Completed
210479
Yana menjilat kelima-lima jari kanannya dengan senyuman bahagia. Terasa nikmatnya masakan dari Opah Biah sehingga tiada satu sisa pun mahu dibazirkan.
Izz Aydin cuma ketawa kecil melihat Yana dan hampir semua makanan licin dimakan mereka berdua. Belum lama terdengar bunyi ketukkan dipintu utama.
"Assalamualaikum."
Yana menoleh laju ke arah pintu. Kemudian kepada Izz Aydin yang sudah mencuci tangan dan membuka pintu untuk tetamu mereka. Muncul Shahril dihadapan pintu dengan senyuman dibibir.
Terkocoh-kocoh Yana mengutip semua bekas sisa makanan lalu dibawa ke sinki. Comot ditangan dan dimulut dibersihkan dengan air dan sabun, jarinya terus merapikan rambut panjangnya sementara nafas ditarik pendek berulang-ulang sebelum menapak keluar dari ruang dapur.
"Abang Shah, bila sampai KL?" tanya Yana dengan senyuman manis.
"Siang tadi." jawab Shahril pendek lalu melabuhkan punggung dikerusi.
"Abang duduk kejap ya. Izz buat air." Izz berlalu ke dapur semula dan Yana turut membuntuti Izz Aydin.
"Kau tak payah la ikut aku. Duduk la dengan abang Shah sana. Pergi." kata Izz Aydin. Tangannya menolak tubuh Yana namun kaki Yana dipasak kuat dilantai. Yana memukul-mukul tangan Izz Aydin di belakangnya.
"Kenapa kau tak bagitau aku dia datang..." tanya Yana geram.
"Hehe aku lupa. Ni lah surprise yang aku nak bagitau kau siang tadi tapi tak sempat. Alih-alih kena marah Tuan Razin. Anjirr.!" gumam Izz Aydin sambil menumbuk kedua tangannya sendiri.
"Dah dah. Kau pergi sana. Aku buat air. Temankan abang Shah tu." Izz Aydin menolak Yana lagi.
Yana berjalan lambat-lambat lalu duduk dikerusi berhadapan Shahril. Mereka berbalas senyuman.
"Yana kerja tadi? Abang Shah tak nampak pun. Abang Shah stay kat Hotel Imperial tu." tanya Shahril memecah kesunyian.
"Kerja. Abang Shah stay kat hotel kitaorang kerja? Izz tak bagitau pun."
"Dia lupa lah tu. Lama abang Shah tak jumpa Yana. Mama dan papa Yana sihat?"
"Sihat. Biasalah diaorang tu. Masing-masing sibuk. Semalam dia orang pergi Sabah. Ada ceramah kesihatan kat sana. Esok lusa balik la kot." kata Yana. Bibirnya laju sahaja menceritakan perkara itu walaupun tidak ditanya.
Mereka berdua kemudiannya diam sehingga Izz Aydin muncul bersama dulang berisi sirap merah dan beberapa keping biskut.
"Izz bila nak balik kampung?" tanya Shahril kepada Izz Aydin. Matanya melekat merenung wajah Izz Aydin.
"Tunggu cuti lah. Sekarang Izz baru kerja. Cuti pun sehari seminggu je. Mana cukup sehari nak balik kampung kan."
Shahril mengangguk.
"Abang minum lah. Ada ni je. Tak sempat lagi beli barang dapur."
Shahril mengangguk lagi lalu mencapai gelas air sirap tadi. Ekor matanya menjeling Yana disebelah Izz Aydin.
Mereka bertiga berbual-bual kosong sehingga Shahril meminta diri untuk pulang memandangkan jam juga sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Yana terus naik ke bilik dan Izz Aydin mengiringi Shahril sehingga ke luar pagar.
Sebelum Shahril masuk ke dalam kereta, dia mengeluarkan sekeping sampul surat dan diserahkan kepada Izz Aydin. Izz Aydin mengerutkan kening dan menyambut lambat-lambat. Sampul itu dibuka.
"Buat belanja sikit. Kalau tak cukup, bagitau abang ya." ujar Shahril perlahan.
"Apa ni abang? Izz tak nak." Izz Aydin menyerahkan semula tetapi Shahril terus masuk ke dalam kereta.
"Abang. Jangan buat Izz rasa serba salah macam ni. Abang ambil balik duit ni. Izz tak nak."
"Abang ikhlas bagi. Tolong lah jangan menolak."
"Abang dah banyak tolong Izz. Tolong jagakan atuk dan opah lagi. Izz cuma tak nak susahkan sesiapa." Izz Aydin menundukkan kepalanya. Matanya terasa kabur dengan genangan air mata.
Shahril sudah serba salah lalu keluar semula dari kereta. Tangannya laju menarik wajah Izz Aydin mendongak semula.
"Abang tak pernah rasa Izz menyusahkan abang. Abang lagi suka kalau Izz duduk dekat dengan abang. Abang boleh jaga Izz, atuk, opah. Hutang-hutang ayah Izz tu abang boleh langsaikan tapi Izz yang tak nak."
Izz Aydin mendengus dan menolak tangan Shahril menjauhi.
"Berapa kali Izz nak cakap Izz tak nak sesiapa pun masuk campur urusan Izz. Izz mampulah nak selesaikan hutang-hutang tu. Izz bukannya cacat." Terasa panas mukanya seakan marah. Memang pantang bagi Izz Aydin jika sesiapa pun bersoal jawab dengannya perihal hutang itu.
Shahril menelan air liur dan terus diam selepas menyedari kesilapan dalam kata-katanya. Dengusan halus dilepaskan.
"Abang minta maaf. Abang tak.."
"Takpa. Abang balik lah. Dah lewat ni."
"Izz. Ambillah ni. Dan abang takkan cakap apa-apa lagi pasal tadi."
"Please, Izz." Shahril memaniskan wajahnya.
"Okay. Last eh. Lepas ni Izz tak nak."
"Okay okay." Shahril tersenyum .
Shahril masuk semula ke dalam kereta dan memandu perlahan selepas memastikan Izz Aydin selamat masuk ke dalam rumah. Disebalik langsir tingkap bilik atas, Yana menutup langsir rapat selepas melihat Shahril berlalu pergi. Dalam kegelapan malam, dia mengeluh halus. Mungkin dia patut kuburkan saja perasaannya terhadap Shahril itu.
*******
Rafael melonggarkan tali lehernya didalam lif sementara menunggu lif sampai ke tingkat 15. Dibelakangnya menyandang beg galas berwarna hitam yang sentiasa dibawanya kemana-mana sekiranya dia perlu menghadiri mesyuarat diluar kawasan atau lawatan kerja.
Dengan langkah sederhana, dia menuju ke suite miliknya. Langkahnya berhenti dihadapan pintu apabila melihat Izz Aydin sedang mengetuk-ngetuk vakum dipegangannya.
"Kenapa tu? Ada masalah ke?" tegur Rafael sambil berjalan menghampiri Izz Aydin. Beg galas tadi diletakkan diatas sofa.
Izz Aydin tersenyum nipis.
"Tak tahu lah. Masa guna tadi, tiba-tiba pulak berhenti. Tadi dah buang dah isi debu kat dalam ni." jawab Izz Aydin.
"Biar saya tengokkan." Rafael turut menunduk disebelah Izz Aydin. Izz Aydin mengambil kesempatan merenung wajah Rafael dihadapannya. Dekat. Bau wangian jejaka kacak dihadapannya menusuk ke rongga hidung sehingga terasa sangat membuaikan.
"Rosak ni. Nanti suruh budak tengokkan lagi. Dalam suite ni ada vakum kecik. Saya ambilkan kejap."
Rafael berlalu kedalam bilik dan muncul semula bersama vakum tidak bertali ditangannya.
"Nah, pakai ni. Senang sikit. Kalau habis bateri, boleh charge kat bilik tu." kata Rafael sambil menunding jarinya.
Izz Aydin mengangguk tanda faham. Rafael pun berlalu masuk ke biliknya. Izz Aydin meneruskan kerjanya yang tergendala tadi sehingga selesai.
Tidak lama kemudian, Rafael muncul semula dengan pakaian kerja yang baru. Wajahnya nampak segar, mungkin lepas mandi. Dia menuju ke ruang dapur dan meneguk air kosong sambil matanya mengerling kepada Izz Aydin.
"Kalau saya minta phone number awak boleh tak?" soal Rafael tiba-tiba. Izz Aydin menoleh.
"Nak buat apa?" soal Izz Aydin pula. Walaupun hatinya sudah bersorak horey-horey namun dia harus berhati-hati seperti yang dipesan oleh Yana.
"Saja. Manalah tau nanti saya nak ajak awak keluar makan-makan ke. Pergi minum ke." Rafael berdiri dihadapan Izz Aydin lalu tersenyum.
Dada Izz Aydin berdetak kuat. Kau sabar japp.! Jangan derhaka dengan aku.! Meletup jugak aku kat sini kejap lagi.
Rafael mengangkat kedua keningnya sambil menghulurkan telefon iphone miliknya. Izz Aydin menyambut juga dan menekan-nekan skrin telefon sebelum diserahkan semula kepada Rafael.
"Hmm Izz Aydin, such a preety name. Macam tuan dia." ujar Rafael dengan senyuman. Izz Aydin terpaku, terkaku.
"Saya keluar dulu. See you again when i see you." Rafael meninggalkan Izz Aydin dengan kenyitan di mata kanan dan senyuman dibibir.
Apakah ini?! Macam mana aku nak mengelak dugaan sebegini! Jangan cepat tergoda Izz! Tangannya menepis-nepis angin kosong dihadapannya lalu berpusing kebelakang.
Oh oh.. Lelaki buaya darat
Buset aku tertipu lagi.. Oh oh..
Mulutnya manis sekali
Tapi hati bagai serigala oh oh..
Ku tertipu lagi oh~~
Ku tertipu lagi oh~~
Sambil menyanyi Izz Aydin menggelek-gelek badannya, berpusing dan berhenti!
Matanya terkebil-kebil melihat Rafael tersenyum merenungnya. Gulp!
Argh! Mana nak menyorok ni! Malunya! Makk! Izz nak masuk dalam perut mak balik!!
Izz Aydin berlagak santai sambil mengemas barangnya. Ekor matanya melihat Rafael masuk ke dalam semula dan mencapai beg galas hitam tadi lalu mengeluarkan sesuatu.
Lekas Izz Aydin menyimpan vakum dipakainya dan menolak keluar troli barangan. Dia perasan Rafael sudah tidak ada didalam suite itu lagi. Mungkin sudah keluar semula? Dia dengar ke aku nyanyi tadi? Asyik kantoi aje. Malunya!
"Saya bukan buaya, mahupun serigala. Saya cuma seorang lelaki yang mahukan seorang wanita yang setia. Bukan pandang rupa dan harta semata."
Aaaa mati aku! Makkk!!!
Izz Aydin menoleh ke tepi pintu. Wajah serius Rafael dilihat kejap sebelum dia mengalihkan matanya.
"Err maaf. Saya.."
"It's okay. Saya dah biasa dengar. Gossips everywhere especially tentang saya. Cuma jangan mudah percaya tabloid-tabloid yang suka memanipulasi netizen dengan benda mengarut dan tidak benar." ujar Rafael bersama senyuman nipis
Izz Aydin diam tidak berkata apa. Terasa pedih mendengar kata-kata itu sedangkan dia bukanlah sejenis yang senang mendengar gosip tanpa pengesahannya sendiri.
"Apa kata awak sendiri buktikan yang gosip-gosip tu tak benar?"
"Ha? Saya buktikan?" Izz Aydin ternganga selepas menuturkan pertanyaan.
"Yep. Kita couple nak? Lepas tu awak nilai sendiri tentang saya."
"Haa?!"
"Rafael." tegur satu suara. Serentak Izz Aydin dan Rafael melihat empunya suara.
"Melissa... Long time no see." Rafael berjalan mendekati wanita bernama Melissa itu lalu melagakan pipi mereka berdua.
"How are you handsome?"
"Fine. And how are you?"
"Way better than i deserve. I baru balik dari New York semalam." Melissa melirik matanya kepada Izz Aydin.
"Oh sorry. Kenalkan, my girlfriend."
"Haa?" Izz Aydin menoleh ke Rafael. Bila masa pulak jadi girlfriend dia ni?!
"Tukar taste ke?" tanya Melissa menyengetkan pipinya.
"Well.. Sort of." jawab Rafael lalu memeluk bahu Izz Aydin.
Izz Aydin cuba menepis tapi makin kuat pelukan Rafael. Bibirnya juga seakan terkunci. Bisu dipeluk Rafael.
"Whatever Rafael. Okay. I masuk dulu. See you next time."
Melissa melalukan kad didepan pintu lalu melangkah masuk kedalam.
1501. Bukan suite Tuan Razin ke ni? Soal Izz Aydin dalam hati.
"Melissa, tunang Razin." kata Rafael seolah tahu soalan yang bermain difikiran Izz Aydin.
"Saya turun dulu. Ada kerja nak settle. Nanti saya call awak ya." Rafael tersenyum berlalu meninggalkan Izz Aydin yang terpinga-pinga.
Jadi sekarang aku girlfriend dia ke? Biar betik! Girlfriend yang keberapa ni? Ke dia bergurau je? Arghhh! Izz Aydin menggaru-garu kepalanya sehingga berselerak rambut pendeknya itu. Dia terduduk menyandar ke dinding dengan rambut kusut tadi.
"Sejak bila ada peminta sedekah pulak kat sini?"
Izz Aydin mendongak kepalanya. Kemudian dia menundukkan semula kepalanya lalu berdiri lemah.
"Asyik jumpa kau je. Takda muka lain dah ke kat hotel ni?"
"Saya baru lepas kemas suite 1502."
"Dah siap?"
"Dah."
"Tunggu apa lagi? Aku tak suka orang menghendap-hendap and ponteng kerja kat sini."
Hish! Selalu terserempak dengan dia ni mesti pada masa yang tak sesuai! Semak betul lah! Macam lah aku hadap sangat muka beku kau tu!
Izz Aydin berlalu tanpa memberi respon. Terasa malas mahu menatap lama wajah dihadapannya itu.
Belum jauh kakinya melangkah, dia terdengar suara seorang perempuan menjerit bersorak tiba-tiba.
"Hi darling! How are you? I miss you sooo much! Muah...."
Izz Aydin menghentikan langkahnya.
Macam suara.. Siapa nama dia tadi. Melissa? Kepalanya menoleh kebelakang dan sempat melihat bayangan Razin hilang didalam suite 1501.
Hidup orang kaya memang macam ni ke? Razin, Rafael. Sama je dua beradik ni. Heh! Peduli apa aku.
Izz Aydin menekan lif dan turun ke tingkat 1. Dia sempat berselisih dengan beberapa orang pekerja lain dan menyapa dengan senyuman.
"Izz Aydin. Tunggu!"
Alaahhh! Siapa lagi panggil aku ni! Laku sangat ke nama aku ni, tak ada pekerja lain dah ke..
Bersambung..
done updated :) happy reading!
Share this novel
sumpah lawakk..haha