Bab 58

Drama Completed 204768

Pejam celik, usia kandungan Izz Aydin sudah mencecah 6 bulan. Sepanjang itu dia tetap tidak mengalami alahan teruk. Cuma akan pening-pening apabila menjelang malam.

Razin pula selalu menginginkan makanan masam dan kadang kala dia yang termuntah-muntah apabila terhidu bau masakan. Mujur Izz Aydin tiada masalah untuk memasak. Pembantu rumah juga belum diambil atas permintaan Izz Aydin sendiri. Dia masih mahu menjaga privasi mereka suami isteri dirumah itu. Cuma ada tiga pengawal keselamatan yang menjaga sekaligus menjadi pemandu peribadi Izz Aydin.

Perut yang sudah kelihatan bulat itu usap perlahan sebelum dikucup oleh Razin. Hidung digesel-gesel disitu sehingga membuatkan Izz Aydin kegelian. Baru sebentar tadi dia merasa pergerakan halus didalam rahim isterinya apabila dia berbual.

"Abang rasa baby dalam ni geng daddy. Boy!" Yakin Razin mengatakan. Wajahnya tika itu nampak bangga kerana selalu menyebut-nyebut menginginkan anak lelaki. Tambahan semasa mereka menjalani pemeriksaan berkala, bayi itu selalu menyembunyikan jantinanya. Jadi mereka membiarkan sahaja perkara itu menjadi teka teki sehingga kelahiran nanti.

"Kalau girl macam mana? Mama nak girl lah. Ada geng mama dengan Kak Adel nanti. Kan sayang.." giliran Izz Aydin pula mengatakan kemahuannya sambil mengusap perut yang sudah jelas terbentuk.

"Alahh.. semua nak girl. Adel kan dah ada adik girl dari mommy. Bagi chance la geng daddy pulak." Perut Izz Aydin dikucup lagi sebelum beralih mengucup kedua pipi milik Izz Aydin.

Mengeliat Izz Aydin dek kegelian apabila dikucup berkali-kali dibahagian wajah dan leher. Pipinya yang semakin tembam dan berisi itu membuatkan Razin geram melihat isterinya. Belum lagi melihat yang lain.

Bahagian dada, punggung.. semuanya semakin membulat, membuatkan Razin merasa sedikit terseksa untuk menahan nafsunya. Izz Aydin pula selalu sengaja menggoda. Adakah disebabkan hormon mengandung membuatkan wanita itu sentiasa bersemangat dan keinginannya mengadakan hubungan intim melonjak naik? Hmm

Razin membetulkan baju tidur isterinya lalu memeluk tubuh hangat itu dengan erat bersama ciuman. Pandangan dihalakan jauh memandang dada langit yang diterangi sinaran cahaya bulan dan bintang.

"Abang.. esok kita pergi rumah mommy nak?" Ajak Izz Aydin sambil membetulkan posisi menyandar dilengan suaminya. Matanya ralit memerhatikan kelipan bintang sambil menyandar santai dikerusi dibalkoni bilik tidur mereka.

"Buat apa? Abang ingat esok nak ajak sayang pergi shopping barang baby. Masih ada yang tak cukup kan.."

"Eh kan Mommy ada call bagitahu ajak makan-makan semalam."

"Ohh haah. Abang lupa lah. Banyak kerja kat hotel tu. Ye lah, Raf kan lama dah tak masuk office. Semua abang nak kena handle. Bulan puasa pun tak lama lagi. Nak kena prepare macam-macam."

Puasa? Izz Aydin segera memaling wajah ke arah Razin. "Haa lagi satu, nanti sehari sebelum puasa kita balik kampung boleh tak? Saya nak puasa hari pertama dengan opah, dengan atuk."

Razin berfikir sejenak sebelum menjawab.

"Nanti abang tengok jadual dulu. Sekarang masih banyak nak kena handle. Nasib baik lah dah hire pembantu baru. Boleh lah Daniel tolong abang sikit-sikit dengan job Raf."

Izz Aydin sudah tersenyum suka walaupun mendapat jawapan. Segera pipi Razin dikucup. "Thank you abang."

"Sama-sama sayang. Tapi sayang tak boleh puasa. Sayang ingatkan apa doktor pesan hari tu?"

"Ingat. Tak sabarnya nak makan ketupat, rendang.. biskut masa raya nanti. Ee sedapnya. Harap sempatlah makan sebelum bersalin." Terus kecur air liur ibu mengandung membayangkan makanan-makanan itu. Tangan dibawa mengusap perut sambil diperhatikan Razin.

"Sayang nak makan semua tu ke? Nanti boleh minta tolong mommy buatkan. Tak pun abang beli je."

"Boleh ke? Tak nak lah susahkan mommy. Dia sekarang kan sibuk jaga Raf. Saya pun boleh buat lah."

"Kan mommy ada cakap, kalau sayang nak makan apa-apa dia boleh tolong buatkan. Nanti dia kata abang yang tak bagi sayang makan apa yang sayang nak. Nak tengok abang kena bebel dengan mommy ke?"

Laju Izz Aydin menggeleng kepala seraya memandang Razin. Bibirnya terukir senyuman menampakkan barisan gigi putih.

Jam sudah menginjak pukul 11 malam. Mata Razin juga sudah rasa mengantuk tetapi Izz Aydin masih mahu berbual dengan suaminya. Laju Izz Aydin memalingkan tubuh menghadap Razin pula. Jemarinya bermain-main didada lelaki itu.

"Ermm abang rasa kan, Raf terima tak Syamina lepas apa yang jadi?" Soal Izz Aydin tiba-tiba.

"Kenapa pulak dia tak terima?" Jawab Razin dengan mata terpejam.

"Ye lah. Syamina ada bagitahu saya pasal dia orang sebelum Raf accident. Abang sendiri pun tengok macam mana keadaan Raf masa kemalangan tu."

Razin membuka mata memandang isterinya. Faham akan kegusaran hati isterinya itu kerana Syamina selalu menanyakan keadaan Rafael melalui Izz Aydin.

"Abang tahu Syamina masih salahkan diri dia menyebabkan Raf accident tapi dah takdir dia macam tu, kita nak buat apa. Raf yang terlebih emosi. Bawak moto laju-laju dalam keadaan emosi tak stabil. Abang tak rasa pun semua tu salah Syamina. Kalau soal Raf terima ke tak, terpulang pada Raf. Kita bagi nasihat and kata semangat untuk dia pulih."

Izz Aydin menongkat dagu didada Razin pula. Masih berfikir perihal yang sama.

"Saya rasa dia tak nak dah dengan Syamina tu. Masa kat hospital lepas dia sedar pun dia tak nak tengok Syamina. Kecewa sangat dia masa tu kan."

Razin melepas nafas berat. Dia cuba menyelami kekecewaan adiknya itu tetapi sebab kekerasan adiknya tidak mahu bertemu dan mendengar penjelasan Syamina, akhirnya Syamina pula yang menagih cinta Rafael sehingga kini. Kejadian tarik tali mereka itu masih berlanjutan.

Izz Aydin melihat wajah keruh Razin. Seakan tahu apa yang difikirkan suaminya itu tetapi dia masih punya soalan lain ingin ditanyakan.

"Err semalam pun abang jumpa mama Melissa kan. Dia kata apa kat abang?"

Razin merenung wajah kesayangannya itu sambil melepas nafas panjang. Jemarinya bermain-main mengelus pipi tembam isterinya.

"Dia cuma minta maaf kat abang diatas kesalahan Melissa dan dia minta maaf dengan sayang sebab kejadian kat airport tu."

"Hmm saya tak berdendam apa pun dengan Mel. Saya faham perasaan dia sebab kami sama-sama perempuan. Dia kecewa sebab abang putuskan hubungan dengan dia. Lagipun sebelum saya ada, abanglah yang selalu ada untuk dia. Sebab tu dia kecewa sangat sehingga sanggup buat benda diluar akal fikiran dia. Kesian dia kan abang."

"Dah itu jalan yang dia pilih. Abang tak benci dia pun tapi abang tak suka bila dia sakitkan isteri kesayangan abang ni." Razin mencuit pula hidung Izz Aydin sehingga menyebabkan wanita itu tersenyum.

"Dah lah cakap pasal Mel. Hmm sayang tak minum susu lagi kan. Nak abang buatkan?"

"Mestilah nak. Abang buat sedap. Penuh rasa manis, lemak, sayang, cinta. Sebab tu baby suka walaupun mama tak suka minum susu."

Tertawa Razin mendengar pujian tersirat Izz Aydin itu. Lantas punggung diangkat dari kerusi lalu menghilang keluar dari bilik untuk menuju ke dapur.

Izz Aydin pula menyandar semula sambil menghela nafas berat. Walaupun kejadian dia diserang dahulu sudah berlalu hampir 3 bulan, dia masih berfikir tentang itu sehingga kini. Semuanya berkait rapat antara satu sama lain tanpa sedar.

Sungguh dia sangat terkejut apabila mengetahui orang yang menyerangnya dahulu diupah oleh Melissa hanya kerana dendam Melissa ditinggalkan oleh Razin.

Paling mengejutkan, kemalangan Rafael 3 bulan lalu adalah disebabkan Melissa yang memandu laju apabila melarikan diri dari penyiasat upahan suaminya.

Disebabkan kemalangan itu, Rafael mengalami kecederaan teruk dengan patah dikaki kanan dan tulang tangan kirinya juga retak. Kini Rafael terpaksa menggunakan tongkat dan menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan keupayaan kakinya.

Cuma Melissa tidak bernasib baik. Semasa memandu melarikan diri itu, dia tidak memakai tali pinggang keledar. Selepas melanggar Rafael, kereta dipandunya melanggar tiang lampu dan dia terpelanting keluar dari kereta.

Selama seminggu Melissa koma akibat kecederaan parah dibahagian kepala. Dan selepas itu, Melissa pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Tidak sempat wanita itu memohon ampun dan maaf tetapi Izz Aydin dengan seikhlas hati memaafkan segala kesalahan Melissa. Cuma Razin masih terkesan dengan kejahatan Melissa terhadap Izz Aydin dahulu.

"Mama.."

Tersentak Izz Aydin dari kenangan apabila tubuh kecil Adelia memeluknya erat disebelah. Anak kecil itu menggosok-gosok mata sambil merebahkan kepala dilengannya.

"Adel sayang..kenapa bangun lagi ni?" Soal Izz Aydin sambil membetulkan posisi agar lebih selesa. Rambut panjang Adelia dielus sambil menepuk lengan anak tirinya itu.

"Adel terjaga. Adel nak tidur dengan mama and baby malam ni boleh tak? Esok kan Adel dah balik rumah mommy. Please mama.." pinta Adelia. Wajahnya dipalingkan ke arah Izz Aydin menunggu jawapan.

"Boleh sayang tapi kena tanya daddy dulu."

Lebar senyuman Adelia saat itu. Tangannya memegang pula perut Izz Aydin dan berhenti apabila dia merasa tendangan kecil diperut Izz Aydin. Terngaga mulut Adelia lalu tersenyum.

Semenjak dia mendapat tahu Izz Aydin mengandung, setiap kali cuti hujung minggu dia akan bermalam disitu. Layanan Izz Aydin kepadanya begitu baik sehingga Adelia begitu senang dengannya.

Tidak lama kemudian Razin muncul sambil memegang segelas air susu lalu diletakkan ke atas meja. Mata diarahkan memandang Izz Aydin dan Adelia.

"Kenapa bangun lagi ni? Dah lewat kan." Ujar Razin lalu duduk disebelah Adelia. Tubuh anaknya itu dipeluk erat.

"Adel nak tidur dengan mama malam ni. Boleh tak?"

"Mana boleh. Semalam kan dah tidur dengan mama. Malam ni bagi chance la daddy tidur dengan mama. Lagipun mama dengan daddy ada kerja malam ni." Razin menjeling sekilas ke arah Izz Aydin.

"Kerja? Kerja apa?" Soal Adelia sambil memandang Izz Aydin dan Razin bersilih ganti. Terjegil mata Izz Aydin memandang Razin yang sedang menyimpan ketawa nakal.

"Adalah.. Jom daddy tidurkan Adel ya. Jangan kacau mama. Kesian mama kena jaga Adel, baby. Daddy lagi. Ish ish ish. " Sempat Razin mengenyitkan mata ke arah Izz Aydin yang sudah ketawa.

"Sayang, cepat minum susu tu. Abang tidurkan Adel sekejap. Sayang jangan tidur dulu tau. Kalau tak.."

Izz Aydin mengetap bibir dari meletus ketawa nyaring. Kepala digelengkan. Razin pula terus mengendong Adelia dan dibawa keluar dari bilik tidur mereka.

Naik roller coaster lah sayang mama malam ni.

****

"1..2..3.. smile!"

"Okay.. very nice. One more. 1..2..3..."

"Last shoot! 1..2..3..! Okay done!!"

Izz Aydin menarik nafas lega. Penat! Segera kaki dibawa duduk dikerusi yang disediakan. Kaki diurut perlahan sebelum Razin membantu membuka kasut dikakinya. Senyuman diukir buat sang suami.

"Sakit ke? Nanti balik bilik abang sapu minyak ya." Ujar Razin sambil membelek kaki Izz Aydin. Pasir-pasir halus yang melekat dikaki itu disapu perlahan.

"Tak lah. Saya okay. Lepas ni sebelum balik, kita jalan sekejap kat tepi pantai tu sambil tengok sunset boleh tak?"

"Kan opah dah pesan waktu senja tak baik untuk ibu mengandung merayau-rayau. Dari dalam bilik pun kita boleh tengok sunset. Abang memang sengaja pilih bilik menghadap sunset supaya sayang senang tengok."

Izz Aydin memuncungkan bibir tanda protes. Namun dianggukkan juga kata-kata Razin itu.

"Hmm ye la. Yela.."

"Sayang duduk kejap. Abang nak discuss sikit dengan photographer tu."

Izz Aydin mengangguk sambil memerhatikan Razin yang bergerak menghampiri dua orang jurugambar yang diupah untuk menangkap gambar mereka sebentar tadi.

Awal dulu lagi Izz Aydin menolak untuk mengadakan majlis resepsi mereka. Jadi, Razin mencadangkan pula mereka mengambil gambar perkahwinan yang serba ringkas untuk simpanan dan kenang-kenangan mereka nanti. Izz Aydin juga setuju memandangkan mereka tidak mempunyai momen indah yang dirakam semasa hari perkahwinan mereka dulu.

****

Izz Aydin memandang ke arah laut yang terbentang luas. Deruan ombak memukul pantai berserta angin laut yang bertiup perlahan itu dibiarkan membelai pipi dan rambut.

Pangkor... Pulau yang membawa seribu satu kenangan. Sengaja Razin membawa Izz Aydin ke situ untuk mengambil gambar mereka hari ini.

Perlahan Razin mendekat lalu merangkul pinggang Izz Aydin yang leka melayan perasaan. Tangannya terus mendarat elok diperut isterinya itu. Satu kucupan penuh rasa cinta pula diberikan dipipi kanan Izz Aydin.

Izz Aydin tersenyum bahagia. Tangannya menindih tangan sang suami. Membiarkan rasa cinta dan bahagia meresap ke dalam hati.

"Sayang.. abang ada hadiah untuk sayang." Ujar Razin sambil mengucup segenap pipi dan leher Izz Aydin. Bahu wanita itu turut menjadi sasaran bibirnya.

Izz Aydin menoleh sedikit. "Ada hadiah lagi?Hadiah apa? Macam-macam abang dah bagi saya."

Razin terus mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar lalu disarung ke leher isterinya. Izz Aydin terpana. Lantas jemarinya menyentuh rantai leher yang sudah tersarung elok dilehernya.

"Hadiah ni abang tempah khas untuk sayang. Cuba sayang tengok loket ni." Razin mendekatkan pula loket ke hadapan Izz Aydin.

"R for Razin.. and ni.. I for Izz.." tersenyum Izz Aydin melihat huruf kuning keemasan berhuruf R bersama kilauan permata mewakili huruf namanya.

"Thank you abang. Saya suka sangat. Cantik.." Ucap Izz Aydin lalu memeluk Razin. Tangannya dilingkar ke leher lelaki itu seraya mengucup erat dibibir Razin.

Razin pula tersenyum didalam kucupan isterinya. Sehinggalah wanita itu tiba-tiba menarik bibirnya dari terus digigit manja oleh Razin.

"Baby tendang.." ujar Izz Aydin lalu tersengih. Tangan dibawa memegang perut. Baru sebentar tadi bayi didalam perut menyepak kuat semasa dia menghayati ciuman hangat bersama sang suami.

Razin menunduk memandang perut Izz Aydin. Jemari dihalakan ke perut itu, bermain-main disekitar kawasan yang terlihat jelas pergerakan anaknya Tersenyum bibirnya melihat.

"Tak lama lagi baby dah nak keluar. Lagi lama daddy cuti. Baby duduk dalam diam-diam dulu. Daddy masih nak honeymoon dengan mama ni sayang. Boleh tak?"

Tergelak Izz Aydin mendengar perbualan Razin dan anaknya itu. Semakin aktif pergerakan dan tendangan dirasakan sehingga membuatkan Izz Aydin senak perut.

"Baby ni, tiap kali abang bercakap, mesti dia makin aktif. Lagi-lagi kalau dengar abang mengaji lepas solat. Tak berhenti bergerak. Macam main bola kat dalam tu."

Razin tersenyum lalu menarik Izz Aydin ke dalam dakapan. Hidung wanita itu dicuit sedikit. " Tu tandanya baby geng abang. Boy! Yes!"

Tertawa Izz Aydin melihat riak gembira suaminya itu. Lantas tubuhnya dibiarkan rebah bersama Razin sebelum kucupan hangat disambung semula.

Selama dia mengandung, begitu senang nafsunya melonjak setiap kali disentuh manja oleh sang suami. Mujur Razin tidak mengambil kesempatan dengan keadaan itu dan selalu memberi waktu rehat yang secukupnya untuk dirinya.

Razin menjarakkan wajah sedikit lalu menggesel jambang dipipi isterinya. Bau wangi Izz Aydin disedut dalam.

"Abang rasa kan, kalau sayang setiap kali mengandung dengan keadaan macam ni, abang yang tak larat agaknya. Penat!"

Terlepas ketawa dibibir Izz Aydin mendengar.

"Eleh, penat konon. Ke abang suka?" Giliran Razin pula ketawa. Gila tak suka!

"Nak buat macam mana. Abang yang buat saya macam ni. Takkan abang nak biarkan..." Meleret tutur Izz Aydin dengan suara manja. Tangannya turut menarik leher Razin tetapi Razin sengaja mengeraskan badan.

"Haa.. tengok tu. Sayang sengaja buat suara manja, tarik-tarik abang, goda abang. Tu yang makin buat abang geram tak boleh fikir penat! Rugi!"

Tinggal 1 bab lagi sebelum BD melabuhkan tirai. isk isk! sedih pulak..huhu meh la komen²..kita kenal² sembang². boleh follow ig m.a.z_np jugak. boleh dm, komen gambar² n video kat situ ;) jangan lupa follow, rates and comments! tqq ;*

Share this novel

El widy Ana
2020-12-14 05:05:15 

Best cerita sis ne..sy baru Mula baca..wow 5

esther marcus
2020-12-13 21:32:43 

ada jg la kenangan kan...raf da btul2 x nak syamin ke?ke...sj je nak bg syamin rasa apa raf rasa...tgu sembuh la dulu kan...mesti bby boy kan bby izz & razin...


NovelPlus Premium

The best ads free experience