Bab 50

Drama Completed 204768

Ponnnnnnnnnnn!!!!

Panjang hon kereta ditekan Daniel sekaligus memberhentikan tindakan gila Melissa yang sedang mencengkam erat di leher Izz Aydin. Serentak Izz Aydin dilepaskan lalu jatuh melorot ditepi dinding sementara Melissa terjelopok dilantai.

Melissa memaut kedua lututnya ke muka lalu menangis teresak-esak.

Belum sempat kereta berhenti, Razin sudah menolak daun pintu kereta dan mengerah sehabis tenaga, berlari laju mendapatkan Izz Aydin yang terkulai layu ditepi dinding. Tubuh Izz Aydin terus dipangku.

"Sayang.. sayang..!" Panggil Razin nyaring sambil menggoncangkan tubuh Izz Aydin. Cemas! Berpeluh-peluh dahinya.

Detakkan jantungnya mula tidak sekata melihat wajah pucat wanita kesayangannya itu. Melissa? Lansung tidak dipandangnya!

"Sayang! Bangun..!" Panggil Razin lagi dengan nada sedikit perlahan. Takut! Razin mula takut andai kehilangan Izz Aydin tika itu.

Telinga dibawa ke hidung Izz Aydin. Memeriksa nafas wanita itu. Hah! Ada!

Razin melepaskan nafas lega sedikit namun masih dihurung ketakutan melihat Izz Aydin masih memejam kedua matanya rapat.

Pipi mulus isterinya ditepuk perlahan bersama panggilan.

Seketika, Izz Aydin dilihat menarik satu nafas dalam dan panjang. Tercungap-cungap memaksa udara segar memasuki rongga pernafasan yang mula terbuka luas.

"Sayang sayang..."

"Tarik nafas.. hembuss..Tarik nafas lagi.." belakang Izz Aydin diurut perlahan dan arahan itu diikuti dengan mata yang sedikit terbuka. Berulang-ulang sehinggalah nafasnya mula teratur.

"Sayang.."

Izz Aydin membuka mata luas dan wajah Razin menyapa pandangan. Saat itu, aliran cecair hangat mula mengalir halus.

"Abangg.." merintih halus Izz Aydin didalam pelukan Razin.

"Shhhuuu.. jangan nangis. Abang ada. Abang ada.." Pujuk Razin. Tubuh Izz Aydin didakap erat sambil diusap perlahan. Lega.. satu nafas lega dihela..

Razin menghalakan pandangan ke arah Melissa yang masih menangis. Terasa kembang kepalanya menahan marah melihat tindakan wanita itu sebentar tadi. Mujur dia dan Daniel sempat menghalang dan tiba tepat pada waktunya.

"Apa you cuba buat Melissa?!" Tengking Razin nyaring. Matanya semakin tajam menikam wajah Melissa yang mula merangkak perlahan menghampirinya.

Melissa memaut lengan Razin, menangis teresak-esak dihadapan lelaki itu.

"Zin.. I just want you back. I love you so much. Please.. don't leave me." Rayu Melissa tanpa rasa bersalah.

"You cuba bunuh isteri I dan you masih merayu nak I kembali pada you?Are you insane?!" bergema tengkingan Razin di ruang letak kereta itu.

Melissa menunduk wajah dengan tangisan yang semakin melebat.

"Memang I gila. I gila sebab you! You yang buat i jadi gila! Kenapa you susah sangat nak terima I?"

"Stop it Melissa! Semua orang dah tahu pasal you. Jangan sampai I sumbat you dalam penjara sebab cuba bunuh isteri I!" Gertak Razin. Sakit hatinya melihat Melisaa tika itu. Lansung tidak rasa bersalahkah..

"Please jangan. I tak nak masuk penjara. Izz, i'm sorry.." rayu Melissa kepada Izz Aydin pula. Tangannya menarik tangan Izz Aydin yang masih lemah tetapi ditolak kasar oleh Razin.

"Don't you ever! Try to touch my wife..again!" Melambung naik nada Razin menengking.

Daniel menapak menghampiri selepas memanggil pengawal keselamatan. Tercengang pengawal itu melihat kejadian dihadapannya. Barusan tadi dia bertegur sapa dengan Izz Aydin.

"Kau dengar sini Melissa! Aku haramkan kau datang ke sini dan kalau kau cuba jejak kaki dikawasan ni, aku takkan teragak-agak report kau pada polis. I warned you before and this is my last warning! Kau jangan cabar kesabaran aku!" Tajam jari telunjuk dihala kehadapan muka Melissa.

"Guard! Kau dengar apa aku cakap kan. Kau halau perempuan ni dari sini! Now!"

"Ba.. baik Tuan." Pengawal itu menarik Melissa supaya mengikutinya dan Melissa dibawa menuju ke kereta miliknya.

Masih menangis teresak-esak Melissa tika itu namun rasa bersalah tidak sedikit oun hinggap dihatinya. Bibirnya mengukir senyuman tiba-tiba. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam kereta. Air mata diseka kasar dan enjin kereta dihidupkan.

Berdecit tayar kereta saat pedal minyak ditekan kuat meninggalkan kawasan kondominium itu.

"Kau tunggu Izz. Aku masih ada lain hari untuk bunuh kau!" Melissa seakan orang gila. Ketawa, menangis dan merintih sendiri sambil memandu dengan laju.

***

Izz Aydin merebahkan badan selepas membersihkan diri. Kepalanya tiba-tiba terasa berat. Razin pula masih membelek leher isterinya yang kelihatan sedikit merah akibat dicengkam Melissa tadi. Timbul kerisauan melihat wajah Izz Aydin.

"Kita pergi clinic jom. Kita check mana tahu ada cedera kat mana-mana ke." Razin membelek tubuh isterinya pula, memeriksa andai ada kecederaan lain.

"Tak payah. Saya okay. Pening sikit je."

"Esok kita tak payah balik kampung dulu la. Abang rasa opah dengan atuk tak kisah kalau kita lewatkan sikit nak balik kampung tu." Cadang Razin.

"Tak apa. Lepas rehat saya okay lah. Dah makan panadol dah tadi kan. Abang janganlah risau sangat."

"Macam mana abang tak risau. Nasib baik kami sempat sampai tadi. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Melampau lah Melissa ni." Dengus Razin keras.

"Dah lah tu. Saya okay ni kan. Abang baring la sini. Temankan saya." Izz Aydin menarik lembut tangan Razin supaya berbaring disebelahnya.

Razin mengeluh halus lalu menuruti permintaan isterinya itu. Tubuh Izz Aydin dibawa dalam pelukan dan dahi wanita itu dikucup lama.

"Maafkan abang tak jaga sayang." Ujar Razin perlahan. Dia semakin merangkul erat isterinya, mengusap lembut kepala wanita itu sehinggalah Izz Aydin tertidur.

Usai memastikan Izz Aydin terlena, Razin bangun semula. Telefon bimbit dicapai dan dibawa keluar. Nombor seseorang dihubungi.

"Aku nak kau hire orang ikut Melissa. Aku nak tahu setiap pergerakan dia dan jangan bagi dia dekat dengan isteri aku." Arahan diberikan dan talian terus dimatikan.

Melissa..

*****

Suasana malam itu sangat mendamaikan diiringi angin malam yang menyapa lembut sekaligus menyegarkan sedikit tubuh yang terasa lesu. Bunyi unggas dan cengkerik juga bersilih ganti, menjerit nyaring memecah kesunyian.

Razin menapak perlahan menghampiri Izz Aydin yang sedang leka menikmati pemandangan malam dipangkin rumah Tok Adam itu. Sudah 3 hari mereka berada dikampung, menghantar Opah Biah dan Tok Adam sekaligus merehatkan diri dikampung.

Shahril dan Yana pada masa itu masih berbulan madu dan bakal pulang lagi 2 hari.

Razin mengambil tempat disebelah Izz Aydin, turut menghayati pemandangan malam yang disinari cahaya bulan. Bibirnya tersenyum sedikit melihat wajah tenang isterinya. Seperti tidak terkesan dengan kejadian Melissa menyerangnya tempoh hari.

"Sayang okay tak ni?" Soal Razin memecah kesunyian. Izz Aydin menoleh ke arah Razin seraya tersenyum.

"Okay."jawab Izz Aydin sepatah.

"Ermm abang nak tanya sesuatu boleh tak?"

"Tanya je lah."

"Pasal ayah tiri sayang?" Bertukar hambar senyuman Izz Aydin mengalihkan pandangan.

"Abang nak tanya apa?"

"Dulu abang pernah dengar sayang mengigau tidur, menangis. Boleh abang tahu kenapa? Ada kaitan dengan ayah tiri sayang ke?"

Izz Aydin menarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Mengisi kekuatan sebelum memulakan bicara.

"Dulu lepas mak meninggal, saya tinggal dengan Pak Cik Mus. Sebenarnya saya ada adik tiri, Nizam. Umur dia 5 tahun masa tu. Dia anak Pak Cik Mus dengan bekas isteri dia. Kami selalu kena tinggal dirumah. Pak Cik Mus kuat berjudi sampaikan satu masa tu dia kena kejar dengan along sebab tak dapat bayar hutang." Izz Aydin berhenti sejenak sambil menarik nafas yang terasa semakin berat.

Razin duduk mendekat lalu menggenggam erat tangan Izz Aydin.

"Kalau sayang tak nak cerita, tak apa. Abang faham." Bahu isterinya itu diusap perlahan.

Izz Aydin tersenyum kelat lalu menyambung semula bicara. Mungkin dengan cara ini dia boleh melepaskan sedikit sisa kesakitan yang ditanggung selama ini.

"Pada satu masa tu, Pak Cik Mus balik dalam keadaan mabuk. Dia buka pintu bilik saya. Pada mula tu saya tak rasa apa sebab memang selalu keadaan dia macam tu bila mabuk. Tapi lepas saya tengok ada orang lain kat belakang dia, saya terus takut. Wajah orang tu, bengis sangat dengan mata yang merah. Saya terus tersedar yang orang itu berniat jahat." Saat itu Izz Aydin mula menunduk kepala, dan esakkan halus mula kedengaran.

"Dia cuba tarik saya. Dia peluk saya. Dan.."

"Sayang. Dah. Tak perlu cerita lagi okay. Sorry abang dah tanya soalan macam tu." pujuk Razin dengan mengeratkan pelukan. Tangisan Izz Aydin tika itu semakin lebat menyebabkan dirinya turut merasa kesedihan wanita itu.

Izz Aydin menggeleng kepala mengesat air mata yang membasahi pipi.

"Orang tu cuba rogol saya. Tapi nasib baik Nizam tolong. Dia pukul lelaki tu dan saya larikan diri sampai ke rumah opah. Sejak dari hari tu, opah dengan atuk yang jaga saya. Sehinggalah saya dikejar lagi oleh lelaki yang sama masa saya balik dari kedai. Masa saya lari tu, saya kena langgar dan.."

"Dan abang lah yang langgar sayang masa tu." Pintas Razin laju.

Izz Aydin memandang Razin bersama genangan air mata yang masih bersisa sebelum diseka.

"Maafkan abang." Razin mengemaskan pelukan sambil mengucup dahi Izz Aydin berkali-kali. Hatinya dipagut sayu.

"Abang tak salah. Dah takdir saya jadi macam tu. Abang sendiri pun mangsa sampai abang trauma." ujar Izz Aydin perlahan.

Razin mengusap lembut kepala Izz Aydin lalu dikucup.

"Hebatkan aturan Dia. Walaupun kejadian tu dah 12 tahun, tapi Dia temukan semula kita dalam situasi yang lebih indah. Dia bagi peluang untuk abang tebus kesalahan abang dan abang janji akan jaga sayang sampai hujung nyawa abang." Razin menghela nafas. Sungguh hatinya sudah terlalu sayang pada wanita itu.

Izz Aydin mengangguk didalam dakapan Razin. Sedikit tenang selepas meluah apa yang terbuku didada selama ini.

"Hmm nanti kita pergi rumah abah nak?"

Izz Aydin menegak tubuh lalu memandang Razin.

"Abah?"

Razin mengangguk perlahan.

"Pak Cik Mus abah sayang kan. Abang memang dah tahu sebab abang ada suruh Daniel siasat pasal abah. Walaupun abang dah lupakan dendam abang tapi hati abang rasa macam tak tenteram kalau kita masih tak berbaik dengan abah."

Izz Aydin terdiam menekur lantai.

"Jadi, abang nak kita sama-sama jumpa abah. Kita minta maaf pada dia dan abang rasa abah mesti nak jumpa sayang kan. Kalau abang boleh maafkan daddy, sayang mesti boleh maafkan abah. Sayang kan pernah kata, bagi peluang untuk orang berubah sebab peluang untuk berubah bukan hanya sekali dan tak semestinya untuk seorang."

Izz Aydin masih diam. Tidak tahu mahu mengangguk atau menggeleng.

****

Datin Maria tersenyum sambil membelek majalah dipegangannya. Satu persatu muka surat dibuka, membaca setiap ayat yang ditulis dengan perasaan lega.

"Apa yang awak baca tu Ria? Tersenyum-senyum je saya tengok." Tegur Datuk Halim lalu duduk disebelah isterinya itu. Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu dihalakan ke televisyen. Punat berwarna merah ditekan.

"Ni, saya baca pasal Razin dengan Izz ni lah. Akhirnya tak perlu dah dia orang nak menyorok lagi. Saya tumpang bahagia untuk anak dan menantu kita ni bang." Luah Datin Maria. Datuk Halim turut tersenyum.

"Tu lah. Abang pun suka tengok Zin bahagia sekarang. Abang pun bersyukur sangat dia dah maafkan kesalahan abang." Perlahan suara Datuk Halim meluah rasa hatinya.

"Kita doakan semoga dia orang bahagia sampai bila-bila ya." Ujar Datin Maria seraya memaniskan wajah memandang Datuk Halim.

"Abang pun doakan benda yang sama."

"Sekarang ni kita kena fikirkan pasal Raf pulak. Apa lah perasaan dia sekarang. Betul-betul dah lupakan Izz ke dia tu." Keluh Datin Maria pula. Terlepas keluhan kedua memikirkan anak lelakinya yang seorang itu.

****

Izz Aydin ketawa kecil melihat gelagat Razin menjolok buah mangga dihalaman rumah Tok Adam. Hampir 20 minit usahanya itu namun belum sebiji pun gugur ke tanah. Peluh mula menitik membasahi baju dek matahari yang mula menegak di atas kepala.

Opah Biah yang berada di beranda menggeleng kepala melihat lalu turun berjalan menuju ke arah Razin.

"Bila nak dapat buahnya? Hari dah panas dah ni." Opah Biah turut mendongak ke atas melihat mangga muda yang dijolok Razin.

"Sikit lagi opah." Sahut Razin. Dia masih ligat menjolok namun belum berhasil.

"Mari sini biar opah yang buat. Alahai.. macam ni lah orang bandar, nak jolok buah pun tak reti. Kalau orang mengandung yang mengidam, mahu menangis menunggu buah ni." Bebel Opah Biah lalu mengambil galah dari tangan Razin.

Razin tersengih menggaru kepala. Izz Aydin pula semakin galak ketawa melihat gelagat suaminya itu. Tidak pula menolong sedangkan dia lebih mahir.

Tidak sampai 2 minit, terdengar beberapa biji buah mangga muda gugur ke tanah. Razin dan Izz Aydin membantu mengutip lalu dimasukkan ke dalam bakul.

"Cukup?" Soal Opah Biah sambil menegakkan galah ditepi pokok mangga.

"Cukup lah ni opah. Bukannya Izz makan pun buah mangga ni. Masam." Ujar Izz Aydin sambil menunjukkan mimik muka 'masam'nya. Dia memang kurang gemar dengan mangga muda. Kalau mangga yang dah masak ranum, barulah dia makan. Itu pun sekadar sehiris dua sahaja.

Sementara itu Razin sudah menelan air liur menghidu bau mangga muda itu. Sejak dari mereka datang ke kampung itu lagi dia sudah melihat buah mangga itu tergantung dipokok dan baru hari ini menyatakan keinginannya dengan mangga itu.

"Dah jom masuk. Sekejap lagi nak masuk waktu zohor. Nanti Izz potong-potongkan mangga tu. Senang sikit nak makan." Kata Opah Biah. Ketiga mereka terus berlalu ke dalam rumah.

Razin menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sementara Izz Aydin dan opah Biah berada didapur menyiapkan sedikit lagi hidangan untuk makan tengah hari mereka. Tok Adam pula waktu itu sudah ke masjid untuk bersolat Zohor.

Opah Biah duduk disebelah Izz Aydin yang sedang memotong buah mangga. Wajah cucunya dilihat sekilas sebelum memulakan bicara.

"Zin kata kamu berdua nak ke rumah Pak Cik Mus petang ni?"

Izz Aydin tersenyum kelat sambil mengangguk sedikit.

"Izz dah sedia nak jumpa dia?" Tangan Opah Biah naik menyentuh lengan Izz Aydin pula

Izz Aydin melepaskan pisau ke tepi dan meletakkan tangannya diatas tangan Opah Biah.

"Kalau nak tunggu Izz bersedia, sampai bila-bila pun Izz tak sedia. Sakit tu Izz masih rasa tapi Izz dah tak nak tanggung. Mungkin dengan cara memaafkan boleh buat Izz rasa tenang dan Izz pun nak minta maaf pada abah sebab selalu abaikan permintaan dia nak jumpa Izz."

"Baguslah kalau macam tu. Lega opah dengar. Baik atau buruk, dia masih keluarga kita. Mesti Pak Cik Mus gembira Izz nak jumpa. Nanti kirim salam dekat dia ya."

Izz Aydin mengangguk lalu meneruskan kerja memotong buah mangga itu. Hirisan yang sudah dipotong itu dicuci dan diambil secebis lalu dimasukkan ke dalam mulut. Terus segera diludah mangga itu. Menggeletar tubuhnya. Uwekk! Masamm! Eee kenapalah orang suka sangat mangga muda ni. Tak sedap! Kritik Izz Aydin sendiri.

Razin yang baru selesai mandi sempat mencapai beberapa hirisan mangga didalam mangkuk yang masih berada ditangan Izz Aydin.

"Mm sedapnyaa.." terpejam mata Razin sambil mengunyah beberapa hiris mangga sekaligus.

Izz Aydin menjengket-jengket bahu, terasa kembang air liur melihat selera suaminya itu. Haish! Lain betul selera dia ni.

jom follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments! tqq! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience