BAB 2

Action Completed 75672

"MAK... Ada apa yang adik boleh tolong ke?" Tanya Luna bila melihat ibunya, Puan Mei sibuk mengacau gulai lemak nangka di atas dapur.

"Dah nak tengahari baru nak bangun tidur..." Sindir Puan Mei.

Luna hanya mempamerkan sengihan sahaja bila disindir begitu. Luna ni kalau bab bangun awal pagi memang liat. Lagi - lagi kalau cuti sekolah. Berlingkar macam ular sawa lah jawabnya atas katil. Nak tengahari baru nampak muka. Hish... Hish... Anak dara apalah ni!

"Kamu pergi susun pinggan dekat meja makan... Kejap lagi abah dengan abang kamu balik nak makan..." Arah Puan Mei.

"Baik Madam..."

Pantas Luna melarikan diri bila senduk yang dipakai ibunya untuk mengacau gulai lemak nangka tadi mahu singgah di kepalanya. Kena lari cepat. Kang tak pasal - pasal benjol dahi kena hempuk dengan senduk mak ni!

Mak ni jangan... Garangnya bukan main! Seram!

"Abah dengan abang Ochey pergi mana mak?" Tanya Luna. Tangannya sibuk menyusun pinggan diatas meja makan.

"Diorang pergi timbang getah... Abah dapat call tadi... Katanya ada orang nak jual getah hari ni... Tu yang ajak sekali dengan Ochey..." Terang Puan Mei. Api dapur ditutup bila gulai sudah masak. Mangkuk untuk di isi gulai dicapai. Gulai yang sudah siap diisi dibawa ke meja makan.

" Herry buat hal lagi ke semalam? "Tanya Puan Mei tiba - tiba.

" Eh... Dari mana mak dapat berita ni? " Soal Luna. Setahunya, hanya dia dengan Fay sahaja yang tahu tentang ini. Orang tua Fay pun belum tahu lagi.

"Orang sekitar sini riuh bercerita pasal si Herry... Takkan mak tak tahu... Lagi satu... Mak harap... Kalau boleh... Kamu jangan rapat sangat Herry tu... Mak risaukan kamu... Dia tu nakal, ganas... Kelaku kasar... Mak takut jadi apa - apa dekat kamu nanti..." Pesan Puan Mei.

Sungguhpun Herry itu anak bongsu kepada kakaknya merangkap anak saudaranya, tapi dengan kelakuan kasar anak muda itu membuatkan dia khuatir akan keselamatan anak perempuannya. Tambahan pula, anak nya ini agak rapat dengan Herry.

" Mak..." Bahu Puan Mei dipaut mesra.

"Mak jangan risau okay... Adik tahu jaga diri..."

"Tapi mak risau sangat..."

"Mak... Jangan risau okay... Adik akan sentiasa jaga diri... Tentang Herry tu nanti... Mak jangan risau... Adik buat apa yang termampu aje..." Pujuk Luna. Bahu ibunya di tepuk perlahan.

"Yelah kalau itu kata adik... Mak ikut aje..."

"WEH! Apahal main rampas rokok aku ni?" Marah Cu, bila rokok yang terselit di celah jarinya yang baru sahaja hendak di bakar dirampas oleh Hayrren. Hayrren hanya tersengih jahat sahaja. Rokok yang diambil dari rakannya tadi dibawa ke bibir. Lighter dipasang. Hujung rokok dinyalakan. Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap rokok keluar dari celah bibir dan hidungnya.

"Weh... Bosan lah asyik hisap benda yang sama aje..." Cu mengeluh bosan. Rokok dan berapa plastik berisi gam di pandang sepi. Wajah beberapa orang rakannya yang sudah lalok di pandang meluat.

"Habis kalau kau bosan hisap benda yang sama... Kau nak hisap apa?" Soal Hayrren. Dia masih asyik dengan rokok di tangan.

"Kita main perempuan nak?" Cu tersengih jahat.

Tak jadi Hayrren hendak menyuakan rokok ke mulut bila mendengar ayat berani mati si Cu ni.

"Kau ni dah kenapa sampai petik kaum perempuan bagai?" Soal Hayrren kurang senang.

"Alah.... Relaks lah bro... Aku cuma bagi cadangan aje..."

"Kau punya cadangan tu buat aku putus selera nak hisap rokok tau tak... Boleh tak kau cari cadangan yang bernas sikit... Selain dari main perempuan ni..." Pantang betul dia bila cadangan yang diberi bercanggah dengan prinsip hidupnya.

Dadah, hisap gam dengan main perempuan ni bukan mainan dirinya.

Ya... Dia akui yang dia adalah salah seorang budak yang digeruni kerana selalu menimbulkan masalah di sekolah mahupun di luar sekolah. Bergaduh, ponteng... Pukul orang... Itu perkara biasa bagi dia...

Tapi bila melibatkan perempuan...

Sorry... Dia takkan sesekali terjebak... Kerana tiga perkara itu adalah musuh utama dirinya...

"Alah... Bagi cadangan macam tu pun dah sentap... Apa punya kawan lah kau ni Herry..." Ejek Cu.

"Kawan tak kawan... Sekali lagi kau bagi cadangan yang merapu dan entah apa-apa... Penumbuk ni nanti singgah dekat muka kau..." Ugut Hayrren dengan menayang kan penumbuk ke muka Cu.

"Alah... Macam tu pun takkan nak tumbuk kawan sendiri..."

"Aku serius ni... Aku tak main - main... Last warning untuk kau ya Cu..." Mati sengihan Cu bila melihat wajah serius rakannya. Nampaknya Hayrren tak main - main kali ni...

" Yelah... Aku minta maaf..." Acuh tak acuh saja Cu meminta maaf.

"Dah... Aku nak balik tidur lagi baik... Oh ya... Sebelum tu... Kau kejutkan diorang semua ni... Malas aku nak menghadap sampah masyarakat semua ni..." Hayrren ni kalau bercakap, ikut sedap mulut dia aje. Langsung tengok kiri dan kanan.

"Wah! Sedap betul mulut kau dok mengata... Habis yang kau tu... Suci sangat dah ke?" Bidas Cu bengang.

Mana tak bengangnya, ikut sedap mulut aje bila bercakap. Nasib baik kawan. Kalau tak, dah lama mulut tu dia bantai guna tayar lori. Langsung takde insurans!

"Aku punya level tinggi sikit dari korang..." Balas Hayrren membangga diri. Cu membuat reaksi mahu muntah.

"Dahlah... Aku balik dulu... Ingat... Bawa budak - budak ni balik... Karang terkantoi... Mati kita..." Sebelum pergi, sempat lagi dia berpesan untuk sekian kalinya sebelum pergi meninggalkan port mereka.

Meninggalkan Cu terkial - kial menarik satu persatu rakan mereka yang masih lagi lalok menuju ke arah kereta Wiranya.

Hampeh punya kawan! Tak membantu langsung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience