Part 2

Action Completed 75672

"SAKIT... TOLONG... LUNA SAKIT..." Jerit satu suara kesakitan mengejutkan Hayrren dari lena nya.

Dia duduk bersila sambil meraup wajahnya yang sudah di basahi peluh. Malah t - shirt yang dipakai juga turut basah. Jam loceng di meja di kerling sekilas. Sudah pukul 10:30 pagi!

Dia termenung memikirkan mimpinya tadi. Dalam mimpinya itu, dia menyaksikan seorang wanita sedang mengalami kesakitan untuk melahirkan. Dan wanita itu amat dikenalinya.

Luna?

Ya... Wanita dalam mimpinya itu adalah Luna...

"Doktor... Tolong doktor... Luna sakit doktor... Luna sakit doktor..." Wanita itu meraung - raung kesakitan. Tidak lama kemudian, wanita itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Anehnya, tiada langsung kedengaran tangisan dari bayi itu. Ketika cuba mendekati bayi itulah, dia terus terbangun dari lena.

Ya Tuhan... Macam manalah Luna menghadapi saat - saat itu tanpa ada dirinya di sisi?

Butiran mengenai Luna sudah berada di dalam tangannya sekarang. Yang lebih menghairankan, butiran mengenai wanita itu pernah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki langsung tiada dalam rekod yang di cari. Wajahnya di raup sekali lagi.

Jadi kemanakah wanita itu menyembunyikan anak mereka sekarang?

KERETA YANG dipandu Luna berhenti di sebuah tanah perkuburan yang diberi nama "The Memorial's Kid" yang bermaksud tanah perkuburan khas untuk kanak - kanak sahaja.

Setelah memarkir kereta yang dipinjam dari abangnya, langkah di bawa masuk ke dalam tanha perkuburan itu sehinggalah dia berhenti satu kubur ynag dihias cantik.

Gambar Haydie, permata hatinya di renung dengan pandangan sayu. Setiap hari minggu, dia pasti akan datang melawat kubur anaknya walaupun hanya sekejap.

"Hai Haydie... Mama datang lawat Haydie hari ni... Haydie... Maafkan mama ya... Sebab minggu lepas mama tak datang lawat Haydie... Mama sibuk sayang... Maafkan mama ya..." Kubur anaknya diusap perlahan. Air mata sudah mula mengalir di pipi.

"Haydie... Mama terlalu rindukan Haydie..." Dia sudah teresak - esak menangis di situ.

"Hari pun macam nak hujan... Mama balik dulu sayang... Minggu depan mama datang lagi... Haydie baik - baik ya di sana sayang... Tunggu mama dekat sana ya sayang..." Usai berkata, sejambak bunga diletakkan di atas kubur anaknya.

"Mama balik dulu... Selamat tinggal anak mama..." Dia melangkah perlahan keluar kawasan kubur itu. Pintu kereta di buka dan dia terus meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Enjin kereta di start dan menderu kereta yang dipandu keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.

Dia harus kuat menghadapi hari - hari yang akan datang demi Haydie, permata hatinya.

YANIE YANG SEDANG menyusun barang di meja kaunter sedikit terganggu dengan kehadiran seorang lelaki.

" Ya... Encik nak order apa?" Ramah Yanie bertanya bila melihat seorang lelaki tinggi lampai menghampiri meja kaunter yang diduduki.

"Maaf... Saya tak nak order apa - apa... Cuma saya nak jumpa orang yang bernama Ochey... Abang Ochey ada..."

Mati terus senyuman manis Yanie bila nama suaminya meniti di bibir lelaki asing yang berada di hadapannya ini.

"Encik ni siapa?"

Tanya Yanie kurang senang. Wajah tampan si lelaki dengan rambut gaya tentera di pandang dengan pandangan mencurigakan.

"Maafkan saya... Lupa pula nak kenalkan diri... Saya Hayrren..." Lelaki itu memperkenalkan diri.

"Hayrren??"

Bulat mata Yanie bila nama itu menerjah gegendang telinganya.

Hayrren?

Lelaki yang bertanggungjawab atas penderitaan Luna ada di hadapannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience