aydin.

"Tak payah nak macho sangat lah. Nak bagi siapa lagi pandang. Dah, pergi."

Selajur Razin bergerak ke belakang, Izz Aydin sempat melihat Rafael keluar dan terus berlalu meninggalkan hotel. Keluhan halus turut dilepaskan.

Izz Aydin memandu dengan kelajuan sederhana dan sempat berselisih dengan sebuah kereta berwarna putih yang berhenti ditepi bangunan hotel.

Melissa..

Tajam matanya menjadi penonton drama tak berbayar sebentar tadi. Jari runcingnya mengetuk stering kereta perlahan sebelum menjadi hentakkan kuat sekaligus membuat hatinya membuak dendam.

"Jadi betullah diaorang dah nikah. Kalau tak, Razin takkan sibuk nak mencelah tadi. Takpa. Aku akan rampas balik hak aku! Kau tunggu lah perempuan perampas!" Tempik Melissa sendirian. Tidak sia-sia dia mengupah seseorang mengintip pergerakkan Razin selama ini. Rupanya dalam diam Razin dan Izz Aydin bernikah. Dan hari ini, kedatangan Rafael sedikit sebanyak akan melancarkan rancangannya untuk memisahkan pasangan itu.

Bibir merahnya mengoyak senyuman sinis. Kereta Honda Civic dipandunya terus memecut laju membelah jalan raya menuju ke destinasi yang seterusnya.

****

Mundar mandir langkahnya didalam bilik. Semakin banyak persoalan muncul dibenak fikiran.

Datin Maria sendiri terkejut melihat kemunculan anak keduanya itu tadi. Sudahlah sebentar lagi Razin bersama Izz Aydin akan tiba untuk makan malam bersama mereka.

Tidak lama kemudian, muncul kereta Razin yang dipandu Izz Aydin. Rafael menarik nafas dalam sebelum kakinya melangkah laju menuruni anak tangga.

Langkah kakinya terhenti saat anak matanya memandang Izz Aydin dipimpin oleh Razin masuk ke dalam rumah dan wanita itu tersenyum manis menyalami Datin Maria. Mereka kemudiannya terus duduk di ruang tamu yang sudah diduduki oleh Datuk Halim.

Tidak sedikit pun Datuk Halim mengalih pandangan sebaik Razin dan Izz Aydin tiba. Sebaliknya hanya terus menonton televisyen yang memaparkan suka kegemarannya.

"Daddy.." sapa Razin seraya menyalami Datuk Halim. Tiba giliran Izz Aydin, belum sempat dicium, tangan itu terus ditarik oleh pemilik. Razin menarik nafas melihat layanan Datuk Halim itu. Memang sudah dijangkakan.

Rafael perlahan menapak kearah mereka. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku tetapi belum tahu apa. Baru sahaja Datin Maria memulakan bicara, terdengar pintu utama diketuk dan ditolak kasar dari luar.

Muncul Melissa dengan wajah merah padam. Matanya tajam menikam wajah Izz Aydin dan Razin. Kakinya laju melangkah dan..

Pak!

Satu tamparan kuat singgah dipipi kiri Izz Aydin menyebabkan wanita itu terdorong ketepi. Terbungkam Rafael melihat tindakan berani Melissa itu.

Pak!

Sekali lagi tamparan yang sama kuat singgah dipipi yang sama membuatkan kesemua mereka terkejut. Izz Aydin berundur, menahan pedih dipipinya sekaligus mengaburi pandangan anak matanya.

Tangan Melissa naik tinggi lagi, mahu menampar lagi tetapi Razin pantas menahan dan menolak tangan itu dari terus menyentuh isterinya.

"Stop it Mel! Are you crazy?!" Tengking Razin.

"Yes!! I'm crazy! Because of you!" Teriak Melissa seakan orang hilang waras. Mengurut dada Datin Maria saat itu.

"Datang tak beradap, sedap tangan naik menampar anak orang? Kenapa you tampar girlfriend I?!" Celah Rafael lalu berdiri disebelah Izz Aydin. Pipi merah Izz Aydin dipandang. Mahu disentuh tetapi Izz Aydin mengelak.

"Oh, dia belum bagitau you lagi rupanya. Dasar perempuan murahan! Dengan abang dia kau nak, dengan adik dia pun kau nak! Perempuan kampung tak sedar diri!" Herdik Melissa. Meledak marahnya melihat wajah kaku Izz Aydin selepas ditamparnya tadi. Tidak menangiskan wanita itu. Atau tamparan aku belum cukup kuat? Desis hati Melissa.

Melissa maju kehadapan, mahu menarik Izz Aydin yang berselindung dibelakang Razin, tetapi Razin tetap menghalang.

"Stop it Mel! Stop it!" Bergema satu rumah mendengar jerkahan Razin. Terus mati pergerakkan Melissa melihat wajah merah padam Razin dihadapannya. Memang terlalu bengis wajah Razin ketika itu.

"You balik sekarang. Balik!" Jerkah Razin lagi tetapi tidak seinci pun wanita itu berganjak. Sebaliknya mengalih pandangan kepada Datuk Halim.

"Daddy yang suruh Melissa datang sini." Celah Datuk Halim bersahaja.

Terpana Datin Maria mendengar. Semakin berat kepalanya menerima kejutan demi kejutan.

"Kenapa perlu ada Melissa? Zin tak rasa dia perlu hadir dalam perbincangan keluarga kita malam ni." Kata Razin perlahan. Nadanya cuba ditahan agar tidak menengking orang tuanya sendiri.

"Sebab dia lebih layak dari perempuan ni!" Tajam jari Datuk Halim menunding ke arah Izz Aydin yang masih menahan pipi.

"Apa semua ni? Apa kaitan Raf dengan Izz dalam hal ni?" Soal Rafael dengan penuh tanda tanya. Seolah dia tidak wujud pula disitu.

"Kasihan you Raf. Seminggu you tak ada, dibodoh-bodohkan oleh girlfriend sendiri yang sudah pun jadi kakak ipar you!" Sangat sinis ayat itu dilontarkan.

"Hah? Kakak ipar?" Seraya itu matanya terus memandang Razin, meminta penjelasan yang lebih dalam.

"Raf.. aku boleh jelaskan.." Belum sempat meneruskan kata-kata, Izz Aydin pula mencelah.

"Raf. Saya dah berkahwin dengan Razin, abang awak."

Hah?!

Terasa seakan petir memanah, tepat ke jantung Rafael. Kaku, memutus segala urat pergerakkan tubuhnya.

Jadi, sebab ni dia putuskan hubungan dengan aku dan tolak lamaran aku? Sebab..

Terus lemah kakinya merunduk dihadapan Izz Aydin. Tangan memegang dahi bersama genangan air matanya yang mula terbit.

"Sebab ni ke awak nak putus dengan saya Izz? Sebab awak dah jadi isteri abang saya? Sampai hati awak Izz. Sampai hati awak.." lirih suaranya seraya menangis halus. Sakit hatinya, terlalu sakit!

"Saya dah janji pada diri saya untuk setia dengan awak. Jadikan awak suri hati saya, habiskan sisa hidup bersama tapi ini yang saya dapat?"

"Kenapa Izz.. kenapa..?"

Izz Aydin turut merunduk dihadapan Rafael. Tangisannya juga sudah tidak dapat ditahan. Sesak mencengkam dada.

"Maafkan saya Raf. Bukan niat saya kita terpaksa putuskan hubungan macam ni."

"Huh, bukan niat konon! Kau sengaja kan perangkap Razin supaya dia ikut kau balik kampung, lepastu korang kena tangkap basah. Kan? Kau jangan tak nak mengaku." Celah Melissa. Jarinya menunjal-nunjal kepala Izz Aydin yang terduduk lemah. Sakit hatinya melihat wajah tidak bersalah itu.

"Melissa!" Semakin tinggi suara Razin menggegarkan isi rumah. Tangan Melissa ditarik dan wanita itu diheret sehingga keluar.

"Zin dengar sini. Daddy sampai bila-bila pun takkan terima menantu anak penjudi macam ni. Selagi Zin masih berhubungan dengan perempuan ni, selagi tu jangan panggil aku daddy!"

Menangis hiba Datin Maria disitu melihat keluarganya berkelahi. Dia tidak menyangka Melissa turut mengetahui pernikahan Razin dan Izz Aydin. Suaminya juga sanggup memutuskan hubungan anak beranak hanya kerana membela Melissa.

***

Rafael merunduk merenung gelas diatas meja. Peluh air kelihatan semakin kering tetapi air itu lansung tidak diteguknya.

"Raf.. saya minta maaf dah kecewakan awak. Saya yang bersalah dalam hal ni dan saya betul-betul minta maaf."

"Kalau saya maafkan awak, awak nak kembali pada saya ke?" Tersentak Izz Aydin. Anak matanya memandang Rafael yang tunak merenungnya.

"Mommy kata awak dengan Abang Zin disatukan sebab kena tangkap khalwat dan abang Zin tak pernah sentuh awak. Jadi, tuntut cerai dari dia, dan kahwin dengan saya Izz."

"Tak! Tu takkan terjadi Raf."

"Kenapa? Awak tak cintakan dia sebab awak cintakan saya. Apa guna hubungan suami isteri kalau takda perasaan cinta."

"Awak salah Raf. Saya cintakan Razin. Dan saya sayangkan dia. Tak mungkin saya mahu berpisah dengan dia sebab saya milik Razin sepenuhnya."

Rafael menunduk semula. Air mata yang tidak pernah mengalir entah kenapa begitu mudah tumpah saat itu. Air jernih itu mula menitik gugur ditapak tangannya.

"Begitu mudah awak lupakan cinta kita Izz. Saya tak pandang perempuan lain selain awak. Dalam hati saya cuma ada awak tapi sesenang itu awak buang cinta saya. Saya kecewa. Betul- betul kecewa dengan awak."

"Tak mudah saya nak buang cinta kita. Saya sendiri pun terluka dan saya tetap sayangkan awak Raf biarpun sebagai adik ipar."

"Sebagai adik ipar? Tapi saya sayang awak sebagai kekasih saya Izz. Macam mana saya nak lupakan awak kalau sayang tu masih kuat dalam hati saya?"

Terdiam Izz Aydin, tidak mampu memujuk lelaki itu.

Selajur itu, Rafael terus berlalu meninggalkan Izz Aydin di laman itu seorang diri. Kunci kereta di ambil dan dengan pecutan kuat, keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

Entah kemana tujuan pun tidak tahu. Yang dia tahu, dia mahu jauh dari semua kekusutan itu. Jauh membawa bersama hatinya yang terluka disebabkan wanita kesayangan yang sudah jauh menjadi milik orang lain.

Saya kecewa Izz. Sangat kecewa.. Air matanya terus terusan mengalir menemani sepanjang perjalanannya.

jom follow i.g m.a.z_np boleh borak2 ;) please follow, rates and comments. tq ;*

Share this novel

esther marcus
2020-11-19 17:28:16 

so sad...kesian smua yg terlibat...

esther marcus
2020-11-19 17:28:15 

so sad...kesian smua yg terlibat...

esther marcus
2020-11-19 17:28:13 

so sad...kesian smua yg terlibat...


NovelPlus Premium

The best ads free experience