Part 2

Action Completed 75672

HUJAN YANG LEBAT menyukarkan Luna untuk melelapkan mata.

Handphone dicapai. Jam yang terpapar di dalam handphone di kerling. 10:30 malam!

Dahlah dia tinggal seorang... Ibu dan abahnya keluar dari siang tadi mengikut Mama Fari ke bandar. Ada acara pelancaran fesyen terbaru rekaan dari abang Fay sendiri. Dia kagum sejenak dengan pencapaian abang saudara itu. Tapi itu hanya seketika cuma.

Hatinya kembali berderup bila memikirkan dia tinggal seorang diri. Menyesal pula dia menolak cadangan mak dengan abah tadi. Tapi bila dilihat Hayrren mengikut sekali, dia matikan niatnya.

Sejak kes hari itu, hatinya kembali mendidih bila melihat wajah Hayrren sering kali menempel di depan rumah orang tuanya. Puas diugut, ditolak malah dihalau, tapi lelaki itu masih lagi dengan muka temboknya.

Rasanya apa yang dialami ini pernah terjadi pada dirinya. Seperti dejavu!

Dulu dia mendekati juga Hayrren walaupun lelaki itu puas mengugut, menolak malah dihalau seperti anjing kurap. Dia tetap dengan pendiriannya. Tapi sekarang... Dah terbalik...

Dia yang menolak... Hayrren pula yang terhegeh - hegeh...

Terus kepalanya di geleng bila teringat masa lalu... Dah kenapa aku ni ingat masa dulu pulak? Kepalanya di ketuk.

Dumm!!!

Dentuman guruh dan kilat memancar di luar rumah mengejutkan Luna yang sedang mengelamun. Dan secara tiba - tiba juga semua lampu di dalam rumah terpadam.

Luna tersentak bila semua lampu terpadam. Darah gemuruh nya kembali menerpa. Handphone di sebelah dicapai kalut. Lampu pada telefon pintarnya di nyala serta merta.

Dia melangkah keluar dari bilik untuk mencari lilin di ruang menempatkan barang - barang lama. Biasanya Puan Mei ada menyimpan sekotak lilin di situ untuk kecemasan.

Sedang mencari, tiba - tiba bulu roma meremang. Dia merasa kan ada seperti ada susuk tubuh seseorang berdiri dibelakang nya kini. Pantas dia mengalih ke belakang. Buntang matanya melihat susuk tubuh seorang lelaki lengkap berpakaian serba hitam. Muka lelaki itu tidak kelihatan kerana diselubungi topeng muka separuh dan hoodie. Hanya pandangan mata lelaki itu tajam menikam wajahnya.

Dia ingin menjerit tetapi pantas mulutnya ditekup kuat oleh lelaki berpakaian serba hitam ini.

Dia meronta ingin melepaskan diri. Lelaki ini bukan Hayrren. Dia kenal sangat susuk tubuh Hayrren. Lelaki ini lebih rendah dari Hayrren dan tubuh lelaki ini agak keding dan tidak berbadan sasa seperti Hayrren.

Dia bergelut mahu melepaskan diri sehingga membawa mereka ke ruang tamu. Segala yang berada di ruang tamu habis berantakan kesan pergelutan dia dengan lelaki misteri ini.

Bila tangan yang menekup mulutnya tadi terlepas, kesempatan itu di ambil oleh Luna untuk menjerit minta tolong.

"Herry!!! Tolong saya!!!" Nyaring dia meminta tolong.

Lelaki misteri itu berang bila mulut Luna terlepas dari tekupannya pantas melayang satu tamparan ke wajah mulus Luna sehinggakan wanita itu sehingga kepala wanita itu terteleng ke tepi.

"Kau ingat ada orang ke nak tolong kau... Kau sorang sekarang..." Desis suara garau di tepi telinganya. Rambutnya dicengkam kuat memaksa wanita itu mendongak memandang wajahnya yang bertopeng separuh.

"Tolong... Jangan apa - apakan aku... Tolong lepaskan aku..." Rayu Luna. Rayuannya sama seperti rayuannya pada Hayrren untuk melepaskan dia dahulu.

Lelaki misteri itu ketawa mengekek. Geli hati dengan rayuan yang dibuat oleh Luna.

"Kau nak rayu apa lagi... Bila - bila masa aje nyawa kau melayang dekat tangan aku..." Lelaki misteri itu bersuara lagi.

Tubuh longlai Luna di hempas kasar ke atas lantai papan.

"Sebelum kau mati... Aku nak rasa dulu tubuh kau..." Ujar lelaki misteri itu bersama sengihan miang disebalik topeng mulut yang dipakai.

Walaupun bosnya tidak menyuruh dia berbuat demikian, tetapi jauh di sudut hati dia tahu yang bosnya mahu dia melakukannya. Kucing mana tidak mahu tolak ikan. Lebih - lebih lagi dalam keadaan hujan lebat begini. Mampu menggoncang nafsunya.

Luna tidak mampu berbuat apa - apa bila tubuhnya sudah berasa sengal akibat dihempas secara kasar tadi. Hanya mampu mengalir air mata dan hanya berharap ada menolong dirinya kala ini.

Bila tubuh lelaki misteri itu sudah menghampiri dirinya, tidak semena - mena tumbukan padu hinggap di wajah lelaki tersebut. Lelaki misteri itu jatuh tersungkur ke tepi dinding.

Kelopak matanya dibuka. Muncul wajah bengis Hayrren di hadapannya kini.

"Herry..." Seru Luna bersama tangisan yang membingit. Bergegas Hayrren mendekati Luna lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Syuhhh.... Dah.. Abang ada dekat sini... Luna dah selamat..." Pujuk Hayrren.

Bila lelaki misteri itu sudah sedar dari tumbukan padunya tadi, cepat - cepat Hayrren membawa tubuh Luna menjauhi ruang tamu itu.

Luna tidak mahu melepaskan pelukannya dari Hayrren. Hatinya terlalu takut. Dan bila mendapat pujukan dari Hayrren, akhirnya dia akur. Perlahan - lahan dia melepaskan pelukan itu dan merengkot ditepi kerusi rotan.

"Hero sudah datang... Ini yang aku suka sangat ni..." Ejek si lelaki misteri.

"Kau siapa hah? Apa kau buat dekat rumah ni?" Bengis Hayrren bertanya. Aura tentera terserlah di wajahnya.

Lelaki itu tertawa geli hati.

"Siapa aku tak penting... Memandangkan kau dah serah diri dekat sini... Aku lepaskan perempuan tu walaupun tak dapat rasa tubuh dia..."

"Kurang ajar!!!"

Hayrren sudah mula menghayunkan penumbuknya ke arah lelaki itu. Tetapi nampaknya, lelaki itu sudah bersiap siaga dari tadi. Penumbuk Hayrren tersasar dan menyebabkan dia tersungkur kebelakang lelaki misteri itu.

Mereka bergelut seketika. Luna gerun melihat cara Hayrren dan lelaki itu bergelut.

Berkali Hayrren melepaskan tumbukan pada wajah lelaki misteri itu. Hingga dia tidak sedar yang lelaki misteri itu berjaya menghiris perutnya dengan sebilah pisau lipat. Terbongkok dia ke tepi bila perutnya terasa pedih.

Lelaki misteri itu ketawa sinis bila melihat tubuh Hayrren sudah membongkok di tepi tubuhnya.

Luna sudah menjerit meluru ke arah Hayrren tanpa mempedulikan keselamatan dirinya.

Dia sudah berada dalam pelukan Hayrren. Lelaki misteri itu mahu membenamkan pisau lipat pada tubuh Luna tetapi tidak berjaya bila suluhan lampu kereta di luar rumah mematikan niatnya.

Dia menyumpah di dalam hati. Dia bergegas melarikan diri melalui pintu dapur.

"Herry..."

Luna sudah teresak di sisi Hayrren. Darah merah sudah membuak keluar membasahi kemeja biru yang dipakai oleh Hayrren.

Pintu utama di buka.

Tersembul wajah Puan Mei, Puan Fari, Encik Ngan dengan diikuti Fay dari belakang.

Terbuntang mata kesemuanya bila melihat wajah serabai Luna dengan keadaan Hayrren yang berdarah di perut.

"Apa yang dah jadi dengan kamu semua ni?" Jerit kesemuanya yang berada situ.

Nasib ada Hayrren yang selamatkan Luna... Kalu tak.. Tak tahu lah jadi apa dekat nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience