Part 2

Action Completed 75672

TERSUNGGING SENYUMAN di bibir Cu bila melihat kelibat seseorang yang di tunggu - tunggu sejak 3 hari lepas.

Dia bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri kelibat itu bersama senyuman miangnya.

"Hello Imah sayang..." Meleret nama gadis itu disebut.

Menjeling tajam Imah bila namanya meniti di bibir lelaki yang paling dia benci ini.

"Kenapa jeling abang macam tu... Tak suka ke jumpa abang, sayang..." Cu masih lagi dengan gelagat miangnya. Rambut Imah yang terurai itu disentuh perlahan. Sepantas itu juga Imah menepis.

"Adik aku mana?" Tanya Imah terus.

Matanya masih lagi tajam memandang wajah tampan milik Cu.

Ya... Dia akui... Cu memiliki wajah yang menawan tetapi lelaki ini tidak seiring dengan wajah yang dimiliki. Hati lelaki terlalu kejam dan penuh dengan kejahatan.

"Puas dah tenung muka aku?" Sindir Cu. Bukan dia tidak tahu maksud pandangan Imah pada dirinya itu. Kalau tak kerana rupa yang dia miliki, sudah tentu perempuan tidak boleh jatuh dalam tangannya dengan mudah.

"Aku tanya adik aku mana?" Imah sudah kembali ke alam nyata. Kali ini dia bersuara lebih keras. Rasa itu dibuang jauh - jauh.

"Relaks sayang..." Cu masih berdolak dalih dengan Imah. Dia masih lagi mundar mandir di hadapan Imah. Sengaja untuk membuat Imah tertunggu - tunggu dengan jawapannya.

"Eh... Sabar apa kebendanya... Aku nak tengok adik akulah... Mana adik aku..." Suara Imah sudah berubah kasar. Mata nya melilau mencari kelibat adiknya.

Hatinya rasa enak bila kelibat adiknya langsung tak kelihatan. Biasanya bila dia datang, kelihatan adiknya ada di sini walaupun hanya sekejap mereka bertemu. Tapi hari ni langsung tiada.

"Kau sorok dekat mana adik aku hah?"

Tergelak sinis Cu bila kelaku dolak dalihnya tadi dapat di kesan oleh Imah.

"Hahaha... Hebat kau Imah... Pandai kau teka..." Hesh! Cu ni! Dah kau berdolak dalih macam tu, mestilah si Imah ni syak sesuatu! Bengong!

"Aku takde masa nak layan lawak bodoh kau ni... Yang aku nak tahu... Kau sorok adik aku dekat mana... Mana adik aku..."

Mati senyuman sinisnya bila di label bodoh Imah. Wah! Main kasar nampak perempuan ni!

Dia meluru ke arah Imah lalu ditarik kasar lengan gadis itu.

" Kau nak tahu sangat adik kau kan... Sini aku bawak kau jumpa dia... "

Berkerut dahi Imah bila lengannya di cengkam kasar. Tambahan pula, tubuh nya seakan melayang bila diheret laju oleh Cu ini.

"Sakitlah..." Rengus Imah. Sedaya upaya lengannya mahu di lepaskan dari cengkaman Cu tetapi tidak berjaya. Malah dikuatkan lagi cengkamannya.

Langkah mereka berhenti di pintu sebuah bilik yang sudah sangat usang. Lumut hijau yang tebal mengitari sekeliling pintu bilik itu.

Pintu bilik di buka dan tubuh Imah ditolak masuk ke dalam bilik tersebut Sehingga kan gadis itu tersungkur di atas lantai simen yang berdebu. Berdecit pagi Imah kesakitan bila tapak tangannya bergesel dengan simen yang retak dan pecah di sana sini.

Matanya tiba - tiba menangkap sekujur tubuh kaku yang terlentang di hadapannya. Tubuh kaku itu hanya ditutupi dengan sehelai selimut nipis. Matanya meliar pula ke arah wajah tubuh kaku ini.

Buntang matanya bila wajah tubuh kaku itu.

"Ika..."

Perlahan - lahan dia mengesot mendekati tubuh adiknya. Matanya menyoroti tubuh dan wajah adiknya yang penuh dengan kesan lebam. Malah tiada langsung pakaian yang menyaluti tubuh adiknya saat ini. Tubuh adiknya dibiarkan telanjang tanpa seurat benang. Hanya di tutupi oleh selimut nipis sahaja.

"Ya Tuhan... Apa dah jadi dengan Ika ni?" Kepala adiknya di pangku perlahan. Air matanya sudah laju menuruni wajahnya. Wajah adiknya yang lebam di pandang dengan pandangan sayu sekali.

Cu mendekati dua beradik itu. Kerusi yang berada di tepi dinding di tarik lalu di diletakkan dihadapan Imah ynag sedang memangku kepala adiknya.

Punggungnya di labuh di atas kerusi itu.

"Kau menangis macam mana pun... Adik kau takkan sedar... Orang cakap apa... Koma... Ha... Koma..." Tanpa belas, Cu bersuara. Kotak rokok yang berada di dalam poket diseluk. Di cabut satu batang rokok. Batang rokok disua ke dalam mulut. Lighter di nyalakan di hujung batang rokok. Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap rokok memenuhi ruang bilik sempit itu.

Tersiat hati Imah mendengar ayat tiada perasaan keluar dari mulut lelaki kejam ini.

Kepala adiknya di letakkan semula di atas lantai. Dia bangun meluru menerjah ke arah Cu yang sedang enak menikmati rokoknya.

Cu yang tidak bersedia dengan terjahan Imah terus tersungkur ke belakang. Rokok yang baru separuh di hisap terpelanting ke tepi.

"Apa yang kau dah buat dekat adik aku sampai dia jadi macam tu hah?" Jerit Imah memukul muka dan dada bidang Cu. Bukan sekali tapi berkali - kali.

Cu yang berang dengan tindakan Imah terus di tempeleng wajah gadis itu. Tertiarap Imah ke tepi dengan tempelengan Cu itu.

Tubuh Imah pantas di cekau dan kini tubuh halus itu sudah berada di dalam kepungannya.

"Berani kau pukul aku!!"

Tamparan demi tamparan hinggap diwajah Imah sehingga gadis itu lemah tidak berdaya.

"Kau nak dengar sangatkan... Adik kau jadi macam tu sebab kau..."

Wajah lemah Imah di pagut kasar.

"Ini balasan bila kau ingkar arahan aku... Kalau kau nak adik kau selamat... Lebih baik kau ikut arahan aku... Dan jangan ingkar... Faham???" Usai berkata, wajah Imah dilepas kasar. Tubuh nya yang sasa di angkat dari tubuh Imah yang sudah lembik.

"Lain kali jangan kau berani lagi ingkar arahan aku... Kau kena ingat... Nyawa adik kau dekat tangan aku sekarang... Sekali lagi kau ingkar... Dia mati!!!"

Amaran di beri sebelum dia berlalu dari bilik itu. Tengkuknya diusap perlahan. Gila! Kuat jugak perempuan ni terjah aku! Dengus Cu.

Teresak - esak Imah menangis bila kelibat Cu sudah menghilang di balik pintu.

Dia mengerling ke arah tubuh kaku adiknya di sebelah.

Ya Tuhan... Sampai bila mereka berdua harus jalani hidup ini dan sampai bila dia harus menodai persahabatannya dengan Luna demi adiknya?

Tolong aku Ya Tuhan... Tolong aku...

Rintih Imah...

Mungkinkah ada seseorang akan bantu Imah dan adiknya nanti???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience