Bab 40

Drama Completed 204768

Sedu sedan masih menemani perjalanan dua orang itu. Terasa sedikit janggal kerana status mereka bukan seperti sebelum ini. Lebih-lebih lagi sudah lama tidak bersua muka.

Izz Aydin membuang pandangan jauh ke tepi tingkap tanpa menghiraukan renungan Rafael sedari tadi. Pasti ada soalan yang ingin dilontarkan lelaki itu tetapi belum diluahkan kerana masih memberi ruang kepada Izz Aydin untuk bertenang.

Kereta yang dipandu Rafael berhenti dibahu jalan. Sudah tiba masa dia menyoal Izz Aydin. Badannya dikalihkan ke tepi, memandang Izz Aydin yang masih tersedu sedu itu.

"Anything to share?"

"No."

"No? Habis tu kenapa menangis? Awak buat apa kat situ tadi?" tanya Rafael lagi.

Rafael baru sahaja selesai makan tengah hari bersama Datin Maria dan Raissa. Didalam perjalanan pulangnya, Rafael singgah di cafe itu, mahu membeli pai ayam. Tidak sangka pula menemui Izz Aydin duduk sorang diri sambil menangis.

"Saya jumpa seseorang." Sahut Izz Aydin ringkas.

"Seseorang? Siapa? Bukan abang Zin outstation ke?"

Izz Aydin mengangguk lalu memejamkan matanya sambil menyandar dikepala kerusi. Helaan nafasnya panjang bersama keluhan.

"Ni apa?" Soal Rafael lagi seraya mengambil sampul surat berwarna kuning yang dari tadi dipegang Izz Aydin.

"Rahsia sebenar."

"Rahsia sebenar?" Rafael terus membuka walaupun sudah dikatakan itu rahsia. Memang sudah menjadi lumrah bila dikatakan rahsia, semakin kuat hati ingin tahu.

Sejenak kedua mereka senyap sementara Rafael meneliti setiap apa yang dilihatnya itu. Dadanya berdegup kencang, menghadam dan menyusun satu persatu agar menjadi satu cerita yang lengkap.

"Saya rasa bodoh sangat Raf. Percayakan orang yang pura-pura cintakan saya tapi rupanya hanya mempermainkan saya." Tutur Izz Aydin perlahan. Bergenang air matanya ditubir mata.

"Tak Izz. Saya tak rasa macam tu. Pasti ada sebab kenapa semua ni jadi. Mana awak dapat ni semua? Siapa yang awak jumpa tadi?" Rafael pasti orang yang baru dijumpa Izz Aydin tadi ada kaitan dengan kesemua itu sekaligus membuat wanita itu menangis.

"Awak tak perlu tahu."

"Tak perlu tahu? Apa yang awak cuba rahsiakan ni? Bagi tahu saya." Desak Rafael. Hairan kenapa wanita itu tidak mahu memberitahu.

"Jangan kusutkan kepala saya boleh tak?" Tinggi suara Izz Aydin sehingga menyebabkan Rafael tersentak sedikit.

Mereka kemudiannya diam. Hanya ditemani bunyi muzik dari radio.

"Mesti dalam hati awak tu dah ketawakan saya kan. Sebab sanggup tolak cinta awak semata-mata memilih lelaki yang tiba-tiba rela menjadi suami saya. Padahal dia hanya mahu membalas dendam melalui perkahwinan ni." Ujar Izz Aydin tiba-tiba.

"Jangan buruk sangka pada saya Izz kalau awak terluka sekali pun. Saya masih sayang, masih kisah pasal awak. Tapi tak bermakna saya bersorak gembira melihat awak bersedih macam ni."

Izz Aydin memandang Rafael sebelum menunduk kepala. Sedar akan ketelanjurannya mengaitkan lelaki itu dalam masalahnya.

"I'm sorry Raf.."

"Izz, awak tahu kan perasaan saya pada awak. Kalau betul abang Zin buat semua ni, saya tak teragak-agak rampas awak balik dari dia." Nekad Rafael. Sungguh hatinya masih menginginkan wanita itu walaupun nanti mungkin akan terluka lagi.

Izz Aydin terdiam. Tidak tahu mahu beriak apa mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Sepatutnya dia suka tetapi kenapa hatinya dia masih mahukan Razin, bukan Rafael.

"Jangan letak harapan pada saya Raf. Awak berhak bahagia tapi bukan dengan saya. Bagi ruang hati awak tu untuk terima orang lain."

Rafael diam. Tidak mengiyakan atau menggeleng. Tapi jauh disudut hati, dia tahu wanita itu sudah terlalu cintakan Razin tetapi kenapa masih susah untuk melepaskan rasa cinta pada wanita itu.

"Boleh tak hantar saya ke tempat tadi? Saya boleh balik sendiri." Pinta Izz Aydin.

"Hmm okay." Rafael memulakan perjalanannya semula menuju ke cafe tadi.

Sebelum Izz Aydin keluar, Rafael sempat menitip pesan buat wanita itu.

"If you need someone to talk with, saya sentiasa ada untuk awak Izz. Anytime.. You can just call me , okay?" Senyuman manis turut diberikan kepada wanita itu.

Izz Aydin hanya mengangguk tersenyum hambar.

"Thank you Raf. Saya balik dulu."

Perlahan kaki Izz Aydin menuju ke kereta dan terus memandu pulang. Bukan ke rumah Yana, tetapi ke kondominium Razin untuk mencari sesuatu yang mungkin disembunyikan oleh Razin selama ini.

*****

Keesokan harinya Izz Aydin pergi ke rumah Humaira. Niatnya mahu berbual dan menanyakan sesuatu tetapi Humaira terpaksa bergegas ke hospital kerana khidmatnya diperlukan. Jadi, Izz Aydin hanya bermain dengan Adelia sambil ditemani orang gaji dirumah itu.

Bukan main suka lagi Adelia melihat kedatangan Izz Aydin yang membawa sekali kek coklat keju kegemarannya. Lagi bertambah ceria apabila Izz Aydin turut membawa mainan ala princess untuk nya. Bertalu-talu ciuman diberikan oleh si kecil itu. Terpujuk juga sedikit hati yang masih marahkan Razin melalui layanan mesra si anak.

Izz Aydin turut mengemas bilik yang pernah didudukinya sebelum ini dirumah Yana itu. Banyak kenangannya sewaktu dia mula masuk mendiami rumah itu.

Pakaiannya hampir semua sudah dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Cuma tinggal untuk dibawa masuk ke rumah Razin. Timbul rasa berbelah bagi samada mahu tinggal disitu lagi atau tidak.

Tidak lama kemudian terdengar bunyi kereta masuk diperkarangan rumah. Pantas kakinya melangkah menuruni anak tangga untuk mendapatkan Yana yang baru pulang kerja.

"Yana!" sergah Izz Aydin dibalik pintu. Terhinjut bahu Yana akibat terkejut.

"Hesh! Kau ni. Nak aku mati sakit jantung ke?!" Marah Yana dengan wajah masam mencuka. Lain macam mood sahabatnya itu hari ini.

"Alah, gurau je pun. Yang muka kau masam mengalahkan asam keping ni kenapa? Rosak seri bakal pengantin." Usik Izz Aydin lalu membuntuti Yana duduk dikerusi.

Remote televisyen di ambil dan dihalakan ke televisyen. Terpampang wajah pelakon Syukri Yahya sedang memujuk Siti Saleha yang sedang menangis melalui drama 7 hari mencintaiku 2. Akibat dituruti hasrat si ibu mahukan si anak menikah dengan calon pilihan, akhirnya isteri sendiri yang makan hati.

Hish! Kusut melihat drama begini. Seolah menyindir aku pula. Jerit hati Izz Aydin. Lantas televisyen itu ditutup semula dan memandang Yana yang masih masam mencuka.

"Cik Melissa lah. Ada ke patut dia complaint kata aku layan dia tak baik. Kalau tak dikenangkan Miss Helen ada kat situ tadi, lumat jugak dia aku kerjakan. Hishh!!" Dengus Yana geram. Beg tangan diletak kasar diatas meja.

Izz Aydin cuma menggeleng kepala mendengar luahan marah Yana. Masak benar dengan baran sahabathya itu.

"Kenapa kau biar je dia tampar kau hari tu? Kalau dapat kat aku, keluar dah silat gayung aku debik muka dia tu. Ha! Biar dia rasa." Sambung Yana lagi melepas geram.

"Kau rasa kalau aku balas balik apa dia buat hari tu, dia akan berhenti ke? Aku malas lah nak panjangkan. Aku pun tak nak jatuhkan air muka aku sendiri depan keluarga mertua aku walaupun aku belum diterima sebagai menantu. Lagipun memang patut dia marah aku sebab dah ambil Razin dari dia kan." Perlahan nada bicara Izz Aydin.

"Dah memang jodoh kau dengan tuan Razin nak buat macam mana. Kau pun tahu tuan tak suka Cik Melissa tu."

"Biar je lah dia tu. Nanti dia penat, dia berhentilah." Kata Izz Aydin memujuk.

Yana menyengetkan bibir dan pipinya, mempamerkan riak masih tidak puas hatinya.

"Kau pergi mana semalam? Aku sampai rumah kau tak da." Yana memandang Izz Aydin tepat menanti jawapan.

Izz Aydin mengelip-ngelip matanya lalu membuka semula televisyen. Cuba mencuri masa untuk menjawab pertanyaan Yana.

"Aa. Aku ambil barang kat rumah Razin. Ada benda tertinggal."

"Oh.."

Matanya kemudiannya diliarkan melihat kearah pintu yang masih tidak bertutup, seolah menanti sesuatu.

"Mana pulak diaorang tak sampai ni?" Bisik Izz Aydin tetapi dapat didengar oleh Yana.

"Diorang lambat lagi. Petang tadi abang Shah call kata diorang lambat sikit bertolak. Kena uruskan dulu exam budak-budak SPM. Adik kau SPM jugak tahun ni kan."

"Haah. Harap-harap dia boleh jawab lah. Risau jugak aku."

"Kau jangan risau. Abang Shah kata dia top student kat sekolah tu. Kau doa banyak-banyak untuk dia. Semoga dia berjaya, dapat jawab soalan dengan tenang."

"Ye lah. Kau naik la mandi dulu, solat. Aku dah siap masak dah."

Mendengar tentang itu, terus mekar senyuman Yana. Bukan main suka balik kerja, lapar, terus kena jamu makanan kan. Ikutkan rancangan mereka akan masak bersama untuk menyambut kedatangan keluarga Izz Aydin dari kampung. Alih-alih Izz Aydin sudah siap memasak. Makin senanglah hatinya.

"Okaylah. Aku naik dulu eh" Yana mengatur langkah menuju ke tangga dan terus naik ke atas.

Izz Aydin mengeluh sendirian di ruang tamu. Sudah 3 hari pemergian Razin, hatinya terasa sangat rindu tetapi bila mengenangkan perihal yang baru diketahuinya, terasa sakit pula hati. Sebab itulah telefonnya sengaja dimatikan, tidak mahu dihubungi oleh Razin.

***

Izz Aydin duduk termangu dibirai katil sambil merenung telefonnya yang masih gelap. Sekejap-sekejap telefon itu di ambil mahu dibuka tetapi tidak jadi. Kemudian di letak semula diatas katil.

"Aaahh bencilah macam ni!" Rengek Izz Aydin sendiri. Kakinya dihentak-hentak seakan anak kecil. Hatinya sudah rindu, terlalu rindukan suaminya tapi akal masih meronta, mengingatkannya tentang perbuatan Razin.

Tiba-tiba pintu biliknya ditolak dari luar dan wajah Opah Biah menyapa pandangan. Pasti Opah Biah dan Tok Adam baru selesai berbual dengan Yana dan Shahril, berbincang mengenai perkahwinan yang akan berlansung lagi 2 minggu.

Kedatangan mereka itu pun cuma sekejap. Mahu menguruskan lebihan urusan sebelum hari bahagia pasangan itu tiba. Razin turut memberi cadangan majlis perkahwinan mereka dilansungkan di Hotel Imperial. Sebagai hadiah perkahwinan, tiada sebarang bayaran dikenakan termasuk penginapan percuma 3 hari 2 malam untuk pengantin baru . Bukan main seronok lagi Yana.

Opah Biah tersenyum seraya duduk disebelah Izz Aydin. Bahu Izz Aydin diusap perlahan dan genggaman mereka bertaut.

"Ada apa-apa nak bagitahu opah ke?" Soal Opah Biah tiba-tiba. Matanya memandang tepat ke wajah cucunya.

"Nak tanya apa? Hmm angsa Opah tu masih hidup tak?" Terus ketawa Izz Aydin selepas mengajukan soalan. Opah Biah turut ketawa menggeleng kepala.

"Sihat walafiat angsa opah tu. Dia kirim salam balik dekat Izz tadi." Meledak pula ketawa kedua wanita itu. Bukan main lagi gurauan Opah Biah kebelakangan ini.

Izz Aydin mengesat air mata yang terbit dihujung matanya akibat ketawa tadi sambil diperhatikan Opah Biah.

"Izz dengan Razin macam mana?"

Izz Aydin tersenyum manis. Cuba menyembunyikan kegusaran yang menghuni hatinya.

"Kita orang okay je. Kenapa opah tanya?"

"Jangan sorokkan apa-apa dari opah. Walaupun opah ni dah tua, opah tahu Izz ada masalah kan." Terus mati senyuman tadi lalu diganti dengan keluhan berat.

"Suami isteri kena saling percaya sebab itu adalah asas sesebuah hubungan. Rahsia.. jangan ada rahsia sebab rahsia tu macam parasit yang akan membunuh kepercayaan. Apa-apa masalah, kena bincang sama-sama. Barulah tak timbul rasa ragu-ragu yang merosak kepercayaan. Opah tahu hubungan Izz dan Razin masih baru tapi Opah percaya Razin sayang sangat dengan Izz."

Izz Aydin mencebik bibir sambil memandang Opah Biah. Sedetik, air matanya tiba-tiba mengalir perlahan lalu memeluk Opah Biah.

"Izz tak tahu nak buat apa Opah. Macam mana Izz nak percayakan dia kalau dia sembunyikan sesuatu daripada Izz. Izz rasa Izz dah kena tipu dengan Razin. Dia tak ikhlas kahwin dengan Izz." Berjujuran airmatanya dibahu Opah Biah.

Opah Biah menepuk, mengusap belakang Izz Aydin. Cuba memujuk dan menenangkan cucunya itu yang tengah bersedih itu.

"Izz dah bincang dengan Razin?" Soal Opah Biah seraya melonggar pelukan.

Izz Aydin menggeleng kepala sambil mengesat air mata.

"Cuba tanya dulu. Opah rasa Izz perlu dengar penjelasan Razin."

"Penjelasan apa Opah. Semuanya jelas dan terang. Dia kahwin dengan Izz sebab dendam dengan Pak Cik Mus. Dia pergunakan hutang tu.. dan opah sendiri rasa kesusahan keluarga kita alami selepas kejadian dulu."

Opah Biah masih tersenyum. Tiada riak terkejut pun diwajah tua itu mendengar keluhan Izz Aydin.

"Opah tahu." Tutur Opah Biah perlahan.

Segera Izz Aydin mengangkat kepala. Wajah tua Opah Biah ditatap.

"Opah tahu?"

Opah Biah mengangguk lalu tersenyum.

"Shah dah bagi tahu kami siapa sebenarnya Razin. Opah betul-betul tak ingat muka dia. Sebab lama sangat dah kan."

"Macam mana abang Shah tahu? Opah tak marahkan Razin ke?"

"Shah kata dia dapat tahu lepas Izz dah kerja dengan Razin. Dia sorokkan jugak pada mulanya. Cuma baru-baru ni dia bagitau kami pasal Razin tu."

Wajah muram Izz Aydin ditatap tunak sebelum menyambung kata-kata.

"Tak ada sebab kenapa kami perlu marahkan Razin. Benda dah bertahun-tahun. Bukan salah dia seorang semua ni jadi. Dia pun trauma sebab kejadian tu. Kita hidup dalam dunia ni tak semua ikut macam yang kita nak. Kena saling tolak ansur. Opah dengan atuk pun dah tua. Duit harta semua tu tak penting jika dibandingkan dengan kebahagian cucu-cucu opah. Jangan di simpan dendam tu. Razin kan suami Izz."

Semudah itu opah dan atuk maafkan Razin walaupun mereka dulu terpaksa membanting tulang melunaskan pampasan seperti yang dituntut keluarga Razin. Sehinggakan wang untuk menunaikan haji turut dikeluarkan semua. Hidup kais pagi makan pagi. Cuma sekarang terasa lapang sejak Shahril mula bekerja sebagai guru.

Izz Aydin mengeluh perlahan. "Tapi Izz tak bahagia. Daddy Razin tak terima Izz. Dia benci Izz."

"Sebab tu Izz kena usaha sampai dia terima Izz. Opah tahu bukan senang nak ambil hati orang yang bencikan kita tapi anggap ni ujian Izz. Jangan cepat sangat melatah. Razin akan sentiasa ada untuk Izz. Percayalah."

Sedang mereka berbual, muncul wajah Yana dibalik pintu sambil memegang telefon bimbit.

"Izz, tuan Razin nak cakap dengan kau ni" Kata Yana sambil menghulurkan telefon bimbit miliknya kepada Izz Aydin.

Izz Aydin menggeleng kepala tanda tidak mahu tetapi sebaik anak matanya bertentangan dengan mata Opah Biah, segera telefon Yana disambar dan dilekap ke telinga. Tahu Opah Biah akan memarahinya kerana tidak melayan suami selayaknya biarpun dia masih belum bersedia.

"Hello.. Assalamualaikum abang.."

Tersengih Yana melihat gelagat Izz Aydin sambil diperhatikan Opah Biah. Memang kena Opah Biah juga masuk line, baru mahu dijawabnya panggilan dari Razin itu. Jika tidak, Yana pula yang pening asyik dihubungi oleh Razin menanyakan perihal Izz Aydin.

"Love you lah Opah!" bisik Yana ditelinga Opah Biah.

harini update awal sikit sbb petang nanti nak pergi rumah in law. enjoy reading and selamat berhujung minggu ;* jom follow i.g m.a.z_np boleh borak2. ;) please follow, rates and comments. tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience