Part 2

Action Completed 75672

IMBAS KEMBALI...

8 TAHUN LALU...

"Weh... Benda apa yang kau dah bagi dekat aku ni... Panaslah..." Adu Hayrren lalok. Dia sudah mula membuka t - shirt nya bila tubuhnya mula terasa bahang. Mendedahkan bentuk tubuhnya yang sasa. Tubuh Hayrren ini sedikit berisi dari Cu. Maklumlah penagih tegar. Makin susut lah berat badan.

"Benda paling best... Kau rehat dulu... Aku nak keluar kejap..." Ujar Cu. Hayrren hanya mengangguk sahaja. Dia kembali bercakap sendirian.

Cu hanya tersengih sinis melihat kelakuan lalok Hayrren itu. Di dalam kepalanya sudah dirancang sesuatu.

Petang itu, dia meronda di hadapan rumah Luna. Dia melihat ibu bapa Luna beredar dari kawasan rumah mereka. Dia menyelidik lagi. Rupanya kedua - dua orang tua Luna pergi melawat saudara mereka yang meninggal dunia di kampung sebelah.

Dia tersengih jahat lagi. Ada peluang dia untuk mengenakan Luna dan Hayrren. Dia menunggu lagi. Dari petang hingga ke senja. Hayrren dibiarkan seketika di port lepak mereka. Apa nak risau!

Mama dan abang Hayrren juga tiada dirumah sekarang kerana mengikut ibu bapa Luna. Dari petang membawa ke malam. Sehingga hujan turun dengan lebat. Tetapi kelibat keempat - empat manusia itu langsung tidak kelihatan. Dia menyelidiki lagi. Rupa - rupanya jalan utama mahu masuk ke dalam kampung sudah dinaiki air.

Dia bergegas kembali ke port lepak mereka. Otaknya mula mengatur strategi.

"SEDAP BENDA NI..." Ujar Hayrren sambil meneguk rakus botol yang mengandungi arak. Dia tidak menyedari yang arak itu telah dicampur dengan bahan terlarang oleh Cu. Dadah!

Ya... Cu telah meletakkan dadah perangsang ke dalam minuman Hayrren tanpa pengetahuan empunya diri.

Tersengih jahat Cu melihat rakannya meneguk rakus minuman itu.

"Herry..." Panggil Cu sambil menepuk bahu rakannya. Herry hanya memandang dengan pandangan kuyu sahaja. Otaknya terasa melayang saat ini.

Melihat Hayrren sudah khayal, Cu mula cucuk jarum.

"Kau cakap nak balas dendamkan... Apa kata kau lakukan benda ni dekat dia..." Dia mendekat ke arah telinga Hayrren lalu membisikkan sesuatu.

Hayrren yang masih khayal hanya mengganguk sahaja dengan rancangan jahat rakannya tanpa menyedari risiko yang dia akan hadapi bila melakukan perkara ini.

Dia menyetujui tanpa banyak soal!

MALAM ITU, dalam keadaan hujan lebat mereka berdua sudah terpacak di hadapan rumah orang tua Luna.

Mata merah Hayrren merenung tajam ke pintu utama rumah itu. Hatinya mendidih geram bila mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh penghuni rumah ini pada dirinya dua hari lepas. Berkali - kali dia mendapat tamparan dari abangnya, dia langsung tidak kisahkan. Tapi kali ini dia kisahkan. Gara - gara perempuan bernama Lunanita ini, dia mendapat tamparan yang paling padu dari abangnya.

Dan malam ini, atas cadangan jahat rakannya perempuan ini akan diajar cukup - cukup!

"Jom..." Ajak Cu sambil menepuk bahu Hayrren. Mereka berdua mendekati belakang rumah dan terus mendekati pintu dapur.

Diumpil pintu tersebut.

Klak!!

Bunyi pintu terbuka.

Perlahan - lahan Hayrren menjengah kepalanya ke dalam dapur. Bahu nya ditepuk lagi oleh Cu.

"Aku tunggu dekat luar... Cover line... Kau masuk dalam rumah... Selesaikan apa yang patut..." Ujar Cu.

"Dan jangan lupa... Jangan 'pancut' luar... 'pancut' dalam... Ok?" Sambung Cu lagi.

Hayrren hanya tersengih sahaja. Dia mengiakan sahaja bicara rakannya. Otaknya sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Otaknya sudah menyimpang jauh!

Rakan?

Layak ke Cu dipanggil seorang rakan. Seorang rakan tidak akan menyuruh rakannya untuk melakukan perkara yang bukan - bukan. Seorang rakan akan menasihati rakannya ke arah kebaikan. Bukan ke arah keburukan.

Dan Cu bukan seorang rakan yang boleh dipercayai. Dan dia tidak layak untuk digelar sebagai rakan atau pun sahabat.

Hayrren sudah masuk ke dalam rumah manakala Cu pula menunggu di luar. Dia tersengih mengenangkan Luna akan tewas di dalam genggaman Hayrren sebentar lagi.

Kedengaran suara orang bercakap dari dalam rumah. Dia memicing telinga nya ke arah dinding rumah.

"Apa yang abang Herry buat dekat dalam rumah Luna ni... Mak dan abah takde dekat rumah... Abang Herry tolong balik ke rumah abang Herry... Tak manis abang Herry ada dekat sini..." Suara Luna kedengaran sedikit gementar.

"Lantak aku lah nak balik ke tak... Yang kau sibuk sangat apahal..." Suara Hayrren pula mencelah.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi bising di selang seli pula dengan tangisan dan raungan dari dalam rumah. Hujan semakin lebat tidak mematahkan semangat Cu untuk menelinga apa yang akan terjadi seterusnya.

Esak tangis dan raungan kesakitan gadis itu kedengaran sayup - sayup dari dalam rumah.

Tidak lama selepas itu, kedengaran pintu dapur rumah orang tua Luna dibuka dari dalam. Keluar Hayrren bersama muka dan pakaian yang sedikit berantakan.

"Amacam?" Soal Cu bersama wajah yang tidak sabar.

Hayrren hanya membuat tanda okay sahaja. Pinggang seluar perbetulkan.

Tergelak sakan Cu bila rancangan jahat yang dibuat akhirnya membuahkan hasil. Luna akhirnya tewas dalam genggaman Hayrren!

Mereka berdua pergi dari situ bersama ketawa yang masih tersisa dan tanpa rasa bersalah.

DUA BULAN KEMUDIAN,

Wajah Hayrren kelihatan murung sekali.

"Woi... Kau dah kenapa... Dari tadi kau tengok asyik termenung aje..." Sergah Cu sebaik sahaja sampai di port lepak mereka.

Sebenarnya, bukan mereka sahaja yang berada disitu. Beberapa orang lagi rakan - rakan mereka yang lain turut berada disitu. Tapi mereka yang lain langsung tidak peduli akan perbualan Cu dan Hayrren. Mereka hanya fokus pada apa yang ada di depan mereka. Hisap dadah dan minum arak!

"Kau ni... Buat terkejut aku ajelah..." Rungut Hayrren sambil mengurut dada nya akibat terkejut disergah oleh Cu tadi.

"Dah kau tu termenung panjang... Aku sergahlah... Kau dah kenapa ni... Monyok aje aku tengok dari tadi..." Soal Cu hairan. Hairanlah bila melihat wajah sugul si Hayrren.

"Nah..." Botol arak di capai dan suakan kepada Hayrren tapi pantas di tepis oleh lelaki itu.

"Kau ni dah kenapa?"

Naik hairan Cu dengan perangai Hayrren hari ini. Biasanya, bila dia suakan benda haram ini Hayrren akan menyambut tanpa banyak soal. Tapi hari ni, tiba - tiba lelaki ini menolak pula.

"Aku rasa bersalah lah Cu... Aku tak patut buat dia macam tu..." Luah Hayrren. Rambut nya dicengkam kuat.

Botol arak diletakkan di tepi kaki. Dia berpaling menghadap Hayrren yang terpunduk tidak bermaya.

"Wait... Kau cakap pasal apa ni? Aku tak faham lah..."

"Aku cakap pasal Luna lah..." Naik geram Hayrren bila Cu bertanya lagi.

"Ooo... Pasal budak tu... Kenapa dengan dia..." Selamba sahaja si Cu bertanya.

"Aku takut... Aku rasa bersalah tau tak... Macam mana kalau dia mengandung... Macam mana kalau dia bukak mulut pasal aku dekat mak bapak dia..." Luah Hayrren lagi.

Walaupun dia sudah ugut Luna malam hujan itu. Hatinya masih sangsi dengan apa yang terjadi. Dahlah masa dia buat tu, dia langsung tak pakai apa - apa untuk keselamatan.

Dan yang paling dia risau sekarang, macam mana kalau Luna laporkan pada pihak polis tentang apa yang terjadi pada malam hujan lebat itu. Kepalanya digaru kasar. Arghh! Serabut kepalanya memikirkan semua ini!

Cu mendengar luahan Hayrren hanya ketawa sakan sahaja.

"Apalah kau ni Herry... Itu pun nak takut ke... Relaks lah bro... Percayalah... Takde apa akan terjadi..." Pujuk Cu.

"Kau cakap senanglah... Bukan kau yang buat..." Sanggah Hayrren.

"Dahlah... Malas nak layan perangai kau ni... Baik aku blah dulu..." Ujar Cu. Dia bangun dari tempat duduknya. Belakang seluar dikibas pantas.

Jam ditangan dikerling lagi. Ada masa lagi untuk dia blah dari tempat ini. Dia bergegas pergi dari situ. Hayrren hanya melihat kepergian Cu dengan pandangan kosong sahaja. Langsung tak berminat. Yang dia fokus kan adalah masalah yang dia hadapi sekarang.

Sedang dia memikir, sayup - sayup kedengaran siren dari kereta peronda polis.

Dia kelu dan terkedu bila muncul tiga boleh kereta peronda serta sebuah trak di hadapannya. Dia ingin melarikan diri tetapi tidak sampai bila satu tangan menarik leher bajunya dari belakang. Dia terdorong ke belakang dan terus terlentang di hadapan orang yang menariknya tadi.

Dia mengedip matanya untuk melihat wajah orang yang menangkap tubuh nya ini.

Membesar matanya bila melihat wajah orang yang menangkap dirinya kelihatan.

"Babah?"

Tubuhnya ditarik kasar naik ke atas.

Tanpa kata, satu tamparan yang sangat padu hinggap pada wajah tampannya sebelum kedua - dua belah tangannya digari oleh anggota polis yang bertugas. Dia tidak berani menatap wajah bengis babah sekarang.

Dia dibawa masuk ke dalam trak polis. Dalam pada itu, sempat lagi dia matanya melilau mencari kelibat Cu di dalam kalangan rakan - rakannya yang ditahan. Tetapi langsung tidak kelihatan.

Dan secara tiba - tiba terdetik sesuatu di hatinya.

Cu telah lama tahu!

Dia telah melarikan diri dan membiarkan dirinya terkapai - kapai sendirian. Tak guna punya Cu!

Dan disebalik semak samun yang tidak jauh dari port mereka, Cu tersengih sinis bila melihat rakan - rakannya terutama sekali Hayrren dibawa masuk ke dalam trak polis.

Ya... Dia sudah lama tahu yang polis akan membuat serbuan di situ. Sepantas itu juga dia melarikan diri dari situ. Licikkan dia!

Dia pergi dari situ tanpa ada rasa perasaan bersalah sambil bersiul riang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience