BAB 14

Action Completed 75672

FAY KELIHATAN SANTAI saja melepak diruang tamu sambil menonton televisyen.

Oh ya... Fay ni nama sebenarnya adalah Fayyen... Bukan Fair & Lovely ya... Tu jenama pencuci muka... Dan satu lagi... Dia ni lelaki tulen... Bukan jenis geng kunyit... Jangan salah anggap pula...

Pernah sekali dia mendebik seorang budak lelaki sebab panggil dia geng kunyit... Gara - gara nama dia... Orang semua cop dia geng kunyit... Kampret betul!

Tapi tu dulu... Sekarang dia bangga sebab nama Fay ni bawa tuah dekat dia... Sekarang dia dah terkenal sebagai seorang pengusaha butik yang berjaya... Bukan satu butik... Tapi tiga cawangan butik yang dia dah buka ditempat yang berbeza.
Hebat kan Fay...

"Kamu tak ke butik ke hari ni Fay?" Soal Puan Fari bila melihat anaknya masih lagi bersantai di atas sofa.

"Tak... Hari ni Fay ingat nak rehat dekat rumah aje..." Jawab Fay. Matanya masih fokus pada televisyen.

"Eloklah kamu rehat hari ni... Ni... Mama ada buat kuih sikit ni... Fay tolong hantar dekat rumah Mak Mei ya..." Ujar Puan Fari sambil meletakkan bekas berisi kuih lepat pisang di atas meja kopi.

"Ok... Kejap lagi Fay hantarkan... Fay nak tengok boboiboy ni dulu..."

Apalah si Fay ni... Umur dah tua bangka tapi still tengok cerita kartun lagi? Tak macho langsung!

"Aduh!!" Mengaduh Fay bila satu ketukan hinggap di kepalanya.

"Apa ni mama... Sakitlah..." Rungut Fay sambil menggosok kepalanya terasa sakit.

"Mama suruh hantar sekarang..." Puan Fari sengaja menjegilkan matanya.

Tak jadi Fay mahu menjawab bila melihat jegilan mata mamanya.

"Yelah... Yelah... Fay pergi sekarang sekarang..." Malas - malas Fay menjawab. Tapi arahan si ibu diikuti jua. Kalau tak ikut karang, mahu benjol lagi kepalanya kena ketuk!

Tersenyum senang Puan Fari mendengar jawapan anaknya.

Fay mencapai kunci motor dan helmet.

Menderu bunyi motosikal meninggalkan perkarangan rumah dan motosikal dibawa menuju ke arah rumah ibu saudaranya.

BERKERUT DAHI PUAN Mei mendengar bunyi motosikal memasuki halaman rumahnya.

'Siapa pulak yang datang...' Desis hati tuanya.

Tersenyum nipis bibir tuanya melihat kelibat Fay turun dari motosikal yang di tunggang.

"Mak Mei... Ni mama ada bagi kuih sikit dekat Mak Mei..." Beritahu Fay sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah. Bekas berisi kuih dihulur ke arah wanita itu.

"Hish... Mama kamu ni... Buat susah-susah aje..." Ujar Puan Mei. Bekas ynag dihulur Fay di sambut juga.

"Kamu tak naik dulu ke..." Soal Puan Mei melihat Fay masih lagi tercegat di anak tangga.

"Tak pelah Mak Mei... Fay nak balik dah ni... Kesian pulak tinggal mama sorang - sorang dekat rumah tu..." Balas Fay.

"Yelah kalau macam tu... Terima kasih sekali lagi ya bagi kuih ni..."

Fay hanya tersenyum manis sahaja.

Dia sudah melangkah menuju ke arah motosikalnya. Helmet yang baru dicapai di letakkan semula ke dalam bakul motosikal bila matanya menangkap sebuah motosikal tunggang seorang lelaki menuju ke arahnya. Lebih tepat lagi sedang menuju ke halaman rumah Puan Mei.

"Apehal si Arie bawak motor macam orang mabuk aje..." Rungut Puan Mei bila melihat seorang lelaki membawa motorsikal dalam keadaan terhuyung hayang menuju ke halaman rumahnya.
Dia melangkah keluar semula dari rumah dan berdiri di atas anak tangga.

"Mak Cik Mei..." Panggil pemuda yang di panggil Arie itu dalam keadaan tercungap - cungap.

"Kamu ni dah kenapa Arie... Tercungap - cungap aje Mak Cik tengok... Dahlah rupa kamu bawak motor pun macam rupa orang mabuk..."

Fay hanya memerhati sahaja tingkah Arie yang masih lagi tercungap - cungap.

"Pak Cik Ngan..."

"Cuba kamu tarik nafas dulu... Baru cakap..."

Arie perlahan - lahan menarik nafas lalu di hembus perlahan - lahan. Setelah nafasnya kembaki normal, barulah dia menyambung kembali ayatnya.

"Pak Cik Ngan pengsan dekat kebun getah..." Beritahu Arie dengan wajah cemas.

"Hah??Pengsan?? "

"Apa?? Bah Ngan pengsan??"

TUBUH Encik Ngan dibaringkan di atas tilam dengan bantuan Fay. Puan Mei melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Fay tolong ambilkan air putih dekat dapur ya Mak Mei..." Fay menawarkan bantuan.

Puan Mei hanya mengangguk. Fay melangkah keluar dari bilik lalu terus menuju ke dapur.

"Dah tahu diri tu kurang sihat... Bawa - bawalah rehat dekat rumah... Setakat timbang getah tu... Arie dengan pekerja abang yang lain pun boleh buat..." Bebel Puan Mei setelah kelibat Fay menghilang dari bilik mereka itu.

Encik Ngan hanya membatukan diri sahaja. Wajahnya kelihatan pucat sekali.

" Nasib baik doktor cakap abang takde apa - apa... Cuma kurang rehat aje... Kalau jadi apa - apa dekat abang... Siapa yang susah... Dah lah anak - anak kita langsung takde depan mata kita..."

Terhenti seketika bebelannya bila cerlungan tajam Encik Ngan memanah wajahnya. Sedar bila dia sudah terlepas cakap.

" Saya nak rehat... Awak boleh keluar... " Arah Encik Ngan sambil mengiring tubuhnya membelakangi isterinya.

Dia memejam matanya rapat - rapat.

"Yelah... Abang rehat lah dulu... Kalau ada apa-apa nanti... Panggil Mei... Mei ada dekat luar..." Puan Mei terus keluar dari bilik meninggalkan Encik Ngan sendirian.

Hati tuanya kembali menangis sebaik sahaja keluar dari bilik. Dia terlalu rindu dengan anak - anaknya. Dengan Ochey.... Yang paling penting Luna...

Tapi kerinduan nya dipendam bila Encik Ngan masih lagi dengan egonya. Sudah 8 tahun berlalu, hati Encik Ngan masih juga keras. Keras seperti batu!

Sampai kan perkahwinan Ochey dulu pun langsung tidak dibenarkan di buat dirumah ini. Bagi Encik Ngan, anak sulungnya itu telah mengingkari arahannya kerana telah membantu adiknya, Luna.

Kerana hal itu jugalah, Ochey juga turut dihalau keluar dari rumah ini 8 tahun dulu.

Puan Mei tidak perasan yang perilakunya telah di saksi oleh Fay di sebalik dinding yang menghubungkan ruang tengah dengan dinding dapur.

Hati Fay menjadi sayu bila melihat kepincangan keluarga ini yang pernah harmoni suatu ketika dahulu.

Hatinya menjadi sedih kerana kepincangan itu terjadi dari keluarganya sendiri... Dari adiknya sendiri! Tapi apakan daya... Takdir Tuhan berkata begitu...

Doanya, moga Encik Ngan terbuka untuk menerima kembali anak - anaknya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience