Part 2

Action Completed 75672

"ADIK AKU jadi tawanan dia... Disebabkan itulah, aku terpaksa jadi tali barut dia..." Tutur Imah.

Tekapan lengan sasa EL pada lehernya sudah pun di leraikan. Sekarang dia sudah pun duduk di kerusi rotan manakala EL masih setia berdiri sambil menyandar kan kembali tubuhnya pada meja segi empat.

" Aku tak tahu nak buat macam mana lagi... Aku terpaksa buat semua ni... Aku terpaksa..." Rintih Imah. Mukanya ditekup dengan kedua - dua belah tapak tangan. Hilang sudah rasa malunya bila mengenangkan adiknya menjadi tawanan lelaki kejam seperti Cu itu.

EL masih mendiamkan diri di tempatnya. Hatinya sedikit kesal apa yang telah terjadi pada adik perempuan Imah ini.

"Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi..."

Dia melihat bahu Imah yang masih terhenjut - henjut menahan tangis. Hatinya mengeluh keras dengan tindakan luar kawalannya tadi.

Imah yang masih tenggelam dengan tangisannya dia dibiarkan seketika. Biarlah gadis itu menenangkan dirinya dengan cara menangis.

Dia tegakkan kembali tubuhnya dan terus berlalu dari situ. Dia mengelilingi rumah papan milik Imah ini. Tadi dia tidak sempat menilik rumah Imah ini. Dia hanya fikir untuk mencari kebenaran sahaja.

Haih! EL! EL! Elok sangat lah tu ceroboh masuk rumah orang!

Mata nya tunak memandang salah satu gambar keluarga yang tergantung di dinding rumah. Gambar keluarga Imah! Ayah, ibu, Imah dan...

Seorang gadis meningkat remaja sedang tersenyum manis di sisi Imah. Ini lah kot adik perempuan yang Imah bagitau pada dia tadi.

Telinganya menangkap bunyi kenderaan yang berhenti di luar rumah. Dia merapati celah tingkap yang terbuka sedikit mata di fokus pada luar rumah. Sebuah van putih betul - betul berhenti di hadapan rumah Imah. Beberapa orang yang diyakini konco - konco Cu keluar dari kenderaan itu. Dia ada empat orang semuanya!

Dia pantas mendekati Imah yang sudah mula tenang.

"Ada orang datang rumah kau..." Beritahu EL.

"Siapa??"

"Aku tak tahu... Maybe orang - orang Cu..."

Berubah wajah Imah bila mendengar ayat EL itu.

"Kau kena pergi dari sini... Aku tak nak diorang tahu kau ada dekat sini..." Imah bingkas bangun lalu ditarik tubuh EL menjauhi pintu utama. Tubuh EL di bawa menuju ke arah dapur.

Tetapi tarikannya terhenti bila EL menahan langkah mereka.

"Aku tak nak pergi..."

Buntang mata Imah mendengar ayat EL ini.

"EL... Please... Kau tolong pergi dari sini... Aku tak nak diorang tahu kau dekat sini... Aku tak nak adik aku terseksa lagi..." Imah merayu. Tetapi rayuannya langsung tak dilayan oleh EL. Lelaki ini tetap dengan kedegilannya!

"NO... Aku takkan pergi dari sini... Diorang tu kejam Imah... Aku tak nak kau sakit nanti..." Wah! Lain macam EL ni! Ada - apa ke?

Imah ingin membalas tetapi tidak sempat bila ketukan kuat dari luar rumah kedengaran. Penyudahnya, dia terpaksa menyembunyikan EL di bilik tidurnya. Tidak mampu untuk berfikir lagi bila lelaki ini tetap dengan kedegilannya.

Setelah selesai semuanya, dia terus meluru ke arah pintu utama bila kedengaran lagi ketukan di luar pintu rumah.

Pintu di buka.

Terjegul empat orang wajah bengis anak buah Cu di balik pintu.

"Apsal lambat bukak pintu?"

Jerkah salah satu dari mereka.

Terhinggut bahu Imah bila di jerkah sebegitu.

"Aku ada dekat dapur tadi... Itu yang aku lambat bukak pintu..." Ujar Imah perlahan.

"Alasan!!"

Tubuh Imah yang terdiri di hadapan mereka di tolak kasar ketepi sehinggakan gadis itu hampir terdorong ke tepi.

EL yang melihat di celah pintu bilik mengetap gigi menahan geram bila dilihat Imah dilayan teruk sebegitu. Dia sabarkan hatinya dulu. Belum masanya lagi. Dia akan bertindak bila benda yang dilihat melampaui batas.

"Kau tak reti nak buat air ke untuk kitorang..." Lelaki kedua pula bersuara sinis. Mereka berempat sudah pun duduk di atas kerusi rotan dan berlagak macam tuan punya rumah!

Imah bergegas berjalan menuju ke dapur. Dia tidak sedar yang lenggoknya diperhati oleh lelaki ketiga.

"Budak ni boleh tahan jugak..." Selar lelaki ketiga setelah kelibat Imah berlalu ke dapur.

"Kau ni... Semua perempuan kau nak sebat..." Lelaki keempat pula bersuara.

"Tapi aku serius tau... Budak ni masih dara tau tak... Belum ditebuk orang... Masih fresh lagi... Adik dia aje kena lunyai dengan bos... Dia ni bos tak usik pun..." Beria lelaki ketiga bercerita.

"Kau biar betul..." Lelaki pertama mengambil alih bersuara.

"Betullah aku cakap... Masa diorang kena tawan dengan bos hari tu pun... Bos mengaku yang dia tak pernah sentuh pun budak ni... Adik dia aje bos sentuh sebab nak kasi pelajaran dekat budak ni sebab budak ni langgar arahan bos..."

Wah! Bukan main khusyuk mereka bercerita pasal dara seorang wanita!

" Kalau kita 'makan' dia hari ni... Nak tak..." Celah lelaki kedua. Kening sudah di jongket memandang wajah rakan - rakannya. Dia sudah tersengih jahat.

Mereka tidak tahu yang perbualan mereka tadi di curi dengar oleh seseorang dari dalam bilik. Seseorang yang sudah berdentum hatinya menahan perasaan marah. Marah kerana maruah seorang perempuan diperkotak katik kan sesuka hati.

Perbualan mereka berempat terhenti bila kelibat Imah muncul dari ruang dapur sambil menatang dulang berisi air kopi.

Air kopi dihidang dihadapan keempat - empat lelaki ini.

Mata Imah menangkap mata lelaki ketiga ynag ralit memandang tubuhnya atas bawah. Dia jadi tidak selesa.

Kerjanya diselesaikan segera. Belum sempat dia bangun, tubuhnya sudah melayang jatuh di atas paha lelaki ketiga. Tubuhnya pantas dipeluk kejap oleh lelaki ketiga ini.

"Kau nak pergi mana kelam kabut ni?" Bisik lelaki ketiga tepat ke telinga Imah. Bau rambut Imah menaikkan nafsunya.

"Aku ada kerja... Tolong lepaskan aku..." Pinta Imah. Dia berusaha untuk melepaskan diri dari pelukan lelaki ketiga tetapi pelukan ketiga ini amat kejap sekali.

"Alah... Kerja tu nanti lah boleh buat... Sekarang marilah layan kami semua... Boleh kan..." Lelaki kedua tersengih miang.

Tubuh Imah yang berada dalam pelukan rakannya dipandang bak satu hidangan lazat.

"Aku dah kata... Aku ada kerja nak buat... Tolong lepaskan aku..." Imah masih lagi meronta - ronta mahu melepaskan diri.

Rontaannya itu membuatkan paha lelaki ketiga terasa sakit. Serta merta tubuh gadis itu ditolak ketepi dengan kasar.

Mendesis Imah bila kepalanya terkena bucu kerusi rotan.

" Haih kau ni... Kitorang minta cara elok... Kau berdolak - dalik... Hish... Pening betullah kepala aku dengan budak lembab ni..." Lelaki ketiga sudah mula menunjukkan taringnya.

"Aku cakap... Tak payah pedulikan kerja yang kau nak buat tu... Sekarang... Aku nak kau layan kitorang..." Lelaki pertama bersuara. Baju T-shirt yang dipakai oleh Imah di rentap sehingga terkoyak dan mendedahkan bahagian bahu Imah yang putih melepak.

Menjerit Imah dengan tindakan lelaki pertama ini. Sedaya upaya dia menangkis tangan yang cuba untuk mengoyakkan lagi baju nya ke koyakkan yang lebih besar. Dalam hati, dia berharap EL muncul untuk menyelamatkan dirinya.

Tingkah mereka terhenti bila mendengar deheman seseorang dari belakang.

"Ehemm... Seronok nampak..." Dehem EL. Wajahnya separuh ditutup dengan selendang hitam milik Imah. Matanya tunak memandang Imah yang sudah mengesot menangis di hujung sudut.

Hatinya belas melihat keadaan baju Imah yang sudah compang - camping dikerjakan oleh keempat - empat lelaki durjana ini.

"Kau siapa?" Tanya lelaki pertama.

Matanya tajam memandang wajah tidak dikenali yang ditutupi selendang hitam.

"Aku??"

EL berfikir sejenak.

"Aku adalah malaikat yang diutus untuk ambil nyawa korang..."

Berdesing telinga keempat - empatnya mendengar perlian EL itu.

"Kurang ajar!!"

Lelaki keempat menjerit. Dia meluru ke arah EL. EL sudah bersiap sedia dari tadi. Tumbukan dan tentangan lelaki keempat ini mudah di tangkis. Akibatnya, tubuh lelaki keempat terhumban ke dinding. Merengkot lelaki ketiga menahan kesakitan.

Lelaki ketiga dan kedua mengambil alih. Kali ini dua lawan satu!

Mereka bertiga bertarung!

Tersenyum sinis lelaki pertama melihat pertarungan itu.

Imah sudah memejam matanya. Gerun dia melihat aksi tangkas EL menangkis serangan musuh. Dia takut walaupun tiada pertumpahan darah. Dia cukup takut kalau itu terjadi.

Lelaki keempat sudah sedar. Tangannya pantas mengeluarkan pisau lipat dari poketnya. Dia menjerit meluru ke arah EL. Pisau dihunus ke arah EL tetapi tidak berjaya bila EL menyedari taktiknya.

Tangan lelaki keempat dipulas dan serta merta pisau lipat yang dipegang lelaki keempat itu terbenam di perut nya sendiri. Buntang mata lelaki keempat bila mata pisau terbenam di perutnya. Perlahan - lahan tubuh itu melorot jatuh ke atas lantai. Tubuh lelaki keempat itu langsung diam tak berkutik. Lelaki itu mati serta merta.

Imah menekup mulutnya melihat adegan itu. Benda yang dia paling takut tadi sudah pun terjadi.

Lelaki ketiga berang melihat rakannya sudah tidak bernyawa. Pisau lipat yang berada di belakangnya diambil dna dilancar ke arah EL. EL berjaya mengelak dan sepantas itu juga pisau yang dilancarkan padanya tadi dilancarkan kembali ke arah lelaki ketiga. Tepat mengenai kerongkong!

Lelaki kedua mahu menyerang tetapi dia juga menerima nasib yang sama! Pisau lipat tepat mengenai dahinya!

Tergamam dan pertama melihat Ketangkasan EL. Skill yang ditunjukkan oleh EL ini sangat profesional. Hanya menggunakan pisau sahaja sahaja!

"Kau siapa hah? Kenapa kau ada dekat sini?" Lelaki pertama sudah gugup bila melihat rakan - rakannya mati satu persatu di hadapan nya. Musuhnya ini bukan calang - calang! Ketangkasan yang dimiliki lelaki ini membuatkan dia mencurigai sesuatu!

Jangan - jangan lelaki ini,

" Kau tentera kan?"

Lelaki pertama serkap jarang.

EL diam.

Dan telahannya itu membuatkan lelaki pertama tertawa. Tepat sekali!

"Tak sangka jugak aku boleh jumpa tentera dekat sini..."

"Kau buat apa nak selamatkan perempuan ni... Dia ni licik tau tak... Tak benda pun nak dibanggakan dengan perempuan jalan an ni..." Ejek lelaki pertama. Matanya sekejap memandang ke arah Imah yang masih merengkot mengeletar di tepi dinding.

EL masih lagi dengan riaknya. Mendiam diri. Gerak geri lelaki pertama diperhati.

" Kau ingat kau akan dapat selamatkan dia... Dia akan mati di tangan aku..." Lelaki pertama menjerit. Pistol yang berada dibelakang seluar ditarik lalu dihunus ke arah Imah. Imah sudah merengkot ketakutan. Belum sempat picu ditarik, terasa lehernya sudah dikerat oleh sesuatu.

Terbeliak matanya melihat sebilah pisau sedang menghiris lehernya. Dihiris oleh EL!

Krokk!!! Krokk!!

Bunyi bagai lembu disembelih keluar daei mulut lelaki pertama.

"Aku dah cakap... Aku adalah mailakat yang diutus untuk cabut nyawa korang... Dan ini jugak balasannya bila korang merendahkan maruah seorang perempuan..." Bisik EL sebelum lelaki pertama melorot jatuh ke lantai sambil memegang lehernya yang sudah membuak keluar darah. Dan akhirnya, lelaki pertama diam tidak berkutik. Berakhirnya sudah riwayat hidup lelaki pertama!

Dia mendekati Imah yang keras seperti patung!

Belum sempat dia mahu menyapa si gadis, tubuh Imah sudah melorot jatuh di atas pangkuan EL.

Imah pengsan!

Macam mana? Gila tak perangai EL?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience