Bab 12

Drama Completed 204768

"Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali. Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah juga tingkatkan darjat dan keimanan kita. Allah tarik sedikit nikmat untuk memberikan nikmat yang lebih besar. Sekiranya kita sabar dan redha, maka Allah akan tambah dengan nikmat yang berlipat kali ganda lagi.

Setiap dugaan yang Allah berikan itu adalah sebagai tanda Dia masih sayangkan kita dengan diberikan oleh-Nya peringatan, agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan. Jika Allah tidak sayangkan kita maka pastilah Allah biarkan sahaja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.

Allah suka apabila kita memuji-Nya, meminta kepada-Nya dan merintih di hadapan-Nya. Sebab itulah Allah berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.

Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hambanya. Di sebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu berserahlah kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya. Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan."

Telefon ditutup dan diletakkan semula keatas meja. Artikel yang dikongsi dilaman fac oleh Shahril malam tadi sedikit sebanyak menenangkan hati yang masih terasa galau. Mungkin salah dirinya membiarkan emosi menguasai akal fikiran sehingga dia sendiri seperti tidak redha dengan dugaan yang dihadapainya selama ini.

Izz Aydin mengeluh halus. Telekung dibuka dan dilipat sebelum menapak keluar dari bilik. Hidungnya sudah menghidu bau masakkan Opah Biah didapur. Pasti opahnya sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka.

Izz Aydin berdiri disebelah Opah Biah dan tersenyum.

"Izz lena tidur semalam?" Tanya Opah Biah yang sudah mencedok nasi goreng ke dalam mangkuk besar dan diletakkan diatas meja.

"Mestilahh. Apa pulak tak lena."

"Opah tanya aje. Tengok macam ada bengkak mata kamu tu." Izz Aydin melarikan pandangan lalu memegang kelopak matanya. Nampak sangat ke?

Dia kemudiannya membantu Opah Biah menyusun pinggan dan cawan diatas meja.

"Atok dengan abang Shah tak balik lagi dari masjid?"

"Kejap lagi adalah tu. Selalu masjid ada buat kuliah subuh. Sesama sendiri aje. Kadang-kadang adalah penceramah jemputan tapi tak selalu, hujung minggu je."

Izz Aydin membulatkan mulutnya sambil mengangguk. Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah sudah kedengaran. Izz Aydin berlari anak menuju ke muka pintu menyambut kedatangan Tok Adam dan Shahril.

"Atuk.. Abang.."

"Happy je harini? Ada apa-apa ke?" Soal Shahril. Dia sedikit lega melihat wajah ceria Izz Aydin pagi ini. Semalam tidurnya terganggu memikirkan Izz Aydin selepas dia mendesak adik sepupunya itu dengan soalan yang agak sensitif. Shahril berjalan masuk kedalam rumah selepas mengunci kereta. Tok Adam pula sudah duduk dimeja makan bersama Opah Biah.

"Saja. Petang nanti lepas abang habis mengajar kat sekolah, teman Izz jalan-jalan boleh? Teringinlah nak makan dim sum yang orang selalu share dalam fac tu. Boleh eh.?" Izz Aydin membuntuti Shahril lalu duduk disebelah.

"Dim sum? Ada banyak jual kat sini tapi abang tahu yang mana satu sedap. Nanti abang bawak Izz pergi."

"Opah dengan atuk ikut sekali la. Kita jalan sama-sama okay?" Ajak Izz Aydin.

"Opah tak minat lah dim sum tu. Kamu aje lah pergi. Atuk pun ada benda nak buat hari ni kat masjid tu kan." Opah menunggu jawapan dari Tok Adam yang sedang mengunyah makanan.

"Ye. Ada gotong royong bersihkan masjid petang nanti. Kamu berdua je lah pergi." Izz Aydin mengangguk saja. Memang sudah lama dia teringinkan dim sum itu tetapi selalu tidak berkesempatan untuk kesana setiap kali balik kampung.

*******

Razin mengatur langkah menuju ke padang golf yang terbentang luas. Datuk Halim pula dilihat sedang memukul bola golf dengan satu pukulan yang deras dan bola itu terbang agak jauh. Ternyata tenaga yang dizahirkan masih seperti dia muda-muda dahulu, masih kuat. Disebelahnya pula berdiri seorang lelaki, pembantu setia kepada Datuk Halim yang bernama Asmadi.

"Razin tahu kan kenapa daddy ajak kamu ke sini?" Datuk Halim memulakan bicara. Kayu golf dipegangan diserahkan kepada Ahmadi sebelum dimasukkan kedalam beg golf berjenama Callaway Warbird berwarna putih. Mereka kemudiannya berjalan beriringan menuju ke kereta golf yang tidak jauh dari situ.

Razin diam sambil membetulkan topi dikepala. Mujur cuaca hari itu tidak terlalu panas dan dia juga mengenakan baju tshirt polo berwarna putih.

"Razin jangan kecewakan daddy lagi. Razin pun tahu betapa pentingnya penyatuan antara Zin dan Melissa. Ia bukan sahaja melibatkan hubungan keluarga, tapi turut melibatkan bisnes kita. Daddy pun dah janji dengan arwah Dato' Muzaffar untuk meneruskan pernikahan kamu berdua."

Razin mengeluh.

"Zin akan cuba tunaikan permintaan daddy tapi bagi Zin sikit masa lagi. Adelia sekarang tengah cuba suaikan diri dengan Melissa jugak."

"Jangan nak jadikan Adel sebagai alasan kamu nak lambatkan majlis nikah. Lagipun Adelia bukan anak Zin seorang tau. Humaira sebagai ibu kandung kena bertanggungjawab sama jaga dia. Kalau harapkan kamu semua, sampai bila-bila pun kamu tak kan temui kebahagian sendiri."

"Kebahagiaan sendiri?" Razin tertawa menyebabkan Datuk Halim berhenti melangkah.

"Selama ni, Razin ikut cakap daddy dengan mommy sebab Zin nak tebus kesalahan Zin tapi kalau daddy mendesak Zin macam ni, Zin tak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama berulang kali."

"Razin! Kamu mengugut daddy ke?!" marah Datuk Halim. Matanya merah merenung tajam kepada Razin yang berlagak tenang.

"Zin tak mengugut. Zin cuma bagi tahu. Zin minta sikit masa, itu saja. Jadi, jangan desak Zin untuk berkahwin dengan Melissa dalam masa terdekat ni. Dan Zin tak peduli pun kalau Zin hilang segalanya demi mencari kebahagian Zin sendiri."

Datuk Halim ketawa sinis.

"Sanggup hilang segalanya? Kalau tak disebabkan daddy, kamu tak dapat merasa pun kesenangan yang kamu ada sekarang. Jangan cuba berlagak dengan daddy!"

"Too late daddy. Semua saham dah tukar atas nama Zin dan Raf. Zin pemegang saham terbesar sekarang dan daddy cuma penasihat." Bidas Razin tenang. Datuk Halim cuba mengawal kemarahan yang membuak-buak, cuba mencari kata lain untuk dilontarkan.

"Lepas apa yang berlaku dengan perkahwinan pertama kamu dahulu, kamu masih nak katakan yang kamu nak mencari kebahagian dengan cara sendiri?" Giliran Datuk Halim pula ketawa. Ketawa yang lebih besar dari Razin tadi sehingga Razin berdecit.

"Jangan bermimpi lah Razin. Wake up! Its been 3 years kamu dengan Humaira bercerai, dengan talak 3! Dan Humaira takkan sesenang itu untuk kembali kepada kamu walaupun suami dia sekarang bukan pilihannya sendiri. Tak semudah itu, sebab Humaira sayangkan suaminya dan begitu juga suaminya yang terlalu sayangkan Humaira dan anak yang dikandung oleh Humaira sekarang. Suaminya tak bodoh nak lepaskan dia, macam kamu."

Apa?! Humaira mengandung? Kenapa aku tak tahu?

"Kenapa? Terkejut? Kasihan kamu Razin. Mencari kebahagiaan sendiri konon." Ketawa yang lahir dari bibir Datuk Halim membuatkan kepala Razin kembang menahan marah. Jika tidak dikenang dihadapannya itu ayahnya sendiri, sudah ditumbuknya juga lelaki itu dengan tangannya sendiri. Tapi dia bijak mengawal bila berhadapan dengan Datuk Halim yang banyak muslihat itu.

"Zin balik dulu. Ada kerja nak selesaikan dihotel. Daddy main lah sendiri. Zin dah tak minat golf dan takda masa nak main benda yang membuang masa macam ni."

Razin terus berlalu meninggalkan Datuk Halim. Dirinya masih dalam keadaan marah dan terkejut itu perlukan ruang waktu untuk menenangkan diri.

Daniel sudah menunggu Razin didalam kereta bingkas keluar dari kereta dan membuka pintu untuk bos nya itu. Muka ketat Razin jelas menunjukkan bahawa mood lelaki itu tidak baik selepas bertemu dengan Datuk Halim. Pasti mereka berdua bertengkar tadi,bisik hati Daniel.

Kejadian begitu sudah selalu dilihatnya. Selama 8 tahun berkhidmat sebagai pembantu peribadi Razin, dia mengetahui hampir semua kemelut dan rahsia disebalik kemesraan palsu keluarga itu. Dan dia masih kagum kepada Razin kerana masih mahu menjaga aib dan malu keluarganya biarpun dia sendiri yang menanggung.

"Kita ke rumah mummy Adelia. Tak jadi ke hotel. Aku dah janji nak ambil Adelia hari ni." Arah Razin. Kepalanya disandarkan ke belakang dengan mata yang terpejam. Penat otaknya ketika itu.

********

Satu persatu dim sum disumbat ke dalam mulut tanpa mempedulikan pandangan Shahril dihadapannya. Shahril menggelengkan kepala melihat gelagat Izz Aydin, seperti anak kecil baru mendapat mainan lagaknya. Lansung tidak mengajaknya berkongsi!

Izz Aydin berhenti mengunyah selepas Shahril mencubit kecil tangannya. Mulutnya yang penuh dengan makanan cuba mengukir senyuman.

"Dah tak nak ajak abang makan sekali ke?"

"Hehehehe.." Izz Aydin mengambil sebiji dim sum lalu disuakan ke mulut Shahril. Tanpa lambat, Shahril menyambut suapan itu lalu tersenyum.

"Seronok kerja kat sana? Siapa nama bos Izz tu?" Tanya Shahril lalu mengambil sendiri dim sum dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Okaylah. Cuma Tuan Razin tu macam garang sikit. Muka dia moody aje. Sepanjang Izz kerja kat situ, tak pernah sekali pun Izz tengok dia senyum. Kalau senyum pun nampak seram. Macam tak iklhas je."

"Razin? Nama bos Izz tu Razin?"

"Ya. Razin bin Datuk Halim."

Shahril menyandar sambil mengetap bibir. Nama didengarnya tadi seakan dikenalinya. Mungkinkah lelaki yang sama seperti yang difikirkannya itu? Kenapa aku boleh terlepas pandang dengan hal macam ni.

"Kenapa? Abang kenal ke?" Izz Aydin pelik melihat perubahan riak dimuka Shahril.

"Haa.. mesti lah kenal. Pewaris muda dan berjaya, bukan setakat di Malaysia je kan. Semua orang kenal kot." Jawab Shahril lambat-lambat. Dia juga cuba menyembunyikan kegusaran yang sudah hadir dihatinya.

Izz Aydin mengangkat bahunya sahaja lalu menyambung menikmati kesedapan makanan dihadapannya. Entah bila lagi dia dapat menikmati makanan itu selepas bergelar driver Tuan Razin nanti, dengan jadual yang padat lagi. Ahh! Jangan rosakkan mood kau fikirkan duda bossy tu!

******

"Nanti ada cuti, balik la kampung lagi. Nak tunggu opah dengan atok ke KL sana memang lambat lah. Lagi-lagi keadaan kesihatan atuk tak menentu sekarang." Pesan Opah Biah. Dia duduk disebelah Tok Adam, memerhatikan Izz Aydin yang sedang memakai kasut.

"Ye, Izz tau. Opah dengan atuk jaga kesihatan tau. Apa-apa bagitau Izz. Abang pun.. jangan lama sangat biar Yana tunggu abang. Kesian dia asyik makan hati je tengok abang layan Izz. Izz dah boleh jaga diri sendiri. Abang jangan risau pasal Izz."

"Macam mana abang tak risau. Izz tu adik abang tau dan abang mesti jaga Izz."

Izz Aydin menjelingkan matanya keatas.

"Alasan sama je tau. Basi lah. Abang tu dah semakin tua. Uban pun dah tumbuh ha. Berapa umur abang Shah sekarang ni Opah? 32 ke 33. Tua 7 8 tahun dari Izz kan."

"33 tahun dah." Celah Tok Adam.

"Haa sesuai kahwin dah. Ada jugak yang jagakan makan minum nanti. Dulu cikgu Suraya nak meminang abang, abang tolak. Kesian dia." Terbayang seorang gadis kecil molek bertudung yang pernah menyukai abang sepupunya dulu. Sampai sanggup hantar rombongan meminang tetapi ditolak atas dasar masih mahu menjaga dirinya yang masih belajar masa itu. Sekarang, dia sudah dewasa dan mahu Shahril mencari kebahagiannya sendiri tanpa perlu memikirkan tentangnya lagi.

"Dah jom. Nanti terlepas train pulak. Banyak pulak celoteh dia nak balik ni."

Izz Aydin tersengih lalu menyalami tangan Opah dan atoknya. Pipi kedua mereka dicium erat sebelum melangkah pergi dengan hati yang berat.

***

Rafel tersenyum lebar menyambut kedatangan Izz Aydin didepan pintu utama. Dia terus membuka pintu dan menyuruh Izz Aydin masuk kedalam kereta bmw Z4 berwarna putih miliknya.

Rafael memulakan pemanduan dengan berhati-hati. Ekor matanya melirik kesebelah kiri, mencuri pandang Izz Aydin yang diam dari tadi.

"Kampung okay? Seronok?" Tanya Rafael cuba mengajak gadis itu berbual.

"Okay. Seronok sangat! Dah lama saya tak balik. Tiga bulan lebih kot." Cerita Izz Aydin teruja.

"Siapa ada kat kampung tu? Boleh saya tahu?"

"Ada opah, atok, abang Shah, Nizam adik saya dan.." ayatnya terhenti disitu.

"Dan siapa? Mak ayah awak?"

"Mak ayah dah lama meninggal. Saya tinggal dengan Opah dan atuk bersama abang Shah." jawab Izz Aydin perlahan.

"Ohh maaf saya banyak tanya. Saya tak tahu."

"Tak apa. Benda dah lama." Izz Aydin mengukir senyuman kelat sebelum telefonnya mendapat satu pesanan ditelegram.

Anak matanya membesar melihat gambar yang baru dilihatnya itu. Betul ke gambar ni? Mana dia dapat? Dia menoleh ke arah Rafael yang memandu disebelah, kemudian kepada gambar tadi.

"Betul ke dia?" bisik Izz Aydin sendiri.

"Betul dia siapa?" tanya Rafael kehairanan. Dia seakan mendengar suara bisikan sayup-sayup dari bibir Izz Aydin.

"Ha, takda ape. Hati-hati drive tu. Tak payah pandang saya." kata Izz Aydin menolak lembut pipi Rafael.

Rafael tersenyum lekas menangkap tangan Izz dan digenggam erat. Izz Aydin hanya membiarkan walaupun jantungnya terasa mahu pecah menahan getaran. Dalam hatinya juga berbisik-bisik sesama sendiri memikirkan yang dilihatnya tadi. Lantas dia diamkan sahaja.

"Kalau awak ada nak tanya saya, tanya je. Jangan fikir sorang-sorang. Saya akan jawab dengan jujur." Rafael tiba-tiba bersuara.

Ehhh. Tau-tau je aku fikir pasal dia ni..

Bersambung..

happy reading dear beloved readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience