BD Special Chap 2

Drama Completed 204768

"You are fired!"

Bergema tengkingan Razin didalam ruang pejabatnya itu. Hentakan tangan dimeja turut bergabung bunyi, menambah perasaan takut didalam hati Aleya.

Wajah Aleya lansung tidak dipandang. Malah rayuan wanita itu hanya ditulikan tanpa mahu mendengar apa alasan sekalipun. Daniel yang turut berada disitu cuma menggeleng kepala. Dia sendiri terkejut dengan apa yang terjadi.

"Tuan. Jangan pecat saya. Please.. saya sangat perlukan kerja ni. Nanti macam mana saya nak biaya perubatan mak saya. Adik-adik saya sekolah lagi. Tolong lah tuan.." rayu Aleya tanpa gagal. Matanya sudah basah dengan air mata yang semakin mengalir lebat.

"Aku dah warning kau banyak kali. Jaga perangai. Jangan melampaui batas. Sebelum ni aku maafkan kau sebab aku masih fikir pasal keluarga kau tapi kau sendiri yang bodoh!" Semakin tinggi suara Razin menengking.

"Maafkan saya tuan. Bagi saya peluang. Saya sangat perlukan kerja ni. Tolonglah tuan." Merintih-rintih rayuan Aleya dihadapan Razin.

Razin menajamkan pandangan dengan senyuman sinis. Sehinggakan Aleya menelan air liur. Riak lelaki itu kelihatan lain, tidak seperti selalu dilihatnya.

"Apa kau jangan ingat aku ni lelaki yang senang tergoda dengan perempuan macam kau ni? Tsk! Tsk! Tsk! Kau silap.." tergeleng-geleng kepala Razin bersama jari telunjuk yang turut digoyang ke kiri kanan.

" Aku tak sangka sejauh ni kau sanggup bertindak hanya kerana kau buta dengan nafsu atau kau dah buta melihat kesenangan yang aku ada. Kalau kau telanjang sekali pun depan aku, sikit pun aku tak terliur. Malah makin buat aku geli!"

Tersentak hebat Aleya mendengar. Matanya terus terarah memandang Razin. Seteguh itu iman lelaki bernama Razin?atau.. sebab dia hanya takut isterinya? Mustahil dia boleh tolak wanita seperti aku! Gumam Aleya sendiri.

Razin berdiri dengan kedua tangan dibawa memeluk tubuh. Punggung disandarkan pula disisi meja. Anak matanya turut membalas pandangan Aleya.

Bukan dia tidak tahu apa yang bermain difikiran wanita itu selama ini. Walaupun cuma 5 bulan menjadi pembantunya, dia sudah masak akan perangai Aleya.

Cubaan Aleya menggodanya tidak pernah dilayan. Malah pernah juga Aleya meluah perasaan, sanggup menjadi isteri keduanya dan hal itu tidak pernah diberitahu kepada Izz Aydin.

Daniel lekas menghampiri Razin kerana lelaki itu harus ditenangkan sebelum ledakan marahnya bertambah.

"Sabar tuan. Fikir masak-masak. Kalau tuan pecat dia, nanti susah lah. Sekarang banyak sangat kerja nak handle. Kita sendiri tak menang tangan." Pujuk Daniel menenangkan. Intonasi suara sengaja dilembutkan.

"Ah! Aku tak peduli semua tu!" Bentak Razin.

Gulp!

Daniel menelan air liur, mula cuak. Agak lama dia tidak melihat amukan majikannya.

"Bagi saya peluang lagi tuan. Kali ni je.." rayu Aleya masih tidak putus asa.

"Peluang aku dah bagi. Banyak kali tapi kau sendiri yang sengaja sia-siakan. Sebelum ni aku boleh maafkan. But this time, aku tak boleh. Bukan di sebab isteri aku tadi tapi sebab etika dan kelakuan kau di tempat kerja is totally ZERO! Kau sendiri letakkan dan pijak maruah kau sebagai wanita ditapak kaki kau sendiri." Kata Razin tegas.

Daniel mendengus kasar. Kecewa kerana dia yang membawa Aleya ke situ dan mencadangkan Aleya sebagai pembantu Razin. Dia sendiri tidak tahu sejauh itu kelakuan Aleya terhadap Razin.

Namun terkenangkan kesusahan keluarga Aleya, Daniel cuba memujuk lagi walaupun tika itu dia sendiri takut.

"Err kalau kita pindahkan Aleya ke department lain boleh kan tuan? Kesian lah kat dia. Dia perlu sara mak dan adik-adik dia lagi. Kalau tak, bagi dia masa cari kerja lain dulu. Lepas tu baru tuan fikir lagi nak pecat atau tak."

Sejenak Razin diam memikirkan cadangan Daniel. Jarinya mengusap jambang sambil memerhatikan Aleya. Didalam hati Razin masih kasihankan wanita itu yang selama ini menjadi tulang belakang keluarganya.

Kisah kesusahan wanita itu mengingatkan dirinya kepada kesusahan Izz Aydin suatu ketika dahulu. Tetapi Izz Aydin tidak pula bertindak bodoh seperti Aleya.

Daniel pula cuma diam menunggu jawapan. Hanya esakkan halus sahaja kedengaran dari bibir Aleya. Jika Razin berkeras mahu memecat wanita itu, apalah dayanya hendak menghalang. Dia juga cuma pekerja disitu

"Okay. This is her last chance! Pindahkan dia ke admin. Biar dia belajar dari bawah and letakkan dia di kaunter receptionist. Jangan hanya tahu nak menggatal tengok orang kaya. Belajar bergaul dengan cara lebih beradap. Tak perlu nak show off body aje!" Sempat Razin menyelit nasihat didalam amarannya.

Daniel mengangguk laju.

"Thank you tuan. Saya hargai sangat peluang yang tuan bagi pada saya dan saya janji takkan sia-siakan lagi." Ujar Aleya bersungguh.

Razin hanya tersenyum senget. Belum mahu percaya dengan kata-kata wanita itu.

Sekarang dia harus segera pulang ke rumah untuk menemui isterinya. Sudah banyak kali panggilan dibuat kepada Izz Aydin tetapi tidak satupun dijawab.

Kemana lah isterinya itu menghilang sebentar tadi..

****

Dibalik tingkap bilik tidur Izz Aydin memerhati sahaja kereta milik Razin memasuki perkarangan rumah. Hatinya masih terasa sebal dengan kejadian siang tadi. Difikirnya lelaki itu akan segera pulang ke rumah tetapi sekarang pukul 9.40 malam barulah suaminya pulang.

Huh..! Dengus hati Izz Aydin. Syok layan PA dia lah tu.. sebab tu balik lambat! Hasut suara hatinya.

Izz Aydin terus merebahkan badan dan memejamkan mata. Malas mahu menyambut kepulangan suaminya seperti selalu.

Klak!

Terdengar daun pintu bilik dibuka dan kemudian ditutup semula.

"Assalamualaikum.. sayang.." Razin melunakkan suara memanggil Izz Aydin. Namun wanita itu masih kaku berbaring diatas katil dengan mata yang terpejam.

Razin mengarahkan anak mata memandang sebelah Izz Aydin pula. Kelihatan Rizqi juga sudah lena tidur.

Melihat Izz Aydin tidak bergerak dari pembaringan, Razin tahu isteri kesayangannya itu masih merajuk.

Razin tidak segera mendapatkan Izz Aydin. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu untuk menyegarkan badan kerana sudah sepanjang hari dia bekerja. Badannya tersangat letih dan lesu.

Izz Aydin hanya mendengar pergerakan Razin. Sehinggalah dia terdengar bunyi air pancuran mandian dibuka, barulah Izz Aydin mencelikkan kelopak matanya. Pada masa itu juga, Rizqi tiba-tiba merengek lalu bangun dari tidur.

"Sayang mama.. kenapa nangis ni." Pujuk Izz Aydin lembut lalu bangun dari pembaringan. Tubuh kecil itu diangkat dan dibawa ke dalam dakapan.

Rizqi masih merengek manja dengan mata terpejam. Malah semakin nyaring tangisannya sehingga Razin dapat mendengar suara anaknya itu didalam bilik mandi. Segera Razin menyelesaikan mandian dan keluar dari bilik mandi selepas melilitkan tuala di pinggang.

Dilihat Izz Aydin sedang mengendong Rizqi, mundar mandir berjalan memujuk anak lelakinya itu. Lantas dihampirinya.

"Sayang daddy terjaga ye. Jangan la nangis. Kesian mama penat jaga awak ni asyik nangis je."ujar Razin sambil mengusap kepala Rizqi. Pipi mulus Rizqi dikucup lembut sebelum mencuri cium dipipi milik Izz Aydin.

Menjeling tajam mata Izz Aydin memandang Razin yang sudah tersengih. "Jangan ambil kesempatan boleh tak?"

Razin tayang wajah selamba dengan bibir yang sengaja dicebik.

"Abang cium Rizqi je. Sayang sendiri yang tunjuk pipi kat abang. Jadi, abang cium lah sekali. Apa pulak abang nak ambil kesempatan." bidas Razin selamba. Dia kemudiannya berlalu menuju ke bilik wardrobe dan muncul semula selepas mengenakan seluar.

Terjegil mata Izz Aydin mendengar kata Razin itu. Sudahlah rajuknya tidak dipujuk lelaki itu. Makin buat hatinya geram pula!

"Macam lah saya tak tahu trick abang. Basi lah. Kenapa abang tak cium je PA seksi abang tu. Kan lagi best. Seronok lah balik lambat layan PA dia tu kan." Izz Aydin terus melangkah keluar dari bilik sambil membawa Rizqi.

Razin pula hanya memandang wajah rajuk isterinya itu. Kan aku dah kata, dia ni kalau dah merajuk campur cemburu memang susah nak pujuk! Apa lagi kalau nak dibawa berbincang.

*****

Hujung minggu tiba lagi tetapi hujung minggu kali ini mereka sekeluarga akan berkumpul untuk menyambut ulang tahun perkahwinan Datuk Halim dan Datin Maria. Majlis itu diadakan secara sederhana di hotel Imperial dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan beberapa jemputan rakan rapat.

Izz Aydin sudah siap mengenakan gaun berwarna merah jambu, sepadan warna dengan kemeja yang dipakai Razin. Malah seluruh keluarga mereka akan mengenakan pakaian berwarna yang sama pada majlis itu atas permintaan Datin Maria.

Selesai menyolek wajah seadanya, Izz Aydin mendapatkan Rizqi pula. Pakaian anaknya itu sudah siap ditukar oleh Muna. Begitu juga Adelia sudah disiapkan oleh Emma.

Kedua pembantunya itu turut dibawa ke situ atas jemputan Datin Maria sekaligus membantu Izz Aydin menjaga Rizqi dan Adelia sekiranya diperlukan. Malah penginapan dua orang itu turut disediakan bersebelahan dengan suite Razin.

"Dah siap dah semua?" Soal Razin yang juga sudah bersiap. Tangannya naik merangkul pinggang Izz Aydin seperti kebiasaan bila bersama wanita itu.

"Okay. Jom turun. Majlis dah nak mula kejap lagi." Razin mendapatkan Rizqi dari dukungan Muna dan mereka semua bersama-sama menuju ke majlis tersebut.

Razin tidak membiarkan Izz Aydin bersendirian disepanjang majlis. Cuma dikesempatan itu dia boleh mendekati isterinya.

Sudah 3 hari rajuk cemburu isterinya itu tidak terpujuk. Setiap kali dia mendekati, pasti wanita itu mengelak. Malah menolak jika di ajak bersama. Walaupun pada mulanya dia terasa hati dengan layanan itu tetapi Razin faham akan keadaan isterinya. Mood wanita itu memang sukar benar diduga sejak mengandung kali ini.

Izz Aydin membiarkan sahaja jemarinya di genggam erat oleh Razin. Cuma sesekali genggaman itu dibalas. Didalam hati yang rajuk itu, bercampur suka dengan layanan sang suami yang tidak jemu memujuk.

"Razin!" tegur seorang lelaki lalu menghulurkan tangan untuk berjabat. Razin menyambut malah terus memeluk bahu lelaki itu seraya ketawa kecil. Senang melihat kehadiran lelaki itu.

"Eh Syazwan! Ada kau rupanya. Ingatkan tak datang." Balas Razin mesra.

"Mestilah datang. Daddy kau sendiri yang jemput kami kan." Kata Syazwan sambil tersenyum.

Anak mata Razin terarah kepada wanita bertudung disebelah Syazwan pula. "Aisha pun ada sekali? Apa khabar?"

"Sihat alhamdulillah." Jawab Aisha. Bibirnya turut terukir senyuman kepada Izz Aydin yang diam tersenyum disebelah Razin.

"Your wife?" Soal Aisha kepada Razin seraya menghulurkan tangan kepada Izz Aydin.

"Yup. My beloved wife.." Jawab Razin seraya memeluk bahu Izz Aydin yang menyambut salaman Aisha.

"Izz Aydin. Panggil Izz je." Ramah Izz Aydin memperkenalkan diri.

Aisha semakin melebar senyuman sebaik terpandang perut buncit Izz Aydin dibalik baju yang dipakai wanita itu.

"Berapa bulan ni? First baby ke?" Tanya Aisha teruja.

"Empat bulan dah. Ni second baby. Yang sulung ada tu dengan pengasuh dia." Jawab Izz Aydin sambil menghalakan jari telunjuk kearah Muna yang sedang memangku Rizqi.

"Alaa comelnya..." Puji Aisha pula.

"Sebijik macam muka bapaknya!" Celah Syazwan. Pecah ketawa empat orang itu mendengar. Mereka kemudiannya berbual-bual kosong bersama sehinggalah Syazwan dan Aisha meminta diri untuk pulang.

Izz Aydin turut meminta diri untuk naik semula ke suite kerana tiba-tiba merasa loya dan pening. Tambahan pula Rizqi sudah awal tertidur dan dibawa Muna dan Emma naik ke atas selepas kedua orang itu selesai menjamu selera.

Sementara itu Adelia juga sudah dibawa Humaira pulang mengikuti mereka. Razin masih melayan tetamu yang hadir. Begitu juga Rafael, Datin Maria dan Datuk Halim.

Izz Aydin terus berlalu selepas meminta izin dari Datin Maria.

Semasa memasuki lif, Izz Aydin bertembung dengan Aleya yang turut berada didalam lif yang sama. Dengan lagak biasa Izz Aydin menapak didalam lif dan punat tingkat 15 ditekan.

Tiada sepatah kata keluar dari bibir dua orang wanita itu sehinggalah Izz Aydin keluar dari lif apabila tiba ditingkat 15. Seolah kelu lidah masing-masing walaupun Izz Aydin rasa seperti mahu menyergah Aleya dengan kata kesat apabila terkenangkan kejadian wanita itu bersama suaminya tempoh hari.

Mujur akalnya dapat dikawal agar bersabar. Dia sendiri belum tahu apa kejadian sebenar dek asyik mengelak dari bercakap dengan Razin sepanjang 3 hari berlalu.

***

Izz Aydin tersedar dari tidur. Terasa panjang dan lama tidur lenanya malam itu. Seolah ada sesuatu yang melenakan tidurnya.

Mata dibuka perlahan dan wajah Razin terus menyapa pandangan. Jarak wajahnya cuma beberapa inci sahaja dari wajah lelaki itu dan Razin rupanya belum tidur, ralit merenung wajah tenang sang isteri sedari tadi.

"Tak tidur lagi ke? Pukul berapa dah ni." Soal Izz Aydin seraya menjarakkan wajah. Tangan Razin yang memeluk pinggangnya di alihkan ke tepi.

"Tak boleh tidur lah. Rindu.." Adu Razin dengan suara berbisik. Tangannya mula mengusap rambut dan pipi Izz Aydin pula.

Izz Aydin menolak selimut yang menutupi tubuh lalu bangun dari katil. "Takkan rindu sangat kat PA abang tu sampai tak boleh tidur. Saya ada terjumpa dia tadi. Cantik orang nya. Seksi lagi."

Razin turut bangun lalu duduk memerhatikan Izz Aydin. "Abang tak kata pun abang rindu dia. Abang rindu sayang lah."

"Apa pulak nak rindu saya? Hari-hari jumpa. Mesti abang dah bosan tengok muka saya ni kan."

"Sayang cakap apa ni. Abang tak pernah bosan dengan sayang. Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan layan sangat cemburu tu."

Terus berpaling kepala Izz Aydin memandang Razin. "Oh.. kalau abang cemburu boleh lah. Saya tak boleh?"

Terdiam Razin. Sejenak dia berfikir sendiri lalu melepas keluhan berat.

Sabar Zin. Kena faham dia sedang mengandung. Hormon dia tak stabil. Kalau selama ni dia boleh sabar dengan cemburu kau, takkan kau nak melenting bila turn dia pulak cemburu kan..

Sabar! Sabar!

maz bagi 3 bab je utk special chap ni tau. nanti jumpa semula tahun depan dalam sequel Rafael kesayangan semuaaa!. ;) enjoy reading. muah! :*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience