SUASANA PADANG SEKOLAH yang menjalankan aktiviti senaman dan riadah dengan dan damai menjadi riuh rendah bila pelajar - pelajar dari kelas tingkatan enam atas membuat kecoh.
Tidak terkecuali juga Imah, rakan karib Luna. Mereka berdua tergamam bila suasana yang damai tadi tiba - tiba menjadi riuh rendah. Sejak dari tadi, mereka berdua sudah menduga kumpulan yang selalu membuat kecoh kalau bukan dari geng samseng si Hayrren.
"Muncul dah si ketua samseng ni..." Desis Imah meluat. Sejak mula masuk sekolah ini dulu, dia sudah tidak berkenan dengan cara yang dibawa kumpulan Hayrren ini. Lebih - lebih lagi dia tahu yang si Hayrren ini adalah kaki pukul.
Tak boleh dibuat suami kalau awal - awal lagi dah tunjuk belang. Pangkah terus!
Amboi! Bukan main lagi ya kau Imah! Gatal bukan main! SPM pun tak lepas lagi, dah berangan nak berlaki!
Luna yang melihat itu terus meluru ke arah Hayrren tanpa mempedulikan larangan rakannya.
"Weh Luna..." Panggil Imah bila gadis itu sudah melangkah ke hadapan. Hish Luna ni! Tak makan saman betul. Orang pakat - pakat dok jauh, dia pulak pergi ke sana!
"Abang Herry... Sudah... Jangan pukul dia lagi..." Halang Luna. Tangan Hayrren yang sudah mahu jatuh di sasaran disambar pantas.
"Kau tak payah nak masuk campurlah Luna..." Tangan Luna yang menghalang tindakan nya tadi ditepis kasar.
"Abang Herry... Sudahlah... Sampai bila abang Herry nak jadi macam ni..." Luna bersuara lagi.
Hayrren sudah berdecit kegeraman. Tak faham bahasa ke apa budak ni!
"Woi budak... Berapa kali dah aku cakap... Jangan masuk campur urusan aku... Kau faham tak?" Tengking Hayrren kuat tanpa mempedulikan orang di sekitar yang sedang memerhati. Matanya mencerlung tajam memanah wajah Luna yang sudah merah. Menahan malu mungkin.
"Luna cuma tak nak abang Herry buat benda ni lagi..." Luna menjawab perlahan walaupun terasa hati dengan tengkingan Hayrren tadi.
"Suka hati akulah nak buat apa pun... Yang sibuk sangat dengan hidup aku ni dah kenapa?" Sekali lagi dia menengking. Terhinggut bahu Luna bila mendapat tengkingan kali kedua.
Imah yang berdiri tidak jauh dari rakannya sudah berasa tidak sedap hati bila melihat rakannya ditengking oleh si samseng jalanan.
Tak boleh jadi ni...
Dia pantas melangkah laju menuju ke arah Luna dan Hayrren.
"Kalau cakap baik - baik sikit tak boleh ke? Ini tak... Melalak macam taarzan..." Sindir Imah setelah tiba di sebelah Luna.
"Ni minah longkang mana pulak datang ni... Datang - datang aje terus sembur orang... Kau ni memang takde adab ke?" Perli Hayrren. Rakan Luna di pandang atas bawah dengan pandangan meluat.
"Kau cakap aku takde adab... Yang kau tu... Beradab sangatlah kononnya..." Selagi lagi Hayrren di sindir. Wajah Hayrren dengan rambut kusut itu di cebik menyampah.
Berubah muka Hayrren bila di sindir begitu.
"Kau..."
Tak jadi Hayrren membalas bila salah satu rakannya menepuk bahunya dari belakang.
"Weh... Jom blah... Geng cikgu dah sampai tu..." Rakannya memberitahu.
Dari kejauhan, kelihatan beberapa orang guru lelaki termasuk pengetua sedang berlari - lari anak menuju ke arah mereka.
"Kali ni aku lepaskan kau Luna... Ingat... Jangan pernah campur tangan dalam lagi urusan aku lagi... Kalau kau ingkar... Aku tak tahu apa yang akan jadi dekat kau nanti..." Ugut Hayrren sebelum berlalu keluar dari kawasan padang sekolah.
Menelan air liur Luna bila mendengar ugutan Hayrren itu.
" Dah jom blah... Sebelum cikgu disiplin sampai..." Ditarik lengan rakannya meninggalkan kawasan tersebut. Luna hanya menonong sahaja mengekori langkah Imah. Kata - kata Hayrren masih lagi berlegar - legar di dalam kepalanya.
Share this novel