BAB 38

Action Completed 75672

"ABANG!!!!" Luna menjerit.

Hayrren pantas meluru ke arah isterinya. Tubuh Luna sedang terduduk dipaut kemas.

"Luna takde apa - apa ke..." Tanya Hayrren sambil menilik wajah Luna yang sudah lencun dengan air mata. Kesan calar balar di sekitar wajah isterinya masih kelihatan lagi akibat dari kemalangan kereta yang mereka alami tempoh hari.

Luna hanya menggeleng. Tubuh tegap Hayrren kembali dipaut.

"Sial kau Her... Sampai berdengung telinga aku kau tendang..." Sumpah Arie sambil menggosok belakang kepalanya yang terasa sengal bahana tendangan padu dari Hayrren tadi.

Kuat juga tendangan mamat ni! Sakit belakang aku! Rungut Arie.

Hayrren pantas berpaling ke kiri bila nama nya disebut oleh lelaki yang cuba untuk rosakkan isterinya tadi.

Luna dibawa ke tepi dan menjauhi mereka.

"Aku kenal kau sebagai pemuda yang baik Rie... Tapi kenapa kau jadi macam ni... Sampai sanggup jadi balaci Cu..." Soal Hayrren.

Arie - lelaki yang dia kenal sejak zaman sekolah dulu adalah seorang lelaki yang baik dan tidak suka menimbulkan masalah. Tapi sekarang, lelaki yang berada di hadapan nya ini bukan lelaki yang dulu... Bak kata Luna tadi, Arie sudah berubah seratus peratus.

Arie tergelak sinis. Dia bangun perlahan - lahan. Otot bahunya di regang bagi meredakan urat yang tersimpul tadi.

"Haih... Nak buat macam mana kan... Dah memang takdir aku dah macam tu..."

"Mesti kau tahu kan... Aku ni siapa sebenarnya..." Ujar Arie bersama sengihan sinisnya.

"Ya... Aku tahu kau siapa... Kau adalah pengintip yang di upah oleh Cu untuk mengintip gerak geri kitorang dekat kampung... Sampai kau sanggup kerja dekat kebun getah milik abah Luna semata - mata nak mengintip pergerakan diorang... Kau juga yang gagalkan misi kitorang, serang Luna dan apalagi ya... Kau cuba nak bunuh abah Luna dengan kawan aku Zam... "

" Bravo!!!"

Arie bertepuk tangan dengan ceria sekali. Seolah - olah apa yang dikatakan oleh Hayrren itu lucu dan kelakar.

Terhenyak jantung Luna saat mendengar bicara terakhir suaminya.

" Dia cuba bunuh abah dengan abang Zam?" Tanya Luna dengan nada bergetar menahan rasa marah dan kesal.

Hayrren mengganguk perlahan.

Hatinya kecewa dengan ulah Arie. Abahnya menjaga Arie seperti anak nya sendiri. Tetapi usaha abahnya itu sia - sia sahaja. Malah di balas dengan tuba.

" Kiranya untung lah orang tua tu tak mati... Kalau mati... Korang jugak yang menyesal..." Ejek Arie tanpa rasa bersalah. Dia masih menggosok belakang kepalanya yang masih lagi terasa sengal.

"Kau memang syaitan Arie... Sanggup kau jual darah daging kau semata - mata kerana duit..."

Arie tergelak sakan.

"Aku nak tanya kau... Aku yang syaitan ke atau kau yang syaitan... Kau ingat aku tak tahu ke sejarah lama kau dulu... Kau rogol anak dara orang... Buat dia merana... Buat dia sampai dia buntingkan anak kau... Kau rasa siapa lagi yang nak paling jahat dan paling syaitan dekat sini? " Provok Arie.

Hayrren sudah mula mengenggam tangannya bila diprovok bertubi - tubi oleh Arie.

Bukk!!!

Sebiji penumbuk melayang tepat mengenai batang hidung Arie tanpa sempat lelaki itu mahu mengelak.

" Abang Herry!! "

Luna sudah mula berteriak. Dia menggigil ketakutan melihat tingkah ganas Hayrren.

Hayrren kembali mencekau kolar baju Arie dan...

Bukkk!!! Bukkk!!! Bukkk!!!

Berkali - kali wajah itu di layang penumbuk yang padu. Dan sangat keras.

Wajah Arie yang sudah pecah dan terkulai lemah dibawa menghadap wajahnya. Bibirnya dibawa rapat ke cuping telinga Arie.

"Sekurang - kurangnya aku dah menyesal apa yang aku dah buat... Aku tebus balik apa yang pernah aku buat dekat dia aku dulu... Di banding kan dengan kau... Sanggup jual darah daging sendiri sebab dibutakan dengan duit... Dan sekarang kau rasa... Siapa lagi yang lebih syaitan??"

Bengis Hayrren menatap wajah Arie. Segala urat dilehernya timbul bahana amarah yang sudah tidak dapat dikawal.

Bila dia cuba untuk menghayunkan lagi penumbuknya pada wajah Arie, terasa perutnya dipeluk oleh sepasang tangan halus dari belakang.

" Abang Herry... Cukuplah... Jangan pukul dia lagi... Luna tak nak abang Herry cedera disebabkan Luna lagi... Cukuplah abang Herry..." Rayu Luna dengan wajah di sembam pada belakang tubuh suaminya. Matanya sudah sembap dek terlalu banyak menangis.

EL yang baru sampai di tempat itu bersama Imah terkedu tidak terkata. Wajah Arie yang pecah dan lebam itu menarik perhatian nya. Arie dilihat sudah diam tidak berkutik akibat penangan yang dihadiahkan oleh Hayrren.

Hayrren mahu melayangkan lagi penumbuk tetapi pantas ditegah oleh EL.

"Bro... Sudah... Yang pukul dia lagi... Dia dah tak bergerak dah tu..."

Luna pantas meleraikan pelukannya bila tubuh Hayrren kembali tegak. Ketara sungguh perbezaan tubuh mereka berdua. Luna hanya berada di paras dada suaminya sahaja.

"Yang penting... Kita kena cari jalan keluar sekarang..." Celah EL. Matanya diliar mengitar sekeliling. Kot - kot ada jalan keluar.

"Jom..." Ajak Hayrren.

Mereka berempat terus mengatur langkah mahu keluar dari bilik tersebut.

Belum sempat mereka berempat keluar, secara tiba - tiba tubuh kedua - dua lelaki itu kejang dan terus menggelupur ke atas tanah. Luna dan Imah terjerit kecil melihat tingkah Hayrren dan EL yang berubah kejang secara mendadak dan menggelupur seperti orang kena sawan.

Tapi jeritan mereka hanya sementara bila mulut kedua - duanya ditekup dengan kain mengandungi cecair klorofom. Terus kedua - dua menjadi senyap.

EL dan Hayrren tidak dapat membantu kerana tubuh mereka mengejang akibat di cucuk dengan sejenis alat yang boleh membuatkan orang menjadi kejang secara tiba - tiba.

Dan akibatnya, mereka juga tidak sedarkan diri akibat arus eletrik tersebut.

Rupanya, mereka salah menilai...

Tempat itu hanyalah umpan untuk memerangkap mereka semula masuk ke dalam sangkar besi yang di cipta oleh Cu, si penjenayah paling licik!

Alahai... Ingatkan boleh dah keluar dengan selamat... Rupanya hanya perangkap...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience