BAB 12

Action Completed 75672

OCHEY BERDIRI di balkoni biliknya sambil merenung kepekatan malam. Matanya merenung kepekatan malam, tetapi fikirannya masih menerawang mengimbas pertemuannya dengan Hayrren lewat petang tadi.

Beberapa jam yang lalu...

Berubah tegang wajah Ochey melihat orang yang muncul di restoran isterinya. Jadi ini yang dimaksudkan oleh Yanie masa menelefon dirinya tadi.

"Abang Ochey..." Sapa Hayrren bersama salam di hulurkan ke arah lelaki itu. Tetapi huluran itu langsung tak di sambut oleh Ochey. Hanya wajah tegang sahaja di pamerkan.

"Ada apa tiba - tiba kau muncul balik depan aku ni..." Soal Ochey dengan wajah yang serius. Langsung tiada senyuman.

"Saya datang sini sebab nak cakap sesuatu dengan abang Ochey..." Hayrren berusaha bersuara lembut untuk mengurangkan suasana tegang antara mereka.

"Kau nak cakap apa lagi Herry... Kau nak cakap yang kau dah insaf atas apa yang kau dah buat dekat adik dulu... Gitu..." Perli Ochey. Wajah Hayrren di pandang dengan riak benci.

"Kau tak payah nak terhegeh - hegeh datang sini... Nak minta maaf bagai... Nak minta ampun... Kalau kau betul - betul insaf... Kenapa kau tak datang dari dulu lagi... Kenapa baru sekarang kau muncul..." Hentam Ochey lagi. Fuh! Betul - betul berapi ayat Ochey ini.

Hayrren hanya mendiamkan diri sahaja bila dihentam bertalu - talu oleh abang Luna itu.

" Sebelum aku hilang sabar dekat sini... Baik kau blah dari sini... Aku tak nak lagi tengok muka kau dekat sini... Keluar..." Halau Ochey dengan suara yang agak kuat. Tanpa sedar, suaranya telah menarik perhatian beberapa orang pelanggan yang menjamu selera di restoran tersebut.

" Awak... Please kawal nada suara tu... Nanti orang dengar... " Yanie cepat - cepat meredakan kemarahan suaminya. Dia berpaling menghadap Hayrren pula.

"Hayrren... Akak tak tau apa dah jadi dekat kamu semua... Tapi please... Hayrren tolong pergi dari sini... Akak tak nak jadi perkara yang tak diingini pula nanti..." Lembut sekali Yanie berkata. Dia sedaya upaya untuk tidak menjadi seperti suaminya yang sukar mengawal kemarahan.

" Baik lah... Saya akan pergi dari sini... Tapi Ochey kena tahu sesuatu... Saya takkan berhenti datang sini sehingga abang Ochey maafkan kesilapan saya... Saya pergi dulu..." Usai berkata, Hayrren terus pergi meninggalkan restoran itu.

"Awak... Air..." Lamunan Ochey terhenti bila Yanie menghulurkan secawan air nescafe ke arahnya.

"Thanks sayang..." Air nescafe disambut bersama senyuman manis. Air dihirup perlahan. Lega bila air buatan tangan isterinya melepasi tekak.

"Awak..." Panggil Yanie.

"Hmm..."

"Tu ke Herry yang awak maksudkan dulu..." Tanya Yanie tiba - tiba. Terhenti senyuman manisnya diganti pula dengan riak serius.

"Kenapa tiba -tiba awak tanya ni?" Soal Ochey kurang senang. Matanya sudah memandang tajam ke arah isterinya.

"Awak tak rasa ke yang dia datang kali ni... Datang dengan rasa kesal... Dengan rasa bersalah..."

"So..." Kerek saja Ochey menyoal.

"Hish... Awak ni... Saya serius lah..." Bibirnya sudah di cebik.

"Ok... Ok... Saya serius... Jadi apa pointnya..."

"Awak tak rasa ke yang dia dah betul - betul dah insaf..."

Mendengus Ochey mendengar ayat isterinya.

"Saya tak rasa dia dah insaf..."

"Sayang... Look... Dah 8 tahun kot... Takkan dia masih dengan perangai lama dia lagi... Cuba awak fikir bab tu..." Usul Yanie lagi.

"Awak sendiri yang cakap... Dia pernah masuk pusat pemulihan... Lepas dia keluar dari pusat pemulihan... Awak langsung tak dengar khabar berita pasal diakan... Awak tak terfikir ke yang waktu tu... Mungkin dia munasabah kan diri dia..." Panjang lebar Yanie berkata.

Terdiam Ochey mendengar kata - kata isterinya. Sejenak dia berfikir.

"Kita tak tau apa yang telah terjadi dekat dia dalam masa 8 tahun tu... Kita tak tahu apa yang dia hadap... Jadi awak... Cuba buka hati awak untuk dengar permohonan maaf dari dia... Boleh ya sayang..." Pujuk Yanie. Berharap pujukannya itu berhasil.

Setelah berkali - kali berfikir, barulah Ochey bersuara.

" Yelah... Saya cuba... "

Tersungging senyuman manis di bibir Yanie bila saat mendengar jawapan suaminya.

Akhirnya pujukannya berhasil.

RIUH RENDAH SUARA para pelajar bila waktu pembelajaran sudah berakhir. Sekarang Luna menjadi mahasiswi tahun akhir di salah sebuah universiti tempatan.

Dia skip subjek yang diambil untuk masa dua tahun kerana masalah kesihatan yang dialami ketika itu. Orang lain dah graduate, dah dapat kerja... Dia pula masih berada di tahun akhir. Alah... Itu semua tak penting... Yang penting sekarang... Dia dah sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi... Umur bukan penghalang...

Kakinya melangkah keluar dari kawasan universiti dan terus dibawa menuju ke perhentian bas yang berdekatan.

Biasanya dia mengambil teksi untuk pulang ke rumah sewanya yang disewa bersama July dan Nini yang merupakan staff restoran milik Yanie. Tapi hari ni, dia mendapat panggilan dari Yanie yang beria mahu mengambilnya dari Uni. Dia menurut sahaja walaupun hati terasa aneh.

Bukan tak biasa Yanie atau Ochey jemput dia dekat Uni, tapi hari ni entahlah... Hatinya rasa lain macam...

Sebuah kereta warna biru yang sangat dikenali berhenti di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan kereta Yanie, kakak iparnya.

Cermin tingkap kereta diturunkan. Terpacul wajah Yanie balik cermin tingkap.

"Luna... Jom masuk..." Panggil Yanie.

Luna hanya mengangguk lalu meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta Yanie.

Setelah tali pinggang keledar di pakai, barulah kereta yang dipandu Yanie bergerak meninggalkan perhentian bas.

Banyak yang di bualkan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Sesekali Luna mengekek mendengar cerita Yanie. Adakalanya Yanie pula mengekek dengar cerita Luna... Perempuan... Biasalah...

Perbualan mereka terhenti bila kereta Yanie sudah memasuki perkarangan rumah sederhana besar milik Ochey dan Yanie sendiri.

Mata Luna tertancap pada sepasang kasut but seperti kasut tentera terletak elok di hadapan pintu rumah.

"Kasut siapa ni akak? Ada kawan abang datang rumah ke?" Bertalu - talu Luna menyoal. Dahi Luna sudah berkerut pelik. Kawan abang ke? Tapi takkan kawan abang ada kasut but macam ni?

"Nanti Luna tahu jugak... Jom masuk rumah dulu..." Yanie enggan menjawab soalan Luna. Tangan adik iparnya ditarik memasuki rumah. Luna hanya menurut sahaja.

Terlihat susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk membelakangi mereka berdua ketika mereka sampai di ruang tamu.

Pada masa itu juga, Ochey keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi jus oren dan beberapa biji gelas.

"Dah balik pun adik abang..." Ujarnya dengan nada ceria walaupun jantungnya berdegup laju bila melihat panahan mata adiknya langsung tak beralih dari menatap belakang lelaki di hadapannya.

Luna langsung tak menjawab sapaan abangnya. Matanya masih fokus pada belakang lelaki ini. Dia seperti kenal figura lelaki ini. Jantungnya mula berdegup tidak sekata. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

Jangan - jangan dia...

"Kau buat apa datang sini?" Keras Luna bersuara. Dadanya sudah turun naik menahan marah.

"Luna..."

Tak jadi Yanie mahu bersuara bila Luna sudah menghalang tindakannya.

Lelaki itu masih lagi membatu di tempat duduknya.

"Aku tanya kau ni... Kau buat apa datang sini..." Suara Luna sudah mula bersuara kuat. Ochey pula sudah mula mendekati adiknya.

Bila ditanya untuk kali kedua, barulah lelaki itu bangun dan memalingkan tubuhnya ke belakang.

Hayrren??

Dia dah agak... Gerak hatinya langsung tak tersasar.

" Kau buat apa datang balik dalam hidup aku..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience