DENGAN KEIZINAN SEMUA, semua ahli keluarga Luna termasuk ahli keluarga Hayrren yang berada di kampung akan dipindahkan ke rumah perlindungan di bandar.
Bukan itu sahaja, semua penduduk kampung yang berada di situ dengan bantuan penghulu kampung akan dipindahkan ke tempat selamat buat sementara waktu. Dan keadaan kampung sekarang kelihatan amat sunyi dan sepi.
Ini kerana, Satish sebagai pakar IT dalam kumpulan mereka telah menjumpai tempat persembunyian Cu dengan konco - konconya. Tersenyum sinis mereka semua bila Satish menjumpai kawasan itu tanpa adanya halangan.
"Mak pergi dulu... Luna jaga diri baik - baik..." Ujar Puan Mei ketika mereka berada di ruang tamu. Hayrren dan EL masih sibuk meletakkan beg dan barang keperluan Puan Mei masuk ke dalam bonet kereta 4 ×4 milik Fay.
Ya... Sekarang Puan Mei, Puan Fari, Fay akan bertolak ke tempat perlindungan dengan ditemani oleh Khai.
"Mak pun sama... Jaga diri dekat sana..." Ujar Luna bersama wajah yang sudah mahu menangis. Sepatutnya dia harus ikut mereka semua ke tempat tersebut. Tetapi separuh hatinya meningkah. Separuh hatinya menuntut dia tinggal di sini untuk bersama Hayrren.
"Luna..." Sapaan lembut dari ibunya menyentak lamunan Luna.
"Mak gembira bila Luna mahu tinggal di sini bersama Herry... Tapi satu benda Luna kena ingat... Apa - apa yang Luna buat... Jangan pernah membelakangi suami..." Puan Mei bersuara lembut. Dia tahu apa yang terjadi pada hidup anak dan menantunya ini. Seboleh nya dia tidak mahu mencampuri urusan Luna dan Hayrren. Mereka dah besar panjang. Tapi tidak salahkan kalau dia sebagai ibu menasihati anak perempuannya ini. Menasihati sebelum keadaan menjadi lebih parah.
"Benda yang pernah Herry lakukan dekat Luna dulu... Dia dah terima balasannya... Dia dah insaf... Dan Luna kena ingat... Hujan pada waktu malam itu tak semestinya akan terjadi sesuatu buruk yang akan berlaku... Tapi lihatlah pada sudut lain... Hujan pada waktu malam juga adalah rahmat dari Tuhan... Kerana... Mengalirnya air hujan... Tidak kira waktu siang atau malam... Ia seperti mengalir nya dosa silam yang pernah kita lakukan... Luna faham kan maksud mak..." Sungguh dalam makna yang cuba disampaikan oleh Puan Mei ini.
Luna mengangguk faham. Dia faham akan maksud ibunya.
" Baiklah... Mak kena gerak dulu... Diorang dah tunggu dekat bawah tu... Jangan lupa... Ingat apa yang mak pesan tadi... "
Luna mengangguk faham. Langkahnya seiring dengan ibunya menuju ke anak tangga. Kelihatan Puan Fari, Fay dan Khai sudah menunggu di bawah.
" Luna... " Puan Fari mendekati menantunya. Pantas tubuh itu dipeluk erat.
" Luna jaga diri tau... Kalau Herry ada cuba sakitkan Luna... Luna bagitau aje mama... Tahulah mama ajar dia nanti..."
Tergelak halus Luna mendengar bicara mama mentuanya.
"Amboi ma... Herry tahu lah jaga menantu kesayangan mama ni... Kalau dia tak sayangkan anak mama ni... Takde nya dia nak stay sini dengan Herry..." Berdentum Hayrren mengeluarkan peluru berpandunya.
Tergelak semua mendengar ayat Hayrren itu! Kecuali Luna! Merah padam wajah dia bila di kenakan sebegitu oleh Hayrren! Tak cover langsung!
" Okaylah... Kitorang gerak dulu... " Khai bersuara. Dia sudah pun berada di tempat pemandu. Fay menyuruh nya untuk memandu dulu. Kalau letih, barulah giliran Fay mengambil alih.
"Jaga diri tau..." Puan Mei untuk sekian kalinya sebelum dia dan Puan Fari meloloskan diri masuk ke dalam kenderaan 4 × 4 itu.
Luna mengangguk tanda mengerti.
"Kamu jaga Luna elok - elok tau Herry..." Tak sudah - sudah Puan Fari memberi nasihat berserta sedikit ugutan. Padahal dah masuk dalam kereta dah pun.
"Ya... Herry tahu..." Hayrren bersuara setenang mungkin padahal telinganya naik bernanah mendengar bebelan mamanya yang tak sudah dari tadi.
Mereka bertiga melambai ke arah kenderaan yang dipandu Khai keluar dari perkarangan rumah orang tua Luna. Kenderaan itu dilihat semakin menjauh. Dan akhirnya hilang dari pandangan.
Oh ya... Lupa nak bagitau... Zam dan Bah Ngan sudah pun di bawa ke tempat perlindungan dengan menaiki ambulans ditemani Satish. Zam sudah dikecualikan dalam operasi ini kerana kecederaan ynag dialami. Jadi tinggal Hong menemani Imah yang sudah sedar dari pengsan.
Agaknya mesti si Apek Cina mengamuk bila dia disuruh temani Imah. Berbuku - buku agaknya kemarahan nya pada EL sekarang!
"Awak nak pergi mana?" Soal Luna bila dilihat Hayrren dan EL melangkah ke tempat lain dan bukannya menuju ke rumah.
"Saya dengan EL nak pergi sana kejap... Awak masuk lah dulu..." Dingin Hayrren menjawab.
"Jangan lupa... Kemas semua pakaian awak... Kita nak gerak ke tempat saya nanti..." Ujar Hayrren sebelum melangkah menuju ke arah yang disebutkan oleh EL tadi. Hilang sudah perkataan abang - Luna dan digantikan pula awak - saya.
Tersentak hati Luna saat mendengar cara panggilan Hayrren pada dirinya sudah berubah. Malah jawapan yang diterima itu sungguh dingin sekali. Terasa hilang sifat penyayang yang ada dalam diri Hayrren sekarang.
Dia mengamati belakang tubuh tinggi Hayrren dihadapan.
Kata - katanya pada Hayrren tempoh hari terngiang - ngiang di telinganya. Rasa bersalah mula mengulit hati. Dia tahu, Hayrren masih terasa hati dengan kata - katanya itu. Tapi ketajaman lidahnya sukar dikawal dan kata - kata itu terus terkeluar dari mulut nya tanpa memikirkan perasaan Hayrren yang tersinggung.
'Baru sekarang kau nak rasa bersalah Luna... Tak payah... Apa pergorbanan Hayrren pada kau selama ni kau pandang sebelah mata aje... Sikit pun tak terjentik dalam hati kau... Kau masih sibuk dengan dendam kau yang tak berpenghujung itu... Sampai bila kau nak hidup dalam dendam kau tu Luna... Orang yang kau dendam itu dah menyesal apa yang dia dah buat dekat kau dulu... Sehingga sanggup mahu menggadaikan nyawanya untuk kau... Demi kau... Cuba kau bukak hati kau tu untuk terima dia seikhlas hati... ' Akal waras Luna mula bersuara.
Terdiam Luna bila akal membidas otaknya.
Apa yang aku dah buat ni Ya Tuhan... Aku telah melukai hati seseorang yang sanggup menggadaikan keselamatan dan nyawanya demi aku...
Luna meruap mukanya.
Rasa bersalah mencengkam hatinya...
Hmm... Baru kau tahu penangan Hayrren Luna...
Share this novel