Part 2

Action Completed 75672

DUMM!!!

Hampir tercabut jantung Luna mendengar bunyi kilat dan petir di luar rumah. Hujan pula semakin turun dengan lebat.

Jam di dinding di kerling sekilas. Baru nak menginjak ke angka 9:30 malam!

Dia mula mundar mandir di dalam bilik. Dia risau akan ibu dan bapanya yang keluar sejak petang tadi kerana ingin menziarahi ahli keluarga mereka yang meninggal dunia di kampung sebelah.

Ting!

Tiba - tiba notifikasi telefon pintarnya berbunyi. Cepat - cepat dia mencapai handphone. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej dari ibunya.

MAK:
LUNA... MAK DENGAN ABAH TAK JADI BALIK MALAM NI... HUJAN LEBAT SANGAT NI... JALAN UTAMA BANJIR... TAK BOLEH KELUAR... LAGIPUN MAK SU KAMU AJAK MAK DENGAN ABAH TIDUR RUMAH DIA...

Fuh! Lega bila mak menghantar mesej begitu. Tak lah dia risau sangat...

LUNA:
OKLAH TU... TAKLAH LUNA RISAU SANGAT...

MAK:
KAMU OK TAK TINGGAL SEORANG TU... KALAU TAKUT... PINDAH RUMAH KAK HOR SEBELAH RUMAH TU...

Tergelak Luna membaca mesej ibunya.

LUNA:
LUNA OK AJE MAK... MAK DENGAN ABAH TAK PAYAH RISAU OK... ALAH... TAKKAN TAK BIASA LUNA KENA TINGGAL SORANG - SORANG MACAM NI... SELAMA NI PUN... ADA JER LUNA KENA TINGGAL...

MAK:
ADA JER JAWAPAN DIA YE... OKLAH... MAK NAK KE RUMAH MAK SU DAH NI... KUNCI PINTU SEMUA... JAGA DIRI...

LUNA:
OK BOS... SELAMAT MALAM...

MAK:
SELAMAT MALAM JUGAK... JAGA DIRI...

LUNA:
OK??

Aplikasi WhatsApp ditutup. Argh... Lega bila dapat tahu yang ibu dan bapanya berada dalam keadaan selamat.

Prangg!!

Tersentak Luna bila mendengar bunyi benda jatuh dari arah dapur.

Perlahan - lahan melangkah menuju ke pintu bilik. Selak pintu dibuka. Dia menjenguk kepalanya keluar bilik. Sekitar ruang tamu di pandang. Tiada apa yang mencurigakan. Dia memandang pula ke arah ruang tengah menempatkan pakaian sekolahnya dan baju - baju lama. Pun sama. Tiada apa yang mencurigakan.

Perlahan - lahan dia melangkah mahu menuju ke arah dapur. Tetapi langkahnya terhenti bila dia merasa ada sesuatu di belakangnya. Dia pantas berpaling ke arah belakang. Terkejut Luna bila wajah kuyu Hayrren muncul di hadapannya.

"Abang Herry... Apa abang dekat sini?" Tanya Luna dengan rasa gugup. Hidung nya mencium bau arak dari tubuh Hayrren.

"Abang Herry minum arak?" Tanya Luna tidak percaya.

"Aku minum arak pun apa kau kisah..." Kasar sekali Hayrren bersuara.

Dia mula mara ke arah Luna. Luna pula sudah mengundur ke belakang.

"Luna rasa abang Herry patut balik... Abang Herry dah mabuk sangat ni..." Luna bersuara lagi walaupun hatinya sudah mula kecut melihat Hayrren mendekat ke arahnya.

Tangan Hayrren yang mula menjalar di wajahnya ditepis perlahan.

"Apa ni abang Herry..." Ujar Luna kurang senang dengan tingkah aneh Hayrren ini.

"Abang Herry... Tolonglah balik ke rumah abang Herry semula... Dah malam ni.. Tolong lah..." Luna menghalau Hayrren dengan cara sopan.

"Kau tak payah nak halau akulah... Aku tau jalan balik rumah aku... Tapi bukan malam ni... Malam ni aku bagi pelajaran dekat kau sebab kau dah ingkar amaran aku tempoh hari..."

"Ingkar? Amaran? Apa ni? Luna tak fahamlah..." Dahi Luna sudah berkerut tanda tidak mengerti.

"Kau tak payah berlagak tak tahu lah Luna... Kau kan yang bagitau dekat abang aku pasal aku minum arak kan... Kau kan..." Sembur Hayrren.

"Bila masa Luna bagitau abang Fay..." Sanggah Luna.

"Argh... Aku tak percaya cakap perempuan licik macam kau ni... Agak nya dengan cara kasar baru mulut kau tu senyap..." Serentak itu tubuh Luna mahu dipeluk tetapi tidak kesampaian bila satu tamparan hinggap diwajahnya.

"Kau..."

Wajah mulus Luna di tampar kuat sehingga gadis itu tersungkur di atas lantai papan.

"Berani kau tampar aku... Perempuan tak guna... Mari sini... Aku ajar kau cukup - cukup..." Hayrren hilang kewarasan. Tubuh Luna yang tersungkur tadi diheret menuju bilik gadis itu.

"Tolong abang Herry... Tolong lepaskan Luna..." Rayu Luna bersama tangisan yang sudah pecah.

Tubuh si gadis di angkat naik lalu di humban di atas katil. Pada masa itu jugalah kain batik yang dipakai Luna terselak hingga menampakkan betis gebunya.

Mencanak naik nafsu Hayrren melihat paranorama indah dihadapannya. Mungkin dari kesan dadah perangsang yang diletakkan oleh Cu dalam minuman araknya membuatkan dia hilang kewarasan untuk berfikir.

Luna yang teresak - esak menangis di atas katil terus memaling wajahnya ke arah lain bila Hayrren sudah membuka butang bajunya satu persatu sehingga menampakkan tubuhnya sasa.

Dari mengesot kebelakang bila Hayrren mara ke arahnya. Terjerit dia bila kakinya ditarik kasar menghadap Hayrren yang sudah tidak berbaju.

"Abang Herry... Tolong jangan buat Luna macam ni... Tolong lepaskan Luna..." Rayu Luna sambil merapatkan kedua - dua belah tangannya memohon agar dirinya dilepaskan oleh lelaki ini.

Tetapi rayuannya langsung tidak dihiraukan oleh Hayrren. Lelaki itu sudah mula mahu menindih tubuh Luna tetapi pantas ditolak kasar oleh Luna sehinggakan lelaki itu terhantuk ke arah dinding bilik.

"Arghh..." Hayrren mengerang kesakitan.

Melihat lelaki tu masih berada dalam keadaan sakit, kesempatan itu diambil oleh Luna untuk melarikan diri meminta bantuan. Tapi sekali lagi tindakan nya itu dapat dihalang oleh Hayrren bila tubuh kecil molek nya berjaya di sauk oleh Hayrren dari belakang.

Terjerit - jerit Luna bila tubuhnya berjaya ditangkap oleh Hayrren.

Sekali lagi tubuh si gadis di humban di atas katil.

"Kau nak cuba lari ya... Nak rasakan..." Pipi mulusnya sekali lagi menjadi mangsa tamparan lelaki kejam ini.

Tanpa bertangguh, pakaian yang menyaluti tubuh Luna dirobek kasar.

Luna sudah tak berdaya untuk menghalang tindakan gila Hayrren ini.

'Mak!! Tolong Luna mak!!!' Jerit Luna dalam hati. Berharap agar ada orang yang menolong dirinya... Tetapi itu hanya khalayannya...

Dan hujan malam itu menjadi saksi mahkota kegadisannya direnggut secara kasar...

Dan hujan malam itu juga menjadi permulaan detik hitam dalam hidupnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience