Bab 36

Drama Completed 204829

Usai makan malam, terkocoh-kocoh Izz Aydin mengemas dapur. Razin yang sedang ralit menyiapkan kerja di ruang tamu dijeling sekilas sebelum langkah kakinya dibawa menuju ke bilik tidur.

Tiba-tiba rasa memulas perutnya saat itu. Serba tak kena. Rasa nak buang air besar lah, nak buang air kecil pun ya!

Daun pintu bilik ditutup rapat dan terus dikunci. Takut-takut nanti Razin mengekorinya.

Barusan tadi Razin memintanya berpindah bilik tidur. Mengingatkan satu artikel yang pernah dibacanya satu ketika dahulu, 'malam pertama' akan menyakitkan dan bagi yang masih gadis, mungkin ada pendarahan.

Seriau! Terus merinding bulu romanya dan dia juga belum bersedia ke tahap itu.

Seketika dia menapak ke dalam bilik air. Wajah dibersihkan dengan air paip sehingga ke leher dan tengkuk. Tuala kecil yang disangkut pada bahunya tadi diambil dan wajahnya dilap perlahan sambil kaki melangkah keluar dari bilik air.

"Sayang.." mendadak berhenti kakinya melangkah keluar. Tuala dimuka dialihkan dan..

Nah! Sudah menunggu sang suami diatas katil sambil menyandar beralaskan lengan. Serta merta sebu perutnya melihat wajah itu tersenyum.

"Buat apa dalam ni? Macam mana boleh masuk?" Tersekat-sekat nafasnya melontarkan soalan. Seingatnya tadi pintu sudah dikunci.

"Sayang rasa macam mana abang masuk?" Sengaja kening di jengket sedikit sambil tersenyum sumbing melihat wajah Izz Aydin yang mula kemerahan.

"Err.. saya rasa..sakit perut lah " kata Izz Aydin lalu masuk semula kedalam bilik air.

Bergetar hebat dadanya melihat susuk Razin yang sengaja tidak berbaju dihadapannya tadi. Sah! Kena aku malam ni.. aduhh..

Mundar mandir Izz Aydin didalam bilik air itu . Gelisah hatinya bukan kepalang. Jantungnya juga berdetak kuat dari tadi. Tidak sedikitpun hendak surut mahupun perlahan.

Terdengar ketukan dipintu bilik air pula.

"Buat apa lama sangat dalam tu? Sakit sangat ke?" Razin yang berada diluar mula kerisauan. Mana tidaknya, sudah hampir 20 minit Izz Aydin berada didalam.

"Kejap." Laung Izz Aydin lalu menarik nafas dalam. Dadanya yang bergelora ditepuk sedikit, cuba ditenangkan.

Rilek Izz. Apa yang kau gelabah sangat ni! Takda apa yang nak ditakutkan. Bukan dia nak bunuh kau pun. Gumamnya, cuba menenangkan hati sendiri.

Perlahan kakinya melangkah keluar dan kelihatan Razin sedang menunggunya dihadapan pintu.

"Okay tak ni? Sakit lagi? Muka pun pucat je."

Izz Aydin menggeleng laju lalu duduk di birai katil.

"Kenapa senyap je ni? Ada apa-apa nak bagitau ke?" Soal Razin lalu duduk disebelah.

"Sakit tak?"

Aih! Apa ke soalan yang aku tanya ni!! Aaaa.. !! Mahu saja dia menjerit nyaring disitu! Malu!

Pantas muka ditekup dengan bantal yang berdekatan. Aaaa bodoh la soalan.!

Serta merta meletus ketawa Razin. Adoi..nampak sangat nervous nya.. apa yang terlintas diotak, terus diluah.

Izz Aydin yang tertunduk menekup muka ditarik menegak. Sisa tawa masih meniti dibibir sambil menggeleng kepala.

"Kalau tak bersedia, abang tak paksa. Benda yang kita nak buat, bukan atas kehendak seorang je. Mesti dua-dua bekerjasama. Abang tak nak lah ikut nafsu abang semata tapi sayang tak rela." Ujar Razin perlahan.

Dia bukanlah duda yang terlalu gelojoh terus mahu menerjah isterinya pada malam itu juga. Masih ada banyak masa lain bukan.

Bantal dikalihkan ke tepi.

"Betul tak kisah tak buat malam ni?" Soal Izz Aydin meminta kepastian.

"Yupp. Tapi malam ni abang nak tidur sini. Esok sayang mesti pindah bilik abang. Okay?"

"Okay. Thank you abang." Terus lega hatinya.

"So, jom tidur. Esok kena bangun awal sebab sayang kerja kan.."

Izz Aydin tersenyum mengangguk. Hah! Lepas aku malam ni..

Lampu dimatikan dan Razin berbaring selesa dikatil. Tubuh Izz Aydin didakap erat selepas ciuman diberikan di dahi isterinya itu.

"Good night sayang.. love you."

"I love you too abang.."

****

Awan hitam mula berarak dibawa angin yang mula bertiup perlahan. Titik-titik hujan juga mula gugur membasahi bumi. Semakin sejuk dirasa, mencengkam hingga ke tulang hitam. Ditambah lagi dengan angin sejuk dari penghawa dingin semakin membuatkan tubuh itu menggeletar sedikit.

Izz Aydin memeluk tubuh, berdiri menghalakan pandangan ke luar tingkap. Tapak tangan digosok berkali-kali bagi menghasilkan haba panas. Sesekali bibirnya mengukir senyuman. Kemudian bibirnya itu digigit perlahan sebelum digosok dan dicubitnya sendiri.

Kenangan malam tadi terlayar semula difikiran. Dari sentuhan lembut lelaki, belaian mesra sehingga dia tidak mampu menolak sedikit pun. Dan kucupan hangat dari bibir lelaki.. Ahh terlalu mengkhayalkan dirinya.

Pada mulanya dia sendiri meminta waktu sehingga bersedia, tetapi entah kenapa dia sendiri pula menginginkan Razin menyentuhnya. Tanpa layanan yang mengecewakan, Izz Aydin kini sepenuhnya milik lelaki bernama Razin selepas kedua mereka melayari bahtera suami isteri buat kali pertama.

Kesemua kenangan itu seakan tidak mahu berhenti bermain-main dikotak fikiran. Malam itu terlalu indah baginya sehinggakan tidak sedar waktu sudah menjengah siang.

Izz Aydin tersentak dari kenangan apabila sepasang tangan merangkulnya dari belakang sekaligus melayangkan bayangan tadi.

"Sayang tengok apa tu?" Satu soalan bersama satu kucupan singgah dipipi kanannya.

"Tak ada apa-apa." Jawab Izz Aydin lalu memalingkan tubuh.

"Dah habis dah meeting tadi? Saya tak dengar pun abang masuk."

Wajah tampan Razin ditatap bersama senyuman.

"Dah. Petang nanti ada satu lagi meeting. Sayang tak kisah ke duduk dalam suite ni? Kalau nak, boleh je turun bawah."

"Takpa. Saya stay sini je. Boleh jugak tidur kalau mengantuk kan."

"Mengantuk? Tak tidur ke semalam? Ke tak boleh tidur?" Razin meleretkan senyuman nakal merenung Izz Aydin dihadapannya. Sampai naik kemerahan wajah isterinya itu.

"Haa, jangan nak usik saya eh. Abang yang buat saya tak boleh tidur."

"Abang pulak? Dah sayang minta, abang bagi lah. Tak sakit kan.." Terus ketawa kecil kedua pasangan itu.

Jujur lelaki itu terlalu pandai melayaninya. Perlakuannya juga tidak kasar dan penuh kelembutan.

"Sayang lapar tak? Kalau lapar, kita order room service. Boleh temankan abang makan sekali." Cadang Razin.

Izz Aydin mengangguk sambil tersenyum. Jemarinya naik mengusap dada Razin sebelum bersandar disitu. Nafas ditarik menghirup wangian suaminya. Nampaknya dada itu akan menjadi tempat yang paling menenangkan hatinya.

Razin hanya membiarkan kelakuan manja isterinya. Sambil itu dia membuat pesanan makanan supaya dihantar ke suite miliknya dalam masa setengah jam.

"Oh, sebelum abang lupa. Malam ni mommy ajak dinner kat rumah. Dia kata ada hal nak bincang."

"Ada hal nak bincang. Pasal apa?"

Razin tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat kedua bahunya dengan riak bersahaja.

Okay.. Tahu nak bincang pasal apa. Esok Rafael balik Malaysia.

Fuhhh.. terus terasa berdebar memikirkan tentang Rafael. Entah bagaimana penerimaan lelaki itu nanti bila mengetahui dirinya sudah menjadi isteri kepada abangnya sendiri. Dan bagaimana pula aku hendak berterus terang tanpa melukai hati Rafael..

****

Razin dan Izz Aydin berjalan beriringan menuju ke arah lif. Mata sentiasa didalam mood berjaga-jaga, tidak mahu ada mata-mata lain yang melihat mereka keluar dari suite yang sama.

Razin sengaja memeluk, merangkul dan mengusik. Semakin geli hatinya melihat wajah cemberut wanita itu menahan geram sambil mengetap bibir melayan kerenahnya.

Kedua mereka terus berlagak selamba sebaik pintu lif terbuka di aras lobi. Langkah kaki dibawa menuju ke ruang pejabat. Izz Aydin berhenti dihadapan meja Yana dan Razin pula terus menuju ke dalam pejabatnya. Sempat satu ciuman dihadiahkan dipipi isterinya.

Yana cuma tersengih melihat kelakuan pasangan itu. Dah on ke tu.. aih, kempunan yang masih bujang ni.

"Amboii. Bukan main depan aku cium-cium bagai. kalau belakang aku entah apa dibuatnya." Usik Yana lalu ketawa.

Terus membahang panas muka Izz Aydin. Namun sengihan yang dilemparkan kepada Yana bagi menutup malu yang mula hinggap.

"Bagi can la orang baru nak berkasih sayang. Kau pun nak kahwin dah tak lama lagi. Boleh la merasa sama."ujar Izz Aydin lalu ketawa bersama Yana.

"Nasib baiklah mood tuan Razin okay harini. Kalau semalam, habis semua disemburnya. Rasa nak putus semangat aku dengar dia mengamuk."

Izz Aydin terus ketawa mendengar aduan sahabatnya itu. Dialah punca amukkan Razin semalam. Sorry Yana!

"Eh, kau ada dengar cerita tak pasal si ikan cencaru tu?" Tiba-tiba Yana menyoal.

Hah? Ikan cencaru? Tergaru-garu kepala Izz Aydin cuba mengingati gerangan siapa dikatakan sahabatnya itu.

"Hish, Balqis lah. Siapa lagi." Kata Yana laju. Tidak sabar menunggu Izz Aydin yang masih berfikir pertanyannya itu.

"Ohh Balqis. Kenapa dengan dia?"

"Aku dengar minggu lepas dia kena tangkap basah. Dengan budak baru receptionist kita tu. Tengah berasmaradana kat hotel bajet. Haa" kata Yana dengan suara membawangnya l.

Melopong Izz Aydin. Terkejut mendengar apa yang dikatakan Yana sebentar tadi.

"Wei kau biar betul Yana. Aku tak dengar apa-apa pun."

"Eh betullah. Kau cuti mana kau tahu. Dia dah kena buang kerja dah. Sekali dengan budak receptionist tu."

"Hish, memang sah gedik lah si ikan cencaru tu. Patutlah tak nampak muka dia." Luah Izz Aydin geram.

Terangguk-angguk kepala Yana, setuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Izz Aydin.

"Eh, sibuk tak?" Izz Aydin pula menyoal.

"Boleh tahan. Kenapa?"

"Jom teman aku masuk mall. Aku nak shopping sikit."

"Shopping? Kau biar betul nak pergi shopping. Gaji jauh lagi nak masuk ni."

"Adalahh." Jawab Izz Aydin. Tangan dilayangkan sambil menayangkan sekeping kad berwarna hitam keemasan.

"Wei! Serius lahh?!" Membulat besar mata Yana, teruja melihat kad itu.

"Ya! Razin bagi aku tadi. Dia suruh aku ajak kau temankan aku. Jadi sekarang kau boleh tutup komputer ni dan ikut aku."

Sepantas kilat Yana mengemas barang diatas meja. Terujanya bukan kepalang. Kad hitam itu, kad yang hanya dimiliki oleh VVIP dan share holder Imperial Hotel and Mall. Kad yang membolehkan pemiliknya membeli apa saja barang yang dimahukan tanpa dikenakan bayaran.

Setiap tahun pemegang kad itu akan diberi keistimewaan membeli belah di pusat membeli belah Imperial. Mereka juga antara penyumbang terbesar dana syarikat. Yuran tahunan mereka melebihi jumlah pembelanjaan yang dikeluarkan mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah mereka diberi keistimewaan itu.

Kedua sahabat itu bergelak ketawa beriringan menuju ke pusat membeli belah yang terletak bersebelahan hotel itu. Dari sebuah butik ke sebuah butik dimasuki mereka berdua tapi tidak semua menjadi pilihan Izz Aydin. Yang dibeli cuma tiga helai baju dan dua pasang seluar. Lagipun Izz Aydin bukan seorang yang boros dalam berbelanja kerana sebelum ini kehidupannya tidak semewah orang lain. Jadi, dia lebih berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan hariannya.

Langkah kaki dibawa ke sebuah kedai menjual minyak wangi dan mandian. Dari satu ke satu minyak wangi dihidu, mahu mencari bauan yang diinginkan. Sehingga naik juling akibat terlalu banyak wangian dihidu.

Tidak lupa juga losyen dan krim mandian. Kesemua yang dipilih mengikut citarasa bauan yang disukai mereka. Yana tidak kurang juga membeli. Persiapan awal untuk perkahwinan katanya.

"Izz, kau tak nak beli tu?" Soal Yana sambil menjuihkan bibirnya ke satu tempat.

"Beli apa? Aku rasa dah cukup ni. Aku bukan pakai banyak pun semua ni nanti. Saja beli sebab bau sedap, wangi." Sengih Izz Aydin sambil membelek barangan yang sudah dibayarnya tadi.

Yana tanpa menunggu terus mengheret sahabatnya itu menuju ke tempat yang dikatakan.

Terbuntang biji mata Izz Aydin melihat yang terpampang dihadapannya. Ada berwarna biru, hitam, merah menyala. Ada yang cuma menutup didepan, tidak bertali dan yang paling membuatnya ternganga, sepasang baju tidur lace berkain jarang. Ibarat tidak menutupi apa-apa!

Air liur ditelan berkali-kali.

"Kau nak suruh aku beli ni? Gila apa.?!" Terjerit Izz Aydin disitu. Nasib baik cuma ada 2 3 orang pelanggan sahaja berada didalam butik itu.

"Apa salahnya. Kan pengantin baru. Pakai untuk suami tak kisahlah kan."ujar Yana tersengih.

"Hish, tak nak tak nak. Aku tak nak pakai. Kalau kau nak beli, ha sila. Aku tak.nak!" Terus dinoktahkan bicaranya disitu.

Yana ketawa melihat wajah Izz Aydin yang sudah menggelabah menggeleng kepala.

Apa ke teruk sangat pakaian dalam dan baju tidur itu dilihat sahabatnya itu. Cantik kot, buat pikat suami jugak kan. Hihi..

Kelihatan sibuk sekali Yana memilih baju tidur and pakaian dalam. Warna dan design yang dipilih bukan main menjolok mata. Tergeleng-geleng kepala Izz Aydin melihat. Belum lagi kalau Shahril yang melihat selepas mereka berkahwin nanti. Entah-entah tidak keluar bilik Yana dibuatnya.

"Hello ladies." Tiba-tiba suara seorang wanita menyapa di belakang dua sahabat itu.

Spontan kepala Izz Aydin dan Yana menoleh sama, ingin melihat empunya suara.

"Cik Melissa." Sapa Yana mesra.

Izz Aydin terdiam mengetap bibir. Kemudian senyuman paksa diukir lalu dilemparkan kepada wanita itu.

"Hai Cik Mel." Sapa Izz Aydin. Berdetak kuat dadanya sebaik renungan tajam Melissa singgah merenungnya dari atas hingga ke bawah. Seakan ada sesuatu yang tidak disukai wanita itu terhadapnya.

"Cik Mel buat apa kat sini?" Soal Yana mahu beramah.

"Nak beli night dress. Tak lama lagi kan I nak kahwin dengan tunang I. Jadi, I nak beli night dress yang super hot and sexy for our first night!" Menggeletis lenggok badan wanita itu memberitahu.

Yana memandang Izz Aydin yang hanya diam. Riak sahabatnya itu sukar dibaca kerana bibirnya tersenyum sahaja dari tadi dan semestinya bukan senyuman ikhlas.

"Memandangkan you berdua ada kat sini, temankan I beli sekali. Shopping sorang-sorang bosan kan. Boleh lah I minta pendapat you all pilihan I nanti." Pinta Melissa lalu bergerak ke depan sedikit.

"Err boleh. Cik Mel pilih lah." Kata Yana.

Melissa tersenyum dan terus mencapai beberapa helai pakaian yang bergantung sambil mencuba-cuba dihadapan cermin. Bibir merahnya itu dijungkit, menggumam bicaranya sendiri.

"Okay.. How about this? Razin suka warna-warna hot macam ni. Pernah dulu kitaorang sama-sama beli night dress. Jadi, i tahu lah taste dia."

Izz Aydin menarik nafas dalam mendengar. Sebelum ini dia tidak terfikir bagaimana kehidupan Razin dengan Melissa. Dulu pun dia pernah melihat wanita itu didalam suite Razin. Sudah banyak kali sebenarnya.

Tidak hanya itu sahaja, Melissa mengambil pula beberapa helai pakaian dalam. Sengaja dipamerkan pilihannya itu dihadapan dua sahabat itu dengan senyuman lebar.

"I pun nak beli ni lah. So sexy! And i'm sure my beloved future husband pasti suka!"

Izz Aydin mengalih pandangan ke arah lain. Sudah tidak sanggup melihat kelakuan 'manja' Melissa dihadapannya itu. Membuak-buak rasa geramnya.

Melissa terus berlalu ke kaunter pembayaran dan muncul semula menghampiri Yana dan Izz Aydin.

"Thank you teman I shopping. Next time kalau I pergi fitting baju nikah, I minta you berdua temankan. Boleh?" Soal Melissa sambil matanya melihat Yana dan Izz Aydin bersilih ganti.

"Tengoklah nanti macam mana. Kami keluar dulu. Kejap lagi Tuan Razin nak balik dah." Ujar Izz Aydin. Sudah malas mahu melayan wanita itu.

"Okay. I ikut sekali sebab I nak jumpa Razin sekejap.I pun sebenarnya baru balik Malaysia semalam. Rindu nak peluk buah hati I tu."

Izz Aydin menjelingkan matanya ke atas tanda sudah meluat dan geram. Sengaja nak naikkan darah aku ke apa..

Yana pula terpaksa memaniskan muka melayan Melissa. Kalau tidak dilayan, tunggu saja nanti. Pasti ada aduan tentangnya dibuat dari pihak atasan disebabkan Melissa yang kuat complaint!

Mereka bertiga berjalan menuju kedalam hotel tanpa menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Atau lebih tepat ke arah Izz Aydin yang ralit membelek telefon bimbit.

Yana, yang berjalan paling kanan tiba-tiba berhenti sebaik sepasang mata miliknya menangkap susuk seorang lelaki yang tersenyum, sedang berjalan menuju kearah mereka. Langkah kaki lelaki itu nampak laju dan tidak sampai beberapa saat, lelaki itu sudah berada dihadapan mereka.

Izz Aydin turut berhenti kerana lelaki itu berhenti tepat dihadapannya sekaligus menghalang laluannya. Baru berkira-kira mahu melihat, terus suara nyaring Melissa menyapa lelaki itu.

"Hello handsome. Long time no see.." mesra suara Melissa menyapa.

Handsome?

Izz Aydin menelan air liur yang mula berkumpul didalam mulut. Terasa kesat dan pahit!

Kaki terasa dipasak kuat ke lantai, membuatkan tubuhnya kaku tidak mampu berganjak.

"Hai sayang.."

Serta merta kepala diangkat apabila suara garau itu menyapa gegendang telinga. Dan wajah tersenyum Rafael menyapa anak mata.

"I miss you.."

ampun kan patik kesayangan semua.. lambat update. sibuk sikit harini.so, enjoy reading ya.! ;* jom follow ig m.a.z_np boleh borak2 ;) Please follow, rate and comments. tq! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience