Bab 2

Drama Completed 204768

Izz Aydin berdiri didepan pintu menunggu seseorang. Kepalanya sesekali dijenggulkan tetapi yang ditunggu belum juga muncul. Matanya mengerling sekilas ke dalam pula. Saat mata mereka bertentangan, Izz Aydin lekas melarikan pandangan. Terasa kecut segala usus dan perutnya.

Tidak lama kemudian, muncul Daniel bersama sebuah fail dan tablet ditangan. Izz Aydin menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak berduaan dengan Razin disitu.

Daniel terus menyerahkan fail hitam itu kepada Razin.

"Name Izz Aydin. Age 25. Hmm still young."

Izz Aydin kaku menelan air liur.

"Sex. Female." Razin mendongak merenung Daniel.

"It's clearly stated FEMALE. Tak nampak ke?"

Pap! Fail ditutup rapat. Pusat lesi muka Daniel menahan ketakutan.

"Err sorry Tuan Razin. Salah saya tak check betul-betul."

Razin tersenyum sumbing.

"Senangnya kerja. Salah sikit, sorry. Muak lah! Aku tak nak dia ni. Kau cari orang lain. Kalau tak, dengan kau sekali aku pecat."

"Ha? Tuan nak pecat saya ke?" tanya Izz Aydin. Wajahnya sudah berubah keruh. Andai dia dipecat, entah kemana lagi dia mahu memohon kerja lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni.

Razin merenung Izz Aydin pula.

"Ada aku tanya kau? Aku tak suka orang mencelah bila aku bercakap."

Ahh! Sudah. Sah la kena pecat ni. Gumam Izz Aydin.

"Tuan, biar saya ganti dulu tugas driver tu sementara saya cari driver baru." kata Daniel pula.

"Hmm."

"Dah, keluar. Aku banyak kerja. Jangan nak tambahkan kerja aku lagi."

Terkocoh-kocoh Daniel menarik Izz Aydin agar mengikutinya keluar dari pejabat Razin.

Izz Aydin cuma menunduk pandangan. Tak sampai 5 jam dah kena pecat. Uwaa!!

"Saya kena pecat ke Encik?" tanya Izz Aydin ingin kepastian.

"Tak. Tuan Razin tak kata macam tu. Kita pergi jumpa Yana dulu."

Dalam beberapa langkah mereka sudah berdiri dihadapan Yana yang duduk di meja kerjanya.

"Yana, dia ni sepatutnya housekeeper kan? You hantar dia ke sana. Boss tak nak dia ni ganti driver."

"Haa kan I dah cakap. Nasib baiklah tak kena buang kerja kau Izz." ujar Yana lega.

"Betul ni Encik? Terima kasih." Izz Aydin melompat bersorak gembira mendengar diikuti Yana.

"Ada pasar malam jual durian ke kat sini kecoh-kecoh ni?" tegur satu suara. Suara yang membawa sekali aura 'rumah mayat'. Sejuk dan beku!

"Err Tuan Razin nak pergi sekarang? Saya pergi start kereta." pantas Daniel melarikan diri dari situ.

Razin turut berlalu. Matanya tajam menjeling Izz Aydin dan Yana yang diam tidak berkutik.

Kedua mereka menarik nafas lega selepas bayang-bayang Razin hilang dari pandangan.

"Jom, ikut aku."

********

Izz Aydin merebahkan tubuhnya ke atas katil. Matanya dipejam rapat menikmati kenyamanan disyurga kecilnya itu. Tangan dikuak seakan rama-rama.

"Penatnya. Banyak betul cadar yang aku cuci tadi. Naik lenguh tangan." bisik Izz Aydin sendiri sambil membelek tapak tangan.

"Takpa! Kau boleh Izz!" kata-kata semangat untuk sendiri dilaungkan.

Tidak lama kemudian pintu biliknya diketuk dan wajah Yana muncul dibalik pintu.

"Keluar makan jom. Lapar lah." ajak Yana. Kepalanya masih berbalut dengan kain tuala.

"Eyy tak nak. Aku dah beli barang untuk masak. Kita makan kat rumah. Aku nak bukak stall burger aku lagi."

"Kalau kau masak aku on aje. Lama dah tak makan ayam masak lemak cili api kau. Emmmmm sedapnyaa.." Yana menggenggam kedua tangannya sambil menjilat bibir.

Izz Aydin tersenyum mendengar 'pantun' Yana itu

"Yela. Aku masak. Aku nak mandi dulu. Kau dah solat belum?"

Yana tersipu-sipu didepan pintu. Izz Aydin bangun merapat lalu mencekak pinggang.

"Kau pergi ambil wudhu, solat sekarang. Bukan main liat dia ni nak solat. Aku sekeh jugak muka cantik kau ni."

Yana mencebikkan bibirnya sebelum ketawa. Kakinya menuju ke dalam bilik dan menutup daun pintu rapat. Bibirnya mengukir senyuman. Sejak berkawan dengan Izz Aydin, dia sudah mula solat walaupun kadang-kadang ada yang lompong, tidak cukup 5 waktu. Mula-mula memang liat! Hati tak ikhlas, terasa terpaksa tapi lama kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan. Jika ditinggalkan terasa kekurangan dan hatinya tidak tenteram sepanjang hari.

Dia kemudiannya mengambil wuduk lalu mengerjakan solat asar sebelum habis waktunya.

******

"Semuanya sepuluh ringgit lima puluh sen. Terima kasih dik. Nanti datang lagi ya." ucap Izz Aydin kepada pelanggannya.

Dia duduk dikerusi lalu membuka telefon bimbitnya. Ikon telegram yang dari tadi menghantar pesanan ditekan.

Bibirnya mengukir senyuman sebelum Yana datang menghampiri bersama dua gelas air kopi.

"Senyum-senyum. Siapa tu?" tanya Yana.

"Abang Shah."

Hampir tersedak Yana mendengar nama itu. Shahril!

"Ehem.. Ehem.. Dia nak apa?" tanya Yana mengawal suara.

"Takda apa. Saja tanya khabar. Kau tengok ni, dia hantar gambar opah dengan atuk. Comel je." Bibir Izz Aydin masih mengukir senyuman sambil menyuakan telefon bimbit kepada Yana.

Yana melihat dengan senyuman lebar. Matanya melirik melihat wajah seorang lelaki muda didalam gambar itu! Izz Aydin tersengih melihat wajah Yana bertukar berona merah.

"Tu la. Aku dah cakap. Luahkan, luahkan. Kau tak nak. Malu. Perigi mencari timba lah. Rumput mencari kuda lah." kata Izz Aydin.

Yana mematikan senyumannya lalu menghirup air kopi. Sudah berapa kali juga dia kantoi dengan Izz Aydin. Bukan dia tidak mahu meluah, cuma dia rasakan Shahril sukakan Izz Aydin walaupun Izz Aydin selalu mengatakan Shahril sudah dianggap seperti abang sendiri. Jadi, biarlah dia menyimpan perasaan itu.

"Izz!" Muncul seorang lelaki dengan lenggok lenggang kankungnya. Siapa lagi kalau tak jiran mereka, Dafi.

"Aku nak minta tolong kau ni." kata Dafi. Tangannya laju sahaja mengambil cawan kopi milik Izz Aydin lalu diteguk sehingga habis.

Ahh! Lega. Izz Aydin pula tercengang disitu sebelum sedar semula.

"Ehh tak nak tak nak. Aku dah tahu apa yang kau nak cakap. Aku. Tak. Nak!" kata Izz Aydin sambil memangkah kedua tangannya.

"Alaa boleh lah Izz. Aku nak buat review sikit. Aku baru dapat produk baru ni. Kau cuma duduk, tadah muka aje. Macam selalu."

Yana yang duduk bersama ketawa kecil. Tahu sangat apa yang dimahukan Dafi itu.

"Aku bayar kau la. Bukan buat free. Please." rayu Dafi dengan mengelip-ngelip kedua matanya yang dipasang bulu mata palsu itu.

"Kalau kau bayar aku on. Tapi, kau jangan pakai produk sembarangan. Kang aku yang menanggung sakit."

"Tak, tak. Yang ni trusted punya. Ada sijil KKM lagi. Haa. On eh. Nanti aku bagitau bila kita buat. Thank you Izz. Kau lah sahabat dunia akhirat aku." kata Dafi lalu merapatkan pipinya ke pipi Izz Aydin.

"Ish, tepi-tepi. Panas. Rimas aku tengok bulu mata kau tu." kata Izz Aydin pula. Yana dan Dafi tertawa melihat Izz Aydin yang mengelap mukanya.

*******

Razin merenung keluar balkoni, menghirup udara segar. Sesekali tangannya menggosok mata yang kepenatan dek menghadap laptop sedari tadi. Matanya kemudian memandang kereta-kereta yang lalu lalang dibawah bangunan Hotel Imperial itu. Kelihatan sesak sedikit kerana pusat membeli belah Imperial sedang melakukan jualan murah 'clearance stock'.

Renungannya beralih apabila merasa kakinya dipeluk seseorang dan bibirnya terus mengukir senyuman. Dia kemudiannya membongkok lalu mengendong tubuh kecil dihadapannya.

"Hi baby girl. Kenapa bangun lagi ni? Bad dreams?" tanya Razin lembut.

"Adel tak boleh tidur. Adel mimpi ghost."

"Really? Kesian princess daddy. Adelia, there is no ghost sebab.. ghost takut dengan daddy." kata Razin lalu ketawa.

"But i'm scared. Can i sleep with you daddy? Please." Razin diam merenung Adelia didalam dukungannya. Rambut Adelia ditolak ketepi.

"Okay baby girl. Just tonight okay. Tomorrow you'll sleep in your own room. Promise?" jari kelingking digoyangkan dihadapan Adelia.

"Hmm okay." Adelia memaut jari kelingking itu dengan jari telunjuk nya.

"Good girl. Come. Lets go to sleep. Should we read some bedtime story?"

"Yeay! I want!" Adelia berteriak suka.

Razin membawa Adelia kedalam biliknya lalu mencapai buku kesukaan Adelia. Adelia memeluk erat Razin, menunggu Razin memulakan bacaan.

"Mummy Knows Best"

"Timmy the tapir is anxious. It is his first day at school and he worries that the others might tease him. 'But why?' ask his mummy. 'Because my nose is big!" he wails." Razin mencuit hidung Adelia sehingga Adelia ketawa.

"Mummy shows him his reflection. 'Your nose is just perfect,' she says. 'It is made that way so that you can pick your food off the trees. If it was too small, it would be no use!' Mummy walk with Timmy to school in a crowd of other animals. 'Look at the monkey,' she whispers. 'His nose is big too. It helps him to holler as loud as he can through the treetops'."

"Timmy looks at the others. Capybara has a large nose, too, and toucan's beak is beautiful but enormous!"

"Mummy whispers again. 'Toucan uses her beak to poke into holes to find food. Capybara has a excellent sense of smell to help her find her friends."

"It is time for lesson to begin. Mr Anteater the teacher stands at the front. 'Wow!' gasps Timmy. 'Now that is a big nose!' In fact, everything about Mr Anteater is big!"

Buku ditutup.

"So Adel. What can we learn from the story?" tanya Razin.

"Never underestimated yourself by comparing yourself with other." jawab Adelia petah.

"And.."

"Everyone has their own special and advantages including me!" jawab Adelia lalu ketawa akibat digeletek oleh Razin.

"Good girl. Now, its time to sleep. Esok kena pergi nursery. Tak nak bangun lambat okay. Good night princess."

"Good night daddy. I love you." ucap Adelia lalu memejamkan matanya. Tidak sampai 5 minit anak kecil itu sudah tidur.

Razin mencium dahi Adelia dan bangun semula untuk mengambil laptopnya diluar. Masih ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan untuk urusan esok hari.

******

Izz Aydin menukar pakaian dibilik rehat pekerja ditingkat 1. Beg sandang diletakkan didalam almari lalu mengancing baju uniform ditubuhnya. Dibelakangnya berdiri seorang lagi rakan sekerja, Balqis. Mereka berdua diberikan tugas yang sama. Mengambil semua cadar dan sarung bantal untuk dicuci dan dikeringkan terus, kemudian akan ada 3 orang lagi membantu mereka sebentar lagi.

Balqis menghampiri lalu menyiku Izz Aydin.

"Eh, awak pernah jumpa tak boss besar kat sini? Haritu saya ada dengar dia tu jenis bossy. Bad mood aje." kata Balqis.

"Mana awak tau? Baru tiga hari kerja sini dah pandai bergosip." soal Izz Aydin. Tangannya menarik baju lengan panjang yang dilapis didalam uniform.

"Ada lah orang cakap-cakap."

"Percaya sangat cakap orang tu. Awak sendiri pun tak pernah jumpa dia."

"Alah.. kalau.."

"Dah dah. Saya tak layan gosip-gosip macam ni. Nanti jatuh fitnah, merangkak lah awak cari kat padang mahsyar nanti. Ee saya tak nak." ujar Izz Aydin lalu terus berlalu selepas menutup pintu loker.

"Izz, tunggu saya lah. Kita pergi sama." Balqis lekas mengejar Izz Aydin yang sudah jauh dihadapan.

"Habis kerja nanti ada plan tak? Jom kita ikut yang lain pergi makan-makan. Anggap macam sesi suai kenal." ajak Balqis.

"Boleh tapi.. sebelum pukul 7 saya kena balik. Malam ada kerja lain nak buat."

"Set!" Balqis tersenyum gembira mendengar jawapan Izz Aydin.

"Izz Aydin!"

Bersambung..

setakat ni okay tak? tq sudi baca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience