Bab 41

Drama Completed 204768

Seharian berlalu tanpa sebarang pesanan atau panggilan telefon dari si isteri. Semakin bertambah risau apabila mendapat tahu Izz Aydin sudah tidak ada dirumah Yana. Kali terakhir berbual adalah semasa Opah Biah dan Tok Adam masih dirumah Yana.

Puas dihubungi tetapi semuanya masuk ke peti suara. Ketibaannya dilapangan terbang pula tidak dijemput Izz Aydin seperti yang janjikan. Jadi Razin terpaksa menumpang Daniel yang dijemput isterinya kerana tiada pilihan.

Semakin hampir perjalanan menuju ke rumah, semakin bergetar dadanya. Sudah dua hari ini juga perasaannya tidak enak. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Panggilan demi panggilan masih dibuat biarpun semua dijawab oleh 'pembantu setia' dihujung talian.

Daniel yang sedari tadi memahami kegelisahan majikannya itu cuba menenangkan lagi.

"Saya rasa Izz ada kat rumah tuan tu. Tuan janganlah risau. Izz pandai jaga diri."

"Hati aku ni rasa tak sedap. Kau cepat sikit Daniel. Makin risau aku ni." Jarinya masih terus terusan mendail nombor Izz Aydin. Akhirnya dia sendiri yang mendengus kemarahan.

Langkah kakinya semakin dilajukan dan daun pintu rumah ditolak kasar. Nanar matanya mencari kelibat yang dicari tetapi tidak dijumpai.

Kakinya dibawa pula ke dalam bilik tidur, sehingga ke bilik air dan bilik wardrobe namun masih tiada. Razin menuju pula ke arah dua bilik hujung, sama juga tiada. Mana dia ni..! Dengus Razin kasar.

Seketika sunyi sepi rumah itu namun sayup-sayup kedengaran seperti suara orang sedang mengaji dibilik tidur tetamu. Perlahan kakinya melangkah dan memulas tombol pintu bilik itu.

Disitu, Razin melihat wajah bersih Izz Aydin, berteleku kusyuk membaca ayat suci al-quran. Tidak menyedari lansung kehadiran Razin yang sudah tercegat lama dipintu bilik itu. Hati yang tadi membuak kemarahan terus sejuk melihat wajah wanita itu. Lega kerana wanita itu tidak apa-apa.

"Sayang.." panggil Razin seraya melangkah masuk ke dalam.

Tersentak Izz Aydin melihat Razin sudah duduk disebelahnya dengan pandangan mata yang lembut.

"Bila abang sampai?" Soal Izz Aydin selepas menutup bacaannya.

"Baru je. Daniel hantar."

"Oh. Abang nak minum? Saya buatkan." Telekung dibuka dan diletak ke birai katil Belum sempat tubuh diangkat, tangannya ditarik dan Izz Aydin terduduk semula.

"Sayang okay ke? Abang risau seharian tak dapat call sayang." Razin masih menggenggam erat jemari Izz Aydin lalu dikucup perlahan.

Razin mengelus pula pipi isterinya itu sambil tersenyum. "Abang rindu sayang. Rindu sangat."

Izz Aydin cuba menahan genangan air matanya dari tumpah. Dia juga rindukan lelaki itu, terlalu rindu. Tetapi hatinya seakan menidakkan semua perasaannya tika itu. Sekejap rasa marah, sekejap rasa rindu. Walaupun hatinya sudah sejuk tetapi kenapa tiba-tiba marah pula menguasai diri.

Lantas tangannya ditarik dan berlalu keluar meninggalkan Razin didalam bilik itu.

Razin tidak membiarkan Izz Aydin berlalu sendiri. Kakinya turut laju melangkah dan memintas pergerakan Izz Aydin.

"Sayang kenapa ni? Layan abang macam ni? Ada masalah bagi tahu abang."

Izz Aydin tidak menjawab, sebaliknya meneruskan melangkah selepas menolak sedikit tubuh Razin supaya memberi laluan kepadanya. Langkah kakinya dibawa ke ruang tamu dan dia lansung duduk disitu sambil menongkat dahi.

Razin mendengus kasar melihat sikap Izz Aydin itu. Sudahlah tidak dapat dihubungi. Sampai rumah pula dilayan sebegitu.

"Sayang jangan buat abang macam ni boleh tak? Abang penat-penat balik tengok sayang layan abang macam ni. Abang tanya, sayang tak nak jawab. Nak apa sebenarnya ni?" Naik senada suara Razin menyoal. Sepatutnya dia balik keesokan hari tetapi kerana risaukan keadaan isterinya, dia terus pulang sebaik mesyuarat tamat petang tadi.

"Saya nak kebenaran!" Bentak Izz Aydin tiba-tiba.

Terbungkam Razin mendengar suara Izz Aydin meninggi dihadapannya. Riak wanita itu tidak sedikitpun bersalah selepas meninggi suara.

"Kebenaran apa? Apa yang sayang cakap ni?"

Izz Aydin bangun semula dan mengeluarkan beberapa keping kertas bersama gambar. Kesemuanya termasuk yang diberikan oleh Datuk Halim dan ditemuinya sendiri di dalam bilik Razin. Kertas-kertas itu dihentak kasar di atas meja sehingga ada yang berjatuhan gugur dilantai. Izz Aydin kemudiannya duduk di kerusi semula bersama air mata yang sudah mengalir.

"Ni abang..Ni! Apa semua ni?!"

Razin mengeluh kasar sambil mencekak pinggang. Cuma sekilas dia melihat apa yang ditunjukkan isterinya itu dan dia 100% pasti Izz Aydin sudah mengetahui segala-galanya.

"Sampai hati abang buat saya macam ni. Saya sayang abang sepenuh hati saya tapi rupa-rupanya abang cuma main-mainkan hati dan perasaan saya. Abang kahwin dengan saya sebab dendam dengan ayah tiri saya kan?!" Teriak Izz Aydin. Airmatanya semakin deras mengalir dipipi. Terasa disiat-siat hatinya kerana rasa tertipu selama menjadi isteri kepada lelaki itu.

"Tak sayang. Abang tak main-mainkan sayang. Abang betul-betul sayang, cinta. Dengar apa abang nak jelaskan dulu."

"Habis tu semua ni apa? Takkan semua ni tipu. Saya jumpa sendiri dalam laci almari abang. Kalau saya tak jumpa, sampai bila-bila pun saya masih ditipu dengan mainan cinta dan sayang abang pada saya."

Razin menghampiri Izz Aydin dan kedua tangan wanita itu diraih sebelum dikucup berkali-kali. Tunak matanya memandang mata Izz Aydin yang sudah basah.

"Abang mengaku sebelum ni abang mempergunakan kesempitan sayang dan bebanan hutang tu. Abang kahwin dengan sayang sebab nak balas dendam tapi tu dulu. Abang sedar semua tu salah tapi tak bermaksud cinta dan sayang abang ni tipu semuanya." Luah Razin jujur.

"Dulu puas saya fikir kenapa saya perlu terima abang sebagai suami saya. Sehingga saya menolak lelaki sebaik Rafael. Saya rasa saya bodoh sangat sekarang ni. Perkahwinan yang kita bina atas dasar dendam abang tu, saya tak rasa saya akan bahagia."

"Sayang please jangan cakap macam ni." Rayu Razin bersungguh. Hatinya sayu melihat wajah Izz Aydin yang sudah lencun itu.

Izz Aydin terus bangun dari kerusi dan melangkah pergi bersama linangan air mata. Hatinya masih bersisa sakit walaupun sudah dipujuk Opah Biah. Dia juga mahu meluah lagi sisa sakit itu agar Razin tahu betapa kecewanya tika itu.

Pintu bilik dihempas kasar tetapi sedikit pun tidak mengurangkan sakit hatinya.

Razin masih duduk merenung satu persatu kertas dan gambar ditangannya. Otaknya ligat berfikir dari mana Izz Aydin mengetahui hal itu. Dalam masa yang sama hatinya pedih melihat air mata isterinya yang mengalir disebabkan perbuatannya.

Matanya terarah pula kepada beberapa keping gambar. Jatuh sayu melihat gambar seorang kanak-kanak perempuan yang tenat, kepala dan kaki dibalut. Serta wayar-wayar turut berselirat ditubuh.

Ya, aku penyebab kanak-kanak itu jadi begitu walaupun aku sendiri hilang akal waras dimasa kejadian. Aku sendiri trauma sehingga kini.

Kesemua gambar itu diraup dan dihempas kasar. Membuak dadanya meledak marah.

Razin kemudiannya berlalu menuju ke dalam bilik. Tuala dicapai dan dia membersihkan diri. Solat yang tertunda tadi segera dikerjakan. Sempat dia berteleku sebentar, berzikir menenangkan hati yang dihasut syaitan itu.

Apa aku nak buat ni..keluh Razin sendiri.

Setelah hatinya terasa tenang, barulah Razin mendapatkan Izz Aydin. Dia tidak mahu bersemuka dengan Izz Aydin dalam keadaan emosi yang tidak baik.

Izz Aydin memejam mata rapat biarpun air matanya masih mengalir membasahi bantal. Cuping telinganya menangkap bunyi pintu biliknya dibuka. Seketika, dia merasa tangan seseorang merangkulnya dari belakang bersama helaan nafas yang terasa dekat ditengkuknya.

Tidak pula Izz Aydin menolak kerana dia rindukan pelukan dan belaian lelaki itu.

"Sayang.. abang minta maaf tak berterus terang hal ni. Abang betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, sayang abang pada sayang bukan tipu atau mainan." Kedengaran sangat tulus kata-kata itu. Sedikit sebanyak mengubat hati yang masih rawan.

"Kalau sayang nak hukum abang, hukumlah tapi jangan tinggalkan abang. Abang tak sanggup." Sayup-sayup suara Razin memujuk isterinya itu bersama helaan nafas. Dihujung helaan itu terdengar sesuatu yang tidak dijangkakan.

Menangis? Bisik hati Izz Aydin.

Izz Aydin masih kaku didalam pelukan Razin. Pada asalnya dia tidaklah begitu marah pada lelaki itu selepas dinasihat Opah Biah tetapi entah kenapa lain pula jadinya. Terlalu ikutkan perasaan? Ya!

Apa kau dah buat ni Izz.. kan Opah dah pesan kena bincang elok-elok. Kenapa nak perlu gaduh.. kutuk dirinya.

Perlahan Izz Aydin memusingkan tubuh dan menghadap Razin yang sudah menelentang tubuh sambil memicit kelopak matanya yang tertutup. Dada lelaki itu berombak sedikit dengan alunan nafas yang tidak teratur.

Izz Aydin bangun dari pembaringan dan duduk merapat disebelah Razin. Tangan suaminya diraih lalu dikucup lama.

"Abang.. Saya minta maaf.."ucap Izz Aydin. Sudah terpukul kuat dengan rasa bersalah selepas melayan suaminya begitu.

Razin membuka mata perlahan lalu duduk menyandar di kepala katil. Tangannya turut menggenggam erat tangan Izz Aydin sambil matanya memandang tepat ke wajah isterinya itu.

Wajah yang dirindui sepanjang pemergiannya itu diusap perlahan, menyeka sisa air mata yang masih bergayut ditubir mata itu.

"Tak sayang. Abang yang patut minta maaf. Abang dah kecewakan sayang. Abang tak berterus terang. Kalau tak disebabkan dendam bodoh abang tu, mesti sayang dah bahagia dengan Raf." Tutur Razin perlahan.

"Abang.. kenapa sampai cakap macam tu. Tak semestinya bila saya dengan Raf saya akan bahagia. Saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa dengan abang. Saya tak fikir dulu sebelum bercakap. Sebab..terlalu ikutkan marah." Terang Izz Aydin. Sungguh dia rasa bersalah tika itu.

"Sayang nak marah abang, marah la. Nak pukul abang pun abang sanggup. Tapi jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh bayangkan kalau sayang tak ada." Ujar Razin lagi. Mata redupnya merenung tunak wajah Izz Aydin.

"Siapa cakap saya nak tinggalkan abang?"

Razin tidak menjawab sebaliknya mencebik bibir sambil mengelipkan matanya berkali-kali. Cuba beriak manja memandang Izz Aydin. Sudah lah hati rindu pada si buah hati, balik rumah terus dimarahi biarpun memang kesalahan darinya.

Izz Aydin tersenyum kecil sambil menjelingkan matanya ke atas. Saja nak buat muka manja sebab tak nak aku marah lagi lah tu...

Tanpa sedar kedua tangan Razin menarik tubuhnya sehingga rebah didada bidang suaminya itu. Tubuh Izz Aydin kemudiannya didakap erat bersama ciuman bertalu-talu didahi.

"Abang minta maaf dah buat sayang menangis, dah buat sayang sedih. Semua ni salah abang. Ikutkan sangat hati sendiri. Sepatutunya abang terus terang dengan sayang hal ni tapi abang leka. Abang minta maaf untuk segalanya. Tulus dari hati abang yang paling dalam. Sedalam cinta abang pada sayang."

Izz Aydin tersenyum menggigit bibir, suka hatinya mendengar ucapan maaf disulami luahan cinta dari Razin itu. Terus berbunga hati yang dilanda taufan beberapa hari lalu.

"Sayang, sayang dengar tak ni?" Soal Razin apabila tiada jawapan dari Izz Aydin.

Izz Aydin mengangkat kepala lalu tersenyum memandang Razin.

"Saya maafkan abang. Ikhlas dari hati saya yang paling dalam. Sedalam cinta saya pada abang."

Izz Aydin kemudiannya ketawa kecil melihat Razin mengetap bibir mencuit hidungnya.

"Mengajuk abang ke apa ni? Ke menyindir?"

"Mana ada. Betul la apa saya cakap. Saya maafkan abang. Ikhlas dari hati."

Razin tersenyum berbalas pandangan dengan Izz Aydin. Lega hatinya mendapat kemaafan dari wanita itu. Sangat lega!

"Thank you sayang. Thank you so much. Lepas ni abang takkan rahsia kan apa-apa lagi. Apa yang sayang nak tahu, tanya abang terus. Jangan bebankan fikiran sayang sendiri ya."

"Thank you je? Bagi lah duit ke, ganti handphone baru ke.." ujar Izz Aydin sambil bangun dan duduk semula. Rambutnya yang sudah panjang itu dibetulkan dengan jari.

Razin turut menegakkan tubuh dengan kerutan didahi.

"Kenapa nak ganti handphone baru? Handphone sayang mana? Abang call tak dapat-dapat."

Izz Aydin tersengih dahulu sebelum menjawab.

"Handphone jatuh kat kolam depan tu. Masih lagi kat dalam tu. Tak berani nak ambil. Saya kan tak pandai berenang." Bibirnya masih tersengih melihat Razin menggeleng kepala.

"Apalah dibuatnya sampai jatuh kolam handphone tu."

"Saya saja je duduk kat tepi tu, entah macam mana boleh terlepas terus jatuh."

"Nasib baik bukan sayang yang jatuh kat dalam tu. Ish..Takpa, nanti abang belikan yang baru. Tapi.. sekarang kita ada masalah."

"Masalah? Masalah apa?"

"Abang lapar. Tak makan apa lagi." Kata Razin sambil menggosok perut.

"Ohh kalau yang itu.. saya minta maaflah sebab saya tak masak. Ingatkan abang balik esok." Izz Aydin tersengih memandang Razin yang tersenyum melihatnya.

"Hmm tak apa. Food delivery kan ada."Razin mengeluarkan telefon bimbit dan ikon bermuka panda ditekan. Seketika tangannya menarik dan menolak skrin memilih menu yang dipaparkan. Setelah pesanan makanan dibuat mengikut selera masing-masing, telefon itu diletakkan ke tepi lalu berdiri merenggang tubuhnya.

Izz Aydin turut bangun dan melangkah ke pintu, bersedia menunggu pesanan makanan mereka dihantar pada bila-bila masa.

"Okay! Satu masalah dah settle! Ada satu lagi." Kata-kata Razin itu membuatkan langkah Izz Aydin berhenti dan menoleh kearah Razin yang tersenyum sambil mengangkat sebelah kening.

"Hah? Satu lagi apa?"

Perlahan Razin merapat ke arah Izz Aydin.

"Satu lagi yang ini..!" Razin tiba-tiba ketawa besar sebelum mencempung tubuh Izz Aydin dan dibawa keluar menuju ke bilik tidur mereka.

Izz Aydin menjerit ketawa kecil. Faham apa masalah yang satu lagi dan penyelesaian masalah itu ada pada dirinya.

Tubuh Izz Aydin diletak perlahan diatas katil lalu ditindih.

"Rindunya dengan isteri abang ni. Baru 4 hari pergi dah rindu sangat. Hmm..." Razin menggesel hidungnya ke pipi dan hidung Izz Aydin. Membuat wanita itu ketawa manja membalas perbuatannya.

" Jadi, sementara tunggu makanan sampai, kita sekali round dulu. Lepas makan, sekali lagi. Sebelum subuh sekali lagi. Okay?"

Membuntang mata Izz Aydin melihat Razin yang tidak berhenti menggesel wajahnya. Wajah Razin ketika itu sudah kelihatan tidak keruan.

"Eh abang.. banyaknya. Macamlah esok lusa tak boleh. Dah la saya baru lepas marah dengan abang ni.."

Razin mengangkat wajahnya. Sengaja ingin menduga si isteri dengan ajakan itu. Jika betul-betul diberi, dia juga yang untung. Ketawa hati Razin mendengar helah suara hatinya sendiri.

"Sekarang marah lagi tak?" soal Razin sambil tersenyum penuh makna.

"Hmm saya fikir kejap." Izz Aydin tersengih berlakon berfikir.

"Sayang tahu apa itu make-up sex?" Soal Razin tiba-tiba. Jarinya bermain-main mengelus wajah Izz Aydin.

Izz Aydin menggeleng tidak tahu.

"Make up sex tu seks selepas pergaduhan suami isteri. Tu salah satu cara luahan yang dapat menzahirkan kemaafan dan rasa tidak puas hati. Walaupun pergaduhan tadi mewujudkan satu memori buruk untuk kita, tapi.. seks selepas itu boleh membuatkan memori tu bertukar menjadi memori yang lebih baik."

Berkerut-kerut kening Izz Aydin cuba menghadam maklumat yang diisampaikan Razin. Kedengaran tidak logik!

"Ehh betul ke ni. Memandai je. Abang saja kan sebab nak minta tu. Saya kan dah maafkan abang."

Razin ketawa. Memang pernah dibacanya tentang itu dan dia juga sudah berpengalaman dalam hal sedemikian.

"No worry. Biar abang tunjukkan." Razin meleretkan senyuman seraya mengangkat tubuh untuk menanggalkan tshirtnya lalu menindih semula.

Wajah isterinya itu dielus lembut sebelum bibirnya ditaut lama ke bibir Izz Aydin.

"Just enjoy it. Luahkan rasa marah tu melalui cara berbeza. Nak cakar ke, nak menjerit ke, abang tak kisah." Bisikan Razin itu di sertai dengan gigitan manja di cuping telinga dan kucupan di leher Izz Aydin.

Cuma seketika mukadimah dimulakan, keduanya terus hanyut melayari pelayaran bergelora yang dikendalikan oleh Razin.

Didalam hati Izz Aydin berbunga bahagia. Make-up sex? Takkan la nak kena gaduh selalu macam ni..! Teriak riang hatinya.

Terbang semua memori buruk yang menyesakkan dada. Sudah diganti bahagia dan cinta yang semakin mendalam kepada suaminya.

sorry lambat update harini sbb siang ada urusan. berkemungkinan masa update yang akan dtg ditukar pada waktu malam. ;) enjoy reading! p/s : matured content detected in this chapter! baca atas kerelaan sendiri. ehh.. hihihi jom follow ig m.a.z_np kita borak2 ;) please follow, rates and comments! tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience