BAB 9 Part 1

Action Completed 75672

8 TAHUN KEMUDIAN...

"Luna... Tolong jaga kedai dulu ya... Akak nak keluar kejap..." Pinta Yanie atau nama sebenarnya Ezyanie. Yanie merupakan pemilik restoran tempat Luna bekerja.

Luna yang sedang mengemas kaunter hanya tersenyum mengangguk sahaja.

"Baiklah kak..." Jawab Luna.

Yanie, insan yang mula - mula menerima dirinya setelah Ochey. Insan yang memberinya perlindungan ketika baru sampai di ibu kota. Insan yang memberi dia sokongan dan dorongan ketika dia cuba bangkit dari masa silam.

Dan insan ini jugalah telah berjaya menambat hati abangnya, Ochey.

Dan kini insan ini telah bergelar kakak iparnya.

"Akak pergi dulu... Nanti kalau ada abang Ochey sampai... Bagitau dia yang akak keluar kejap... Tadi akak dah mesej dia... Dia tak reply... Maybe dalam bilik meeting lagi kot..." Terang Yanie lagi.

"Yelah... Nanti Luna bagitau..."

"Akak pergi dulu..."

"Hati - hati kak..."

Yanie hanya membuat tanda okay sebelum kelibatnya menghilang. Hilang saja kelibat Yanie, muncul pula beberapa orang lelaki berpakaian tentera memasuki restoran.

Luna hanya memandang sekilas sahaja tanpa berminat mahu melihat lebih lanjut. Tetapi tidak pada beberapa pekerja wanita di restoran ini. Masing - masing memandang dengan pandangan teruja. Siap dengan mimik lagi!

"Sudah - sudah lah pandang diorang macam tu... Pergi ambik order dekat meja diorang tu..." Tegur Luna. Kesemuanya kembali ke kerja masing - masing bila mendengar teguran Luna tadi.

"Kak Nita... Handsome nya diorang tu..." Ujar salah satu pekerja restoran bernama July bersama wajah yang sangat teruja.

Luna hanya menggeleng sahaja dengan gelagat July yang terlebih miang ini.

"Kak Nita tak nak try ke salah seorang dari diorang... July tengok... Mata salah seorang dari diorang tu asyik pandang Kak Nita aje dari tadi..." Hai... Dah mula dah budak July ni dengan idea merapu dia!

"Hish kamu ni July... Ada ke situ pulak... Malas lah Kak Nita nak layan kamu ni..." Luna mula menyibuk kan diri. Dia malas mahu melayan bila topik ni keluar dari mulut si July mahupun dari orang yang dengan dirinya.

"Alah Kak Nita ni... Tak sporting lah..." Rengek July.

"Sporting tak sporting... Pergi buat kerja dekat belakang..." Usir Luna selamba. July hanya buat muka cemberut sebelum berlalu dari kaunter tersebut.

Dumm!!!

Hampir tercabut jantungnya mendengar bunyi guruh berserta hujan lebat dari luar restoran.

Kuss semangat!!

Dia berpaling semula kebelakang. Niatnya mahu mengusik Luna tidak kesampaian bila melihat wanita itu hampir rebah tetapi pantas di sambut olehnya. Tubuh Luna menjadi lembik secara tiba - tiba.

Berlari laju beberapa orang pekerja lelaki menghampiri Luna dan July bila melihat July terkial - kial memapah tubuh lemah Luna.

"Apa dah jadi ni?" Soal salah satu pekerja lelaki yang bernama Ren. Dia dan rakannya Wan membantu July untuk memapah tubuh Luna.

"Tak tahu... Tiba - tiba Kak Nita jadi macam ni..." July memberitahu.

"Takpe... Korang bawak Kak Nita masuk bilik rehat dulu... Biar aku telefon Abang Ochey dengan Kak Yanie..." Wan menawarkan diri. July dan Ren mengangguk sahaja. Mereka berdua memapah Luna dari keluar dari kaunter tersebut.

Kejadian yang menimpa Luna mendapat perhatian beberapa anggota tentera mula - mula masuk restoran tadi.

" Kenapa tu? " Tanya salah seorang dari mereka berenam.

"Entah lah... Mungkin tak cukup rehat kot..." Jawab anggota yang kedua.

"Takkan tak cukup rehat... Masa mula - mula kita berenam masuk tadi... Okay aje aku tengok... Dengar aje bunyi kilat tadi... Terus aje jadi macam tu..." Ulas anggota yang ketiga pula.

"Fobia dengan bunyi petir agaknya kot..." Anggota keempat mengambil alih bersuara.

"Weh... Dah lah korang... Tak payahlah kita bahas pasal tu lagi... Makanan pun dah sampai... Baik kita ngap dulu makanan ni... Aku dah lapar ni..." Anggota kelima terus mematikan topik yang di bualkan oleh rakan - rakannya tadi. Apa... Ingat anggota tentera ni bukan kaki membawang ke? Semua kaki membawang tau! Hahaha...

Hanya anggota keenam sahaja yang kekal tidak bersuara sejak dari mula perbualan hingga akhir perbualan tadi.

"Kau Her... Takkan pandang aje makanan tu... Kau tak nak makan ke..." Soal anggota mula - mula bersuara tadi.

"Aku kenyang lagi... Korang makanlah... Nanti aku mintak diorang bungkus kan makanan aku ni..." Jawab anggota keenam. Baru lah dapat mendengar suara garaunya.

"Yelah... Suka hati kau lah Her... Kitorang makan dulu..."

Anggota keenam yang bernama Her itu hanya mengangguk sahaja. Jasadnya sahaja di sini. Tapi fikiran nya masih lagi fokus pada wanita yang di papah oleh dua pekerja restoran tadi.

ENCIK YUZEN berpaling ke arah pintu bila menyedari kelibat anaknya, Hayrren sudah memasuki rumah mereka berdua.

"Lama kamu pergi operasi kali ni... Kamu pergi operasi dekat mana pula?" Tanya Encik Yuzen kepada anaknya yang sudah tersandar keletihan di kepala sofa.

"Sabah babah.." Ringkas Hayrren menjawab.

Sekarang, dia sudah berkhidmat menjadi salah seorang anggota tentera seperti babahnya.

Mempunyai sejarah hitam di masa silam tidak bermakna dia tidak boleh berjaya dalam hidup.

Tentera yang banyak mengajar dia untuk bangkit dari tunduk menyerah pada dosa silam. Untuk bangkit menjadi manusia yang lebih berguna dan juga berani menanggung dosa - dosa yang pernah dia lakukan pada masa lalu.

"Oklah... Herry naik dulu... Nak mandi..
Nak rehat..." Hayrren meminta izin pada babahnya.

"Yelah..."

Hayrren terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Gambar Luna yang terletak di atas meja di capai. Dia melabuhkan punggungnya di atas tilam. Gambar gadis yang berusia 16 tahun ketika itu dipandang dengan wajah yang sayu.

Comel aje dia melihat senyuman gadis ini ketika itu. Tapi siapa sangka... Keceriaan si gadis tidak bertahan lama bila dia sendiri yang telah menghancurkan hidup si gadis dan merenggut maruah si gadis tanpa belas kasihan.

Kejadian hitam 8 tahun lalu ketika hujan lebat di malam hari kembali menjengah di fikirannya...

Sambung Part 2...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience