BAB 18 Part 1

Action Completed 75672

MENDIDIH DARAH Encik Ngan melihat kemunculan Hayrren secara tiba - tiba di hadapan rumahnya.

"Kau... Kau buat apa muncul balik dekat sini?" Keras suara Encik Ngan berkata. Dia sudah mara ke hadapan Hayrren.

"Bah Ngan..." Seru Hayrren gugup bercampur sedikit sebak. Langkahnya sudah di atur menuju ke arah Encik Ngan.

"Maafkan Herry Bah Ngan... Maafkan Herry... Sebab Herry... Keluarga Bah Ngan hancur... Sebab Herry juga... Luna kena halau dari rumah ni... Dan sebab Herry juga... Hidup Luna hancur... Maafkan Herry..." Hayrren melutut di hadapan bapa saudaranya bersama tangisan yang sudah mula pecah.

" Eh... Kau ingat dengan ucapan maaf kau tu boleh kembalikan balik apa yang kau dah hancurkan... Aku tak hadaplah dengan ucapan maaf kau tu... Sekarang... Kau pergi dari rumah aku ni... Aku tak nak tengok muka kau dekat sini... Pergi..." Halau Encik Ngan. Matanya merah menahan marah.

Mengelegak hatinya bila ucapan maaf sewenang - wenangnya keluar mulut lelaki yang paling dia benci ini.

" Bah Ngan... Tolong maafkan Herry... Herry merayu Bah Ngan... Tolong maafkan Herry..." Rayu Hayrren. Hatinya tidak tenang bila dosa silam menghantui dirinya.

"Kau memang degilkan..."

Dia mencari sesuatu untuk dijadikan senjata. Matanya tertancap pada sebilah parang yang terselit di celah tangga. Tanpa berfikir panjang, parang itu ditarik lalu di bawa ke hadapan Hayrren.

Fay yang melihat itu pantas meluru ke arah Encik Ngan. Puan Mei dan Puan Fari sudah berteriak takut dengan tindakan luar kawalan Encik Ngan itu.

"Bah Ngan... Sudah..."

Fay pantas menghalang tindakan Encik Ngan yang sudah mahu menghayunkan parang ke arah Hayrren.

"Lepaskan aku lah Fay... Jangan halang aku... Biar aku ajar budak tak guna ni!" Pekik Encik Ngan. Dia menepis kasar tangan Fay yang memaut lengannya. Dia mahu mara lagi ke arah Hayrren tetapi tindakannya itu dihenti oleh suara nyaring Puan Mei.

"Sudah lah abang... Abang nak jadi pembunuh ke hah... Cukuplah apa yang kita dah buat dekat anak - anak kita selama ni... Jangan kita nak jadi pembunuh anak orang pula..."

Dadanya turun naik menahan amarah. Mungkin ini kemuncak kesabarannya. Sudah terlalu lama dia pendam rasa ini. Dan hari ini, dia meluahkan segala - galanya.

"Apa yang awak cakap ni Mei... Awak tau tak yang budak ni dah rosakkan anak kita..." Tingkah Encik Ngan. Lurus jarinya mengarah ke Hayrren.

"Saya tahu dia bersalah... Tapi dia dah insaf... Dia dah menyesal apa yang dia dah buat dulu..."

"Argh... Jangan awak nak masuk campur dalam hal ni... Biar saya ajar dia cukup - cukup..." Encik Ngan masih lagi dengan amarah nya. Parang sekali lagi mahu diayun ke arah Hayrren tapi sepantas itu juga Puan Mei menjerit lagi. Puan Fari dari tadi masih tidak berganjak dari sisi anaknya.

" Saya cakap cukup abang... Cukup... Semua benda ni terjadi disebabkan keangkuhan abang... Keangkuhan kita berdua..."

Terhenti perlakuan Encik Ngan bila mendengar ayat di ucapkan oleh isterinya tadi.

"Apa maksud awak Mei?"

"Berhenti salahkan orang lain... Abang perhatikan kesalahan abang sendiri... Abang tahu tak benda ni melarat sampai bertahun - tahun sebab apa... Sebab sikap abang yang terlalu pentingkan diri... Ego... Angkuh... Itu yang sebetulnya..." Luah Puan Mei.

"Ya... Kita tahu... Herry bersalah dalam hal ni... Tapi sekarang... Dia datang sini... Depan kita... Minta maaf atas apa yang dia dah buat dekat keluarga kita... Sedarlah abang... Dia dah insaf..."
Tangis Puan Mei.

Terdiam Encik Ngan mendengar luahan isterinya. Parang perlahan - lahan diturun dan...

Kedengang!!!

Parang itu jatuh dari genggaman tangannya. Lelaki pertengahan umur itu hampir rebah tetapi pantas di sambut oleh Fay dan Hayrren.

" Ya Tuhan... Apa yang aku dah buat ni... Aku hampir bunuh anak saudara aku sendiri..." Tiba - tiba Encik Ngan merintih.

Kata - kata yang diucapkan oleh isterinya tadi menusuk terus ke dalam hati. Pedih yang dirasakan!

Dia memandang wajah isterinya dengan pandangan sayu.

"Maafkan abang Mei... Maafkan abang... Kerana selama ni tak ambil peduli tentang perasaan Mei... Kerana sikap abang... Kita hilang anak - anak kita... Maafkan abang... Maafkan abang..." Suara Encik Ngan makin lama makin mengecil dan pandangannya makin kelam. Dan akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri dalam dakapan kedua - dua anak saudaranya.

" Bah Ngan!!! "

" Abang!!!"

Keempat - empatnya menjerit panik serentak.

" ABAH!!! "Jerit Luna.

Dia bingkas bangun dari tidur nya. Dadanya turun naik menahan nafasnya yang laju. Dahi dan belakang bajunya basah dengan peluh.

" Kenapa ni Luna? " Terjengul wajah Yanie di balik pintu bilik Luna. Dia bergegas menghampiri katil adik iparnya. Ternyata jeritan Luna tadi telah mengejutkan dirinya yang sedang menonton televisyen di tingkat bawah.

Bahu adik iparnya itu diusap perlahan.

"Takde apa Kak... Luna mimpi aje tadi..." Dalih Luna. Wajah kerisauan kakak ipar nya di pandang bersama senyuman segaris. Yelah... Mana tak risaunya. Tiba - tiba aje jerit! Ingatkan apalah tadi!

"Hmmm... Ingatkan apa tadi... Dah bangun... Hari dah petang ni... Pergi mandi... Biar segar sikit badan tu..." Arah Kak Yanie. Paha Luna ditepuk perlahan. Dia kemudian bangun dari sisi katil Luna dan menuju ke arah pintu bilik.

Luna mengangguk faham.

"Lepas mandi dan bersiap... Turun bawah... Akak ada buat kuih sikit dengan teh o untuk minum petang..." Sebelum beredar, sempat lagi dia bersuara.

Luna hanya membuat tanda ok sebelum kelibat kakak iparnya hilang di balik pintu.

Dia termenung sejenak sambil bersila di atas katil. Hatinya kembali tidak enak bila tiba - tiba bermimpi perihal abahnya.

" Abah baik - baik aje ke..." Bisik dia sendirian. Dia menggaru kepalanya tidak gatal. Habis serabai rambut dia jadinya. Dah gaya mak lampir dah rambut dia!

"Harap abah baik - baik aje..." Doanya di dalam hati.

Argh! Baik dia pergi mandi sebelum kena perhambat dengan kakak iparnya nanti.

Tuala dipenyidai di capai lalu bergegas masuk ke dalam bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience