DUMM!!!
Pancaran kilat dan guruh di luar rumah mengejutkan Luna yang sedang terlena. Dia mengesot melihat toto di atas lantai. Tiada kelibat Hayrren di situ.
Sejak dari hari pertama perkahwinan mereka, Hayrren dengan ikhlas hati mahu tidur di atas lantai beralaskan toto. Hayrren tidak mahu Luna tidak selesa dengan kehadiran dirinya secara tiba - tiba di dalam keluarga ini. Sebab itu lah dia melakukan semua ini.
DUM!!
Sekali bunyi dentuman guruh di luar rumah membuatkan Luna bingkas bangun dari katil. Hatinya menjadi tidak keruan dengan bunyi guruh yang dari tadi sayup - sayup tetapi sekarang sudah semakin mendekat.
Pintu bilik di buka. Mata meliar mencari kelibat Hayrren di ruang tamu. Pintu bilik ibu dan bapanya di jeling. Haih! Sejak akhir - akhir ini, kerap kali mak dan abahnya bermalam di rumah mama. Bila ditanya, ada urusan penting yang kena buat dekat sana.
Sudahnya, Luna hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau ditanya lagi, mesti jawapan yang sama sahaja keluar dari mulut ibu dan bapanya itu. Buat menghabis air liur sahaja!.
Bukan dia tidak tahu dengan taktik Puan Mei dengan Encik Ngan tu!
Dia mencari lagi kelibat suaminya di ruang tengah. Pun tiada juga. Dekat mana mamat ni pergi? Dia menggaru pelipisnya.
Mesti ada dekat dapur ni!
Langkah yang mahu di atur menuju ke dapur terhenti bila suara garau Hayrren menyapanya dari belakang.
"Belum tidur lagi?"
Hampir terlompat jantung Luna bila di soal sebegitu.
"Awak boleh tak jangan sergah saya macam tu... Terkejut tau tak..." Marah Luna menahan geram. Dadanya diurut perlahan. Terasa terbang rohnya saat ini.
Hayrren tergelak kecil.
"Mana ada abang kejutkan Luna..."
Menjuling mata Luna ke atas mendengar jawapan Hayrren itu.
"Awak dari mana tadi?" Soal Luna. Matanya melilau kebelakang untuk melihat dari mana munculnya Hayrren tadi.
"Ooo... Abang ada aje dekat ruang tamu tu..." Beritahu Hayrren.
Berkerut dahi Luna mendengar jawapan Hayrren ini.
Dari ruang tamu?
Tadi tak nampak pun... Ke mamat ni ada ilmu sihir? Jadi halimunan?
Hish! Mulut kau ni Luna! Tak baik tau cakap suami macam tu! Tak masuk syurga nanti!
" Yang Luna ni pulak? Kenapa tak tidur lagi... Tadi abang tengok dah lena atas katil..." Giliran Hayrren pula bertanya.
Yelah... Dia yang baru hendak menuju ke dapur terkejut melihat kelibat Luna seakan terhendap-hendap di balik dinding yang memisahkan ruang tengah dengan dapur.
"Saya haus... Nak minum air..." Cepat Luna menjawab. Wajahnya di pandang ke arah lain. Cover line lah tu!
"Yeke nak minum air... Ke..."
Belum sempat Hayrren menghabiskan ayatnya, Luna sudah memotong.
"Apa? Jangan perasan boleh tak?" Cepat - cepat Luna meningkah. Mata sengaja menjeling tajam ke wajah Hayrren yang sedang kulum senyum.
Yelah tu haus! Bukan dia tak tahu yang Luna sengaja mencari dirinya. Terhendap - hendap di tepi dinding dapur. Tapi topik haus pulak yang terbit dari bibir comel itu. Haih... Luna... Luna...
" Yelah... Abang nak ke dapur buat air ni..."
"Nak ikut..." Pinta Luna secara tiba - tiba. Berkerut dahi Hayrren bila di lihat perangai Luna yang tiba - tiba berubah.
"Nak buat air jugak..."
Tanpa sedar, lengan Hayrren dipaut dan mereka berdua menuruni tangga menuju ke dapur.
CERITA DI DAPUR sudah tamat. Kini mereka berdua berada di ruang tamu. Hujan masih lebat lagi di luar. Guruh dan petir saling sabung menyabung.
Luna pantas memejam matanya bila guruh semakin kuat di luar rumah. Tubuhnya naik seriau mendengar bunyi petir dan guruh.
"Kenapa tak tidur lagi... Pergilah masuk tidur..." Tegur Hayrren bila melihat Luna masih lagi setia duduk bersamanya di ruang tamu.
Sejak dari dapur tadi, perangai Luna di lihat semakin pelik. Mengekor aje kemana dia pergi.
"Luna... Abang Herry tanya ni... Kenapa tak masuk tidur lagi..." Hayrren bertanya lagi bila Luna masih diam membatu.
"Tak mengantuk..."
Eleh! Tak mengantuk konon! Dari tadi dok terkedip - kedip mata tu bukan mengantuk namanya! Ego aje melangit!
"Awak nak pergi mana?" Soal Luna bila Hayrren sudah bangun dari tempat duduknya.
"Abang nak hantar cawan ke dapur lah... Kan dah habis minum..."
"Saya nak ikut..." Ujar Luna perlahan.
"Luna ni dah kenapa... Dari tadi abang tengok perangai Luna lain macam aje... Luna sakit ke..." Soal Hayrren.
Dahi Luna pantas di rasa dengan belakang tapak tangannya. Tak panas pun!
"Saya okaylah... Pergi lah hantar cawan tu dulu..." Luna menepis perlahan tangan suaminya.
"Yelah... Abang hantar cawan ni dulu..."
Dia bergegas menuju ke dapur. Sedang dia meletakkan dua buah cawan di dalam singki tiba - tiba,
DUM!!!
"Arghhh!!!"
Bunyi guruh yang paling kuat dan serentak itu juga jeritan Luna kedengaran.
"Luna..."
Dia bergegas berlari menuju ke ruang atas.
Di lihat Luna merengkot ketakutan ditepi sudut ruang tengah. Dihampiri tubuh yang sedang menunduk memeluk lutut itu.
"Luna..." Panggilnya perlahan. Bahu isterinya itu di sentuh perlahan.
"Jangan sentuh aku!!" Jerit Luna bila terasa ada tangan menyentuh bahunya. Tubuhnya semakin di kecilkan ke belakang.
"Luna..."
"Jangan sentuh aku!!! Aku tak nak!!" Sedaya upaya Luna menepis tangan Hayrren yang masih melabuh di bahunya.
Melihat kelakuan Luna tidak terkawal, bahu Luna pantas digoncang dan serentak itu juga dia menjerit memanggil nama isterinya.
"Luna!!!"
Terhenti kelakuan tidak terkawal Luna bila namanya di jerit nyaring.
Perlahan - lahan mukanya di angkat memandang wajah Hayrren yang sudah berubah cemas.
"Pandang abang Luna... Pandang abang..." Kedua - dua belah pipi Luna ditekap dengan tangan besarnya.
"Hayrren??" Tersekat - sekat Luna menyebut nama Hayrren.
"Ya... Ini abang Luna... Abang Herry..." Sebut Hayrren.
"Hayrren!!!"
Terus dipeluk tubuh Hayrren dengan erat sehinggakan Hayrren terduduk di atas lantai.
"Aku tak nak Herry... Dia paksa aku..." Rintih Luna. Jelas di matanya saat ini tentang kelakuan lelaki misteri yang menyerang dirinya tempoh hari.
"Ya... Abang tahu... Dah... Luna dah selamat sekarang... Luna dah selamat dengan abang..." Pujuk Hayrren. Dibiarkan tubuhnya dipeluk erat oleh Luna.
Tubuh Hayrren didakap erat. Lebih - lebih lagi mendengar pujukan lembut lelaki ini.
Entah kenapa, dia rasa selamat saat dia mendakap tubuh Hayrren ini. Rasa seperti dilindungi...
Dah lembut ke hati Luna ni...
Share this novel