Bab 48

Drama Completed 204768

Saat wajah wanita yang baru bergelar isteri itu menyapa pandangan, hati Shahril terus terpaut erat. Rasa cinta dan sayangnya pada Yana juga terus bercambah sehingga saat itu tiada orang lain yang dilihatnya disitu. Hanya Yana seorang, permaisuri hatinya.

Perlahan tangan Yana memaut lengan Shahril dan kedua mempelai itu berjalan perlahan menuju ke pelamin yang tersergam indah. Paluan kompang dan selawat turut mengiringi kedua mempelai itu diikuti Rafael sebagai pengapit lelaki dan Syamina pengapit perempuan.

Sedari tadi Rafael memerhatikan susuk Syamina disebelah Yana, hatinya turut berbunga melihat wajah anggun wanita itu. Tidak menyangka bahawa wanita itu menggantikan Izz Aydin sebagai pengapit perempuan. Melonjak lonjak hatinya gembira bersua muka dengan wanita itu.

Izz Aydin pula duduk disebelah Razin sambil memerhatikan pasangan pengantin di atas pelamin indah. Bibirnya terus terusan mengukir senyum bahagia buat sahabat dan abang sepupunya itu. Pandanganya dialihkan pula kepada Opah Biah dan Tok Adam yang duduk semeja dengannya. Bibir tua keduanya tidak lekang tersenyum melihat cucu lelaki kesayangan mereka itu sudah mendirikan rumah tangga.

Razin turut tersenyum melihat wajah gembira isterinya itu. Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya ditelinga Izz Aydin, mahu membisikkan sesuatu.

"Sayang, kita buat majlis resepsi macam ni nak tak?" Izz Aydin menoleh ke arah Razin dengan sedikit senyuman pelik.

"Majlis resepsi? Tak payah lah. Bukannya kita baru kahwin semalam."

"Tak kisah la kahwin semalam ke, sebulan ke. Abang nak buat untuk sayang sebab ni perkahwinan pertama sayang. Setiap orang kan ada impian dan angan-angan untuk hari bahagia. Sayang mesti ada jugak kan dan abang mampu nak bagi apa yang sayang impikan walaupun abang ni bekas duda."

Izz Aydin tersenyum lalu menyulam jemarinya dengan jemari Razin.

"Memanglah abang mampu tapi semua tu tak penting. Yang penting kita bahagia, saling sayang dan saling percaya. Itu pun dah memadai. Cuma.."

Razin mengerutkan kening. "Cuma apa?"

"Cemburu abang tu kena buang sikit. Kalau tak, saya yang lari nanti. Mengalahkan cemburu orang perempuan. Buruk.."

Razin ketawa kecil. Nak buat macam mana! Dah lama menduda, baru rasa bercinta semula. Memang lain lah rasa cemburu tu..

"Ye, abang tak buat dah. Abang tahu sayang pandai jaga diri, jaga hati. Tapi kan sayang, tak semua tahu status kita ni and sampai bila nak sorok sayang sebagai isteri abang."

"Alahh bukan susah pun. Upload gambar kita dalam instagram je, lepas tu letak caption 'married'! Ha kan senang. Jimat duit." Ketawa kecil Razin mendengar. Ada sahaja jawapan dari bibir isterinya itu jika diajak berhujah.

Tiba-tiba telefon milik Razin berbunyi menandakan ada panggilan masuk dan tautan tangan mereka dileraikan.

"Hello..."

"Hmm.. okay. Aku keluar sekarang." Razin bangun dari duduk namun Izz Aydin menarik semula tangan Razin. Hairan melihat wajah lelaki itu tiba-tiba berubah serius.

"Abang nak pergi mana? Siapa call?" Soal Izz Aydin dengan kerutan didahi sementara Razin memaniskan wajahnya memandang Izz Aydin.

"Abang keluar sekejap. Ada hal sikit kat luar. Sayang jangan keluar tau. Sekejap lagi abang masuk balik."

Izz Aydin tidak mengangguk. Hanya memandang langkah kaki Razin yang semakin laju menuju keluar pintu dan terus hilang dari pandangan. Daniel juga turut membuntuti Razin dari belakang.

Kelakuan itu sedikit pelik dilihatnya. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tanpa berlengah, Izz Aydin turut keluar dari dewan itu. Dia mahu tahu apa yang berlaku.

***

"Macam mana wartawan boleh ada kat sini?" Soal Razin kepada Daniel dengan nada sedikit tinggi. Mereka ketika itu sedang berada didalam lif menuju ke lobi selepas mendapat panggilan mengatakan wartawan berkumpul dihadapan hotel itu.

"Saya pun tak tahu tapi pasti ada kaitan dengan gosip Melissa semalam."

"Gosip Melissa? Gosip apa?"

"Pasal skandal dia dengan P.A dia tu la. Semalam trending kat social media. Saya pun tak tahu macam mana wartawan tahu pasal tu. Mungkin ada orang lain yang tahu juga pasal skandal tu selain dari kita."

Razin terdiam sehinggalah lif membawa mereka itu berhenti di lobi. Langkah kaki dibawa perlahan menuju ke arah sekumpulan wartawan yang mula mendekatinya namun dihalang oleh pengawal keselamatan.

Pancaran sinar lampu kamera terus terusan memancar bersama suara-suara yang mengasak menanyakan bermacam soalan. Dari satu orang ke satu orang soalan diajukan dan tiada setiap satu pun dijawab.

Didalam situasi begini, Razin harus menunjukkan sifat profesionalnya sebagai tumpuan media sekaligus menjaga nama baiknya sendiri. Dia tahu lambat laun hal ini pasti akan dihadapinya sebaik gosip tentang skandal Melissa muncul dimedia masa. Paling ditakutinya, Izz Aydin mungkin turut terkena tempias gosip itu.

"Apa pendapat encik Razin tentang gosip skandal Cik Melissa?" Soal salah seorang wartawan wanita.

Belum sempat menjawab soalan itu, terdengar lagi soalan dari wartawan lain.

"Encik rasa apa yang menyebabkan skandal itu berlaku dan apakah perkahwinan encik dan cik Melissa akan diteruskan?"

"Bagaimana dengan hubungan encik dan Cik Melissa sekarang?"

Semakin banyak soalan diajukan dan Razin hanya mengurut dahi memikirkan jawapan. Wajah setiap yang berada dihadapannya itu dipandang sekilas sebelum bersuara.

"Antara saya dan Cik Melissa memang dah tak ada apa-apa hubungan. Kami dah putuskan pertunangan dan perkahwinan kami dibatalkan. Saya tak nak komen apa-apa tentang skandal Cik Melissa. Awak semua boleh tanya tentang hal tu kepada dia sendiri. Jadi, awak semua boleh bersurai kerana kehadiran anda semua di sini dah mengganggu ketenteraman pelanggan kami sekaligus akan menimbulkan komen yang kurang baik terhadap hotel kami. Jadi, saya minta anda semua bersurai."

Kelihatan wartawan yang tadi mengangguk-angguk kepala. Mungkin berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Razin.

Baru sahaja beberapa langkah para wartawan itu bersurai, muncul satu suara melontarkan soalan yang agak mengejutkan.

"Kenapa tak berterus terang yang encik dah berkahwin? Dan kenapa masih sorokkan isteri encik?" Serentak semua wartawan yang pada mulanya bersurai berpatah balik ke arah Razin.

Razin mendengus kasar, mencari kelibat yang menanyakan soalan itu tadi tetapi gagal kerana sinaran lampu kamera membataskan pencarian anak matanya saat itu.

"Apa betul encik dah berkahwin?"

"Siapa isteri encik? Dan kenapa tak hebohkan perkahwinan tu?"

"Adakah disebabkan perkahwinan rahsia encik ni menyebabkan Cik Melissa bertindak melakukan hubungan sulit dengan pembantu peribadinya?"

Belum sempat Razin menjawab, tiba-tiba timbul lagi suara yang sama melontarkan soalan 'mengejut' tadi. Dia berteriak sambil menunding jari ke arah lif yang terbuka.

"Itu isteri dia!"

Nanar kesemua mata menghala pandangan ke arah yang ditunjukkan.

Terkebil-kebil Izz Aydin menapak keluar dari lif itu kerana dia tidak tahu kenapa semua yang berada di situ serentak melihat ke arahnya yang baru tiba.

"Itu isteri Razin!" Teriak suara yang sama sekali lagi.

Air liur ditelan sebaik anak matanya bertentangan dengan anak mata Razin yang tajam memanah. Ahh! Salah timing!! Mampus aku..

Belum sempat wartawan menyerbu ke arah Izz Aydin, Razin dan Daniel segera berlari ke arah wanita itu sementara pengawal yang lain menahan asakkan dari wartawan.

"Sayang buat apa turun sini? Kan abang dah kata tunggu kat atas." Marah Razin dengan nada sedikit keras.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Soal Izz Aydin pula. Matanya meliar melihat sekumpulan manusia yang memegang kamera dan mikrofon ditangan. Ada juga yang cuba mengambil gambar mereka bertiga disitu.

"Daniel, kau bawak Izz naik atas. Nanti aku handle media ni." Arah Razin. Dia risau Izz Aydin akan kurang selesa jika perihal dirinya diketahui oleh media.

"Mari Izz. Ikut saya." Daniel berjalan mendahului tetapi Izz Aydin tidak menurut arahan itu sebaliknya membantah.

"Saya tak nak." Izz Aydin menolak sedikit tubuh Razin dan Daniel dari menghalang laluannya. Langkah kaki dibawa menuju ke arah sekumpulan wartawan tanpa mempedulikan Razin yang memanggilnya dibelakang.

Izz Aydin tersenyum memandang setiap wajah dihadapannya. Lagaknya seperti tiada apa yang ditakuti sementara Razin meraup wajah berkali-kali melihat tindakan berani isterinya itu.

"Awak semua nak tahu apa?" Tanya Izz Aydin tenang. Namun seakan kicauan burung soalan diajukan sehingga tidak kedengaran soalan apa ingin dijawab. Terselit juga nama Rafael didalam soalan-soalan itu. Yang banyak didengari, soalan menanyakan statusnya dengan Razin.

Izz Aydin mengangkat tangan, menyuruh kesemua mereka berhenti. Naik pening mendengar semua soalan diajukan dalam satu masa.

"One by one. Kalau serentak macam ni saya tak boleh dengar dan susah nak jawab. Okay, saya akan bagi satu jawapan yang akan menjawab semua soalan."

Izz Aydin menoleh ke arah Razin yang berdiri agak jauh darinya. Bibirnya masih tetap bergayut senyuman walaupun darah gemuruhnya mula menyerbu. Tangan dihulurkan dan lambat-lambat Razin menghampiri menyambut huluran itu. Jemari mereka bertaut erat seraya memandang ke hadapan.

"Betul. Saya adalah isteri Razin." Tutur Izz Aydin tenang. Terkesima Razin pada mulanya tetapi mula mengukir senyuman saat melihat wajah tenang isterinya itu.

"Sejak bila encik dan isteri encik berkahwin dan kenapa tidak dihebohkah hal ni?" Soal seorang wartawan kepada Razin.

"Kami dah kahwin hampir 4 bulan dan majlis perkahwinan kami hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja." jawab Razin jujur.

"Adakah perkahwinan ni yang menyebabkan Cik Melissa bertindak menjalinkan hubungan sulit?"

Izz Aydin tersenyum sebelum menjawab.

"Perkahwinan kami tiada kaitan dengan skandal cik Melissa dan kami berkahwin sebab saling cinta. Jadi, lepas ni saya tak nak timbul apa-apa gosip mengaitkan suami saya dengan cik Melissa lagi. Soal Rafael, kami cuma kawan biasa dan dia adik ipar saya. Harap anda semua faham dan hormat privasi kami suami isteri. Saya minta anda semua doakan saja semoga hubungan kami berkekalan sampai ke syurga. Terima kasih."

Razin menatap tunak wajah tenang isterinya menjawab soalan dari wartawan. Sedikit merasa bangga dan tiba-tiba rasa teruja melihat keberanian isterinya itu.

Pinggang Izz Aydin dirangkul erat lalu tersenyum. Membiarkan sahaja pancaran kamera menangkap gambar mesra mereka berdua. Sudah tiba masa mereka kenal dan tahu kewujudan isteri kesayangannya itu.

Razin memandang semula ke arah wartawan.

"Awak semua dah dapat jawapan? Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta awak semua bersurai."

Razin memaut pinggang Izz Aydin lalu dibawa masuk ke dalam lif. Punat tingkat 15 ditekan dan pintu lif terus tertutup rapat.

Saat lif mula bergerak naik, terus berdegup kencang jantung Izz Aydin. Perasaan takut mula menjalar ke segenap tubuh kerana tindakan beraninya sebentar tadi sekaligus membantah arahan lelaki itu. Pasti Razin akan memarahinya.

Dengusan nafas lelaki itu kedengaran kuat dicuping telinga. Sekaligus menegakkan bulu roma. Sangkaannya benar apabila tubuhnya ditolak ke tepi dengan tiba-tiba. Dan Razin berdiri tepat dihadapannya.

"Abang.. saya minta maaf tak dengar cakap abang." Air mata mula bergenang tetapi Razin tetap diam menatap wajah isterinya itu.

"Kan abang dah cakap jangan keluar. Nasib baik tak jadi apa-apa." Ujar Razin perlahan. Tangannya menggenggam erat tangan Izz Aydin lalu dikucup perlahan.

Izz Aydin mengangkat kepala, membalas pandangan Razin.

"Abang..tak marahkan saya?"

"Tak sayang. Abang tak marahkan sayang tapi sayang dah buat abang teruja dengan keberanian sayang tadi." Bisik Razin perlahan.

"Teruja? Maksud abang?" Razin semakin mendekatkan wajahnya dan bibirnya memaut erat bibir Izz Aydin.

Sejenak, kucupan kecil itu menjadi semakin hangat, sehingga menyebabkan Razin mendengus perlahan mengeratkan lagi kucupan dan pelukan.

Izz Aydin menolak wajah Razin sambil mencuri nafas. Dadanya seakan mahu pecah menahan gelora yang ditimbulkan oleh suaminya.

"Abang... Kita kat dalam lif ni. Nanti orang nampak laa."

"Alaa sikit je." Razin beralih pula mengucup leher Izz Aydin menyebabkan wanita itu mengeliat seraya menolak Razin menjauh dengan muka geram.

"Abang! Majlis Yana tak habis lagi. Nanti dia orang cari macam mana?"

Ting! Terus terbuka lif ditingkat 15 sekaligus menghentikan perlakuan Razin sebentar tadi. Mujur tiada sesiapa disitu. Punat tingkat 5 ditekan dan lif membawa mereka turun ke bawah semula.

Izz Aydin ketawa kecil sambil melihat wajah Razin. Tidak terfikir dek akal kelakuan 'teruja' suaminya itu. Tisu diambil didalam tas tangan dan terus mengelap bibir Razin yang sudah comot terkena gincu akibat 'ciuman teruja' lelaki itu sebentar tadi.

"Abang ni.. dah tak boleh tunggu ke? Malu lah kalau orang tengok."

"Tak. Rasa teruja tu tiba-tiba datang. Buat abang rasa geram je tengok sayang. Tak sangka sayang berani jawab soalan dengan wartawan tu tadi."

"Kenapa? Abang fikir saya takut ke nak hadap dia orang tu?"

"Dulu mungkin ya, tapi sekarang abang dah tahu isteri abang ni berani. Jadi, tak la perlu menyorok lagi kalau nak kemana-mana dengan sayang." Ujar Razin lalu merangkul pinggang Izz Aydin dari belakang.

Izz Aydin tersenyum sambil membetulkan gincu dibibirnya pula. Rangkulan Razin dibiarkan sahaja sehinggalah lif berhenti ditingkat 5.

Kedua suami isteri itu kemudiannya berjalan beriringan masuk semula ke dalam dewan majlis perkahwinan Yana dan Shahril. Ketika itu, para tetamu baru sahaja menjamu selera dan mereka turut serta mengambil tempat duduk.

Opah Biah tersenyum melihat Izz Aydin dan Razin.

"Pergi mana tadi?" Soal Opah Biah sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Matanya dikerling sekilas ke arah Razin yang sedang meneguk air.

"Ada hal sikit tadi opah." Jawab Izz Aydin bersahaja. Tangannya mencapai gelas dan air itu diminum perlahan.

"Hal apa tu? Opah tengok macam hal berat je."

"Berat?" Izz Aydin mengerutkan kening, memandang Opah Biah yang tersenyum sumbing. Kemudian ke arah Razin yang cuma menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Kot ya pun, tunggu lah habis majlis dulu. Kalau macam ni lah gayanya, tak lama lagi opah dengan atuk dah boleh timang cicit. Ye tak atuk nya?" Tok Adam turut tersenyum mengangguk kepala.

Izz Aydin mengerutkan kening, merasakan ada sesuatu yang pelik melalui pandangan mata Opah Biah dan Tok Adam. Lantas cermin kecil dikeluarkan dari tas tangan. Memeriksa gincu dibibirnya. Hmm elok je ni.

Pantulan cermin dihalakan disegenap wajahnya sehinggalah ke leher. Terbuntang matanya melihat 2 kesan gigitan cinta dilehernya itu. Bibir diketap rapat sambil menjeling tajam ke arah Razin yang tersengih ketawa.

Abangg..!!

*****

Rafael melangkah perlahan dan berhenti tidak jauh dari Syamina yang sedang berbual dengan Puan Latifah. Matanya sengaja dikenyitkan ke arah wanita itu sambil berdesis perlahan. Syamina yang pada mulanya malas melayan akhirnya mengalah dan berjalan menghampiri Rafael yang tersengih mengintai dari tadi.

"Nak apa?" Soal Syamina malas.

"Nak you lah. Tanya lagi." selamba Rafael menjawab lalu tersengih.

Naik kemerahan wajah Syamina tika itu.

"Dah ada jawapan tak lamaran I hari tu?" soal Rafael terus. Hampir seminggu dia menunggu jawapan tetapi wanita itu masih juga mengatakan perlu waktu.

Syamina terdiam sambil memintal hujung tudungnya. Dia sebenarnya masih belum menemui jawapan untuk lamaran Rafael itu. Entah kenapa hatinya masih berbelah bagi.

Kalau ikutkan, Rafael baru sahaja putus cinta dengan Izz Aydin. Takkan secepat tu dia nak move on. Aku tak nak lah jadi tempat dia melepas kekecewaan je. Entah betul ke tidak dia nak kahwin dengan aku.. gumam hati Syamina.

Datin Maria yang sedari tadi melihat kelakuan Rafael menghampiri anak lelakinya itu.

"Raf.. apa hal tersengih-sengih je mommy tengok ni?" Datin Maria mengerling sekilas ke arah Syamina yang tersenyum padanya.

"Tak ada apa mommy." Rafael tersenyum nipis lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Syamina mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri, meninggalkan Rafael yang masih memandangnya. Walaupun didalam hati mahukan lelaki itu, namun dia harus berjaga-jaga. Dia juga tidak mahu dalam masa yang sama hatinya dipermainankan lagi oleh Rafael.

jom follow ig m.a.z_np kita borak² ;) Please follow, rates and comments! tq! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience