Bab 19

Drama Completed 204768

Mata dicerlung merenung wajah lelaki dihadapannya. Sakit hati dan geram menjadi satu. Kalau tak dikenang, sudah patah 3 jugak tengkuk lelaki itu dikerjakannya. Nasib masih waras dan punya iman dalam hati.

"Awak marahkan saya ke?"

Ceh! Apa jenis soalan ni...

Krik krik krik.. tiada jawapan.

"Awak, saya tanya ni." Tangannya diraih pula dan diusap perlahan.

Satu cubitan dihadiahkan dan lelaki itu mengaduh kecil. Tangannya pantas ditahan lalu digenggam erat.

"Sakit lah.." Adunya manja sambil membuat muka kasihan. Mata dikebil-kebil meminta simpati.

Pangkal paha yang masih terasa sakit bercampur pedih diurut perlahan. Kemudian bibirnya mengukir tawa pula.

Makin bikin sakit hati yang sedia ada sakit!

Satu pukulan pula singgah di bahu sehingga dia menjauhkan sedikit tubuhnya. Bibir tetap saja mengukir tawa tika itu. Lucu melihat wajah cemberut teman wanitanya itu.

"Okay, okay. Stop. Tak tahan dah kena dera. Tak puas lagi cubit, pukul saya?"

"Tak apalah. Demi Izz Adin, saya rela. Asal jangan dera hati saya je." Kata Rafael lalu mendekati Izz Aydin. Dia menatap tunak wajah wanita dihadapannya. Wanita yang benar-benar telah menawan dirinya dan mengisi segenap ruang hatinya kala itu.

"Nak saya mati sakit jantung ke buat saya takut macam tu? Nak saya jadi hantu? Biar saya datang menghantui awak. Nak?"

"Takpe. Saya rela sebab sekarang ni pun awak dah menghantui malam dan mimpi-mimpi saya. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah."

Izz Aydin lantas memalingkan wajah, menyembunyikan senyuman.

Aww! Kena pick up line ke ni! Pengsan jugak aku kejap lagi. Sabar-sabar! Jangan makan umpan awal sangat..

Riak muka ditukar serius semula. Hatinya masih sebal mengingati kejadian Balqis dan Rafael.

"Izz, I'm sorry okay. Saya betul-betul tak tahu Balqis ada dalam suite saya tu." Tutur Rafael perlahan kepada Izz Aydin yang masih cemberut mukanya. Masih rasa tidak puaskah hati walaupun sudah diterangkan keadaan sebenar.

Keluhan halus keluar dari bibir wanita itu.

"Saya tak sangka Balqis sanggup buat macam tu. Dia kawan saya and dia sendiri tahu awak siapa dengan saya." Luah Izz Aydin dengan rasa hampa. Terasa sakit juga dikhianati kawan sendiri.

"Saya dah warning dia siap-siap. Kalau dia buat lagi, saya terus pecat dia." Kata Rafael cuba memujuk.

"Mommy awak macam mana? Masih marah lagi?"

"Marah sekejap je tu. Nanti dia okay lah. Lagipun saya dah explain kat dia. So, it should be no problem. Jangan risau." Rafael memaniskan muka tersenyum kepada Izz Aydin

"Kenapa saya nak risau. Yang patut risau, awak tu. Dia mommy awak. Kena jaga hati perasaan dia. Jangan bagi dia marah dengan perangai playboy awak tu."

"Aipp! Saya bukan playboy okay. Saya ada awak je. My one and only." Ucap Rafael dengan nada romantis. Izz Aydin diam. Separuh suka juga bila merajuk terus dipujuk begitu.. Hehehe..

"Jom, ikut saya." Rafael menarik Izz Aydin bangun dari duduk lalu menyarung helmet keatas kepala wanita itu.

"Nak pergi mana? Bagilah saya tukar baju dulu. Takkan nak pakai ni je." Kata Izz Aydin sambil membelek baju ditubuhnya sendiri. Baju tshirt lengan penjek dan seluar jeans selepas dia balik tadi. Nasib baik dia cuti solat.

Rafael membuka jaketnya dan disarungkan kepada Izz Aydin sementara dia cuma memakai baju lengan panjang pula didalam jaket tadi.

"Alahhh.. kejap! Saya tukar kasut je."

Bagai pelesit Izz Aydin berlari dan muncul semula dengan kasut dikaki.

"Hold on tight! Saya tak nak kehilangan awak pulak lepas ni. Saya nak semat awak rapat-rapat agar awak tak hilang dari mata dan hati saya." Sempat jelingan menggoda dilemparkan kepada Izz Aydin yang duduk dibelakang.

Wajah Rafael yang dekat dihadapanya dipandang. Wajah kacak yang membuatnya jatuh cinta pandang pertama dan seakan mimpi pula menjadi teman lelaki. Mungkin juga teman sepanjang hayat? Bibirnya mengukir senyuman memikirkan berbagai kemungkinan. Ahh berangan je kau ni Izz.. Tak boleh lah nak merajuk lama-lama kalau kena layan macam ni..

Izz Aydin mengenggam jarinya saat Rafael menarik tangannya supaya memeluk erat. Terasa terlalu dekat dan terasa debaran yang tidak pernah dirasakannya. Tubuh sasa Rafael terus dipeluk tanpa kekok. Terasa hangat, selesa dan selamat.

Deruman motosikal berkuasa tinggi itu mula memecah kesunyian dan pergi membawa pasangan yang sedang asyik bercinta itu.

******

Razin duduk diluar balkoni menghirup udara segar. Sesekali tangannya menggosok lengan apabila terasa kesejukan. Malam masih muda tetapi dia terasa sunyi. Sudah 4 tahun dia berpisah dengan Humaira tetapi rasa cinta itu masih ada. Jika tidak kerana sikap barannya dulu, pasti dia masih bahagia menyulam cinta bersama keluarga kecilnya itu.

Imbas kembali...

Prang!!

Jatuh berderai bingkai gambar perkahwinan mereka diatas lantai. Kaca-kaca halus menghampari disegenap ruang. Pasu bunga diatas meja juga sudah pecah dan rumah tunggang langgang seakan dilanda badai taufan.

Razin terduduk menekur di sisi sofa. Titik-titik peluh mula menitik ke lantai. Matanya merenung tajam kearah Humaira yang duduk dihadapannya. Wajah wanita yang sudah lencun menangis itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa kasihan dihatinya, malah semakin benci.

"Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Bentak Razin lalu bangun dari kerusi. Lengan Humaira direntap kuat, memaksa tubuh kecil itu berdiri mengikutinya.

"Zin.. Jangan buat I macam ni. You dah tak sayangkan I lagi ke. Anak kita kecik lagi." Tangis Humaira. Esakkan yang menyesakkan dada dibiarkan berlagu nyaring.

"Huh?! Sayang? I sayang you separuh nyawa I Maira. I sanggup ketepikan family I sebab nak kahwin dengan you tapi ini you balas pada I?! You curang dengan I!"

"Tak! Tu semua fitnah. I tak buat benda terkutuk tu. Dengar dulu penjelasan I. Sumpah demi Adelia, i tak buat.."

Razin pantas mencengkam pipi Humaira dan ditekap ke dinding. Sehingga merah muka Humaira menahan sakit. Cuba ditolak tapi apalah daya seorang wanita melawan amukkan seorang lelaki yang lebih besar darinya.

"Kau jangan nak bersumpah dengan nama Adel. Orang macam kau ni, tak layak digelar ibu! Sekarang, kau kutip barang-barang kau. Jangan tinggal satu benda pun dalam rumah ni sebab aku jijik! Jijik dengan tuan dia..!" Cengkaman dilepaskan dan Humaira terjelopok diatas lantai menahan pipinya yang sakit. Air mata terus mengalir tanpa henti. Semudah itu lelaki itu membencinya. Hanya dengan mendengar dari satu pihak tanpa usul periksa?

Humaira bangkit dari duduk dengan bersusah payah. Dadanya menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Cuba meraih semangat baru.

"Kalau you betul-betul nak I keluar, I akan keluar tapi jangan menyesal lepas ni sebab ego you sendiri. I akan tuntut hak penjagaan Adel di mahkamah dan i akan pastikan you menyesal dengan tindakan bodoh you ceraikan I tanpa usul periksa!"

Terasa pedih pula mendengar kata-kata Humaira. Ya! Kenapa aku bodoh membiarkan kemarahan menguasai diri. Tapi daddy takkan sanggup tipu aku semata-mata dia tak suka kan perkahwinan kami. Siapa yang benar sebenarnya?

Razin ketawa sinis. Ternyata ego masih menebal didalam hati. Menidakkan semua kata-kata Humaira dan kata hatinya sendiri.

"Kau cakap lah apa kau nak cakap. Aku dah tak percayakan kau dan aku takkan menyesal menceraikan kau dengan talak tiga!"

Pakk!! Satu tamparan kuat singgah dipipi kirinya.

"Astaghfirullahalazim!! Razin!! Kamu sedar tak apa kamu cakap? Kamu ceraikan Maira dengan talak tiga?!" Hampir berteriak Datin Maria ketika itu. Terasa dunianya berputar-putar laju dan dia terduduk di kerusi menahan kepala.

"Razin.. apa kamu dah buat..Ya Allah.." dalam esakkan halus Datin Maria menuturkan kata-kata.

"Tak apa mommy. Maira redha kalau sampai sini saja jodoh kami. Maira akan keluar dari rumah ni dan Adel akan ikut Maira sehingga tarikh perbicaraan nanti. Maira minta halal makan minum Maira sepanjang Maira jadi menantu mommy. Maafkan Maira kalau mommy ada terasa hati dengan kelakuan Maira. Selamat tinggal mommy, Zin. I'm sorry."

Humaira menarik beg bagasi yang sudah diisi dengan bajunya. Sebelah lagi mengendong Adelia yang masih berumur 5 bulan. Dia berhenti menoleh sebelum benar-benar meninggalkan rumah agak milik Datuk Halim itu. Sempat dia melihat jasad seseorang dibalik tingkap cermin di bilik peraduan Datin Maria. Wajah sinis lelaki itu ditatap lama dengan perasaan benci yang mendalam.

Saat itu tiada titisan air mata lagi yang mengalir dari mata Humaira. Nekad hatinya meninggalkan Razin, rumah agam itu, bersama air mata yang sudah banyak mengalir.

Tok! Tok! Tok!

Imbasan memori peristiwa 4 tahun lalu terus berkecai.

Razin membuka pintu biliknya dan wajah manis Datin Maria menjamah pandangan.

"Mommy, masuklah." Ajak Razin lalu mengekori Datin Maria berdiri dibalkoni.

"Razin okay? Mommy tengok sejak kebelakangan ni banyak diam je."

"Razin okay. Mommy jangan risau."

"Esok nak kena pergi ke China kan. Barang dah packing? Nak mommy tolong apa-apa ke?"

"It's okay mommy. Razin dah ready awal. Tinggal nak tarik naik flight je lagi. Tak kisah kan Adel tinggal sini dulu. Maira kena night duty seminggu ni, ramai patient kat hospital. Dengan keadaan dia pregnant lagi." Semakin perlahan nada Razin bercakap sebaik nama Humaira disebut.

"Razin masih fikirkan Maira?"

"Razin tak pernah lupakan dia. She's my first love." Datin Maria mengusap lembut bahu anaknya itu. Firasat si ibu, dia boleh merasakkan anaknya masih cintakan bekas isterinya.

"Jangan dikenang lagi dia tu. Dia dah bahagia sekarang. Nak menyesal pun tak ada guna . Zin pun tak lama lagi kahwin dengan Melissa. Mommy yakin Zin boleh bahagia kalau Zin cuba. Kekalkan je persahabatan dan hubungan baik korang demi Adel. Maira pun dah maafkan kamu."

"Tapi Zin tak boleh maafkan diri Zin selepas ketelanjuran Zin sendiri dan Zin tak tahu Zin akan bahagia atau tak dengan Melissa." Keluh Razin. Tangannya mengenggam kuat besi penghadang balkoni.

"Kalau Zin tak nak, kita boleh cancel the wedding."

"No mommy. Zin tak nak jejaskan maruah keluarga sebab kepentingan Zin sendiri. Mommy pun tau Mel tu siapa. Satu Malaysia kenal dia. Zin tak nak family kita jadi kutukan netizen dan peminat dia nanti."

Wajah tegang Razin ditenung sekejap sebelum melemparkan pandangan jauh.

"Tadi mommy ada dengar bunyi motosikal Raf keluar. Laju pulak tu. Dia ada bagitau dia pergi mana?"

"Jumpa girlfriend lah tu. Macam lah mommy tak kenal dia."

"Girlfriend mana? Yang tadi tu?"

"Bukan dia.The other girlfriend" beritahu Razin sambil menjengket keningnya.

"Eish, berapa ramai girlfriend si Raf ni. Mommy pun tak faham lah. Tu la susah ada anak handsome, girlfriend pun jadi ramai. Kahwin nya tak jugak."

"Tapi mommy tak pernah nampak yang sorang ni. Mommy mesti terkejut."

"Kamu ni. Saja nak takutkan mommy ke? Takkan lah Raf nak pilih perempuan sembarangan."

Datin Maria berlalu meninggalkan Razin dibalkoni. Mula risau juga dengan siapa anaknya bercinta sebenarnya. Sudahlah masih pening memikirkan kejadian siang tadi, sekarang tahu ada gilrfriend lain lagi. Perempuan tulen ke palsu?? Jangan buat mommy mati terkejut Raf.. Adoii..

"You'll see." Razin tersenyum senget, membayangkan penerimaan Datin Maria apabila bertemu dengan Izz Aydin nanti. Si tomboy yang berjaya memikat playboy. Kahkahkah! Ketawa besar pula didalam hati Razin.

*****

"Kita buat apa kat sini?" Soal Izz Aydin selepas membuka helmet dikepala. Matanya melihat kawasan sekitar yang sedikit sesak dengan kunjungan orang ramai.

"Release stress." Rafael kelihatan teruja menarik Izz Aydin masuk ke sebuah cafe. Pengunjung didalam cafe itu kelihatan ramai dan mereka berdua duduk disudut meja yang masih kosong.

"Hei Raf.. what's up! Lama tak jumpa kau." Sapa seorang lelaki lalu memeluk Rafael.

"I'm good. Malam ni siapa perform?" Tanya Rafael kepada lelaki itu.

"Macam biasa lah. Kau tak order lagi? Eh, try la satu lagu. Lama dah tak dengar mat romantis kita ni menyanyi. Satu lagu pun dah cukup. Betul tak geng?" Maka berteriaklah rakan-rakan lelaki tadi dibelakang. Mendengar juga perbualan mereka tadi.

"Kau perform 1 lagu, aku belanja kau dengan kawan kau ni. Tak payah bayar, kau makan ke apa kau nak. Amacam?"

Rafael ketawa melihat reaksi rakan yang lain sementara Izz Aydin tersenyum sedikit. Rasa janggal pula berada dikalangan orang ramai disitu yang rata-rata mengenali Rafael.

"Ni cafe kawan saya tadi tu. Saya selalu datang sini, lepak, jamming." Kata Rafael lalu mengunyah kacang yang terhidang diatas meja.

"Awak pandai main apa? Drum?" Tanya Izz Aydin sambil membesarkan matanya. Tiba-tiba rasa teruja juga ingin melihat persembahan lelaki itu.

"Guitar." Rafael tersenyum kacak sebelum bangun dan sempat mengenyitkan mata kepada Izz Aydin.

Merah padam muka Izz Aydin ketika itu. Muka terasa kembang malu dek panahan hangat dari kekasih hati. Air mineral diatas meja diteguk laju bagi menenangkan hati yang bergolak dilanda badai asmara.

Rafael datang semula dan mengambil botol mineral yang sudah separuh diteguk Izz Aydin. Dengan selamba dia meneguk dari botol yang sama. Lirikan mata sengaja dipamerkan kepada wanita yang kaku kemerahan muka merenungnya.

Ohhemmgiii!!!! Unofficial first kiss ke tu??! Mati sakit jantung aku dengan lelaki ni tau.. Raff..!!! Izz Aydin memaling wajahnya, mengetap bibir dan melepaskan senyuman paling lebar disebalik dinding. Sudah tidak dapat dikawal lagi!

"Awak tunggu sini." Sempat Rafael berbisik memesan kepadanya.

Rafael membetulkan tali gitar ke bahu selepas menarik lengan baju separas siku. Gitar dipetik sedikit dan semua mata terarah kepadanya.

"Hi everyone. Raf's here. Tonight i'm going to perform one song. So, just enjoy it." Sempat matanya melirik kepada Izz Aydin yang tersenyum melihatnya.

Petikan gitar mula kedengaran, diikuti alunan dari instrument muzik yang semakin rancak.

Bulat besar mata Izz Aydin mendengar alunan, dapat menangkap lagu yang bakal dinyanyikan. I'm yours??! Aaa...!!! One of my favourite song!

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
And now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my best-est
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn
To win some or learn some

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We are just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved loved loved loved loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and I laughed
I guess what I been saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
So please don't please don't please don't
There's no need to complicate
'Cause our time is short
This, oh this, this is our fate, I'm yours..

Sehingga tamat nyanyian bibir Rafael menguntum senyuman. Mencuri pandang kearah Izz Aydin sekali sekala dan berinteraksi bersama penonton.

"Thank you. Thank you!" Senyuman tidak lepas dari bibir menerima pujian yang kebanyakkannya gadis-gadis cantik.

Izz Aydin yang tersenyum malu dihampiri lalu duduk merenung wanita itu pula. Satu kening diangkat sambil menghirup air coca cola berstraw hitam.

Air aku..!! Lagi sekali..!!!

"Well..?" Anak mata masih tidak dialihkan. Menunggu kata-kata dari bibir munggil Izz Aydin.

"Not bad. I'm yours.."

"Yes! I'm yours..."

layan cintan cintun izz dgn raf je harini eh.. hihi okay tak tuu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience