Completed
210479
Izz Aydin duduk dikerusi sambil menggenggam mikrofon ditangan. Balqis baru sahaja selesai membuat persembahan dan kini tiba gilirannya pula. Membayangkan kekalahan selepas melihat nyanyian Balqis tadi terus rasa moodnya hilang.
Ternyata Balqis berbakat dalam nyanyian dengan alunan suaranya yang merdu. Terbayang pula saat Balqis menggoda Rafael dihadapan khalayak ramai dengan lenggok manjanya melalui lagu Asmara, penyanyi asal Anneke Gronloh yang cukup terkenal pada satu ketika dahulu. Memikirkan itu sahaja cukup menjentik hatinya yang masih didalam fasa pemulihan emosi. Keluhan halus dilepaskan selepas menarik nafas yang berat.
Menungannya terhenti apabila seorang lelaki memanggilnya untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan.
Nafas ditarik dalam-dalam dan perlahan dia menapak diatas pentas lalu duduk kerusi yang dipintanya sendiri.
Muzik mula dimainkan, perlahan..
(Hanya mimpi - Neeta)
Tak pernah ku mengerti
Apa yang telah terjadi dalam hati
Kau hadir di saat ku telah lelah cinta
Namun kau berikan ku cinta
Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak bisa memiliki
Dan kini ku sedari
Kau hanya mimpi yang aku miliki
Kernanya kini masih mengharapkanmu
Di saat hati memilihmu
Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak bisa memiliki..
Meski raga tak bisa memiliki...
****
Tepukan gemuruh untuknya selepas menghabiskan persembahan. Kakinya laju melangkah menuruni anak tangga dan menghilang dibelakang pentas.
Tubuh disandarkan ke dinding dan melorot jatuh terduduk sendiri. Airmata yang ditahan mula mengalir perlahan menuruni pipi. Lagu yang didendangkannya tadi menggambarkan perasaannya ketika itu.
Kau hanya mimpi yang aku miliki..
Ahh terasa bodoh membiarkan perasaan ini mengawal emosi namun dia cuma wanita biasa yang bisa terluka akibat cinta.
Izz Aydin tidak menyedari Rafael sedang memerhatikannya dari jauh. Rafael turut terkesan dengan apa yang terjadi apabila melihat wanita kesayangannya terduduk menangis. Mahu saja dia memujuk tetapi dia tahu wanita itu masih perlu waktu menyembuhkan luka kerana kesalahannya.
***
Sambil menjamu selera, sambil itu juga mereka dihidangkan nyanyian dari penyanyi jemputan seperti Ernie Zakri, Syamil dan Khai Bahar. Yana yang dari tadi sibuk ke sana ke sini turut serta menjamu selera disebelah Izz Aydin. Pemenang bagi program team building akan diumumkan sebentar lagi.
Izz Aydin sudah berkira-kira mahu balik ke bilik tetapi ditegah oleh Yana. Katanya Izz Aydin harus tetap kekal disitu sehingga majlis tamat. Jadi dia cuma duduk sahaja memerhati tetamu yang lain. Mood nya juga pada ketika itu sudah tiada.
Razin yang sedang leka melayan tetamu sambil ditemani Melissa dilihat sekilas. Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan media, sama cantik, sama padan.
Kemudian matanya terarah kepada sepasang suami isteri yang sudah separuh abad umurnya. Siapa lagi kalau bukan Datuk Halim dan Datin Maria yang juga turut beramah mesra dengan tetamu dan kenalan mereka.
Bayangan Rafael pula sudah tidak kelihatan sejak dia selesai membuat persembahan tadi. Entah kemana menghilang disaat hatinya masih mahukan lelaki itu memujuknya. Mungkin dia perlu lupakan saja hasrat berbaik dengan Rafael. Dia juga sudah tidak mahu menyakitkan hatinya sendiri. Izz Aydin mengeluh lagi untuk kesekian kali.
Tiba-tiba lampu yang menyinari dewan mula diperlahan dan lampu pentas dinyalakan terang memunculkan semula pengacara majlis pada malam ini. Mungkin sudah sampai masa mengumumkan pemenang.
Kesemua mereka terus memandang ke arah pentas.
"Ladies and gentlemen, before we announce the winner, we have a special performer tonight. Please welcome..Rafael!"
Haa? Rafael? Raf perform? Bukan tadi Balqis dah perform untuk team dia orang ke? Izz Aydin dan Yana saling berpandangan dengan bermacam soalan dibenak fikiran.
Kesemua mata terus tertumpu ke pentas atau lebih tepat kearah Rafael yang sudah memegang mikrofon. Izz Aydin sudah tidak senang duduknya saat matanya bertembung dengan mata Rafael. Seperti ada sesuatu yang tidak diduga akan berlaku.
"Hello everyone. Actually I tak terfikir nak perform malam ni but.. I just nak tujukan lagu ni for someone special in my heart. Yang buat I benar-benar rasa cinta, yang dah buat I sedar yang I juga lelaki yang perlukan wanita setia untuk bersama I. Walaupun ramai yang kata I playboy, but this lady, really made me fall deeply in love and I can't even imagine if she leave me."
"Mommy.."Rafael memandang kearah Datin Maria yang tersenyum manis.
"Meet my girlfriend.. Izz Aydin."
Rafael terus sahaja menunjuk ke arah Izz Aydin yang duduk disisi Yana dan Dafi. Sorotan lampu dipancarkan ke arah mereka. Maka berkelipanlah sinaran lampu kamera, baik dari wartawan mahupun dari kamera telefon bimbit. Sesuatu yang diluar duga sedang berlaku dan pastinya pihak media akan mengambil kesempatan ini.
Kesemua mata terus tertumpu ke arah Izz Aydin yang kaku dikerusi. Termasuk Datuk Halim, Datin Maria dan Raissa.
"Izz, please forgive me. Saya janji akan bahagiakan awak, setia dengan awak. There is only you in my heart. So, this song is for you."
Rafael tersenyum sebelum memulakan nyanyiannya sementara Izz Aydin terasa mahu pecah dadanya. Malu? Ya! Suka? Pun ya..! Bibirnya diketap menyembunyikan senyuman. Ternyata Rafael memang lelaki yang bijak memikat hatinya.
(Kekal bahagia - Ippo hafiz)
Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku
Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Akukan selalu ada denganmu
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya
"Izz Aydin. I love you. I truly love you will all my heart."
Terkebil-kebil Izz Aydin, tidak berkutik mahupun bersuara. Air liur untuk ditelan pun sudah habis. Mukanya juga kembang malu sejak dari mula Rafael mendendangkan lagu untuknya dikhalayak ramai. Belum lagi mata-mata dan suara-suara yang mula berbisik.
Realiti ke mimpi ni. Takkan lah.. banyak sangat fikir ni..
Kepalanya digelengkan beberapa kali. Cuba menyedarkan dari mimpi yang terlalu indah itu.
"Izz.."
"Izz!" Yana menyiku Izz Aydin yang mengelamun disebelahnya. Sekejap-sekejap Izz Aydin dilihat menggeleng kepala sambil memejamkan mata.
"Kau jangan kacau aku Yana. Aku perlu bangun dari mimpi ni." Ujar Izz Aydin yang masih memejamkan mata.
Yana menarik lengan Izz Aydin dan satu cubitanbhalusb diberikan dilengan sahabarnya itu
"Izz, bukak mata tu. Kau bukan mimpi lah. Tu Datin Maria kat sebelah kau tu.." bisik Yana.
Bagai disambar kilat, Izz Aydin terus mencelikkan matanya. Kepalanya terus menoleh ke kanan dan benar, Datin Maria sedang memandangnya tanpa segaris senyuman. Matanya dikelip-kelip memastikan semuanya bukan khayalan. Kemudian beralih pula memandang seorang gadis manis disebelah Datin Maria yang tersenyum kepadanya.
***
"Haih.. melepaslah.." bisik Daniel dibelakang Razin.
Razin tidak menoleh pun kepada Daniel yang seakan menyindirnya. Anak matanya cuma memandang Izz Aydin disamping Datin Maria dan Rafael yang sedang berbual-bual. Entah apa jenis perasaan yang membuak-buak didalam dadanya tika itu. Dia sendiri tidak tahu. Pantas kakinya mengorak langkah dan mendekati sekumpulan manusia itu.
"Mommy.." tegur Razin kepada Datin Maria. Segaris senyuman cuba dilakarkan, bercanggah dengan keadaan hatinya yang sudah berkecamuk bertelagah sesama sendiri.
"Ha Zin. Ada pun. Mommy cari Zin tadi tapi tak nampak kat mana. Mommy happy sangat malam ni. Dapat jugak bertemu dengan girlfriend Raf ni." Kata Datin Maria sambil tersenyum.
"Haritu Zin ada cakap mommy mesti terkejut tengok girlfriend Raf. Tak tahu lah apa nak diterkejut. Mommy suka ada lah. Cantik orangnya." Puji Datin Maria kepada Izz Aydin. Dia tidak menyangka Rafael akan memperkenalkan teman wanitanya pada malam itu dengan cara sebegitu lebih-lebih lagi dihadapan wartawan dan media. Sebelum ini tidak pernah sekalipun Rafael memperkenalkan teman wanitanya kepada Datin Maria.
Izz Aydin hanya mampu tersenyum mendengar pujian itu. Terasa kembang setaman hatinya. Tangannya digenggam erat oleh Rafael yang sedang tersengih tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikan mereka dari tadi.
"Tu la mommy. Raf memang tunggu masa sesuai nak kenalkan. Dia ni dah 5 hari merajuk dengan Raf. Dia ingat Raf main-main sukakan dia. Sekarang, biar satu dunia tau yang Raf betul-betul sayangkan dia." Kata Rafael dengan yakin.
Hatinya terasa lapang selepas meluah apa yang terbuku didada. Sesungguhnya dia tidak mampu menunggu lagi keputusan Izz Aydin tentang hubungan mereka. Jadi, biar dia saja menyelesaikan.
Sedang berbual, Izz Aydin sempat melihat Balqis yang sedang melintasi mereka. Anak mata mereka bertembung seketika dan senyuman sinis dihadiahkan kepada Balqis yang tidak puas hati mukanya.
Jeles lettew! Baru kau tau kehebatan aku tackle playboy ni! Eh bekas playboy..heheh.. 2-0.. Kalah game team building, kalah tackle Raf. uwek! Ingin saja dia menjelirkan lidah kepada Balqis tetapi sempat dikawal.
"Err aunty, saya minta diri dulu. Nak rehat, penat sikit." Kata Izz Aydin dengan sopan.
"Sila lah. Aunty pun nak balik bilik ni. Entah mana pulak si Raissa ni hilang. Ha, Raf. Temankan Izz ke bilik." Arah Datin Maria kepada anak lelaki keduanya itu.
"Ye. Mommy tak suruh pun Raf sendiri akan teman dia. Mommy tu hati-hati jugak." Pesan Rafael pula.
"Senang-senang nanti, pergilah rumah aunty. Kita kenal-kenal lagi rapat. Atleast aunty ada lah teman berbual-bual. Nak harapkan tunang Razin tu, asyik sibuk je memanjang. Tak pernah temankan aunty pun." Sempat Datin Maria menyindir Razin yang diam disebelahnya. Entah mana lagi pergi si Melissa tu. Memang susah nak tengok mukanya berlama-lama dalam majlis keluarganya.
"Ya aunty. Nanti Izz datang kalau ada kelapangan."
Izz Aydin menghantar pemergian Datin Maria dengan pandangan mata. Dia kemudiannya menoleh melihat Rafael yang tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk itu.
Satu cubitan halus hinggap diperut lelaki itu.
" Aaa sakit lah." Adu Rafael lalu mencebikkan bibir.
"Ha, sakit.? Padan muka. Apa awak dah buat ni Raf." Semakin galak tangannya mencubit namun Rafael bijak mengelak dengan menahan kedua tangan wanita itu dari terus menjadi ketam jadian.
"Buat apa? Saya cuma kenalkan girlfriend saya. Itu je. Salah ke?"
"Cara awak tu salah. Esok habislah saya kena serang dengan fan fanatik awak tu. Belum lagi ex ex girlfriend awak lagi." Dengus Izz Aydin dengan memek muka tidak puas hatinya.
"Tu tandanya dia orang jealous sebab saya pilih awak berbanding diaorang dan saya cuma nak buktikan yang saya serius dengan awak. So sekarang percayakan saya tak?" Soal Rafael sambil merenung Izz Aydin yang muncung bibirnya.
"Ke nak saya terus melamar awak kat sini? Saya tak kisah. Saya memang dah ready nak ajak awak kahwin tapi saya masih fikir tentang keluarga awak. Kita pun masih ada adat nak meminang anak dara orang."
"Eh jangan-jangan. Jangan buat hal eh. Yang tadi tu pun dah cukup sesak dada saya dibuatnya. Sengaja awak kenakan saya kan."
Rafael tersenyum melihat wajah Izz Aydin yang malu tapi mahu itu. Pantas saja tangannya mengelus pipi wanita itu tanpa mempedulikan Razin yang masih berdiri dihadapan mereka.
Razin memalingkan wajahnya dan terus meninggalkan pasangan itu. Tiba-tiba terasa sakit hatinya melihat kemesraan mereka berdua.
****
Izz Aydin melipat telekung selepas selesai menunaikan solat Isyak yang tertangguh. Dia kemudiannya duduk dibirai katil, memerhatikan Yana yang ralit dengan telefon pintarnya sedari tadi. Sekejap-sekejap ketawa, kemudian membebel seorang diri.
"Sudah-sudahlah baca gosip tu. Sampai esok pun tak habis. Memang buat hal betul lah Raf ni." Bebel Izz Aydin pula. Satu penumbuk dilepaskan diatas bantal dipangkuannya.
Telefonnya sendiri terpaksa dimatikan kerana tidak tahan menerima panggilan dari wartawan yang hendak menanyakan tentang hubungannya dengan Rafael. Belum lagi fac dan instagram nya diserang peminat Rafael. Lansung tidak berhenti berbunyi. Jadi, dia mengambil keputusan menutup sahaja telefonnya buat sementara waktu.
"Aku saja je baca-baca. Bukan selalu nama kau naik trending macam ni. Dua topik dalam satu masa lagi." Kata Yana tanpa mengalihkan mata dari skrin telefonnya.
"Pinjam handphone kau kejap." Pinta Izz Aydin.
"Nak buat apa? Nak baca jugak? Meh sini baca sama. Dapat gelak sama-sama. Lawak je peminat fanatik Raf ni tau. Ada kata kau perampas lah, kau goda dia guna bomohlah. Aduhai." Kata Yana sambil ketawa menggeleng kepala.
"Biarlah apa diaorang nak cakap. Janji Raf aku punya.." giliran Izz Aydin pula tersenyum meleret sambil mengambil telefon di tangan Yana.
"Eleh, suka lah tu. Dah habis marah dah?"
Izz Aydin tersengih mengangguk. Gila tak suka! Nasib tak pengsan ke tadi tau..
"Aku nak bagitau abang Shah yang esok kita singgah balik kampung. Rindu dah dengan Opah dengan atuk. Kau tak kisahkan kita pergi sana?" Kata Izz Aydin inginkan kepastian lagi sebelum mendail nombor Shahril.
"Aku tak kisah. Majlis aku tinggal beberapa hari je lagi. Aku memang dah boleh terima yang Abang Shah bukan jodoh aku." Kata Yana pula. Riak mukanya sengaja mempamerkan senyuman namun didalam hati meronta-ronta menidakkan kata-katanya sendiri.
Tiba-tiba Izz Aydin menepuk dahinya sendiri seakan teringatkan sesuatu.
"Alamak! Aku lupa bagitau bos lah yang aku nak ke kampung 2 hari. Lupa nak minta cuti. Sepatutnya siang tadi nak bagitau. Tapi tak jadi nak bawak dia keluar, terus lupa."
"Habislah.."
"Takpe. Esok try tanya lagi. Harap-harap dia bagilah. Aaminn." doa Izz Aydin turut diaminkan oleh Yana. Dia juga sudah tidak sabar menemui Shahril yang sudah lama tidak dilihatnya itu.
******
Yana dan Izz Aydin saling berpandangan duduk dikerusi bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Berbagai jenis memek muka dipamerkan sesama sendiri tanpa sebarang suara. Seakan berkomunikasi menggunakan bahasa khas mereka berdua..
"Kenapa tak jalan lagi.? Kata nak pergi kampung kan?" Celah seseorang yang duduk dikerusi belakang.
"Err tuan.. betul ke tuan nak ikut kitaorang ke kampung Izz ni? Nanti tuan tak selesa macam mana. Kampung tu panas, takda aircond. Banyak nyamuk." Berbagai alasan diberikan Yana, berharap agar Razin membatalkan hasrat mengikuti mereka.
"Kan aku dah kata aku tak kisah tadi. Dua hari je kan. Nanti Daniel ambil aku. Kalau tak, kita sama-sama terus balik KL je lah."
"Okaylah kalau macam tu. Jalan Izz." Arah Yana kepada Izz Aydin dikerusi pemandu.
Izz Aydin terus menarik muka. Wajah Razin dicermin pandang belakang dilihat sekilas dengan hati yang sebal. Lain yang di rancang, lain yang jadi. Sibuk je nak ikut.
Hmm biarlah. Janji aku dapat jumpa opah dengan atuk.. ee tak sabarnya..
Gear ditukar dan break di lepaskan. Perlahan kereta milik Yana menyelusuri jalan raya dan bergerak menuju ke kampung Izz Aydin.
jom singgah i.g.kita borak2 ;)
Share this novel