BAB 7 Part 1

Action Completed 75672

PANGG!!

Satu tamparan hinggap di wajah tampan Hayrren.

"Apsal kau tampar aku? Sakit tau..." Marah Hayrren sambil menggosok pipinya yang terasa pijar akibat makan penampar abangnya tadi.

Oh... Yang si tukang tampar tadi Fay rupanya... Patutlah si Hayrren marah sangat...

"Aku tanya kau... Dari mana kau belajar minum arak ni Herry..." Tanpa bertangguh, terus dia bertanya.

Tergamam Hayrren bila disoal begitu.

"Dari mana abang dapat info ni?" Soal Hayrren dengan sedikit gementar. Gementarlah bila rahsia yang dia simpan selama ni akhirnya terbongkar juga.

"Eh... Tak penting lah aku dapat info ni dari mana... Yang penting sekarang... Kau jawab soalan aku... Dari mana kau belajar minum air syaitan ni... Dari mana kau belajar hah..." Tengking Fay. Dia sudah hilang sabar dengan perangai adiknya ini.

Berkali - kali dah dia beri amaran, tetapi langsung tak masuk ke dalam kepala otak adiknya ini.

" Baik kau bagitau Herry sebelum aku... "

Pantas ayat abangnya di potong.

" Kau nak buat apa... Cuba cakap kau nak buat apa... Nak masuk kan aku dekat lokap atau kau nak tumbuk muka aku ni..." Hayrren menganjing densgn menyua wajahnya ke arah abangnya.

Mata Fay mengecil melihat tingkah kurang ajar adiknya.

"Kau tau tak sebab apa aku jadi macam ni..."

"Aku jadi macam ni sebab babah dan mama... Sebab diorang langsung takde masa untuk aku... Untuk kau..." Suara Hayrren sudah berubah serak.

"Kau tengok babah... Dia pergi macam tu aje... Langsung tak peduli dekat kita... Mama? Sampai sekarang tak balik - balik lagi... Sibuk dengan butik dia dekat bandar... Dua tiga hari baru nampak muka..." Luah Hayrren.

"Dan kau... Satu - satunya orang care pasal aku... Yang selalu ada dengan aku.. Tapi sejak kau kerja dekat bandar tu... Kau dah takde masa untuk aku tau tak... Tiap - tiap hari aku tunggu kau balik kerja... Dengan harapan kau layan aku macam selalu... Tapi hampa... Bila kau balik rumah... Kau terus masuk bilik tidur... Tanpa pedulikan aku yang kisah pasal kau... "

Berubah muka Fay bila mendengar luahan adiknya itu. Rupanya dia khilaf selamanya ni. Adiknya menjadi begini di sebabkan kurang kasih sayang dari mereka bertiga.

"Herry..."

Fay mendekati adiknya tetapi pantas di halang oleh Hayrren.

"Aku tak perlukan korang semua... Aku dah ada cara hidup aku sendiri... Jadi bergembira lah dengan hidup korang dan tak payah pedulikan aku lagi..." Dia mengesat air mata sebelum pergi meninggalkan abangnya masih dibelenggu perasaan bersalah.

"Herry..." Panggil Fay lagi tetapi malangnya panggilan itu langsung Hayrren tak hiraukan.

Ya... Tuhan apa yang aku dah buat dekat adik aku ni?

TERHINGGUT BAHU Cu bila tin biskut kosong disebelahnya di sepak kasar oleh Hayrren.

"Hey... Calm down bro..." Cu memujuk Hayrren yang kelihatan serabut itu. Niat nya yang mahu melantak benda haram itu ditangguhkan dahulu bila melihat wajah cemberut rakannya yang sudah terpunduk keletihan menahan marah.

"Kau dah kenapa tetiba mengamuk tak tentu pasal ni..." Tanya Cu. Kotak rokok dicapai. Sebatang rokok dikeluarkan lalu di sua ke arah Hayrren. Hayrren menyambut. Sebatang lagi dikeluar untuk dirinya. Pemetik api dicapai lalu di nyalakan di bahagian hujung rokok. Serta - merta hujung rokok menyala. Berkepul - kepul asap rokok keluar dari celah bibir dan bibir mereka berdua.

"Aku geram betullah hari ni... Sikit lagi aku nak terkantoi dengan abang aku pasal arak ni..." Luah Hayrren geram.

"Hmm... Dah agak dah... Mesti ada orang buat report dekat abang kau ni..." Sinis Cu berkata. Rokok dihisap lagi.

"Ini tak lain tak bukan... Mesti kerja Luna..." Tuduh Hayrren.

"Kau yakin ke budak tu yang buat report dekat abang kau?" Tanya Cu sekali lagi dengan nada teragak - agak padahal dalam hati, dia bersorak riang bila Hayrren tuduh gadis itu begitu.

"Aku yakinlah bro... Takde orang lain dah... Ini mesti kerja dia..." Hayrren masih dengan tanggapannya. Dadanya sudah turun naik menahan amarah.

"Relaks bro... Apa kata kita minum dulu..." Botol arak disua ke arah Hayrren. Hayrren pantas menyambut lalu diteguk rakus. Cu tersenyum jahat bila melihat rakannya meneguk air itu dengan rakus. Hayrren tidak sedar yang Cu sudah mencampurkan arak itu dengan serbuk dadah.

" Apa kata aku bagi kau satu cadangan yang baik punya..." Cu mula merangka cadangan jahatnya.

Hayrren hanya mengiakan sahaja. Fikiran nya sudah melayang entah ke mana...

Apa agaknya cadangan jahat si Cu ni?

Ah sudah... Apa yang akan terjadi dekat Luna nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience