Bab 43

Drama Completed 204829

Jam di dashboard dikerling sekilas. Walaupun jam sudah menginjak pukul 10 malam, suasana dirumah agam milik Datuk Halim itu masih terang benderang dengan cahaya lampu dari pagar hadapan sehingga ke perkarangan rumah.

Kereta yang dipandu Daniel berhenti tepat dihadapan sebuah kereta berwarna putih yang turut terparkir dihadapan rumah itu. Razin mengoyak senyuman sambil membisikkan sesuatu yang cukup didengarinya sahaja.

Melissa... Good timing!

Razin terus melangkah masuk ke dalam rumah. Orang pertama yang dicarinya adalah Datuk Halim.

Raissa yang sedang menonton televisyen terkejut melihat kedatangan mengejut abang sulungnya itu lantas berdiri dan menghampiri Razin.

"Abang Zin buat apa kat sini? Mana kak Izz?" Soal Raissa pelik. Melihat muka ketat Razin itu membuatkannya tidak sedap hati.

"Daddy mana?" Tanya Razin pula. Matanya ligat mencari susuk Datuk Halim di tingkat bawah rumah itu.

"Err daddy ada di bilik bacaan. Dengan mommy dan Kak Mel."

Tanpa menunggu lama, kakinya mendaki dua anak tangga sekaligus lalu membelok ke kiri, menuju ke bilik bacaan Datuk Halim yang berada dihujung sekali.

****

Tergesa-gesa Izz Aydin berlari menuju ke kereta. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan dari Raissa mengatakan Razin datang mengejut di rumah mereka. Pada masa itu Rafael pula tiada dirumah. Dan dari wajah abangnya itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku.

Pedal minyak ditekan kuat sehingga berdecit meninggalkan kesan tayar. Kereta itu dipandu laju menuju ke rumah Datuk Halim.

****

Papp!

Pintu ditolak kuat tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Tersentak Datuk Halim, Datin Maria dan Melissa yang sedang berbual di kerusi sofa yang terdapat didalam bilik bacaan itu.

Melissa bingkas bangun menghampiri Razin. Wajahnya dihiasi dengan senyuman manis menyambut kedatangan tunangnya itu.

"Darling.. I miss you." Suaranya dilunak manja. Tidak kisah kewujudan Datuk Halim dan Datin Maria disitu.

Belum sempat tangan itu mencecah tubuh Razin, Razin sudah menahan tangan Melissa lalu ditolak kasar sehingga tubuh wanita itu berdorong jatuh ke kerusi.

"Zin! Kenapa Zin buat Melissa macam ni? Tak baik berkasar dengan perempuan." Tegur Datin Maria yang sudah duduk disebelah Melissa.

Terus 'switch on' watak perempuan suci Melissa apabila Datin Maria membelanya. Mimik mukanya sengaja dicebik, seolah terlalu sedih dikasari Razin sebentar tadi.

"Sebab dia berkasar dengan isteri Zin! Zin nampak dia cuba tampar Izz masa kat hotel tadi."

"Penipu! You tengok sendiri apa isteri you tu dan buat pada I. Dia yang berkasar dengan I." Ujar Melissa sambil menunjuk pergelangan tangannya yang sedikit merah.

"Kalau you tak ganggu dia, dia takkan buat macam tu. Lagipun you yang mulakan dulu dan dia cuma mempertahankan diri." Mendatar suara Razin berkata-kata namun kedengaran sinis menikam gegendang telinga.

"Razin!" Teriak Datuk Halim.

Razin menoleh sebaik namanya dipanggil. Matanya tajam memandang Datuk Halim yang sentiasa berlagak berkuasa itu. Muak! Ya! Razin sudah muak tunduk kepada Datuk Halim yang sentiasa mengawal kehidupannya sedangkan Rafael dan Raissa tidak pula dilayan sebegitu.

"Hanya kerana perempuan tu Zin sanggup buat Melissa sesuka hati?!" Tengking Datuk Halim. Dadanya mula berombak.

"Ya! Kalau ikutkan Zin boleh buat lebih daripada ni tapi Zin masih hormat dia sebagai perempuan, dan anak kepada arwah kawan baik daddy."

"Apa yang membuatkan Zin susah sangat nak terima Mel? Dan apa kurangnya Mel jika dibandingkan dengan isteri Zin tu?!"

"Terlalu banyak daddy. Dan dalam masa yang sama, Zin dah tak tahan diperlakukan kejam oleh daddy sendiri! Mulai saat ni Zin dah tak kan ikut apa yang daddy nak!" Balas Razin dengan tengkingan juga.

Pak!!

Terteleng kepala Razin menerima tamparan mengejut dari Datuk Halim. Wajah Datuk Halim tika itu merah padam menahan ledakkan marah.

Terpempan Datin Maria. Tidak menyangka Datuk Halim menampar Razin sekuat itu. Kenapa?

Terasa satu cecair mengalir dicelah bibir. Namun sedikit pun sakit dirasai kerana hatinya lebih sakit disaat itu.

Razin memaling semula ke hadapan bersama senyuman sinis dan kemudiannya menjadi ketawa besar. Sehingga berlarutan beberapa saat. Kedengaran seakan psiko!

"Dulu daddy sanggup tabur fitnah semata mahukan Zin ceraikan Humaira. Sekarang daddy nak hancurkan pula rumah tangga Zin dengan Izz. Kenapa daddy kejam sangat sanggup buat Zin macam ni."

"Daddy buat demi kepentingan Zin sendiri. Bukan orang lain."

"Itu untuk kepentingan daddy, bukan Zin! Daddy pentingkan darjat dan status. Daddy kejar harta dunia sampai sanggup musnahkan kehidupan anak sendiri. Sebelum ni Zin bodoh sebab dengar fitnah daddy tanpa mendengar penjelasan Maira. Sekarang daddy nak mempergunakan kesalahan Zin tu untuk pisahkan Zin dengan Izz?"

"Ya! Sebab daddy tahu Zin tak ikhlas berkahwin dengan dia sebelum ni. Semuanya sebab dendam Zin dengan ayah tiri dia kan. Zin dah lupa apa keluarga dia dah buat pada Zin?"

Datin Maria bangun dan berdiri di antara Datuk Halim dan Razin. Lengan Razin diurut perlahan cuba memujuk. Begitu juga Datuk Halim. Lengan suaminya ditaut dan diusap.

"Kenapa perlu bertengkar. Kita bincang elok-elok kan senang. Abang, kenapa abang pukul Zin semata nak menangkan anak orang. Yang saya tak faham, kenapa abang ganggu rumah tangga Zin lagi? Cukup-cukup lah abang. Saya lebih rela putuskan persahabatan dari kehilangan anak saya." Lirih tutur Datin Maria. Lelehan darah dibibir Razin dipandang sekilas sebelum di lap kasar oleh Razin. Pilu hatinya melihat anaknya diperlakukan begitu walaupun suami sendiri.

"Sebab dia tak dengar cakap lah saya buat macam ni. Apa susah sangat nak kahwin dengan Melissa tu. Dasar anak tak sedar di untung! Kalau tak sebab daddy dan hubungan baik antara arwah papa Melissa, Zin tak merasa semua kesenangan yang Zin ada sekarang ni!"

Razin menggeleng kepala. Sukar menundukkan ego Datuk Halim yang hanya dikaburi nafsu harta dan darjat itu.

"Daddy ingat dengan harta benda ni semua Zin akan bahagia? Dulu mungkin betul Zin kahwin dengan Izz sebab dendam Zin pada ayah tiri dia tapi sekarang Zin cintakan dia, sangat cintakan isteri Zin."

"What?! Habis i macam mana? I masih tunang you and wedding kita?" Celah Melissa yang sedari tadi menjadi penonton.

"Melissa, I akan putuskan pertunangan kita. Kalau you masih tak puas hati, esok i akan buat pc, annouce yang kita dan tak ada hubungan."

"As simple as that? No way! I tak kira. Wedding kita akan diteruskan jugak and I akan annouce our wedding in my social media!" Bentak Melissa. Kedua tangannya disilang kedada tanpa memandang Razin.

"Go ahead. Kalau you sendiri tak nak malu dengan apa yang akan berlaku selepas tu."

"What do you mean?! Kenapa I nak malu?!"

"You ingat i tak tahu apa you buat di belakang i? You ke hulu ke hilir dengan PA you. Siapa nama dia? Jaymi? Or.. just Jay? Lelaki kan.."

Terkesima Melissa. Rasa takut mula menyelubungi. Takut rahsia yang disimpannya selama ini terbongkar dihadapan Datuk Halim dan Datin Maria.

"Ma..macam ma..mana you tahu?"

"Tsk! Tsk! Tsk! Melissa.. Melissa. I have all my eyes around. Mungkin you lupa apa yang mampu i buat termasuk hancurkan karier you. Semuanya dihujung jari I."

"Who's Jay, Melissa?" Tanya Datuk Halim serius. Matanya besar menikam anak mata Melissa yang sudah menunduk

Terkulat kulat Melissa mahu menjawab.

"Answer me!" Sergah Datuk Halim.

"My.. PA." Jawab Melissa gugup.

"Your PA? Bukan PA Mel perempuan ke." Soal Datin Maria pula.

Melissa diam menekur lantai. Otaknya ligat mencari jalan lain untuk menjawab tetapi otaknya seakan berhenti berfungsi saat tiga pasang mata dihadapannya serentak memandangnya.

"Kenapa tak jawab? Bagi tahu sekali apa yang you selalu buat dengan Jay masa you bussiness trip ke oversea. Go on. I boleh tunggu you habiskan karangan ciptaan you." Razin duduk menyilang kedua tangan dan kakinya. Matanya tidak dikalihkan dari Melissa. Cuma ekor matanya saja menangkap perubahan riak Datuk Halim.

Melihat Melissa tergagap-gagap mahu menjawab itu membuatkan Razin semakin mahu menambah minyak dibara api.

"It's okay. I'll tell everything pasal calon menantu kesayangan daddy ni. Are you ready?"

"Jay.. kekasih Melissa. Mereka selalu ke luar negara bersama. Duduk dihotel yang sama. Atau lebih tepat, dikatil yang sama. Last 2 months you kata you pergi fashion week. Milan, Paris tapi sebenarnya you pergi gugurkan kandungan you. Am i right?" Soal Razin bersahaja. No more tolerate!

Terbuntang biji mata Datuk Halim merenung Melissa yang sudah kelihatan gelisah tidak berkutik dari tadi.

"Jawab Melissa!" Tengking Datuk Halim. Seakan tidak percaya apa yang baru didengarnya tadi.

Razin tersenyum nipis melihat riak Datuk Halim yang mula meraup wajah. Razin bangun dari duduk dan berjalan perlahan disegenap ruang bilik itu.

"I memang sengaja biarkan. Nak tengok sejauh mana permainan you memperbodohkan keluarga I. Sehinggalah tangan kotor you tu naik ke pipi isteri I, ganggu rumah tangga I and I dah tak boleh sabar.!"

"You dengar Mel, everything about you is in my hand. Lagi sekali you berani-berani muncul didepan I atau Izz, I akan bongkar semuanya sampai you tak ada tempat untuk sorok muka you. You dengar?!"

Jerkahan Razin itu membuatkan Melissa tidak mampu berkata apa-apa. Tebal seinci mukanya dimalukan dihadapan Datuk Halim dan Datin Maria. Habis punah segala rancangannya menghasut Datuk Halim supaya membenci Izz Aydin.

Tika itu hatinya membuak-buak menyumpah seranah. Bencinya kepada Izz Aydin semakin beraja namun semua itu disimpan membuku didalam hati. Akan ku balas satu persatu! Nekad hatinya.

Datin Maria duduk mengurut dada. Walaupun apa yang didengarnya menyesak dada tetapi sedikit lega selepas mengetahui perangai sebenar calon menantu pilihan suaminya itu.

Datuk Halim sudah terduduk memejam mata. Tiada sebutir kata pun keluar dari bibir lelaki itu sejak tadi. Mungkin terkejut mendengar perilaku sebenar Melissa yang sentiasa dipuji-pujinya itu.

Datin Maria mendekat menghampiri Datuk Halim. Bimbang juga tekanan darah suaminya naik selepas mendengar kelakuan sebenar Melissa itu. Perlahan Datin Maria menyentuh lelaki itu tetapi tiada reaksi balas.

"Abang.." panggil Datin Maria sambil menepuk kuat di bahu Datuk Halim.

"Ya Allah..abang..! Zin tolong mommy. Daddy tak sedarkan diri ni. Abang.! "

Razin hanya memandang dengan perasaan kosong sebelum berlalu meninggalkan bilik itu tanpa menoleh ke belakang. Melissa pula sudah dari tadi menghilangkan diri tanpa pamitan.

Razin melangkah perlahan menuju ke tingkat bawah dan terus keluar tanpa mempedulikan laungan Datin Maria memanggilnya. Hatinya masih sakit walaupun kemarahan itu sudah diluahkan.

Raissa segera naik ke atas mendengar panggilan nyaring memanggilnya pula.

"Abang.." Muncul Izz Aydin dengan riak penuh kerisauan. Razin sempat tersenyum sebelum memeluk Izz Aydin yang berada dihadapannya.

"Sayang.." saat itu, tubuh Razin terus melorot terduduk, membawa sekali tubuh isterinya. Kakinya terasa lemah dan cecair hangat mula terbit dikelopak mata. Dibahu Izz Aydin, Razin terus meluah tangisan yang sangat menghibakan.

Dadanya sesak dengan esakkan yang memilukan, tersedu-sedu seakan anak kecil yang baru dimarahi. Hatinya sangat terluka memperlakukan orang tuanya sendiri seperti itu tapi apa pilihan yang ada untuk menyedarkan Datuk Halim bahawa dia sudah penat mengikut telunjuk lelaki itu.

"Apa jadi ni? Bagi tahu saya." Izz Aydin turut memeluk erat seraya mengusap belakang suaminya. Tidak pernah Razin berkeadaan lemah semangat seperti itu. Seolah punya satu rasa yang terlalu berat dipikulnya.

Daniel turut keluar dari kereta mendapatkan Razin. Bimbang keadaan majikannya yang masih dibelengu trauma.

"Tuan tak apa-apa?" Soal Daniel. Dia cuba membantu memapah Razin tetapi ditolak.

"Daniel.. kau tolong tengokkan daddy aku." Arah Razin dan Daniel segera mengikut arahan itu.

"Abang okay tak ni. Kenapa datang sini tak bagi tahu saya." Ujar Izz Aydin. Jemarinya naik menyeka linangan air mata Razin.

"Maafkan abang tak bagi tahu tapi abang buat semua ni sebab abang dah tak tahan. Abang kena pertahankan kita dan abang tak nak daddy terus-terus berdosa mengikut telunjuk Melissa."

Izz Aydin diam. Terharu melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Razin demi mempertahankan rumah tangga mereka. Biarpun sanggup melukakan hati Datuk Halim.

****

Izz Aydin duduk dibirai katil. Kain basah diperah lalu diletakkan didahi Razin. Semalam selepas pulang dari rumah Datuk Halim, Razin mengalami demam panas. Mungkin apa yang berlaku menyebabkannya tertekan dan emosinya sedikit terganggu.

Tunak Izz Aydin merenung Razin yang masih tidur memejam mata rapat. Siapa sangka lelaki seperti Razin menyimpan kesakitan yang terlalu dalam disebabkan ayahnya sendiri. Saat sakit itu sudah mencapai muatan maksima, ledakkannya pasti akan memakan diri sendiri.

Izz Aydin kemudiannya keluar dari bilik dan mencapai telefon bimbit. Nombor Datin Maria dihubungi dan menunggu panggilan disambungkan.

"Assalamualaikum mommy.." ucap Izz Aydin sebaik panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam.."

"Daddy macam mana? Dah sedar?" Soal Izz Aydin. Dia turut risau keadaan bapa mertuanya setelah diberitahu oleh Daniel bahawa Datuk Halim terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tekanan darahnya tinggi. Mujur tiada yang lebih buruk berlaku.

"Daddy dah sedar dah." Jawab Datin Maria perlahan.

"Alhamdulillah.. nanti ada kelapangan Izz datang melawat ya."

"Ye la. Razin macam mana? Dah okay?"

"Demam dah kebah sikit dah. Nanti elok lah tu."

"Hmm Izz.. nanti bagi tahu Zin yang daddy nak jumpa dia ya."

"Okay mommy. Nanti Izz bagitahu. Mommy pun jaga diri ya. Assalamualaikum.." Talian dimatikan selepas jawabnya disahut.

Izz Aydin mengeluh perlahan lalu berpusing, mahu memeriksa lagi keadaan Razin tetapi dia terkejut melihat Razin sudah berdiri dibelakangnya tanpa segaris senyuman.

"Kenapa daddy nak jumpa abang?" Soal Razin kepada Izz Aydin. Dia sempat mendengar perbualan Izz Aydin sebentar tadi.

"Abang dah okay ke?" Soal Izz Aydin pula. Tangannnya lekas menyentuh dahi dan leher lelaki itu tetapi Razin menahan tangan Izz Aydin dari terus bergerak.

"Abang tanya kenapa daddy nak jumpa abang?" Soal Razin sekali lagi.

Izz Aydin cuma tersenyum lalu menarik tangan Razin supaya mengekorinya lalu duduk dikerusi. Wajah pucat Razin disentuh dan diusap perlahan.

"Saya tahu abang masih marahkan daddy tapi abang kena ingat daddy still ayah abang. Sampai bila abang tak nak jumpa daddy? Jauh disudut hati abang tu pasti ada kemaafan untuk daddy kan." tutur Izz Aydin lembut.

"Tak. Tak semudah tu abang nak maafkan dia." Razin memalingkan wajah, menjauhkan sentuhan hangat isterinya namun Izz Aydin memaut pula lengannya.

"Jangan dibawa sangat marah tu. Mana tahu daddy dah menyesal dengan perbuatannya?"

"Daddy menyesal? Huh, tak semudah tu insan bernama Datuk Halim menyesal dan sedar akan kesalahannya. Sayang tak kenal daddy tu macam mana."

"Betul. Memang saya tak kenal daddy macam mana sebab abang sendiri pun tak pernah bawa saya jumpa daddy, berkenalan dengan cara baik."

Razin menunduk wajah. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan isterinya itu benar. Sepanjang perkahwinannya tidak pernah sekali pun dia membawa Izz Aydin menemui Datuk Halim.

"Tak salah abang bagi peluang untuk daddy berubah. Peluang untuk berubah tak semestinya sekali je dan tak semestinya cuma untuk seorang. Abang sendiri pun saya bagi peluang jadi suami saya. Dan saya pun bagi peluang untuk diri saya sendiri jadi isteri abang. Kita satu keluarga. Saya tak nak jadi punca keluarga abang berpecah belah."

Razin menatap tunak wajah Izz Aydin yang tersenyum memandangnya. Sejuk sedikit hati yang masih sakit sejak semalam.

"Thank you sayang." Ucap Razin lalu memeluk Izz Aydin. Bersyukur kerana pada saat itu Izz Aydin ada bersamanya memberi nasihat dan semangat.

"Bagi abang masa untuk pulihkan kepercayaan abang pada daddy." Tambah Razin lagi dan Izz Aydin mengangguk tersenyum.

"Okay. Tapi jangan lama sangat. Saya tak nak kita makin berdosa sebab tak layan daddy selayaknya sebagai seorang ayah."

Razin mengangguk perlahan dan membalas senyuman isterinya.

Ting tong ting tong!

Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. Razin mengerutkan kening memandang ke arah pintu sementara Izz Aydin masih tersenyum.

"Siapa yang datang?"

jom follow i.g m.a.z_np boleh borak² ;) Please follow, rates and comments.. tq! ;)

Share this novel

esther marcus
2020-11-25 22:16:17 

daniel ke?raisa ke?mak bapa mel ke? ke...


NovelPlus Premium

The best ads free experience