Bab 30

Drama Completed 204768

Dari tadi Rafael tersenyum memandang Izz Aydin yang sedang menjamu selera dihadapannya. Baru 3 hari tidak bertemu sudah rindu separuh mati. Apa lagi kalau lusa dia terpaksa pergi ke Singapura pula atas urusan kerja.

"Izz.. lusa saya ke Singapore. Ada urusan sikit." Kata Rafael sambil memandang Izz Aydin.

"Ya? Berapa hari?"

"Seminggu." Terus membesar mata Izz Aydin memandang Rafael.

"Lama nya. Jadi, majlis Yana sabtu ni awak tak datang lah?."

"Tak. Sebab flight saya jumaat petang. Nak ikut?" Soal Rafael sambil mengangkat kening kanannya. Bibirnya sengaja meleretkan senyuman.

"Mana boleh saya ikut awak. Kita tak ada hubungan sampai saya senang-senang nak ikut awak ke sana." Kata Izz Aydin menolak cadangan Rafael tadi.

"Kalau macam tu, kita kahwin."

Serta merta pergerakan tangan Izz Aydin yang sedang menyudu nasi goreng di pinggan berhenti. Anak matanya saja yang bergerak berbalas pandangan dengan Rafael yang tersenyum memandangnya.

Izz Aydin ketawa kecil. Cuba mengusir kegusaran yang mula bertandang.

"Bergurau apa ni Raf. Jangan merepek lah" kata Izz Aydin lalu menyambung suapan. Makanan yang masuk ke tekak mula terasa pahit sekaligus menghilangkan seleranya.

Renungan Rafael kepadanya tidak diendahkannya. Belum lagi mengira kadar degupan jantungnya kala itu. Suka? Ya dia suka, teramat suka tetapi.. hatinya terus dipaut perasaan sayu.

"Saya tak bergurau. Saya nak kahwin dengan awak." Luah Rafaal lalu meraih jemari Izz Aydin dan diusap perlahan. Dari riak wajahnya saja menunjukkan dia serius tika itu.

"Kenapa tiba-tiba awak cakap pasal kahwin?" Soal Izz Aydin lalu menarik tangannya dari pegangan Rafael. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan, cuba menahan air mata dari terbit.

"Kenapa? Awak tak nak kahwin dengan saya ke?" Soal Rafael pula. Tunak matanya melihat wajah kekasih hati yang mula kelihatan muram itu.

"Saya nak tapi.."

"Tapi apa? Jangan kata awak masih tak percayakan saya Izz." Kata Rafael dengan nada kecewa.

"Bukan macam tu. Saya percayakan awak Raf dan saya sayangkan awak tapi.."

Belum habis kata-kataya, terus Rafael mencelah.

"Kalau awak belum bersedia tak apa. Kita masih boleh fikir lagi. Saya tak nak desak awak and when you're ready, bagitau saya. Nanti saya boleh bagitau mommy pergi meminang awak." Kata Rafael lalu tersenyum semula.

"Err tak macam cepat sangat ke? Kita kan baru kenal." kata Izz Aydin cuba mencipta alasan.

"Kalau dah sayang, tak kisah selama mana pun kita kenal. Saya dah cukup bahagia kalau awak terima lamaran saya Izz."

Izz Aydin mengukir senyuman kelat. Hatinya meronta ingin memberitahu perkara sebenar tetapi bagaimana penerimaan lelaki itu? Masihkah dia dilayan baik sebegitu?

Kalaulah Rafael tahu statusnya sekarang. Benci itu pasti ada kerana dia yang mengkhianati cinta mereka. Tapi jauh disudut hati, rasa cintanya pada lelaki itu tidak berubah sedikit pun.

Tika hatinya baru menjamah bahagia, duka pula pantas mencantasnya. Didalam hati itu juga sudah meraung menangisi kekecewaan yang akan mereka hadapi.

****

Razin bersandar dikerusi sambil memusing-musing pen ditangan dengan fikiran yang jauh melayang. Pagi tadi dia terdengar perbualan isterinya dan Rafael di cafe semasa dia mahu bersarapan disitu. Terus terbantut seleranya dan dia berlalu meninggalkan cafe dengan rasa cemburu yang sudah menebal.

Apa yang dibicarakan oleh Syazwan dihadapan lansung tidak didengarnya. Hanya Daniel sahaja yang menjawab segala pertanyaan Syazwan mengenai projek mereka di Johor nanti.

"Zin."

"Razin..!" Syazwan mengetuk sedikit meja dihadapan Razin sehingga Razin tersentak tersedar dari lamunan.

"Ha? Apa dia?" Soal Razin dengan riak terkejut. Pen dipegangan terus jatuh ke lantai.

"Apa dia apa? Kau termenung sampai mana dah? Habis dah air liur aku bercakap kat depan ni, kau boleh pulak mengelamun."

"Sorry sorry. Aku teringatkan seseorang." Kata Razin lalu menegakkan tubuhnya.

"Teringat kat siapa? Nak kata isteri, kau mana ada isteri kan." Seloroh Syazwan lalu menyandar dikerusi sebelah Daniel.

Razin hanya tersenyum kelat sementara Daniel turut tersenyum nipis menggeleng kepala.

"Ehh.. Jangan kata kau betul-betul dah ada isteri. Tengok muka kau ni macam ada sesuatu je." Kata Syazwan lalu bangun dari sandar. Matanya bersilih ganti memandang Razin dan Daniel.

"Ya. Aku dah kahwin. Dua hari lepas and setakat ni, kau antara yang baru tahu." Kata Razin jujur.

Terbeliak biji mata Syazwan mendengar.

"Seriously? Dengan siapa? Dengan Melissa?Kenapa tak hebohkan?"

"No. Not Melissa tapi dengan girlfriend adik aku. Kami kahwin sebab kena tangkap khalwat."

Sekali lagi jawapan jujur keluar dari bibir Razin menyebabkan Syazwan sudah tidak senang duduk. Dia menggeleng-geleng kepalanya seakan tidak percaya.

"Kau jangan fikir jauh sangat. Kami bukan betul-betul buat benda tu. Cuma keadaan kami masa tu menyebabkan kami terpaksa dikahwinkan dan aku terpaksa rahsiakan dulu hal ni." Sambung Razin lagi apabila melihat riak Syazwan itu.

"Masalah besar ni Razin. Family kau macam mana? Dia orang tak tahu semua ni? Bukan ke hari tu adik kau official announce girlfriend dia tu kat media?"

Razin menggeleng kepala lemah berserta keluhan berat.

"Masalah besar sekarang ni, pasal isteri aku. Dia tak sukakan aku Wan. Dalam hati dia tu masih sayangkan adik aku."

"Dah dia boyfriend isteri kau. Nak buat macam mana. Dah tentulah rasa sayang dia masih ada. Benda baru lagi kot. Hal ni, korang kena terus terang je. Makin korang sorok, makin susah nanti."

"Kalau yang tu, aku boleh handle lagi. Aku sekarang buntu nak fikir cara nak pujuk isteri aku tu. Aku sayangkan dia Wan tapi dia tak terima aku pun." Luah Razin dengan nada sesal.

"Razin..Razin.. Dia isteri kau yang sah dan kau lebih berhak ke atas dia. Aku dulu pun susah jugak nak tackle isteri aku sebab kami pun berkahwin bukan atas dasar cinta. Yang penting, usaha kau nak rebut cinta dia. Takkan kau nak biarkan isteri kau terus hanyut dalam cinta orang lain. Ke kau memang ada niat nak ceraikan dia?"

"Tak. Aku takkan ceraikan dia. Aku ikhlas memperisterikan dia walaupun kami berkahwin atas sebab mengaibkan."

"Kalau macam tu, kau kena pikat dia. Tunjukkan yang kau betul-betul nak kan dia. Jangan terlalu memaksa dan mendesak. Cuba tarik tali sikit. Lambat laun dia sendiri yang akan pergi pada kau. And.. jangan gunakan kuasa kau sebagai suami untuk mengikat dia dan menuruti semua kemahuan kau."

Razin diam sebelum mengangguk sedikit kepalanya. Baru dua hari bergelar suami isteri sudah cukup menyesakkan kepala. Demi memikat wanita yang sudah mula menghuni hatinya, dia tetap akan berusaha.

"Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Aku doakan semoga perkahwinan kau berkekalan dan jangan lambat sangat nak tackle wife kau tu." Kata Syazwan sambil bersalam dengan Razin. Bibirnya tetap mengukir senyuman.

"And one more thing. Muka kau tu, jangan ketat beku sangat. Baran mengalahkan mak singa. Mana tak perempuan takut nak dekat."

Kata-kata Syazwan itu disambut ketawa oleh Daniel. Kedengaran lucu kerana dia juga turut berpesan benda yang sama semalam.

Razin ketawa kecil mendengar. Dah muka beku susah, serius susah. Nanti aku senyum orang kata seram pulak. Takpe lah. Demi pikat isteri, semua pun sanggup.

***

Kereta mercedec benz c200 bergerak perlahan sebaik memasuki kawasan taska Adelia. Dari jauh sudah kelihatan wajah comel itu tersenyum. Pasti sudah tidak sabar bertemu dengan Razin yang hampir seminggu tidak ditemuinya.

"Daddy..!" Teriak Adelia sambil berlari ke arah Razin yang sudah keluar dari kereta untuk menjemputnya pulang.

"Princess.." tubuh kecil itu terus diangkat lalu didakap. Ciuman bertalu-talu turut dihadiahkan dipipi. Masing-masing berpelukkan melepas kerinduan.

"I miss you daddy." Kata Adelia dengan mimik manjanya. Pelukkannya semakin erat di leher Razin.

Kemudian matanya melihat kearah Izz Aydin yang turut keluar dari kereta. Dia segera minta dilepaskan dan terus menghampiri Izz Aydin.

"Hi sis! I miss you too." Pelukkan si kecil singgah pula memeluk kaki Izz Aydin dan Izz Aydin ketawa kecil melihat gelagat Adelia itu.

"I miss you too sweety." Balas Izz Aydin lalu menundukkan badannya. Tangan Adelia diraih lalu dibawa ke pintu belakang.

"Jom masuk. Panas ni." Kata Izz Aydin lembut. Adelia mengangguk tersenyum lalu duduk dikerusi khas untuknya. Tali pinggang diketatkan dan tiba-tiba satu ciuman singgah dipipi.

"Thank you sis." Ucap Adelia dengan senyuman. Razin turut tersenyum melihat kemesraan Adelia dan Izz Aydin.

Nampaknya, dia sudah punya rancangan tambahan untuk memikat hati wanita itu.

****

Izz Aydin mengeluarkan sebungkus nasi dari plastik berserta lauk yang dibelinya tadi. Makanan itu kemudiannya dimasukkan kedalam microwave untuk dipanaskan.

Begitulah keadaanya sejak dua hari Yana ke rumah orang tuanya untuk menguruskan majlis pertunangan yang akan berlansung esok hari. Terasa sunyi pula bila berseorangan dirumah. Kalau ada Yana, boleh juga dibawa bertekak.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menerima panggilan dan tertera nama Rafael di skrin telefon. Bibirnya lekas mengoyak senyuman.

"Hello Raf.."

"Hello sayang. Buat apa tu? Dah makan belum?" Soal Rafael di hujung talian.

"Baru nak makan. Makan nasi bungkus je." Jawab Izz Aydin lalu duduk dikerusi dapur.

"Kenapa makan nasi bungkus lagi? Nanti saya ambil awak. Saya teman awak makan."

"Ehh jangan. Saya malas nak keluar lah. Takpe, saya makan ni je. Tak baik membazir tau. Dah beli pun."

"Ye lah. Tapi esok awak lunch dengan saya. Petang esok kan saya nak fly dah."

"Hmm saya fikir dulu." Kata Izz Aydin. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.

"Tak kira. Saya nak jugak awak lunch dengan saya." Manja saja bentakkan dari Rafael dihujung talian.

Izz Aydin terus ketawa mendengar rajuk Rafael.

"Okay okay. Saya lunch dengan awak esok." Kata Izz Aydin dengan sisa tawanya.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi loceng pagar rumahnya ditekan seseorang.

"Awak.. kejap. Ada orang datang lah." Kata Izz Aydin lalu berjalan menuju ke tingkap. Matanya melilau ke hadapan pagar untuk melihat siapa yang menekan loceng rumahnya tadi. Kelihatan dua ke tiga buah kereta mula berkumpul dihadapan rumahnya.

"Siapa datang malam-malam ni? Awak jangan buka sesuka hati. Check dulu siapa datang tu." Rafael sudah kedengaran risau di hujung talian. Dia yang pada mulanya baring di atas dikatil mula bingkas bangun dan duduk dibirai katil.

Senyap. Cuma derapan kaki dan dengusan nafas wanita itu sahaja kedengaran didalam telefon.

Tiba-tiba dia mendengar suara Izz Aydin menjerit dihujung talian bersama beberapa lagi suara lain.

"Izz! Kenapa tu?! Izz..!" Talian terputus.

Rafael sudah rasa tidak sedap hati. Pantas dia membuka almari dan mencapai jaket berwarna coklat. Kunci motosikal juga turut di ambil dan kakinya laju menuruni anak tangga.

Belum sempat membuka pintu, telefonnya menerima panggilan dari Izz Aydin.

"Izz, apa jadi?! Siapa datang rumah awak tu? Kenapa matikan panggilan?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Rafael tanpa menunggu Izz Aydin menjawab satu persatu. Dia terlalu risaukan tentang wanita itu.

Kedengaran gelak ketawa pula dihujung talian.

"Sorry Raf.. saya tertekan letak tadi. Hehehe.." kata Izz Aydin menyambung ketawa kecilnya.

"Awak ni.. Siapa yang datang malam-malam macam ni? Kejap lagi saya ke sana." Kata Rafael yang sudah sedia menyarung kasut.

"Ehh tak payah. Family saya yang datang. Jangan risau eh. Nanti saya call awak lagi. Bye.." tanpa menunggu balasan, talian terus dimatikan. Terpinga-pinga Rafael merenung skrin telefon yang sudah gelap.

"Buat apa depan pintu tu Raf? Nak pergi mana malam-malam ni? Jangan nak merayau." Tegur Datin Maria yang melihat Rafael berdiri dihadapan pintu sambil merenung telefonnya.

Rafael menghela nafas lalu berjalan lemah menuju ke sofa untuk melabuhkan punggungnya. Kunci motosikal diletakkan di atas meja bersama telefon bimbit.

"Kenapa Raf? Ada masalah? Boleh mommy tau?" tanya Datin Maria lalu duduk disebelah anak lelakinya itu.

"Izz mommy.." kata Rafael perlahan. Dihujung bicaranya terselit keluhan halus.

"Izz? Kenapa dengan dia? Dia dah tinggalkan Raf ke?" Soal Datin Maria dengan riak terkejut.

"Eh tak. Dia ada je. Cuma Raf rasa dia lain dah sekarang." Luah Rafael.

"Apa yang lain? Cuba bagitau mommy terus. Bercakap sekerat-sekerat ni mommy susahlah." Keluh Datin Maria.

"Raf ajak Izz kahwin tapi Izz tolak. Alasan sebab kami baru kenal. Mommy tau kan Raf betul-betul sayangkan dia. Kalau dia tak terima Raf lansung macam mana? Raf tak nak kehilangan dia." Luah Rafael dengan riak sedih.

Datin Maria diam. Cuba mencari kata-kata untuk dilontarkan.

"Cuba Raf bagi dia masa dulu. Mungkin dia ada alasan lain menolak lamaran Raf. Alasan yang kita tak tahu dan dia tak nak bagitau. Jangan desak dia." Tutur Datin Maria lembut.

"Kalau dia tolak jugak macam mana?"

"Kalau dia tolak, kita nak buat macam mana. Mungkin sebab anak mommy ni tak cukup handsome bagi dia?" Seloroh Datin Maria kepada anaknya. Cuba menenangkan Rafael yang kelihatan gelisah itu.

"Ish, mommy ni. Muka Raf ni, kalau upload 1 gambar dalam ig, berpuluh ribu dapat like. Belum lagi komen kata Raf hot, seksi, kacak." Kata Rafael dengan lagak modelnya. Bibirnya terus ketawa melihat wajah Datin Maria tercebik-cebik mengejeknya.

"Eleh, memuji diri sendiri bukan main. Bila fikir Izz tolak lamaran, terus mood down. Tak guna jugak like beribu tu kalau tak membantu Izz terima lamaran Raf. Dah lah. Mommy nak tidur. Raf jangan tidur lambat sangat. Barang untuk esok dah kemas belum?" Soal Datin Maria lalu bangun dari kerusi.

Rafael tersengih sebelum menjawab soalan ibunya.

"Belum. Lepas ni lah Raf kemas." Kata Rafael lalu menyambung sengihannya.

"Ha, elok sangat lah disuruh kahwin. Biar isteri yang kemas. Esok nak pergi, ada-ada je la barang dia lupa. Nasib lah siapa yang bersuamikan kamu ni Raf."

"Haah. Betul tu mommy. Bernasib baikkan kalau Izz terima lamaran Raf. Ee tak sabarnya." Kata Rafael lalu ketawa besar.

Datin Maria menggeleng kepala melihat gelagat anak lelakinya itu. Memang sah sudah mabuk kepayang dengan wanita bernama Izz Aydin.

Rafael membawa jaket dan telefonnya naik ke atas semula. Fikirannya terus-terus memikirkan Izz Aydin.

Takpa. Aku akan bagi dia masa sampai aku balik dari Singapore. Sampai je Malaysia nanti, aku akan terus melamar dia lagi.

Bibir Rafael terus tersenyum, cuba merencana persiapan kejutan lamaran kepada kekasih hatinya nanti.

********************
Lepas baca ni, jemput baca novel Kisah Dua Cinta karya Jue_86. Novel yang best and sweet je sampai maz sendiri jatuh cinta..hikhik.

************************

jom follow ig m.a.z_np.. boleh borak2 ;) jangan lupa rate and komen! tq for support ;)

Share this novel

m.a.z
2020-11-12 17:33:32 

ya. izz pun kesian. dia nak sgt dgn raf tp razin taknk lepaskan

esther marcus
2020-11-12 17:12:08 

aduh...kesian raf...mcmana la nak trima...kesian izz...tersepit da...


NovelPlus Premium

The best ads free experience