Bab 42

Drama Completed 204768

Rafael duduk disebuah kafe yang pernah dikunjunginya bersama Izz Aydin satu ketika dahulu. Disitulah pertama kali dia meluah perasaannya kepada wanita itu melalui sebuah lagu. Sungguh hatinya rindu pada saat itu.

Air coca cola dihadapannya itu disedut perlahan sebelum telefon pintar miliknya dikeluar dari kocek. Setelah nama pemanggil yang ingin dihubungi dijumpai, belum sempat menekan tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang lantas mematikan pergerakkannya.

"Lama tak jumpa kau Raf. Sorang je?" Sapa lelaki itu mesra. Dia merupakan pemilik kafe itu merangkap rakan Rafael.

Rafael mengangguk tersenyum.

"Nampak kusut je. Tak nak perform malam ni?" Soal lelaki itu lagi.

"Tak lah. Tak ada mood. Aku saja duduk dengar band baru tu. sedap jugak diaorang nyanyi."

"Haah. Baru je sign kontrak dengan aku minggu lepas. Tu pun dah banyak yang aku tolak. Demand bukan main. Padahal band baru kot."

"Biasalah tu. Budak baru nak try bakat." seraya itu kedua mereka ketawa.

"Okay lah. Aku masuk dalam dulu. Nanti kita sembang lagi ya. Enjoy the show."

Rafael mengangguk menghantar pemergian rakannya itu. Telefon pintarnya tadi disimpan semula. Terbantut niatnya mahu menghubungi.

Matanya masih memandang ke arah hadapan, melihat kumpulan baru itu menyampaikan lagu kedua. Sesekali bibirnya bergerak mengikuti lirik penyanyi band itu.

Selepas beberapa minit disitu, Rafael mula bergerak pulang. Sempat matanya melihat pengunjung yang semakin lama semakin ramai. Ada juga wajah-wajah yang turut dikenalinya.

Sorotan matanya mula diliar sehingga ke sebuah meja yang diduduki 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Satu persatu wajah dimeja itu dilihat, cuma sekilas. Tiba-tiba anak matanya lekat, melihat wajah seorang wanita bertudung shawl berwarna merah jambu. Sejenak memerhati. Seakan kenal tetapi penampilan wanita itu sangat berbeza..

Baru sahaja mahu bergerak ke meja itu, tangannya digamit seseorang menyebabkan Rafael berhenti dan memandang ke hadapan. Terus berubah wajah Rafael menyapa susuk yang menggamitnya tadi.

"Hai Raf.. sorang je?" Sapa wanita seksi berskirt pendek itu. Jarinya liar menyentuh tangan berurat Rafael lalu menyulam jemarinya dijari Rafael.

Rafael segera menepis dan mengatur langkah bergerak keluar restoran itu. Muak asyik melihat wanita 'terdesak' itu. Seakan mengekorinya ke mana sahaja

"Raf..! Raf..! Tunggu I..!" Laung wanita itu sambil mengekori Rafael yang melangkah laju dengan kaki panjangnya.

Rafael berhenti apabila wanita itu menghalang pergerakannya.

"Kau nak apa?" Soal Rafael malas.

"I nak you lah.." jawab wanita itu. Jari telunjuknya runcing menghala ke dada Rafael.

"Kau ni sakit eh? Ke dah gila? Ber I you bagai. Rasa nak muntah lah."

"You bukannya bos I lagi. Jadi, tak perlu lah i panggil you tuan Rafael."

Balqis, wanita cantik secantik namanya. Tetapi nama tidak membawa apa-apa makna jika keperibadiannya tidak dijaga. Balqis masih tidak putus asa mengejar jejaka tampan bernama Rafael.

"I dengar you dah break up dengan Izz. Apa kata you couple dengan I. I boleh bagi apa saja yang you mahu. Hanya untuk you Raf."

"Hanya untuk aku?" Meletus ketawa Rafael, sampai terbongkok menghentak tangan dipaha. Kedengaran sangat lucu apa yang dikatakan Balqis itu.

"Kau ingat dengan gadai tubuh kau ni aku nak layan? Sedikit pun aku tak ingin dengan perempuan macam kau ni." Pedas sindiran Rafael kepada wanita bernama Balqis itu.

Terjegil mata Balqis menikam anak mata Rafael yang mentertawakannya.

"Tak apa. You gelak sampai you puas. Nanti i akan pastikan you sendiri merayu belas dari I!" Jerit Balqis lalu pergi dari situ. Sakit hatinya ditertawa dan dihina Rafael.

Sudah banyak kali dia bertembung dengan lelaki itu tetapi layanan Rafael tidak pernah berubah terhadapnya. Pasti cacian dan makian sahaja dilontarkan.

Kakinya dibawa menuju ke sebuah kereta toyota Vios berwarna hitam. Pintu bahagian penumpang bahagian penumpang dibuka luas dan ditutup kasar.

"Kenapa you marah sangat ni? You tau kan dia takkan layan you." Timbul satu suara garau lelaki didalam kereta yang sama bercakap dengan Balqis.

"Jangan nak tambahkan sakit hati I lah!" marah Balqis. Sisa rokok yang masih menyala ditangan lelaki itu diambil dan disedutnya dalam sebelum dihembus. Satu sedutan lagi dan dihembus perlahan bersama dengusan kuat.

"Lebih baik you temankan I. I boleh layan you sampai you jejak ke bintang."

Balqis menoleh ke tepi lalu tersenyum nipis. Janggut jarang lelaki itu diusap perlahan, membuatkan lelaki itu mendekatkan wajahnya menghidu haruman Balqis.

"Johan.. I'm so lucky to have you!"

Tangan Johan mengelus paha putih milik Balqis dan bibir wanita itu dikucup rakus sebelum kemudiannya memecut laju kereta meninggalkan tempat itu. Kemana lagi kalau bukan ke tempat biasa, melepas nafsu serakah mereka itu..

Rafael sempat melihat Balqis masuk ke dalam kereta Johan. Bibirnya ketawa sinis, benci melihat wanita itu. Mahu memikatnya, tapi dalam masa yang sama melayan lelaki lain juga.

Tiba-tiba Rafael teringatkan wanita bertudung yang dilihatnya tadi semasa di dalam kafe. Lantas kakinya berpatah balik untuk mencari wanita itu.

Mata diluaskan mencari dimeja tadi namun tidak lagi dijumpai. Hampa rasa hatinya kerana peluang yang ada tadi tidak sempat digunakan.

Syamina.. bisik Rafael.

****

Bau harum tumisan masakkan mula mengisi segenap ruang kondominium itu. Turut kedengaran muzik, yang dipasang tidak terlalu nyaring tetapi cukup menyedarkan Razin yang enak diulit mimpi.

Perlahan matanya dibuka dan melihat disebelahnya sudah kosong. Pasti Izz Aydin sudah bangun. Dia mengeliat sebentar lalu bangun dari katil. Tengkuk digosok sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik tidur.

Bibirnya mengoyak senyuman melihat Izz Aydin yang sedang leka menari, menyanyi sambil memasak. Senang hatinya melihat isteri kesayangannya itu ceria pagi ini. Sesekali skrit paras lutut dipakai Izz Aydin turut beralun lembut mengikuti lenggok tarian rambang wanita itu.

Tubuh Izz Aydin yang membelakanginya itu didekati dan dirangkul erat. Kucupan ringkas singgah dipipi wanita itu.

Tersentak Izz Aydin tetapi senyuman diukir sebaik melihat wajah Razin yang menongkat dibahunya.

"Morning abang."

"Morning sayang. Kenapa tak kejutkan abang? Boleh abang tolong sayang masak sediakan sarapan."

"Takpa. Saya tengok abang macam penat je. Lepas subuh tertidur balik. Tu la saya biarkan je."

"Okay. Hmm sayang masak apa ni. Sedap bau buat perut abang lapar pagi-pagi ni."

"Nasi goreng daging dengan telur mata je. Abang duduk dulu. kejap lagi saya hidang ya."

"Okay sayang. Abang mandi dulu lah. Nanti abang ada kerja sikit nak buat." Razin meleraikan pelukan dan berpatah balik menuju ke dalam bilik.

Izz Aydin menjeling sekilas sambil mengguman bibir.

"Hujung minggu pun sibuk buat kerja. Sama je lah rasa mcm tak ada teman kat rumah ni. Baik pergi office je kan." Sambil merungut, tangannya ligat mencedok nasi yang sudah siap di goreng ke dalam mangkuk. Air teh juga turut dihidang bersama cawan dan pinggan bersih.

****

Hujan yang turun dari petang tadi masih berlarutan sehingga ke malam. Izz Aydin melontar pandangan ke luar tingkap. Ralit memerhati linangan air hujan yang bergerak perlahan menuruni tingkap kaca bilik itu.

Novel ditangannya ditutup dan diletakkan ke tepi. Dia kemudiannya turun dari katil lalu memeluk tubuh menikmati pemandangan malam.

Tiba-tiba dia teringatkan gambar yang pernah dimuat naik oleh Melissa beberapa hari lepas. Gambar Melissa dan Razin sedang bercuti ke luar negara dengan caption 'throwback pre wedding honeymoon trip'. Sungguh mesra wanita itu didalam pelukan Razin.

Difikirannya sudah bermacam-macam gambaran membayangkan Razin melayan mesra Melissa sebelum kewujudannya didalam hubungan Razin dan Melissa. Entah bagaimanalah pergaulan mereka sebelum ini.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak perlahan dan wajah Razin menyapa pandangannya.

"Buat apa berkurung dalam bilik ni? Tak nak temankan abang kat luar?"

"Tak nak. Bukannya abang layan saya pun. Sibuk memanjang dengan kerja."

"Oh merajuk sebab abang tak layan lah ni ya." Razin terus memeluk erat Izz Aydin. Satu ciuman diberikan dibibir muncung si isteri dan Izz Aydin tersenyum.

"Hmm abang..saya nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia? Tanya je lah."

"Abang dengan Melissa sebelum ni macam mana?"

Razin melonggar pelukan memandang Izz Aydin dihadapannya.

"Macam mana apa?" Soal Razin pelik.

"Ye lah. Saya tengok Cik Melissa tu macam sayang sangat kat abang. Tak lama lagi kan korang nak kahwin." Izz Aydin menunduk memandang jarinya sendiri. Tipulah kalau hatinya tidak terusik dengan hal itu.

"Hah? Kahwin? Kita orang tak decide pun bila nak kahwin and abang dah buat keputusan nak putuskan pertunangan dengan dia."

Segera Izz Aydin memandang Razin.

"Putuskan? Habis tu, yang dia selalu kat suite abang tu. Abang layan dia cium peluk bagai. Apa semua tu?"

"Abang cium dia? Mana ada. Abang masih jaga batas abang tau. Abang tak pernah sentuh dia walaupun banyak kali dia goda abang. Setakat pegang tangan tu ada lah."

Dari berwajah masam terus berubah ceria wajah Izz Aydin. Lega hatinya Razin tidak pernah melakukan perkara seperti yang difikirkannya.

"Sorry dah fikir bukan-bukan."

"Takpa. Abang suka sayang tanya abang macam ni. No more secret right?"

Izz Aydin mengangguk lalu tersenyum.

"Hmm giliran abang pulak nak tanya."

"Tanya apa?"

"Kenapa masih pakai rantai ni? Raf bagi dulu kan." Razin menyentuh sedikit rantai berloket matahari yang masih tergantung dileher Izz Aydin. Pada mulanya tidak kisah isterinya memakai tapi lama kelamaan perasaannya jadi kurang senang.

"Err lupa nak buka. Nanti saya buka ya."

Razin tiba-tiba memusingkan tubuh Izz Aydin.

"Abang bukakan sekarang. Nanti bagi balik dengan Raf."

"Eh abang ni..Dengan rantai pun nak cemburu ke?"

"Tak kisah lah. Sayang isteri abang. Sayang pakai apa yang abang bagi je. Kalau orang lain, abang tak benarkan."

Terangguk-angguk Izz Aydin mendengar 'amaran' itu. Malas mahu berbalah disebabkan hal sekecil itu. Cemburu sangat dah dia ni. Ish Ish Ish..

Rantai itu kemudiannya diletakkan diatas meja solek.

"Okay.. Dah buka. Sayang nak tidur, tidur dulu. Kerja abang ada sikit je lagi."

"Okay. Jangan tidur lambat sangat. Esok nak masuk office kan." Pesan Izz Aydin.

"Okay sayang. Good night." Dahi Izz Aydin dikucup perlahan dan Razin melangkah keluar semula.

Laptop yang masih terbuka ditatap lagi sebelum telefonnya menerima pesanan. Saat matanya membaca pesanan itu, bibirnya mengoyak senyuman paling menggerunkan.

I knew it!

*****

Keesokan harinya Izz Aydin dan Razin pergi kerja bersama seperti biasa. Sesekali jemarinya menyentuh lembut jari Izz Aydin sambil membetulkan cincin perkahwinan mereka dijari manis wanita itu.

Bukan main suka lagi Razin melihat penampilan isterinya. Sudah hilang gaya tomboy dan diganti dengan wanita yang sangat menawan dimatanya. Ruang pakaian Izz Aydin juga sudah dipenuhi dengan pakaian yang dipilihnya sendiri, sesuai dengan si pemakai.

Cuma kasut tidak dapat diubah kerana Izz Aydin masih tidak selesa memakai kasut tumit tinggi. Tapi masih boleh diterima juga mengenakan flat shoe atau sandal yang masih menonjolkan ciri kewanitaan. Cuma kadang-kadang sahaja masih mengenakan sneakers jika berseluar jeans.

Seperti biasa Razin akan keluar dahulu sambil disambut oleh Yana dan Daniel dimuka pintu. Izz Aydin pula akan memakir kereta dan turut berlalu ke dalam hotel. Bibirnya tersenyum manis menyapa rakan sekerja sehinggalah anak matanya memandang Melissa yang baru tiba dengan kaca mata hitam besar diwajahnya. Kemunculan wanita itu dengan lagak divanya berpisah tiada.

"Waw cinderella dah berubah. Dah tak tomboy macam dulu. Dah pakai barang branded. Mesti kau rasa macam mimpi kan dapat kawin dengan anak orang kaya." Melissa memandang Izz Aydin dari atas ke bawah dengan pandangan jelek. Kaca mata hitamnya yang sudah dibuka dimasukkan ke dalam beg tangan berjenama Gucci.

Izz Aydin menyilang kedua tangan sambil berdiri malas. Malas mahu melayan, malas mahu berjawab tetapi terasa hati juga disindir wanita itu tadi. Dia tidak mahu dipandang rendah oleh Melissa lagi.

"Saya tak pernah rasa ini mimpi sebab ini memang realiti yang saya kahwin dengan anak orang kaya. Saya rasa Cik Melissa yang patut sedar dari mimpi. Mimpi untuk memiliki suami saya yang takkan menjadi realiti."

Merah padam wajah Melissa mendengar. Bukan main sekarang dah pandai sindir aku! Bentak hati Melissa.

"Kau jangan ingat aku akan biarkan kau dengan Razin tau sebab Razin tu milik aku!"

"Tsk! tsk! tsk! Kesian. Apa kata Cik Melissa berhenti ganggu kami. Bawak-bawak la bertaubat. Esok lusa dijemput Tuhan, tak ke menyesal sebab tak sempat bertaubat."

Melissa mendengus kasar sambil mengepal tangannya.

"Kau memang saja nak naikkah darah aku kan.!" Seraya itu tangannya dihayun tinggi, ingin menampar Izz Aydin tetapi Izz Aydin sempat tersenyum sebelum menahan tangan itu dari mencecah wajahnya.

Tergamam Melissa. Ternyata genggaman Izz Aydin lebih kuat. Sehingga pergelangan tangannya sendiri terus terasa sakit. Meronta Melissa minta dilepaskan.

"Jangan fikir saya akan biarkan tangan Cik Mel sentuh saya lagi. Dulu saya tak melawan sebab saya rasa bersalah merampas Razin dari Cik Mel tetapi sekarang, saya akan pertahankan diri saya dan hubungan kami dari orang yang mahu memporak perandakan rumah tangga kami. Razin suami saya, hak saya!" Tegas Izz Aydin menoktahkan kata-kata.

Tangan Melissa ditolak kasar. Sempat senyuman sinis diukir untuk wanita itu.

"Jangan malukan diri sendiri Cik Melissa. Cik Mel public figure. Nanti tak pasal-pasal sendiri malu sebab ganggu suami orang dan serang saya disini."

Walaupun suara Izz Aydin perlahan memberi amaran, tetapi ia tetap menusuk dalam ke hati. Semakin membuat Melissa bertambah benci. Wajahnya merah padam menahan amarah.

Melissa menghentak kaki dan terus berlalu. Tersangat sakit hatinya melihat Izz Aydin yang sudah berani melawannya. Dikepalanya sudah merencanakan bermacam cara untuk menghapuskan wanita itu.

Kau tunggu lah Izz.. aku takkan biarkan Razin jadi milik kau..!

***

Razin duduk merenung Daniel dihadapannya. Otaknya tidak berhenti berfikir sedari tadi. Wajahnya pula menahan seribu satu rasa yang bercampur aduk. Perlahan tubuhnya diangkat dan mundar mandir dihadapan Daniel.

"Aku memang dah agak ni kerja daddy aku." Kata Razin. Berdenyut-denyut kepalanya menahan marah.

"Ya tuan. Saya dah siasat dan saya nampak sendiri Datuk Halim serahkan maklumat tu kepada Izz. Saya ada copy rakaman tu. Tuan nak tengok?"

"Tak pa. Kau simpan dulu."

Tiba-tiba pintu pejabat itu ditolak perlahan dan wajah ceria Izz Aydin terjengul tersenyum. Razin segera merubah riak senyum melihat isterinya.

"Sibuk ke?" Soal Izz Aydin lalu melangkah menghampiri Razin. Senyuman manis sempat dilemparkan kepada Daniel.

"Sibuk jugak. Hari ni sayang balik dengan Yana boleh? Abang balik dengan Daniel. Abang ada urusan luar jumpa client. Sayang pun nak temankan Yana fitting baju nikah dia kan."

"Haah. Kejap lagi nak pergi. Tu la saja jumpa abang ni sebelum bertolak."

"Takpe ke Daniel dengan abang?" Soal Izz Aydin sambil memandang Daniel.

"Tak apa Izz. Nanti saya akan hantar suami awak balik. Saya tak akan culik dia." Gurau Daniel seraya ketawa kecil. Izz Aydin menjeling sambil ikut ketawa.

"Okay. Saya jalan dulu. Bye." Tangan Razin dicium sebelum melangkah keluar dari pejabat itu.

Sejenak selepas pemergian Izz Aydin, Razin menyarung semula kot yang tersangkut dikerusi. Ditangannya turut membawa sampul yang mengandungi sejuta rahsia itu. 'Client' yang bakal ditemuinya nanti adalah seseorang yang terlalu banyak memusnahkan kebahagiannya. Perhitungan akan dibuat, biarpun akan melukakan perasaan orang lain.

jom follow ig m.a.z_np boleh borak² ;) Please follow, rates and comments. tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience