Bab 57

Drama Completed 204768

"Abang.."

"Kita nak pergi mana ni? Bukan jalan balik rumah sebelah sana ke?" Soal Izz Aydin sambil menghalakan jari ke sebelah kanan.

Razin tidak menjawab sebaliknya diam sambil membelok ke kanan sebelum berhenti dihadapan sebuah rumah.

"Abang! Tong sam.."

Buk!

"Oppss..!" Razin meninggikan sedikit duduknya dan melihat dihadapan sebelum tersengih menjeling Izz Aydin yang mengetap bibir. Belum sempat dihabiskan ayat isterinya itu.

"Tak habis cakap lagi, dah jatuh tong sampah tu. Entah siapa punya. Nasib baik lah bukan langgar orang. Abang pergi angkatkan tong tu. Tak memasal nanti kena marah tuan rumah ni." Bebel Izz Aydin.

Razin memakirkan kereta dihadapan rumah itu lalu keluar. Tong sampah yang dilanggarnya tadi diangkat dan diletak ke tepi. Izz Aydin pula masih duduk didalam kereta.

Razin kemudiannya bergerak ke pintu duduk isterinya dan pintu dibuka. Tangan dihulurkan dan lambat-lambat Izz Aydin menyambut.

"Rumah siapa ni? Kenapa turun sini?" Soal Izz Aydin. Didalam hati memuji kecantikan rumah tiga tingkat yang tersergam indah dihadapannya. Sememangnya rumah idamannya yang berkonsepkan taman dan pokok-pokok hijau.

"Cantik tak rumah ni?" Soal Razin memeluk erat bahu Izz Aydin seraya tersenyum.

"Cantik. Tapi rumah siapa?"

Tiba-tiba muncul Tok Adam, Opah Biah, Yana, Shahril, Datuk Halim, Datin Maria, Raissa dan juga Adelia keluar dari dalam rumah itu.

Di tangan Yana pula menatang sebiji kek bersama sebatang lilin yang sudah dinyalakan. Kesemua mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk Izz Aydin sambil berjalan mendekati pasangan itu.

Tersentak terharu Izz Aydin seraya menutup mulut.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Izz Aydin!
Happy birthday to you!"

Yana berhenti dihadapan Izz Aydin, mengisyaratkan agar sahabatnya itu meniup kek yang dibawanya.

"Happy birthday Izz. Kami doakan kau panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa bahagia dengan orang tersayang dan dilindungi Allah. Aku wakilkan ucapan untuk semua sekali tau." Ujar Yana lalu memeluk Izz Aydin.

"Aaminn.." serentak semua yang berada disitu menyahut. Masing-masing tersenyum memandang ke arah Izz Aydin.

Izz Aydin memeluk setiap orang yang berada disitu. Shahril pula cuma disalaminya. Tanda mengucapkan terima kasih. Perasaannya tika itu terharu bercampur gembira. Macam mana lah dia boleh lupa akan ulang tahun kelahirannya sendiri yang sudah lewat beberapa hari itu.

Pandangan dialihkan ke arah sang suami yang sedari tadi memerhatikannya dengan senyuman dibibir.

"Happy birthday sayang. Abang doakan semoga sayang sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi. Hidup bahagia dengan abang, dengan baby yang bakal lahir nanti, dengan keluarga kita.." Razin mengucup erat dahi milik isterinya itu. Tangan turut menyentuh lembut diperut Izz Aydin yang masih kempis.

"Thank you abang." Izz Aydin turut memeluk erat di pinggang Razin. Ahli keluarga yang lain sudah berlalu ke dalam rumah semula meninggalkan pasangan itu.

"Sayang suka tak?"

"Suka apa?"

"Rumah ni?"

"Suka. Cantik sangat. Tapi rumah siapa ni? Rumah baru daddy ke?"

Razin menggeleng. "Ni rumah baru kita. Mulai hari ni, kita akan tinggal sini. Rumah ni hadiah abang untuk birthday sayang. Rumah ni, kereta tu. Abang dah letak nama sayang siap-siap."

Izz Aydin menekup mulut dengan kedua tangan. "Seriously?!"

Razin mengangguk tersenyum.

Tidak semena-mena Izz Aydin melompat akibat terlalu teruja!

"Aaahh.." menjerit dirinya apabila menyedari keadaan dirinya mengandung. Segera tangannya memegang perut.

Mujur Razin sempat menahan tubuh Izz Aydin dari terus melompat dan bergerak. Dia sendiri terkejut melihat ulah spontan isterinya itu.

"Sayang. Kenapa melompat ni? Baby dalam tu. Luka tak sembuh lagi kan. Hati-hatilah." Keras teguran Razin tetapi intonasinya masih lembut.

Izz Aydin tersengih. "Sorry..Teruja sangat. Hehehe..."

Razin menggeleng kepala melihat wajah sengih isterinya itu. Lantas ciuman diberikan dipipi wanita itu. Nak dimarah pun tak boleh ni..

"Thank you abang. Dah jaga saya sakit, bagi hadiah lagi. Besar pulak tu. Tak terbalas segala apa yang abang dah buat untuk saya. Terima kasih abang." Ucap Izz Aydin seraya tersenyum.

"Sayang dah sudi isteri abang, mengandungkan anak abang lagi. Terima keluarga abang. Itu semua tak setanding dengan apa yang abang bagi ni."

Izz Aydin semakin merangkul erat pinggang Razin. Wajahnya disembamkan didada lelaki itu. Seketika Razin hanya membiarkan sambil mengelus rambut panjang isterinya. Sehinggalah suara Datin Maria menegur mereka dari dalam rumah.

"Alahai.. berpeluk manja bagai kat depan pagar tu. Masuklah. Bilik banyak dalam rumah ni." Galak ketawa yang lain mendengar teguran Datin Maria itu. Razin dan Izz Aydin tersengih tetapi tidak pula meleraikan pelukan.

"Banyak bilik pun tak boleh jugak mommy. Luka tak sembuh lagi. Nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan Opah." Semakin galak ketawa mereka mendengar jawapan Razin.

Razin mendekatkan bibirnya, membisikkan sesuatu ditelinga Izz Aydin yang turut ketawa. "Sayang jangan nak gelak sangat eh. Yang sakit kat perut. Tangan tu tak sakit lagi."

Izz Aydin menjarakkan telinganya. Berkerut-kerut keningnya tika itu. Tak faham!

"Hah? Saya tak faham. Apa kaitan perut dengan tangan?" Izz Aydin turut membelek tangannya sendiri. Masih tak faham!

Razin mula ketawa kecil. Kemudiannya berbisik lagi. Diselang seli dengan ketawa, geli hati melihat wajah Izz Aydin naik kemerahan.

Izz Aydin mengetap bibir, geram dengan kata bisikan suaminya. Ekor mata ditajamkan.

"Yang tu saya tak pandailah." ujar Izz Aydin separuh berbisik.

"Abang boleh ajar." Terangkat-angkat kening Razin memandang isterinya

Izz Aydin seakan berfikir. "Kalau saya tak nak?"

"Alaa tak kesian ke kat abang. Lama dah tak dapat. Sekarang pun sayang tak sembuh lagi." Sengaja Razin mengelip-ngelip kedua mata dengan riak sedih.

"Abang ni.." Izz Aydin mencubit pinggang Razin pula. Ni lah padahnya dapat suami kuat mengusik benda bukan-bukan. Nasib kau lah Izz..

"Ha, buat apa lagi kat luar tu. Masuklah dalam. Kita makan. Kalau masih bermanja kat luar tu tak kenyang pun. Cepat Izz. Jangan dilayan sangat si Razin tu. Kesian cucu mommy lapar dalam perut tu. Ish..." Sempat Datin Maria membebel melihat pasangan itu masih berdiri didepan pagar. Mujur cuaca tidak begitu panas.

Izz Aydin menjelirkan lidah kepada Razin yang masih mencebik muka. Langkah kaki laju dihayunkan mendapatkan Datin Maria didepan pintu.

Razin pula menggeleng tersenyum sebelum tubuhnya mengeliat apabila merasa getaran telefon bimbit didalam kocek seluarnya. Lantas dikeluarkan. Daniel..

"Hmm macam mana? Dah dapat tahu siapa? Jangan kata belum lagi. Aku dah bayar full kan." Keras suara Razin memberitahu.

"Kita dah tahu siap dalangnya tuan. Macam siapa yang saya jangkakan." jawab Daniel.

Razin menekur lantai dengan hati berdegup kencang.

"Siapa?"

"Melissa.." seketika Razin diam. argh! Buat hal you Mel.. marah hati Razin.

"Okay. Suruh P.I tu ikut kemana dia pergi. Aku nak tangkap sekali orang upahan dia. Biar sama-sama kena tangkap. Aku tak rasa dua orang tu pergi jauh pun."

"Baik. Saya akan bagitahu lagi nanti kalau dah dapat tangkap mereka."

Talian ditamatkan dengan rasa hati yang mula bernanah. Tak sangka bekas tunangnya itu sanggup mengupah orang untuk menyerang isterinya sehinggakan bayi didalam kandungan turut terkena tempias.

Melissa.. kali ni memang aku takkan lepaskan kau..! Desis hati Razin. Terlihat jelas rahangnya diketap kuat.

Razin membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah pula apabila mendengar suara isteri kesayangannya memanggil. Wajah ketat dibuang jauh dan diganti dengan wajah manis. Tidak mahu Izz Aydin perasan dengan hal yang dilakukannya itu.

****

Kotak baldu berwarna hitam dipandang sekejap sebelum keluhan dilepaskan. Pandangan dilontarkan ke hadapan, memandang bangunan hospital yang sentiasa dalam keadaan terang itu.

Hampir setengah jam Rafael duduk diatas motosikal berkuasa besarnya sambil menekur kotak baldu itu. Sudah dua minggu juga dia tidak bertemu dengan Syamina selepas wanita itu menyaksikan amukkannya semasa Izz Aydin dimasukkan ke hospital.

Rafael juga terlalu sibuk menggantikan kerja Razin buat sementara waktu memandangkan abangnya itu perlu menjaga Izz Aydin dirumah sehingga wanita itu sembuh.

Tanpa mahu menunggu lagi, punggung diangkat dan helmet disangkut ke cermin tepi. Langkah kakinya santai melangkah masuk ke dalam dan menuju terus ke arah kaunter.

Setelah diberitahu pekerja dikaunter bahawa Syamina berada di kafe, langkah kaki dibawa menuju ke kafe dihospital itu dan belum sempat sampai, kelihatan Syamina bersama seorang lagi rakan sekerjanya berjalan bertentangan dengannya. Mungkin sudah habis waktu rehatnya.

Syamina tersentak apabila laluan perjalanannya disekat seseorang dan wajahnya kelihatan keruh sebaik melihat wajah Rafael berdiri tepat dihadapan. Rafael tersenyum memaniskan wajah.

"You buat apa kat sini? Izz dah discharge kan." Soal Syamina dengan nada mendatar.

"I nak jumpa you. Kita bincang sekejap boleh?" Rafael tetap memaniskan wajah biarpun Syamina mula tunjuk sikap meluat. Rakannya tadi sudah awal meminta diri bagi membenarkan dua orang itu berbincang.

"Nak bincang apa sampai sanggup datang sini lagi? I banyak kerja lah."

Tubuh Rafael ditolak kasar tetapi Rafael kuat memasak kedua kaki dilantai. Tidak berganjak walau sedikitpun.

"Kita bincang pasal kita. I dah tak boleh tunggu dah Syam. I nak you jadi isteri I and please terima lamaran I." Rafael mengeluarkan kotak baldu tadi lalu disuakan kepada Syamina.

Syamina pula memandang kosong kotak baldu itu, tidak menyambut. Tahu apa isi didalamnya.

"Sorry. I tak terima lamaran you." Ringkas jawapan Syamina menyebabkan Rafael mendengus halus. Sudah dijangkakan jawapan itu tetapi didalam hati masih berharap wanita itu akan menerimanya.

"Sebab Izz ke you tolak lamaran i? Hari tu i cuma marah sebab i terlalu ikutkan perasaan and i terkejut sangat bila dapat tahu Izz masuk hospital sebab kena attack."

"Tak Raf. You masih sayangkan dia. Cintakan dia. Kenapa you perlu bersusah payah nak pujuk I lagi. Apa-apa alasan pun yang you bagi, I tetap akan tolak lamaran you. Fullstop!" Syamina mula mengorak langkah namun ditahan oleh Rafael. Tangannya yang ditarik Rafael ditepis kasar dengan rasa marah.

"Syam please. I love you.. jangan tolak lamaran I. Please give me one more chance. I akan buktikan cinta i pada you ni ikhlas. Bukan sebab Izz or anyone. I betul-betul masih sayangkan you and i know you still love me too."

Syamina menyilang kedua tangannya ke dada. "Wow.. apa yang buat you yakin sangat yang i masih cintakan you? Jangan bermimpilah Raf. I dah ada boyfriend and i dah terima lamaran dia."

Rafael ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Alasan tak logik! You tak ada boyfriend Syam! I know..

"Oh really? Show me who's your boyfriend. Dengan cara tu i mungkin akan berhenti kejar you. Kalau tak, esok i ajak my parents jumpa family you. Pinang you."

Syamina mengetap bibir. Geram melihat Rafael yang suka memaksanya. Boyfriend? Itu cuma alasan. Dia mana ada boyfriend! Aduhhh... Macam mana ni..

Syamina terkulat-kulat sebelum anak matanya terpandang seorang lelaki melintasi dihadapannya sambil tersenyum padanya. Yes..!! Emran! Good timing!

Lantas tangan lelaki itu ditarik berdiri disebelahnya.

"Meet my boyfriend, Emran Hadi." Laju Syamina memperkenalkan lelaki itu kepada Rafael.

Sejenak Rafael meneliti sebelum ketawa semula.

"Tak perlu tipu I lah Syamina. Entah siapa yang you tarik jadi boyfriend ni. Entah-entah nama dia pun you tak tahu. Main sebut sukahati je." Rafael masih meneruskan tawanya.

"I'm serious. Dia boyfriend I. His name was Emran Hadi, age 32 and we all dah kenal 5 bulan. Sekarang ni, i dah terima lamaran dia and kami akan bernikah bulan depan."

Rafael mematikan ketawanya sambil menenung kedua wajah dihadapannya. Wajah Syamina dan lelaki bernama Emran Hadi itu tiada segaris senyuman pun. Seolah apa yang dikatakan Syamina tadi benar.

Rafael menelan air liur.

" Is it true? She's your girlfriend and you berdua nak kahwin?" Soal Rafael. Riaknya cuba dikawal walaupun hati sudah memberontak kecewa.

Syamina memandang Emran meminta lelaki itu menjawab dan Emran mengangguk seraya tersenyum.

"Yup. She's my future wife and we all akan nikah minggu depan. Ini kawan you ke sayang? Nanti wedding card siap kami bagi sekali ya."

Rafael menunduk kepala dengan hati yang rawan. Kecewa lagi? Tapi kenapa rasa ni lebih sakit dari kecewa dengan Izz dulu?

Rafael menggosok dahi, kemudian tengkuk. Terasa berat apa yang baru di dengarnya.

"I'm sorry dah paksa you terima I. I..."

"So lepas ni jangan datang sini lagi. I tak nak jumpa you Raf." Syamina mahu berlalu tetapi Rafael menahan lagi. Sempat Rafael menyelit kotak baldu didalam kocek baju uniform Syamina.

"5 tahun I tunggu you sampai i jumpa Izz. Setiap kali i pandang dia, i teringatkan you. You sendiri tahu apa jadi pada I. I admit i kaki perempuan, i pemabuk, lupa arah tujuan hidup i sebab i frust selepas you tinggalkan I. Kalau you dah tak nak jumpa I, okay. I tunaikan tapi i still nak you tahu, i still love you sepenuh hati I sebab you are my first love Syam.. Semoga you bahagia dengan kehidupan pilihan you."

Rafael berlalu pergi selepas meluahkan rasa hati. Matanya mula berkaca namun dikawal sebaiknya. Lantas cermin mata hitam disangkut ke wajah bagi menyembunyikan kesedihan.

Syamina terkesima, kaku selepas melihat wajah kecewa Rafael. Timbul rasa bersalah kerana menipu lelaki itu.

Emran Hadi? Cuma bekas pesakit yang pernah menerima rawatan dihospital itu. Sebab itu Syamina tahu serba sedikit tentang Emran Hadi kerana kekerapan lelaki itu datang menerima rawatan di hospital.

Sedetik, hati Syamina terus dijentik rasa bersalah menggunung. Bercampur rasa tika itu. Lega atau suka sebab Rafael tak akan mengganggunya lagi? Tidak!

Raf nak aku bahagia dengan kehidupan pilihan aku? Kenapa aku yang reject dia tapi aku turut rasa kecewa?

Dada ditepuk perlahan, menanyakan hati apa kemahuan sebenar dirinya..

Raf.. i do still love you..

Emran Hadi yang sedari tadi memerhatikan Syamina mengelamun menepuk perlahan bahu wanita itu.

"Are you okay Syamina? Siapa lelaki tu tadi?" Soal Emran Hadi ingin tahu.

"Dia Rafael... Kekasih saya.. Bakal suami saya." Lancar jawapan Syamina. Suami? Syamina seakan menemui jawapan untuk pertanyaan setiap satu soalan didalam hatinya.

Lantas kaki diarah berlari mengejar Rafael yang sudah lama berlalu. Dengan harapan sempat menahan lelaki itu dari pergi sekaligus meluahkan rasa hati yang sentiasa menjadi beban didalam dadanya selama ini. Kali ni, aku takkan tinggalkan Rafael lagi, macam dulu..

Semakin laju lariannya tetapi dia cuma sempat melihat Rafael sudah berlalu pergi dengan motosikal berkuasa tingginya. Laju meninggalkan kawasan hospital.

Raf...

****

Hatinya sakit lagi, kecewa lagi dan menangis lagi. Lagi sakit dari kecewanya pada Izz Aydin dahulu. Mungkin kerana Syamina itu cinta pertamanya..

Syam.. i really love you.. semoga you bahagia tanpa I Syam..

Pecutan motosikal semakin dilajukan membelah lebuhraya. Memintas kenderaan satu persatu dengan dengan kelajuan hampir mencecah 160km/jam.

Senyuman manis Syamina meniti disegenap ruang fikiran. Bersilih ganti dihadapannya. Pandangan mata mula kabur dek air mata yang mula terbit.

Seraya itu, semakin giat tangannya memulas handle, mengelak satu persatu kenderaan dijalan raya. Saat dia menukar laluan ke sebelah kanan, muncul sebuah kereta berwarna putih dari arah yang sama, menukar laluan yang dimasuki Rafael tanpa memberi isyarat menukar laluan.

Rafael hilang kawalan, tidak sempat mengelak kereta itu dan...

Bam!!!

jom follow i.g m.a.z_np.. boleh layan video and gambar dia orang ;) Please follow, rates and comments. tqqq ;)

Share this novel

esther marcus
2020-12-13 17:40:15 

oh no raf....jgn la teruk...syamina mesti rasa bersalah sgt kan nti...


NovelPlus Premium

The best ads free experience