Bab 55

Drama Completed 204829

Razin merunduk dikerusi sambil merenung tangannya yang masih berlumuran darah. Semakin lama semakin kabur pandangannya dek air mata yang mengalir sedari tadi.

Tangannya menggeletar itu ditumbuk kuat ke paha sekaligus melepaskan tangisannya sendiri. Di dalam hati terus menerus menyalahkan diri kerana disebabkan kecuaiannya, isterinya berkeadaan begitu sedangkan dia tidak tahu apa punca kejadian sebenar.

Tanpa sedar, dia sendiri yang membawa Izz Aydin ke hospital sebentar tadi tanpa mahu menunggu ketibaan ambulan. Entah dari mana datangnya kekuatan dan keberanian saat itu sedangkan dia tidak pernah memandu sendiri tanpa pemantauan Daniel.

Bunyi bingit hon panjang dijalan raya dipekakkan sahaja. Laju pemanduannya memintas kenderaan lain dijalan raya secara berbahaya. Memori hitam menujah-nujah fikiran tetapi kerisauan terhadap Izz Aydin melebihi rasa ketakutannya dan panik yang dialami.

Menggeletar seluruh tubuh apabila susuk kaku Izz Aydin dicempungnya masuk ke dalam hospital sebentar tadi. Sudah membayangkan perkara buruk mungkin berlaku kerana darah yang mengalir terlalu banyak sehingga melekat dipakaiannya sendiri.

Tiba-tiba bahunya disentuh perlahan. Menyentaknya sedikit dari lamunan ketakutan. Daniel mengukir senyuman manis, cuba membuang sedikit kegusaran dihati majikannya itu.

"Ni, saya dah ambil baju tuan. Pergi salin dulu. Takkan nak biarkan darah kering tu." Beg kertas berisi persalinan bersih diletakkan dikerusi apabila Razin tidak menyambut.

"Aku nak tunggu sini. Nanti Izz dah keluar, aku tak ada, dia cari aku nanti." Air mata diseka kasar tetapi masih menitik menuruni pipi.

"Takpa. Saya ada tunggu. Saya dah call family tuan. Kejap lagi dia orang datang. Keluarga Izz saya tak call lagi. Kalau tuan nak, saya boleh call."

"Nanti aku sendiri call Shah atau Yana. Aku tak nak nanti opah dengan atuk terkejut dengan berita ni."

Daniel mengangguk faham. "Baik. Kalau itu yang tuan mahu."

Razin melontar pandangan kehadapan bersama seribu persoalan. "Kau rasa Izz selamat ke?"

Tersentak Daniel dengan soalan Razin. "Kenapa tuan cakap macam tu?"

"Aku tak tahu. Masa sampai sini tadi dia dah lemah sangat. Aku takut dia tinggalkan aku. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia Daniel. Aku terlalu sayangkan isteri aku." Esakkan mula berlagu sayu. Meruntun jiwa lelakinya.

"Tuan jangan cakap macam tu. In shaa Allah Izz selamat. Kita tunggu apa kata doktor. Selebihnya kita serahkan kepada Allah." Pujuk Daniel. Bahu Razin ditepuk perlahan.

Razin mengangguk perlahan walaupun hati masih ditujah kerisauan.

"Tuan pergi salin pakaian bersih, cuci darah ni semua. Lepastu solat. Asar dah nak habis waktu ni. Minta pada Allah agar dipermudahkan urusan Izz kat dalam tu. Doa banyak-banyak semoga Izz selamat. Semua yang jadi atas kehendak Dia dan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa."

Razin menyeka lagi air matanya untuk kesekian kalinya.

"Saya akan tunggu sini. Tuan jangan risau ya." Pujuk Daniel lagi. Tumpah kasihan melihat keadaan majikannya itu.

Perlahan Razin bangun dari kerusi. Berat kaki melangkah tetapi dipaksa juga sehingga menuju ke tandas.

Darah kering yang melekat ditangan digosok perlahan sehingga pudar. Baju kemejanya yang berlumuran darah itu dibuka dan diletak ketepi. Kemudian anak matanya terarah melihat wajahnya sendiri. Terlihat jelas dipipi dan dilehernya, melekat kesan darah merah Izz Aydin. Darah itu turut dibersihkan sebelum kedua tangan menongkat tubuh disisi sinki.

Seketika.. Razin merunduk menumpahkan lagi air mata. Teresak menangis sendiri.

*****

Merekah senyuman dibibir Melissa. Video yang dirakam oleh orang suruhannya diulang tayang lebih dari 5 kali. Puas!! Puas hati aku! Hahaha!

"Nah! Upah korang." Sampul berwarna putih dilontar dihadapan dua orang lelaki suruhannya. Matanya masih melihat video itu dengan senyuman tadi.

Laju sampul itu diambil dan dibuka untuk melihat isinya. Tetapi tiada segaris senyuman diukir. Malah kening hitam keduanya bertaut rapat.

"Tak cukup ni. Cik jangan main-mainkan kami. Cik janji tiga puluh ribu tapi ni baru separuh. Separuh lagi mana?." Soal salah seorang lelaki itu tidak puas hati. Rakannya terangguk-angguk menyetujui kata-kata itu.

"Aku tak tahu lagi dia ni mati atau tak. Kalau dah confirm nanti baru aku serahkan baki. Itu pun kalau dia mati. Kalau tak.." runcing jari Melissa bergerak ke kiri dan kanan.

"Mana boleh macam ni. Kami nak semua sekali duit tu. Kerja kami dah buat!" Bentak lelaki tadi masih tidak puas hati.

"Hey! Tugas korang bunuh dia sampai mati. Arahan aku jelas kan. Aku nak dia ma..ti!" jawab Melissa geram. Matanya tajam merenung satu persatu wajah dihadapannya.

Dari duduk, Melissa bangun dari kerusi menghampiri dua orang lelaki itu. "Korang dengar sini. Lepas ni jangan jumpa aku atau call aku. Sampai aku sendiri yang cari korang nanti. Faham?! Dah.. pergi!" Amarah berserta amaran diberikan serentak.

Terkocoh-kocoh kaki dua orang itu meninggalkan Melissa. Didalam hati geram bercampur marah dengan wanita itu tidak memberi wang upah secukupnya.

***

Hampir 2 jam Izz Aydin didalam dewan pembedahan. Kelihatan Datin Maria, Datuk Halim dan Raissa turut menunggu diluar bilik bedah itu. Masing-masing mempamerkan riak risau kerana apa yang terjadi tak siapa yang tahu puncanya dan bagaimana ia terjadi. Semuanya terlalu cepat.

Laporan polis juga sudah dibuat oleh Daniel seperti diminta Razin dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Pandangan mata Razin sedari tadi kabur. Air matanya terlalu murah ditumpahkan saat itu memikirkan keselamatan Izz Aydin. Risau cemas dan takut mencengkam dada!

Dari jauh kelihatan Humaira berjalan laju dan berhati-hati ke arah mereka. Tadi dia sempat melihat ketibaan Razin sambil mencempung Izz Aydin yang berlumuran darah. Dia masa itu masih memeriksa pesakit di wad dan tidak dapat bertanya lanjut. Sebaik tugasnya itu selesai, dia terus ke situ untuk mengetahui keadaan sebenar.

"Apa jadi Zin? Izz ke yang you bawa tadi?" Soal Humaira cemas. Anak matanya melihat setiap manusia yang ada disitu, meminta penjelasan dan akhirnya cuma Daniel yang mahu membuka mulut.

"Ya. Izz kena tikam masa kita orang kat airport tadi.. Tak tahu siapa sebab benda tu jadi laju sangat. Sekarang Izz masih kat dalam. Tak tahu keadaan lagi." Terang Daniel.

Humaira menekup mulut. Sumpah terkejut!

"Ya Allah Zin.. You tahu tak Izz tu pregnant??" Soal Humaira terus.

Terbungkam Razin mendengar. Punggung diangkat laju dari kerusi dengan tangan dibawa ke dada. Dadanya itu seperti mahu pecah. Kepalanya berdenyut kuat.

"Izz pregnant?I tak tahu.. I tak tahu! Betul ke ni Maira..." lirih Razin menyoal lalu terduduk semula menekup muka. Ni ke kejutan yang ingin diberikan isterinya sebaik dia pulang?

Air mata yang sudah kering terbit semula. Kedua tangan meraup wajah sembab miliknya. Sayang..

"Mommy.. Isteri Zin.. anak Zin mommy.. Ya Allah.."

Datin Maria lekas memeluk lembut tubuh Razin yang mula terkulai layu. Seolah seluruh semangat anak lelakinya itu terbang sebaik mendengar berita kehamilan disaat isterinya bertarung nyawa didalam bilik bedah. Nasib baik Razin tidak mengalami serangan panik tika itu.

Lemah! Razin terasa lemah. Berkaca-kaca pandangan mata. Keadaan isteri kesayangan belum diketahui, apa lagi anak didalam kandungan isterinya itu.

"Zin sabar. Doa banyak-banyak, doa pada Allah semoga Izz dan baby selamat ya." Pujuk Datin Maria. Airmatanya sendiri turut bertakung sambil memandang Raissa yang sudah memalingkan wajah ke arah lain.

Untuk seketika Razin meluahkan sehabisnya tangisan didalam pelukan Datin Maria. Datuk Halim turut cuba memujuk anak lelakinya itu. Tidak pernah dilihat Razin selemah itu.

'Sayang.. jangan tinggalkan abang..'

****

Berdecit tayar kereta bmw z4 dipandu Rafael sebaik brek ditekan mengejut. Tanpa lengah, langkah kakinya dilajukan, berlari tangkas menuju ke dalam hospital.

Semakin laju kaki melangkah, semakin laju juga degupan jantung menghentak dada.

Izz.. Izz bertahan Izz.. cuma nama itu meniti dibibirnya sejak menerima perkhabaran mengenai kemalangan wanita itu.

Kaki dibawa laju sebaik melihat ahli keluarga yang lain turut berada disitu. Daniel pula sudah pulang kerana perlu menguruskan sesuatu atas arahan Razin. Humaira juga sudah beredar kerana perlu menguruskan pesakit lain. Cuma tinggal Razin, Datuk Halim, Datin Maria dan Raissa masih menunggu.

Meluru langkah kaki Rafael menuju ke arah mereka dengan wajah tegang. Dengusan nafas kasar dilepaskan bersama anak mata yang mula berkaca.

"Siapa buat Izz jadi macam ni?" Soal Rafael dengan suara meninggi tiba-tiba. Tersentak yang lain mendengar jerkahan mengejut Rafael.

"Raf.. lower your voice. Kita kat hospital ni." Tegur Datin Maria. Mengendur sedikit wajah tegang Rafael menghala pandangan kepada Razin pula.

"Raf tanya siapa buat Izz jadi macam ni?! Abang Zin tak jaga betul-betul ke Izz tu? Kalau sesuatu yang buruk terjadi, aku sendiri tak maafkan abang Zin tau!" Jerkah Rafael kasar. Matanya tajam menikam Razin yang cuma diam menggenggam erat kedua tangannya.

Raissa bangun dari kerusi dan menapak dihadapan Rafael. Giginya diketap kuat.

"Kalau abang Raf datang sini nak marahkan abang Zin, baik abang Raf balik je. Raissa rasa abang Raf tak diperlukan disini." Marah Raissa. Dia tidak suka melihat kelakuan Rafael tiba-tiba muncul dan terus menyalahkan Razin tanpa usul periksa.

"Raissa jangan masuk campur hal ni. Raissa apa tahu?" Marah Rafael pula. Dadanya berombak menahan ledakan.

Terasa naik seinci kemarahan Raissa pada Rafael. Nak marah pandang kiri kanan boleh tak.. Orang lain pun masih terkejut ni.! gumam Raissa geram.

"Raissa tahu semuanya. Raissa bukan budak-budak lagi lah. Abang Raf tiba-tiba datang sini sebab nak marahkan abang Zin? Jangan fikir marah sedih abang Raf je tau. Abang Raf ingat abang Zin sengaja biarkan kak Izz macam tu? Kalau abang Raf sebagai bekas kekasih sedih dan marah dengan kejadian ni, apa pulak rasa abang Zin? Ada fikir tak?!" Sembur Raissa. Geram! Dia geram dengan sikap Rafael melulu menuduh Razin tidak menjaga Izz Aydin sebaiknya.

"Abang Zin suami kak Izz dan kejadian berlaku depan mata dia. Dengan kak Izz mengandung lagi. Jangan nak tunjuk sangat kemarahan tu kalau abang Raf tak faham kesakitan abang Zin."

Rafael menunduk wajah. Terpukul dengan kata-kata Raissa. Dengusan nafas dikawal agar tidak menambah bara kemarahan didalam dada. Tangan kanan dibawa meraup wajah lalu melemparkan pandangan ke tepi.

Tersentak Rafael apabila terlihat Syamina berdiri agak jauh disebelahnya. Pandangan mereka bertaut seketika sebelum Syamina melangkah pergi bersama seorang lagi jururawat. Sudah pasti wanita itu mendengar amukkannya menyalahkan Razin hanya kerana Izz Aydin.

Wajah keruh Syamina itu menambah kekusutannya dialaminya tika itu.

Argh!! Damn it! Teriak hati Rafael.

****

Razin menarik nafas berat. Baru berura-ura mahu bangun dari kerusi untuk ke tandas, terdengar pintu bilik bedah ditolak dari dalam dan seorang doktor keluar lalu berhenti dihadapan mereka.

Razin terus menghampiri. Begitu juga ahli keluarga yang lain.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Soal Razin terus. Rasa takutnya masih menyelubungi.

"Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usianya.. isteri encik selamat."

"Allah.. Alhamdulillah.." ucap Razin. Kedua tangan ditadah dan diraup ke wajah. Risaunya bukan kepalang sejak dari Izz Aydin masuk ke bilik bedah itu.

"And baby? Baby dalam kandungan dia?" Soal Razin lagi. Berdegup kencang jantungnya menanyakan soalan itu.

"Baby.. Err.." tersekat suara doktor itu. Membuatkan Razin kegelisahan lalu memaut lengan doktor itu. Meminta penjelasan seterusnya.

"Kenapa dengan anak saya doktor? Dia okay kan." Kepala diangguk-angguk mengiya katanya sendiri. Tidak sanggup untuk mendengar yang sebaliknya.

"Luka tikaman tu agak teruk tapi tidak menjejas kandungan. Tusukan pisau itu pun dikiri atas perut, bukan dibawah. Cuma isteri encik banyak kehilangan darah dan dia memang ada masalah kurang darah. Lagi-lagi dengan keadaan dia mengandung." Doktor itu berhenti sejenak menarik nafas berat.

"Sejujurnya kandungan isteri encik terlalu lemah disebabkan si ibu kekurangan darah. Kami pun dah buat pemindahan darah. Heartbeat baby ada lagi cuma tu la, lemah sangat. Masih terlalu awal untuk kita simpulkan sama ada baby boleh bertahan atau tidak. Buat masa ni, kita akan pantau lagi keadaan dia. Kalau ibu boleh bertahan, in Shaa Allah baby boleh survive sama. Sekarang ni, biar pesakit rehat dulu sebab dia terlalu lemah dan belum sedarkan diri. Nanti jururawat atau doktor bertugas akan maklumkan keadaan selanjutnya. Sabar banyak-banyak ya.." Doktor itu terus berlalu selepas menyalami Razin dan Datuk Halim.

Razin meraup wajah kasar. Lega? Sedikit pun tidak.

Sejenak.. semuanya diam sementara menunggu Izz Aydin dihantar ke wad. Belum sesiapa lagi dibenarkan melawat termasuk Razin sendiri.

"Syukur lah Izz selamat walaupun baby tak tahu lagi macam mana. Ni mommy nak tanya, kenapa boleh jadi macam ni Zin.?" Soal Datin Maria ingin tahu. Anak matanya tepat memandang wajah anak sulungnya itu bersama kerutan didahi.

"Zin tak tahu mommy. Benda tu berlaku cepat sangat. And masa tu Zin tengah kemas barang letak dalam bonet kereta. Zin sempat dengar Izz panggil, lepas tu dia dah rebah. Tak sempat pun Zin sambut dia." Terang Razin ringkas. Dia sendiri terkejut masa kejadian itu berlaku.

"Kita tunggu polis selesaikan dulu. Rakaman cctv kat airport pun ada. Sikit masa lagi kita akan tahu siapa yang tergamak buat Izz macam tu." Kata Datuk Halim pula.

Razin mengangguk perlahan. Berkecamuk perasaannya masih memikirkan isteri dan anak didalam kandungan.

***

Wajah pucat milik Izz Aydin ditatap tunak bersama genangan air mata. Tangan wanita itu diraih, diusap dan dikucup lama. Gugur air matanya, dibiar mengalir membasahi kedua pipi. Berkali-kali wajah yang masih memejam mata rapat itu dikucup penuh kasih.

"Sayang.. abang dah tahu sayang pregnant. Please bertahan untuk baby. Untuk abang. Abang tak bagitahu lagi surprise abang untuk sayang. Esok birthday sayang kan. Abang tunggu sayang sembuh, kita balik sama-sama ya.."

Datin Maria mengalih pandangan ke arah Raissa yang mengesak tangisan. Airmata yang ditahan gugur perlahan melihat kesedihan ditanggung anaknya. Rafael turut diam menyeka air mata. Begitu juga Datuk Halim.

Doa terus dipanjatkan. Semoga Izz Aydin dan anak didalam kandungan selamat keduanya.

follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments. tq ;)

Share this novel

esther marcus
2020-12-07 23:31:27 

huhu...sy pun sama ikut nangis...bertahan la ya izz...tgu ko melissa...duk ko dlm palang besi karat nti...


NovelPlus Premium

The best ads free experience