"LICIKKAN apa yang aku buat dulu..." Ujar Cu bangga. Kepala Hayrren yang dicengkam di lepas kasar.
Dia mendekati Luna pula.
"Tapi kan... Bila difikirkan balik... Menyesal pula aku bagi jalan dekat kau dulu... Kan elok kalau aku yang buat dekat perempuan ni dulu..." Kepala Luna pula di sentuh.
Menggeleng Luna bila kepalanya disentuh oleh Cu. Rasa terlalu jijik bila disentuh penjenayah seperti Cu ini!
" Yang kau menggeleng kepala ni dah kenapa... Jijik dengan sentuhan aku... " Kepala Luna pula menjadi mangsa cengkaman nya. Mendesis wanita itu bila kuku Cu mengenai kulit kepalanya. Wajah Luna ditala ke arah Hayrren.
"Yang kau patut rasa jijik sekarang adalah lelaki tu.. Lelaki yang rogol kau dulu... Lelaki yang kononnya jadi suami kau sekarang..." Air mata Luna mengalir lagi bila kuku Cu makin mencengkam kulit kepalanya.
"Aku nak tanya kau lah Luna... Kenapa kau boleh pilih lelaki jijik tu dari aku yang baik ni... Kalau kau pilih kau dulu... Kau takkan hidup sengsara macam ni..." Sengaja Cu mahu psiko Luna.
"Lagi satu... Kalau kau hidup dengan aku... Segala apa yang kau nak... Aku sedia penuhi..." Sambung Cu lagi. Wajah Luna yang terdongak sedikit dipandang yakin. Walaupun penuh dengan kesan lebam dan luka, kecantikan dan kecomelan wajah Luna tetap terserlah. Dalam hati, terasa kesal menghimpit hati. Menyesal pula dia menyuruh Hayrren musnah kan hidup perempuan ni dulu... Kalau dia yang gantikan tempat Hayrren dulu... Tentu dah seronok kan...
Ya Tuhan...
Hati Cu makin hari makin menjadi hitam. Hitam lagi dari buntut kuali. Busuk lagi longkang dan tempat kumbahan.
Cengkaman dikepala Luna dilepaskan.
Pisau yang terpacak diatas meja dicabut lalu dibawa ke arah Hayrren. Bulat mata Luna bila melihat pisau yang berada di dalam genggaman Cu sudah menuju ke arah Hayrren.
Dia meraung - raung dalam keadaan mulut tertutup. Air mata semakin deras mengalir. Kalau di takung, rasa hampir segelen dua air matanya tumpah waktu itu.
Pisau berkilat itu di bawa ke leher Hayrren.
"Atau perlu aku bunuh Hayrren ini... Barulah kau boleh jadi milik aku..." Ujar Cu dengan sengaja meliar kan pisau berkilat itu mengelilingi leher Hayrren. Dalam kelicikan Cu, ada juga kealpaannya. Dia alpa pada seseorang. Seseorang bernama EL!
Dalam dia bermain psiko antara Hayrren dengan Luna tadi, EL berusaha untuk melepaskan tali yang mengikat tangannya tanpa pengetahuan sesiapa. Dia membuat kerjanya dengan sangat perlahan. Hatta Cu sekalipun!
"Luna... Ucap selamat tinggal pada suami tersayang mu ini..." Ketika dia ingin menghiris leher Hayrren, bunyi tembakan jelas kedengaran dari luar. Masuk oenag suruhan nya dalam keadaan kelam kabut.
"Bos... Mat terap dah jumpa tempat kita... Tempat kita kena serang bos..." Adu orang suruhannya.
Bulat mata Cu mendengar aduan itu.
"Janaham! Macam mana diorang boleh aim tempat aku ni..." Belum sempat dia menghabiskan ayat, satu tendangan padu dari Hayrren hinggap pada tubuhnya sehingga dia terpelanting jauh kebelakang.
Tangan Hayrren sudah terlepas dari ikatan yang menjerut. Satu tendangan hinggap juga pada orang suruhan sehingga orang itu merengkot kesakitan. Orang - orang di sekitar turut menyerang tetapi serangan itu dapat dipatahkan oleh mereka berdua.
Walaupun dalam keadaan sakit!
EL pantas meluru ke arah Luna dan Imah manakala Hayrren pula sudah mendekati Cu yang sedang terlentang akibat tendangan nya tadi.
Kolar baju Cu di cekau lalu tumbukan padu hinggap pada wajah tampan Cu. Kiri dan kanan wajah itu makan penumbuknya. Cu langsung tidak membalas sehinggalah Hayrren merasa perutnya amat pedih. Dia memandang ke bawah. Pisau berkilat itu telah berjaya menghiris kulit perut nya. Dihiris ditempat sama yang terkena hirisan oleh Arie tempoh hari! Tapi hirisan kali ini amat dalam.
"Herry!!"
Teriak EL.
Wajahnya risau melihat Hayrren terbongkok menahan sakit. Kenapalah Herry masih lagi dengan tindakan bodohnya ini? Meluru menghentam tanpa melihat keadaan? Selamat atau tidak?
Meluru ke arah Hayrren. Tanpa menyedari yang Cu sudah bangun dari tempat nya terbaring. Sepucuk pistol yang terdampar berhampiran dicapai. Benda alah itu di acu pada EL.
Dang!!
Satu tembakan mengenai bahu EL dan lelaki itu tersungkur jatuh di atas lantai sambil mengerang kesakitan.
Satu aje pasal EL!
Pandai aje cakap dekat Herry tadi! Padahal dia pun 2 × 5 juga!
Menjerit Luna melihat keadaan suami dan rakan suaminya yang tersungkur akibat perbuatan Cu.
"Hei! Korang berdua ni memang bodohlah... Jahanam tempat aku sebab korang berdua ni..." Jerit Cu tidak keruan.
Matanya terpandang ke arah Luna. Hanya tinggal wanita itu yang masih tidak tersungkur lagi.
"Benda ni jadi sebab kau Luna... Sebab kau lah... Tempat kau kena serbu... Kau memang perempuan tak guna... Kau patut mati... Kau patut mati perempuan..." Muncung pistol di tala ke arah Luna pula.
Luna kaget melihat tindakan nekad Cu itu. Dia sudah menggigil ketakutan. Matanya sudah terpejam.
Hayrren yang melihat Cu sudah menarik picu itu mengerah sekuat tenaganya untuk bangkit. Dengan sekuat tenaga, dia bangun dari tempat duduknya lalu pantas meluru ke arah Cu. Tangan Cu yang sedang memegang pistol di capai. Berlaku lah pergelutan antara Cu dan Hayrren.
EL ingin membantu tapi kesakitan akibat ditembak tadi membataskan kudratnya. Di tambah lagi dengan luka yang di alami membuatkan dia hampir pengsan.
Pergelutan terlerai bila masing - masing menendang antara satu sama lain. Cu jatuh berhampiran jasad kaku adik Imah manakala Hayrren pula terlentang di hadapan Luna.
Tiba - tiba...
Dang!!
Satu tembakan mengenai dada Hayrren. Dia yang baru hendak bangkit terlentang semula di hadapan Luna. Terkedu Luna seketika.
Bila muncung pistol di hala ke arah Luna, dia satu tembakan dari luar mengenai Cu. Lebih tepat ke dahi Cu!
Cu tersungkur jatuh ke lantai dengan otak dan darah bersepai di atas lantai. Muncul Tuan Lukaman dari balik pintu. Rupa - rupanya orang yang menembak Cu tadi adalah dia.
Dia pantas memanggil pasukan para medik bila melihat EL dan Hayrren dalam keadaan cedera. Lebih - lebih lagi Hayrren. Darah dari perut dan dadanya membuak - buak keluar.
Luna kelu melihat keadaan Hayrren itu. Nafas Hayrren dilihat lemah sekali.
Dia mendekati tubuh Hayrren.
"Abang...." Tergagap - gagap Luna bersuara. Tangan lelaki itu dicapai. Pasukan para medik melakukan kerja mereka sementara menunggu bantuan tiba.
"Abang... Abang bangun bang... Jangan tutup mata... Jangan tinggalkan Luna bang... Luna tak nak hidup sendiri..." Raung Luna bila dilihat pernafasan Hayrren semakin lemah. Mata lelaki itu kelihatan hampir tertutup.
"Encik... Jangan tidur encik... Buka mata..." Para medik yang bertugas menepuk muka Hayrren agar Hayrren sedar semula.
Bantuan sudah tiba.
Tubuh Hayrren, EL dan Imah dibawa masuk ke dalam ambulans lalu ke kejar ke pantas hospital.
Selamatkan lah Herry
Share this novel