Bab 32

Drama Completed 204829

Razin tersenyum melihat muka merah padam dihadapannya itu. Siapa lagi kalau bukan Izz Aydin yang terketuk dadanya yang tidak berbaju itu semasa mengetuk pintu tadi. Terus sahaja tangan yang lekat didada ditarik masuk ke dalam rumah.

Razin baru sahaja selesai mandi mendengar ketukkan bertalu-talu dipintu diselang dengan bunyi loceng ditekan berkali-kali. Tergesa-gesa juga dia membuka pintu sehingga tidak sempat memakai baju.

Tuala kecil di atas kepala digosok perlahan sambil memerhati kelakuan Izz Aydin yang kelihatan tidak keruan.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Razin yang masih mengelap rambut.

"Sa..sa..saya.." tergagap-gagap Izz Aydin menjawab soalan ringkas itu. Terasa berat bibirnya.

Matanya sedari tadi dilarikan dari melihat Razin yang tidak berbaju dihadapannya. Dada bidang suaminya itu terlalu mengganggu pandangan. Ditambah pula degupan jantung yang tidak henti-henti memukul dada sehingga terasa mahu pecah. Kalau dapat didengar, bergegar juga kawasan kondominium itu dibuatnya.

Razin melemparkan tuala kecil tadi ke tepi lalu merapat ke arah Izz Aydin yang kaku berdiri. Kedua tangannya menongkat ke dinding sekaligus menyebabkan Izz Aydin tersepit. Wajah kemerahan itu ditatap tunak.

"Ni dah kali ke 2 kau sentuh aku. Tadi kat dada. Yang hari tuu..." Razin meleretkan anak mata ke bawah dan Izz Aydin seakan dipukau turut melihat ke arah yang sama.

Terlepas ketawa dari bibir Razin apabila wajah Izz Aydin semakin naik kemerahan. Sekejap-sekejap kelopak mata wanita itu tertutup rapat dan dibuka semula.

Izz Aydin menggeleng kepala lalu menolak tubuh Razin lalu melarikan diri ke ruang tamu. Mukanya sudah terasa kembang menahan malu sekaligus menahan debaran didada. Bau wangi mandian lelaki itu turut sama mengasak rongga hidungnya.

"Aa.. Opah suruh saya datang tidur sini. Kalau ikutkan, saya tak nak datang lah." Ujar Izz Aydin laju lalu melarikan pandangan. Semakin lama dia memandang Razin yang hanya berseluar itu, semakin lemah jantungnya.

"Oh.." Razin bersama senyuman yang masih bergayut dibibir berlalu ke dalam bilik. Dia mencapai baju didalam almari lalu disarung ke tubuh. Dia kemudiannya menuju ke dapur dan mengeluarkan sebotol jus oren dan dituang ke dalam gelas.

"Mana Adelia?" Tanya Izz Aydin sambil memandang sekeliling. Rumah yang sentiasa kemas itu dipandang sekilas.

"Esok kan ahad. Adelia kat rumah mommy dia lah."

"Jadi, tuan dengan saya je lah kat sini malam ni?" Soal Izz Aydin dengan nada cuak.

Razin mengangguk lalu meneguk air jus tadi.

Izz Aydin mengetap bibir. Nafas ditarik dan dihembus dengan bibirnya di muncung ke hadapan. Mukanya yang terasa panas dikipas dengan tangan tetapi tetap juga membahang.

"Panas ke?" Soal Razin sambil tersenyum sedikit. Dia tahu wanita itu sudah gementar bila mengetahui mereka berduaan sahaja dirumah itu.

"Ha? Tak lah. Ada aircond ni. Tak panas pun." Jawab Izz Aydin yang masih mengipas muka.

Razin menyembunyikan senyuman. Nak cover agak-agak lah!

"Kenapa tuan tak jawab call saya dari tadi?" Soal Izz Aydin bagi mengurangkan debaran. Dia sudah tidak sanggup menahan asakkan hebat didada.

"Aku workout tadi. Lepas tu mandi. Handphone kat dalam bilik. Sebab tu tak dengar." Jelas Razin ringkas dan padat.

Razin berjalan menghampiri Izz Aydin lalu duduk disofa dihadapan televisyen. Ditangannya yang memegang segelas jus oren diletakkan diatas meja kaca dihadapan Izz Aydin.

"Duduklah, minum." Pelawa Razin. Tangannya menekan punat alat kawalan jauh dan skrin televisyen sebesar 72 inci terus memaparkan segmen sukan di buletin utama.

Izz Aydin seakan robot mengikut arahan Razin.

Mereka berdua diam sambil menonton berita sukan yang dipaparkan. Cuma sesekali Izz Aydin meneguk air tadi, perlahan. Ekor matanya mencuri pandang melihat wajah lelaki yang kelihatan tenang dan masih tekun mendengar berita itu.

"Kau lapar?" Soal Razin tiba-tiba. Anak matanya masih melekap melihat televisyen yang sudah memaparkan iklan drama yang akan dimainkan sebentar lagi.

"Boleh la. Tadi tak sempat makan dah kena halau Opah suruh datang sini." Kata Izz Aydin dengan nada sebal. Kali terakhir dia makan adalah tengah hari tadi semasa majlis dirumah Yana. Itu pun tidak sempat dihabiskan dek hilang selera oleh Razin yang mengganggunya.

"Aku pun lapar. Kita order food delivery nak? Kau nak makan apa?" Soal Razin lalu mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar.

Kebetulan sahaja keluar iklan ayam goreng mDonald dikaca televisyen. Mendengar gigitan rangup ayam goreng itu membuatkan Izz Aydin menelan air liur.

"Saya nak ayam goreng mcd tu." Kata Izz Aydin sambil menunding jari ke kaca televisyen. Air liur ditelan lagi. Kelihatan sangat mengiurkan..

Razin tersenyum menggeleng kepala melihat Izz Aydin yang ternganga mulut melihat iklan dikaca televisyen.

"Okay. Ada nak tambah lagi?"

Izz Aydin menggeleng kepala sambil tersengih. Suka hatinya saat itu.

"Okay. Dah order. Tunggu 15 minit makanan sampai. Sementara tu, ikut aku."

Razin bangun dari sofa lalu mengangkat beg pakaian milik Izz Aydin. Kakinya melangkah ke arah salah sebuah bilik didalam kondominium itu.

Izz Aydin turut bangun dan memintas lelaki itu. Tangannya didepakan menahan lelaki itu dari terus berjalan.

"Eh eh kejap. Kejap. Yang mana satu bilik tuan?" Soal Izz Aydin sambil menyelak rambut hadapan yang menutupi matanya.

"Ni bilik aku." kata Razin sambil menunding jari ke sebelah kanan.

"Bilik Adel?"

"Sebelah bilik aku."

"Bilik tetamu?"

"Ni, sebelah kiri ni."

"Okay! Saya pakai bilik tetamu." Kata Izz Aydin lalu menarik beg dari tangan Razin. Tanpa segan silu, dia terus membuka pintu dan menutup pintu bilik itu rapat.

Terpinga-pinga Razin sebelum tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Dia memang nak tolong bawakan beg Izz Aydin ke dalam bilik tetamu. Dia pasti Izz Aydin tidak akan mahu sebilik dengannya.

Dibalik pintu, Izz Aydin menyandar sambil memeluk beg nya tadi. Tangan mengurut kasar dada yang sudah sedikit tenang.

Beg dilepaskan ketepi dan langkah kakinya dibawa menuju ke tepi tingkap. Langsir yang menutupi tingkap diselak luas.

Terus sahaja bibirnya mengukir senyuman. Panorama malam yang diwarnai dengan lampu bergemerlapan yang begitu indah dihadapannya itu dipandang penuh minat. Bangunan-bangunan pencakar langit juga turut menyumbang keindahan malam itu.

Langkah kakinya menuju pula ke katil bersaiz king itu. Tubuhnya terus menghempap katil dan berguling-guling kiri ke kanan. Terasa sangat selesa dan nyaman..

Tangan didepakan sambil merenung siling. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan duduk dirumah itu. Mungkin sehingga Opah Biah balik ke kampung baru dia kembali semula ke rumah Yana?

Tidak lama kemudian pintu diketuk perlahan dan suara Razin kedengaran memanggilnya.

"Ada apa?" Soal Izz Aydin menjengul kepalanya dipintu.

"Makanan dah sampai." Kata Razin sambil menyua bungkusan mcDonald dihadapan Izz Aydin.

Yes! Sorak Izz Aydin dalam hati.. bukan main suka lagi..

Dia membuntuti Razin ke meja dapur dan terus melabuhkan punggung dikerusi bersama Razin.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"Tanya lah." Kata Izz Aydin sambil mengoyak kulit ayam ditangannya lalu masukkan ke dalam mulut. Mata dipejam sambil menikmati kesedapan dan kerangupan ayam goreng tersebut .

"Kenapa kau tak suka aku?" Soal Razin terus. Makanan ditangan diletakkan diatas meja lalu memandang Izz Aydin yang masih menikmati makanannya.

Izz Aydin tersenyum sedikit selepas berfikir sejenak.

"Hmm sebab tuan bos saya?"

"Tu je? Raf pun dikira bos jugak kan? Kenapa kau boleh terima dia tapi tak aku? Aku dah cakap aku suka,sayangkan kau. Tak cukup?"

"Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Dan kenapa baru sekarang tuan nak cakap tuan sukakan saya setelah hati saya dah sayangkan Raf?"

"Jadi kau nak kata aku terlambat?"

"Saya tak kata macam tu. Perasaan cinta tu hadir sendiri tanpa paksaan. Tuan sendiri nampak kesungguhan Raf pikat saya dan jujur saya katakan dia orang pertama yang saya suka."

Razin mengeluh halus. Dia sendiri sedar wanita itu terlalu cintakan Rafael namun tak bererti dia tidak mempunyai peluang untuk mencuri cinta itu memandangkan dia lebih berhak ke atas cinta itu.

"Izz, bagi aku peluang untuk buktikan yang aku betul-betul suka, sayang kau. Takkan sedikit pun dalam hati kau tak ada rasa suka kat aku." Kata Razin lagi. Matanya terus melekat menatap wajah isterinya yang bersih tanpa sebarang solekan itu.

Rasa suka dan sayangnya pada wanita itu sudah bertandang didalam hati, sudah tidak dapat ditahannya lagi.

"Dulu mungkin ada. Setakat suka dengan lelaki kacak macam tuan ni, bukankah itu perkara biasa? Hmm suka sekadar suka-suka?" Kata Izz Aydin lalu tersengih.

"Hah? Ada ke macam tu?" Razin sudah mengerutkan kening mendengar jawapan dari bibir wanita itu. Keliru pun ada.

"Ada. Saya lah tu." Kata Izz Aydin lalu tersengih lagi.

"Hish. Aku cakap serius, kau main-main pulak. Buat penat aku je meluah perasaan."

Izz Aydin tersengih melihat perubahan riak Razin yang meneruskan suapan makanannya kedalam mulut.

Kedua mereka terus menikmati makan malam segera mereka itu. Cuma sesekali bualan kosong sahaja keluar dari bibir masing-masing sehingga sudah terasa ramah pula dengan mood Razin yang mesra dan terbuka melayan bualan isterinya.

Tidak lama kemudian, telefon milik Razin di atas meja berbunyi menerima panggilan. Nama pemanggil dilihat, Melissa.

Izz Aydin cuma menjeling sekilas dan teruskan suapan makanan. Razin pula terus bangun dari kerusi dan membawa telefonnya bersama.

"Nanti kemas kan semua. Kalau kau nak tidur, tidur je okay. Good night."

Izz Aydin mengangguk sahaja sambil memerhati bayangan Razin hilang masuk kedalam bilik. Dalam tak sedar, keluhan halus terlepas dari bibir.

Sampai bila mereka harus berkeadaan begitu. Razin dengan Melissa dan dirinya dengan Rafael.

********

Usai menunaikan solat subuh, Izz Aydin terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Teko di ambil bersama seuncang teh dan terus dibancuh lalu diletakkan di atas meja.

Kemudian beberapa keping roti diatas meja diambil, dibakar sekejap lalu disapu jem. Selang beberapa minit kemudian, muncul Razin yang sudah siap berpakaian kemas.

"Tuan nak keluar ke pakai handsome macam ni?" Tegur Izz Aydin sebaik lelaki itu duduk dimeja.

"Handsome eh? Amacam? Ada rasa jatuh cinta tak?" Soal Razin lalu ketawa kecil.

"Ehh perasan. Pantang dapat pujian, terus kembang setaman."

"Baguslah puji suami. Dapat pahala sebab senangkan hati suami. Kan.." kata Razin lalu menghirup teh panas yang sudah dihidang oleh isterinya.

"Aku nak pergi pasar beli barang basah. Tengah hari ni kan nak ajak family kau datang makan. Takkan aku nak hidang dengan mcD jugak."

"Saya ikut boleh?"

"Memang lah kau ikut. Kalau tak siapa nak bawa kereta."

Izz Aydin tersengih menayang giginya. Betul jugak tu!

Selepas selesai bersarapan, kedua mereka terus keluar untuk membeli barang.

Keadaan lalu lintas yang sedikit sesak semasa perjalan balik membuatkan perjalan mereka agak perlahan dan lewat sampai ke rumah semula.

"Nak masak apa ni? Tuan pandai masak ke?" Soal Izz Aydin sambil membantu mengeluarkan barang yang dibeli mereka tadi.

"Tolong sikit eh. Lelaki macam aku apa je yang tak pandai. Semua pandai. Lagi-lagi kalau nak pikat hati kau. Nak try?" Kata Razin sambil mengenyitkan mata kanannya.

"Tak payah. Saya tolong tuan masak je. Nanti lambat pulak siap."

"Alah, baru nak try sikit."

"Ahh takda- takda. Tak kuasa nak melayan. Saya tolong sediakan bahan, tuan masak. Okay?"

"Okay!"

Setelah hampir 2 jam bertungkus lumus berperang didapur, akhirnya masakan untuk santapan tengah hari sudah siap dan dihidangkan di atas meja. Izz Aydin kemudiannya meminta diri untuk keluar menjemput tetamu mereka itu.

"Atuk, opah. Jemputlah duduk." Pelawa Razin selepas menyalami kedua orang tua itu.

"Shah.." Razin menghalakan tangannya kepada Shahril yang berdiri diam disebelah Yana. Sebagai lelaki budiman, Shahril menyambut tangan itu dan digenggam erat.

"Nampak sedap lauk yang Izz masak. Banyak lah atuk makan ni." Puji Tok Adam.

Diatas meja yang sudah dihidang nasi putih bersama ikan masak merah, sotong goreng tepung, sayur campur berserta buah tembikai sebagai pencuci mulut. Tidak lupa juga se jug jus oren sebagai minuman untuk santapan tengah hari itu.

"Eh, bukan Izz masak. Tuan yang masak. Izz tolong kupas bawang, sediakan bahan je." Kata Izz Aydin lalu tersengih. Memang tidak dinafikan masakan itu memang sedap. Entah kenapa bubur yang dimasaknya dulu tidak sempurna seperti hidangan di atas meja itu.

"Masih jugak panggil tuan. Suami tu Izz. Izz bukan hamba nak panggil tuan tuan. Ish.." celah Opah Biah.

"Takpa opah. Dia tak biasa lagi. Nanti-nanti okay lah tu." Celah Razin sambil memandang isterinya.

Kesemua mereka makan dengan berselera sekali. Hampir licin makanan diatas meja.

"Yana, bila majlis nikah?" Soal Razin kepada Yana yang hanya diam menikmati makanannya dari tadi.

"Hujung bulan depan." Balas Yana sambil tersenyum. Matanya dilirikkan ke sebelah memandang wajah Shahril yang kelihatan masam.

Tadi sempat mereka berdua bertikam lidah dirumah Yana sebelum ke rumah Razin. Shahril yang pada mulanya tidak mahu ke rumah Razin tetapi Yana tetap memaksa. Entah sampai bila hendak dibiarkan ego menjulang seperti itu.

"Eh korang duduk la sana dulu. Biar Izz kemas semua ni." Kata Izz Aydin yang mula mengangkat sisa pinggan kotor lalu ke dapur.

"Aku tolong kau." Kata Yana pula menawar khidmatnya.

Razin, Shahril, Tok Adam dan Opah Biah terus menuju kearah ruang tamu dan duduk berbual. Sesekali terdengar gelakkan kecil mendengar cerita dari Opah Biah dan Tok Adam.

"Auch!" Jerit Izz Aydin tiba-tiba. Tangannya yang dipenuhi sabun itu sudah mengalirkan darah merah dengan banyak.

Razin dari ruang tamu mendengar jeritan kecil isterinya terus berlari laju kedapur dan Yana turut sama menghampiri Izz Aydin.

"Kenapa ni?" Soal Razin sebaik merapat ke arah Izz Aydin yang berdiri tegak di sinki.

"Darah.." adu Izz Aydin sambil menunjukkan jarinya yang masih bersabun itu.

Razin terus membasuh tangan isterinya lalu ditekap dengan tisu. Matanya diarah melihat ke dalam sinki.

"Laa kenapa campurkan pisau sekali dalam ni. Dah lah buih banyak macam ni. Mana tak luka dibuatnya." kata Razin dengan nada sedikit tinggi.

Terus bergenang air mata Izz Aydin saat itu. Entah kenapa tiba-tiba terasa hati dengan marah suaminya. Matanya yang berkaca masih merenung jari yang masih mengalirkan darah.

Sudahlah luka sakit dijari, mendengar suara garang suaminya itu tiba-tiba membuatkan hatinya terasa makin sedih. Kenapa rasa macam ni.. bisik hatinya.

"Kenapa tu Razin?" Soal Opah Biah yang turut sama ke dapur

"Ni, tangan Izz luka. Kena pisau."

Razin terus menarik Izz Aydin menuju ke dalam biliknya dan peti kecemasan diambil didalam laci. Tok Adam dan yang lain hanya menggeleng kepala melihat pasangan itu.

Perlahan tisu yang menutupi luka dialihkan.

"Dalam ni. Aku suruh doktor datang sini lah rawat luka ni. Nanti infection susah pulak." Kata Razin lalu menyeluk kocek seluar mengeluarkan telefon bimbitnya.

Belum sempat Razin mendail, dengan cepat Izz Aydin menahan dan menggeleng kepala tanda tidak mahu.

Keluhan halus keluar dari bibir Razin saat mata mereka berpandangan. Melihat Izz Aydin yang menahan genangan air mata terus membuatkan hatinya serba salah.

"Kenapa kau nangis. Sakit sangat ke?" Kata Razin lembut. Izz Aydin menggeleng lagi.

"Aku letak ubat dengan plaster dulu. Tahan sikit." Sambil menyapu ubat, sambil itu juga Razin meniup perlahan jari itu untuk mengurangkan rasa pedih.

Izz Aydin merenung Razin dihadapannya. Wajah itu yang penuh kerisauan. Sama seperti semasa dia mengalami kekejangan kaki di Pulau Pangkor dahulu.

Terasa tenang pula hatinya melihat wajah itu. Pandangan lembut dan layanan mesra diterimanya dari lelaki itu terasa membuai perasaan wanitanya seketika.

Patut ke aku bagi peluang untuk dia? Macam mana dengan Raf? Kenapa dalam masa aku sukakan layanannya, hati aku masih fikirkan Raf.. Dan.. kenapa aku boleh ada perasaan keliru macam ni..

"Razin.." terdengar suara seorang wanita memanggil di pintu utama. Seperti dikenali.

Razin memberhentikan kerjanya lalu memandang Izz Aydin yang terkebil-kebil merenungnya. Bibir mengukir senyuman kelat.

"Macam suara.."

harini update awal sikit. maklumlah cuti kan..hihi anddd sebab jue_86 bodek i.. ;p Happy Deepavali untuk yang menyambutnya and selamat berhujung minggu! :* jangan lupa follow ig m.a.z_np.. rate and comments tau ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience