Bab 34

Drama Completed 204768

Keesokkan harinya Izz Aydin bangun agak lambat kerana usai bersolat subuh, dia tertidur semula. Memandangkan hari ini dia cuti, jadi tidak kisahlah jika dia bangun lambat sedikit.

Berpisat-pisat dia bangun menggosok mata. Kaki dijuntaikan disisi katil dan tubuhnya dipusing kiri dan kanan bagi melegakan urat. Kepalanya turut diliuk-liuk sambil menggosok tengkuknya sedikit.

Langkah kaki dibawa ke tepi tingkap dan langsir terus ditolak tepi. Panahan sinar matahari pagi terus menerobos dan menerangi ruang bilik yang sedikit gelap tadi. Bibirnya terus mengukir senyuman. Good morning sunshine! Ahh terasa bertenaga pagi ini.

Kemudian dia mencapai tuala dipenyidai dan terus menuju ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setengah jam kemudian, dia keluar semula dengan wajah yang lebih segar. Dia terus menyiapkan diri sebelum melangkah keluar dari bilik. Belum sempat membuka pintu bilik, pergerakkannya berhenti mendadak.

Tiba-tiba pula dadanya berdetak kuat teringatkan peristiwa semalam. Bibir digigit sedikit dan jam dijeling sekilas. 8.32 pagi. Dia dah pergi kerja kot.. bicaranya sendiri.

Perlahan pintu bilik dibuka dan dia menghulurkan kepalanya sedikit, mengintai bilik hadapan tetapi pintu bilik itu bertutup rapat. Tidak pasti sama ada penghuni dibilik itu sudah keluar atau belum.

Ahh yang aku takut berdebar sangat ni kenapa. Dia kiss sikit je pun dah menggelabah satu badan. Belum lagi...hmmm

Tiba-tiba bibirnya mengoyak senyuman lalu tersengih taktala imaginasinya mencapai ke luar batas fikiran. Eee kenapa macam aku yang desperate miang ni..!

"Tersengih-sengih tercegat kat situ dah kenapa?" Tegur satu suara garau sekaligus mengejutkannya dari lamunan. Terus berkecai imaginasi ciptaannya tadi.

"Ha? Err mana ada. Saya nak pergi dapurlah." Terkocoh-kocoh Izz Aydin melangkah laju menuju ke dapur. Jantungnya terus bekerja keras pagi ini. Berdegup kencang seolah melakukan larian pecut 100 meter.

"Err kenapa tuan tak bersiap lagi? Bukan waktu ni tuan dah pergi kerja ke?" Soal Izz Aydin sambil membancuh secawan kopi untuk Razin dan secawan milo untuk dirinya

"Aku buat kerja kat rumah je. Tak ada kerja urgent jugak hari ni. Nanti kau sorang kat rumah bosan pulak kan."

"Adel?"

"Humaira akan uruskan dia harini." Razin mengerling sekilas Izz Aydin yang diam menunduk kepala.

Tangannya lincah mengambil sebungkus roti berserta pinggan yang terletak disebelah Izz Aydin. Sengaja memintas pergerakan wanita itu sehingga bergesal bahu dan tubuh, sekaligus mengambil kesempatan menyedut haruman yang terbit dari rambut isterinya tanpa disedari wanita itu.

"Tuan, dua bilik hujung tu bilik apa?"

"Oh. Yang hujung sekali bilik workout aku, mini gym. Yang lagi satu tu mini theater. Kalau kau nak tengok movie ke, karaoke ke, boleh guna bilik tu. Gim tu kau nak pakai pun boleh."

"Ehh tak lah. Saya mana reti workout ni semua. Kalau karaoke tu boleh lagi kalau nak bagi orang sakit telinga dengar saya melalak." Kata Izz Aydin lalu tersengih.

Kedua cawan itu dibawa ke meja makan bersama roti tadi. Kedua suami isteri itu duduk bersama menikmati sarapan ringkas mereka itu.

"Petang nanti saya nak pergi rumah Yana boleh?" Soal Izz Aydin sambil memandang cawan ditangannya. Dia masih belum mampu memandang lelaki itu kerana asyik teringatkan peristiwa semalam.

Razin terus memberhentikan kunyahan roti.

"Nak buat apa? Kau tak nak tinggal sini dah?"

"Tak. Bukan macam tu. Esok abang Shah, opah dengan atuk nak balik kampung dah. Jadi saya ingat nak jumpa dia orang sebelum dia orang balik."

"Oh.. boleh. Aku ikut sekali. Nanti apa pulak kata Opah dengan Atuk kalau aku biarkan kau sorang pergi sana."

"Tak mengganggu tuan ke nanti?"

"Takpa. Aku temankan je, kau yang drive. Lagipun takut nanti kau tak nak balik sini dah. Risau pulak kalau nanti kau rindukan aku." Kata Razin lalu tersenyum meneruskan suapan roti.

Izz Aydin turut tersenyum. Tidak pula mengiyakan tetapi hatinya seperti setuju dengan kenyataan itu.

"Kalau lepas atuk dengan opah balik kampung, saya nak duduk dengan Yana balik?" Sekali lagi pertanyaan dilontarkan. Sengaja ingin menduga walaupun sudah tahu jawapan yang akan diterima.

"Tak boleh. Aku tak benarkan." Pangkah Razin.

Mana mungkin dia mahu membiarkan isterinya duduk berasingan sedangkan mereka suami isteri yang sah. Lagipula dia belum berjaya memikat hati wanita itu sepenuhnya. Cuma ada beberapa sisa hari saja yang ada sebelum Rafael pulang ke Malaysia.

Izz Aydin mengetap bibir menyembunyikan senyuman.

"Kejap lagi aku ada online meeting dengan staff. And.. please don't make any sound kalau tak nak kantoi." Pesan Razin yang meleratkan senyuman dan jelingan.

Izz Aydin mengangguk tanda faham.

****

Sejak dari pagi sehingga membawa ke tengah hari Razin masih duduk diruang tamu dengan laptop yang masih terbuka dihadapannya. Masih tekun melaksanakan tugas walaupun berada dirumah.

Semua perbualan dan perbincangaan bersama pekerjanya lansung tidak diketahui satu butir pun oleh Izz Aydin kerana semuanya mengenai bisnes, lawatan kerja, bajet, program tahunan hotel dan beberapa perkara yang berkaitan.

Izz Aydin pula sudah selesai mencuci, mengeringkan pakaian, memasak untuk makan tengah hari, dan juga sudah habis satu rumah dipusingnya bagi menghilangkan bosan. Pokok diluar juga turut disiramnya.

Dia duduk di satu kerusi yang jauh sedikit sambil memerhatikan Razin yang masih mengadakan mesyuarat dalam talian itu. Sesekali lelaki itu dilihat mengerutkan kening, menggosok pelipis dan dahi. Jarinya turut mencatit sesuatu di dalam buku dan didalam ipad. Dan pastinya wajah itu sentiasa mempamerkan riak serius sepanjang melakukan kerja.

Ia membuatkan Izz Aydin tersenyum sendiri mengingatkan sesuatu. Riak itu yang pertama kali dahulu dilihatnya dan wajah itu juga selalu membuatkan dirinya takut untuk bertentangan mata.

Dia terus bangun dari kerusi dan menuju ke dapur. Jus oren diambil dari dalam peti sejuk lalu dituang ke dalam gelas lutsinar. Gelas itu dibawa ke ruang tamu dan diletakkan di atas meja dihadapan Razin yang sedang membuat kerja.

Thank you.. itu ucapan yang diucapkan tanpa suara. Disertakan senyuman manis menampakkan kedua lesung pipit lelaki itu. Seakan ada rama-rama terbang bersama senyuman diterimanya tadi.

Izz Aydin terus berlalu dari situ dan menuju ke dalam biliknya pula kerana sudah tiba masa untuk menunaikan solat zuhur.

*****

Kedatangan sepasang suami isteri itu disambut mesra oleh Opah Biah dan Tok Adam. Yana pada masa itu masih berada di hotel kerana masih diwaktu kerja. Shahril pula keluar sebentar membeli barang untuk dibawa mereka pulang keesokkan harinya.

"Izz, ni ada benda yang opah nak bagi. Haritu masa datang dah bawa dah tapi asyik lupa nak bagi. Opah naik ambil sekejap ya." Ujar Opah Biah lalu bangun dari kerusi dan menuju ke tangga.

"Izz teman Opah naik." tambah Izz Aydin pula lalu membuntuti Opah Biah.

Razin tersenyum melihat kemesraan isterinya itu dengan Opah Biah.

"Macam mana ibu Razin? Mesti dia terkejut sangat kan semalam." Kata Tok Adam sambil menghirup kopi panas yang sudah terhidang di atas meja. Kek mentega keju turut diambil dan disumbat ke dalam mulut.

"Mommy dah okay. Dia boleh terima Izz sebab dia memang dah pernah jumpa Izz sebelum ni."

"Okay lah kalau macam tu. Risau juga atuk. Ye lah. Kami ni orang kampung. Jika nak bandingkan dengan keluarga Razin, jauh sangat bezanya."

"Eh apa pulak atok cakap macam tu. Keluarga kami tak pernah nak bandingkan semua tu. Kita semua sama disisi Allah. Semua yang ada ni, pinjamanNya. Tak kekal pun."

Tok Adam terangguk-angguk menyetujui kata-kata cucu menantunya itu.

"Jadi boyfriend Izz tu adik kamu lah ya. Kalau atuk tahu, atuk tak desak kamu berdua bernikah. Rasa bersalah pulak atuk bila jadi macam ni. Atuk minta maaflah dah susahkah Razin sekeluarga."

"Atuk, semua jadi ada hikmahnya. Saya ikhlas memperisterikan Izz dan soal adik saya tu, kami akan selesaikan dengan baik. Saya pun turut bersalah dalam hal ni. Ibarat saya pulak yang rampas Izz dari dia."

Opah Biah yang sedang turun dari tingkat atas terus mencelah perbualan dua orang lelaki itu.

"Itu namanya jodoh. Kita tak boleh nak kata siapa rampas siapa. Izz pun bukan isteri atau tunangan orang masa tu. Jadi tiada halangan Razin untuk menikahi dia."

"Mempersoalkan jodoh tu seolah kita menidakkan nikmat atau rezeki yang diberikan Allah kepada kita. Kita percaya jodoh pertemuan tu ditangan Tuhan tapi kita selalu mempersoalkan hal tu. Jadi, jangan difikir sangat. Bersyukur dan berdoalah semoga jodoh kamu berdua kekal sampai syurga." Sambung Opah Biah lagi.

"Aaminn. Itulah yang saya selalu doakan didalam setiap solat saya Opah." ujar Razin lalu tersenyum.

"Minum lah air tu. Izz masih kat atas. Katanya nak ambil barang sikit."

Razin mengangguk lalu mencapai cawan di atas meja. Air itu diteguk perlahan. Sesekali ekor matanya memandang ke arah tangga, menanti kemunculan isterinya.

Izz Aydin mengambil lagi beberapa helai pakaian untuk kegunaan dirumah Razin nanti. Laci ditarik dan sebentuk cincin emas keluarkan sebelum ditenung lama.

Itu adalah cincin perkahwinannya dengan Razin.

Lama dia termenung lalu mengeluh halus. Cincin itu disimpan di dalam kocek seluar dan dia terus keluar dari bilik itu selesai mengemas barang yang diperlukan.

Dia mengambil tempat disebelah Opah Biah lalu memeluk erat tubuh opahnya.

"Opah, Izz nak tidur sini malam ni boleh?" Soal Izz Aydin sambil menjeling ke arah Razin. Wajah ketat lelaki itu semakin membuatnya mahu terus mengusik.

"Kenapa nak tanya opah, tu Razin ada tu. Kena tanya dia. Tanya opah buat apa. Bukan opah boleh kata boleh pun kalau Razin tak izinkan."

Razin menggerak-gerak bibirnya. Geram melihat Izz Aydin yang sengaja menduganya.

"Kalau nak tidur sini, boleh..tapi kita sama-sama stay sini. Okay?" Giliran Razin pula cuba menduga. Keningnya diangkat sedikit menanti jawapan dari Izz Aydin.

Kalau sama-sama tidur sini, mesti kena tidur sebilik. Aa tak boleh tak boleh. bisik Izz Aydin sambil menggeleng kepala. Razin yang memerhati ketawa kecil, tahu apa yang bermain difikiran isterinya.

"Hehe.. tak pa lah opah. Izz balik rumah sana je. Kejap lagi nak pergi beli barang." Terus tersengih Izz Aydin memberi alasan. Matanya dikerling sekilas ke arah Razin yang masih ketawa.

"Jom kita gerak. Kata nak singgah beli barang tadi kan" Kata Razin. Sisa air didalam cawan dihirup sehingga habis sebelum punggung diangkat dari kerusi.

"Ha, ye lah. Izz, ingat pesan Opah tadi. Jangan nak degil sangat dengan suami tu. Razin, Izz ni kalau tak dengar cakap, piat je telinga dia. Opah izinkan." Kata Opah Biah sambil ketawa.

"Ish, apa lah opah ni. Izz bukan budak-budak lah. Tau lah Izz nak jaga diri, jaga suami.." sengaja perkataan suami ditekankan. Sebal hatinya.

Pandangan dialihkan kepada Opah Biah dan Tok Adam. Kedua mereka dipeluk erat selepas ciuman diberikan dipipi.

"Izz balik dulu. Nanti ada masa free, Izz balik kampung ya. Atuk jangan buat kerja berat sangat. Jaga kesihatan ya, atuk opah." Tok Adam mengangguk tersenyum diikuti Opah Biah.

Razin turut menyalami Opah Biah dan Tok Adam sebelum masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian, Izz Aydin menjengul keluar kepalanya dari tingkap kereta.

"Lagi satu. Jangan lupa kirim salam kat angsa opah tu. Cakap kat dia, lagi sekali Izz balik, dalam kuali lah dia masa tu. Ingat!" Teriak Izz Aydin.

Berderai ketawa Opah Biah dan Tok Adam mendengar celoteh amaran cucunya itu.

Hai lah angsa. Sebab kau lah cucu aku kahwin terjun.

****

Izz Aydin memandu perlahan saat kereta dipandunya masuk kedalam ruangan parking disebuah pasaraya. Lampu dipadamkan dan enjin kereta dibiarkan terbuka.

"Tuan tunggu dalam kereta je. Biar saya masuk dalam beli barang." Kata Izz Aydin sambil membetulkan sweater ditubuhnya.

"Kenapa aku nak kena tunggu dalam kereta?" Soal Razin dengan nada pelik.

"Takkan kita nak keluar bersama. Tuan nak jadi bahan gosip esok? Saya tak nak."

"Apa susah. Ni kan ada." Razin mengeluarkan topeng muka berwarna hitam berserta topi. Topeng itu terus disarung ke muka dan topi tadi disematkan diatas kepala.

"Amacam? Dah tak kenal kan." Kata Razin sambil mengenyitkan mata. Tangannya terus menolak daun pintu tanpa sempat Izz Aydin menahan. Entah bila pula lelaki itu sempat membawa semua itu.

Kedua mereka berjalan beriringan masuk ke pasaraya. Razin membantu menolak troli sementara Izz Aydin mengambil barang. Kelihatan mesra pasangan itu sambil bergurau senda. Sesekali Razin cuba merangkul Izz Aydin tetapi Izz Aydin pantas mengelak. Tidak mahu kelakuan mereka mengundang rasa tidak selesa pengunjung dipasaraya itu.

Tanpa disedari, ada sepasang tangan lincah menangkap beberapa gambar dan aksi mesra mereka berdua menggunakan telefon pintar. Gambar itu kemudiannya terus dihantar kepada seseorang.

****

Izz Aydin duduk menonton televisyen sambil mengunyah potongan epal ditangannya. Cerita bertajuk The fault in Our Star itu sudah berulang kali ditayangkan tetapi setiap kali ditonton, masih tetap membuatnya menitiskan air mata.

Razin yang baru selesai mandi selepas melakukan senaman turut serta menonton dan duduk disebelah Izz Aydin. Badan disandarkan ke sofa sambil kedua tangan memeluk tubuh.

"Cerita apa yang kau tengok sampai nangis-nangis ni. Cepat sangat touching."

"Tuan apa tau. Cerita ni sedih kot." Air mata yang bergenang dilap dengan tisu yang sudah disediakan diatas meja.

"Eleh. Ingatkan dia hati kental. Tengok movie sedih, terus nangis. Tisu jugak rupanya."

"Hati kental ke, hati tisu ke, saya masih perempuan yang ada perasaan kewanitaan tu tau. Bukan macam tuan tu. Serius je memanjang. Mengalahkan muka pelakon Arnold susahnakeja tu."

"Hah? Arnold susahnakeja? Arnold Schwarzenegger lah. Apa pulak Arnold susahnakeja."

Terus meletus tawa kedua mereka.

Izz Aydin bukannya tidak tahu nama sebenar pelakon hollywood itu, cuma dia malas mahu menyebut. Memang susah betul nak disebut.. berbelit lidah.

"Aku lain kalau nak dibezakan dengan dia.. memang dia kalah lah. Tapi.. kalau dengan kau.. aku kalah."

Izz Aydin menghentikan gigitan diepal lalu menoleh ke tepi.

"Kalah dengan saya?" Berkerut-kerut keningnya ketika itu.

Razin memaling tubuhnya menghadap Izz Aydin lalu meraih tangan wanita itu dan dikucup perlahan.

"Aku kalah dengan renungan kau. Mata kau. Suara kau. Aku kalah dengan semua yang melibatkan kau." kata Razin perlahan. Anak matanya menatap tepat ke dalam mata Izz Aydin. Sekaligus menyampaikan rasa cinta yang semakin mekar.

"Aku tahu aku tak sempurna macam lelaki lain. Aku beku, aku panas baran, aku selalu marah kau tapi tu dulu. Aku cuba kawal diri aku. Semuanya untuk kau. Sebab aku betul-betul sayang kau. Aku cintakan kau sepenuh hati aku."

Terpaku Izz Aydin mendengar. Kata-kata itu terlalu jujur didengar dan hatinya..turut terasa tenang. Tiada degupan laju seperti selalu.

"Izz, bagi aku peluang untuk aku buktikan cinta aku ."

Izz Aydin masih mati kata selepas mendengar pengakuan tulus dari suaminya tadi. Cuma matanya saja meneroka disetiap inci lekukan diwajah lelaki itu.

Tayangan cerita yang ditontonnya tadi sudah tidak didengari. Seolah pelakon didalam televisyen itu pula yang menonton mereka.

"Kenapa tuan bersungguh nak saya terima tuan? Sedangkan tuan tahu saya masih sayangkan Raf."

"Sebab aku tahu dalam hati kau dah ada rasa sayang pada aku. Aku boleh rasa tu dan aku yakin, dengan rasa sebesar zarah tu boleh membuatkan kau sayang pada aku dan terima sepenuhnya."

Wajah Izz Aydin ditarik rapat. Dahi isterinya itu dikucup lama sebelum dahinya disandarkan didahi Izz Aydin.

"Please, Izz. Jangan tolak cinta aku. Jangan nafikan rasa tu..."

Izz Aydin mengakui apa yang dikatakan Razin itu benar. Dalam hatinya memang sudah mula rasa sayang namun sayang pada Rafael turut bersulam di antara rasa mereka itu.

Genggaman Razin semakin erat menyulam jarinya sambil diusap lembut. Sehinggakan dia sendiri membalas dan membiarkan rasa cinta mula berputik didalam hati.

Jemari Razin mula naik menyentuh lembut pipi isterinya. Wajah itu ditatap tunak.

"Jadi isteri aku sepenuhnya Izz. Aku janji aku akan bahagiakan kau, aku takkan sia-siakan kan. I love you.. i love you so much."

Razin merapatkan bibirnya. Sekali lagi dahi isterinya itu dikucup lembut. Kemudian turun ke pipi kanan dan kiri. Hidungnya pula sengaja digesel dengan hidung Izz Aydin. Sehingga membuatkan wanita itu tertawa kecil.

Dan akhirnya, bibirnya memaut lembut bibir isterinya. Ciuman itu penuh syahdu dan hangat.. Yang hanya disinari biasan cahaya dari kaca televisyen. Lama..sehinggakan tangan Izz Aydin sendiri menarik leher lelaki itu.

Tiba-tiba deringan telefon Izz Aydin mematikan kucupan hangat yang semakin mengasak dada itu. Izz Aydin yang seolah tersedar dari hanyutan asmara, lekas mengundur ke belakang dan menjauhi. Dadanya berombak memandang wajah kemerahan Razin dihadapanya.

"Raf.." tiba-tiba bibirnya menyebut nama Rafael.

Dia terus bangun dari sofa meninggalkan Razin yang masih menggenggamnya erat. Pantas sahaja kakinya dibawa pergi bersama telefon yang masih berdering menunggu dijawab.

Jantung tiba-tiba berdetak lebih kuat dan langkahnya terhenti seketika lalu menoleh ke arah Razin. Lelaki itu menunduk menekur lantai sambil menggigit dan menggosok bibirnya sendiri. Dengusan kasar yang diluah turut terdengar jelas ditelinga. Wajah lelaki itu kelihatan kecewa. Sangat kecewa...

Izz Aydin meneruskan langkah menuju ke dalam bilik dan daun pintu ditutup rapat. Tubuhnya melorot didaun pintu lalu tertunduk lemah. Hatinya diserbu perasaan bersalah bercampur sedih.

Linangan air jernih yang mula terbit dari matanya terus mengaburi pandangan.

Keliru... Ya..Itulah perasan Izz Aydin sekarang.. Keliru..

jom follow ig m.a.z_np boleh borak2 ;) please follow, rates and comments! tq ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience