MENANGIS - NANGIS Imah bila rahsia nya sudah terbongkar di hadapan Luna. Pada mulanya dia terlalu marah pada Imah kerana sanggup mahu mempergunakan dia atas tiket persahabatan yang mereka jalin.
Tapi sekarang, marahnya sudah semakin suruh bila mendengar kisah benar di sebalik apa yang dilakukan oleh Imah ini.
Hong yang melihat terus menguap lebar. Ada sedikit rasa bosan di situ. Perempuan! Sikit - sikit menangis! Sikit - sikit menangis!
Dia terus berlalu dari situ dan terus menuju ke dapur. Buat secawan kopi 3 in 1 lagi bagus dari dok menghadap drama swasta! Amboi Hong! Mentang - mentanglah takde awek! Sibuk dok kritik awek orang! Eh ada awek orang ke dekat sini?
Luna tak payah cerita lah... Dah jadi bini orang pun... Yang peliknya si Imah... Awek siapa pulak? Ke awek...?
Lamunan Hong terhenti bila kelibat EL muncul di dapur. Baru nampak muka. Dari tadi. Langsung tak nampak muka si EL ni... Pergi mana mamat ni? Hilang sekejap... Pastu muncul balik... Dah rupanya chipsmore dah...
"Kau apsal pandang aku gitu gaya..." Soal EL sambil mengeluarkan dua buah muk dari kabinet. Satu untuk nya dan satu lagi Hayrren!
Kopi 3 in 1 dicapai dua bungkus lalu dimasukkan ke dalam muk. Air di cerek eletrik dipetik. Matanya masih memandang wajah Hong yang masih lagi memandang wajahnya dari tadi.
"Kau dah kenapa Apek pandang aku macam tu... Apa muka aku ni macam muka Hantu Kak Limah ke?"
Dah kenapa si Hong ni pandang aku macam nak ditelan aje?
"Kau dengan Imah ada affair ke?" Tiba - tiba si Apek Cina membuka soalan maut.
Hampir tersedak air liur sendiri bila mendengar soalan berani mati si Apek Cina ini.
"Kau ni Apek... Dah lama tak makan penumbuk aku gamaknya..." Penumbuk di tayang di hadapan Hong.
"Alah kau ni... Aku tanya aje pun... Kalau ada pun... Apa salahnya..." Giat si Apek Cina.
"Kau cakap ada kerja yang kau nak buat tadi kan... Jadi... Baik kau blah dari sini Apek... Sebelum muk ni melayang kat kepala kau..."
Pantas Hong melarikan diri dari dapur bila di lihat tangan EL sudah bersedia mahu melayang kan muk ke arahnya.
"Alah... Sempat lagi kau nak try dia..." Giat Hong sebelum pantas menghilang kan diri bersama ketawa galaknya.
Menggeleng kepala EL dengan tingkah nakal rakannya itu. Sesuka hati nak kenenkan orang!
Bengong punya Hong!
BEG PAKAIAN SUDAH disumbat ke dalam bonet kereta. Kali ini mereka menggunakan kenderaan milik Hayrren pula. 4x4 jugak!
Khai dan Satish sudah sampai di sini sejak awal pagi tadi setelah urusan mereka di sana selesai. Takkan nak tinggalkan Hong sorang - sorang dekat sini. Mahu mengamuk member tu nanti!
"Takde apa lagi yang tinggal..." Soal EL setelah menyelesaikan tugasnya. Imah dan Luna menggeleng serentak. Mata Luna masih lagi menatap wajah Hayrren yang langsung tidak mahu berkalih melihat dirinya.
"Kalau takde apa lagi... Kita gerak sekarang..." Ujar EL. Keadaan semakin tidak terkawal. Lebih - lebih musuh mempunyai senjata api. Semalam, satu kampung diamuk oleh mereka. Menerjah masuk rumah orang sesuka hati. Menembak sana... Menembak sini...
Mujur juga mereka semua bertindak cepat memindahkan penduduk kampung ke kawasan yang lebih selamat. Sekarang penduduk kampung di jaga rapi dengan bantuan polis setempat.
Sekarang giliran Luna dan Imah akan di bawa ke tempat selamat. Mereka tahu konco - konco Cu sedaya upaya untuk menceroboh tempat mereka ini gara - gara adanya kedua - dua wanita ini.
"Bro... Korang pergi hati - hati tau..." Ujar Satish. Entah mengapa, hatinya kurang enak melihat dua rakannya bersama dua wanita ini mahu pergi seawal pagi begini. Sesuatu yang tidak enak berlegar di hatinya saat ini.
"Yelah... Kitorang tahu... Jangan risaulah... Kitorang akan jaga diri..." Pantas Hayrren bersuara. Memberi tanda okay bagi menghapus rasa resah di hati rakan - rakannya.
Kesemua mereka berempat meloloskan diri masuk ke dalam kenderaan milik Hayrren.
"Kitorang gerak dulu..." Ujar EL bertindak sebagai pemandu.
EL memberi tanda tumbs up kepada rakan - rakannya sebelum kenderaan yang dipandu nya keluar dari perkarangan homestay itu.
Suasana di dalam kereta terasa hening sekali walaupun suara dj radio rancak berbual. Luna dari tadi tak sudah - sudah memandang belakang suaminya. Hayrren perasan dengan tingkah isterinya tetapi dia buat endah tak endah sahaja.
Ketika melalui satu jalan, tiba - tiba kenderaan yang mereka naiki di serang dari kedua - dua arah. Terhuyung - hayang EL mengawal stereng kereta. Jeritan Imah dan Luna nyaring kedengaran. Lebih nyaring bila peluru tidak bermata bertubi - tubi menyerang kenderaan mereka.
Hayrren membantu EL mengawal kenderaan tetapi tidak berjaya bila tayar kenderaan ditembak. Kenderaan mereka terbabas lalu keempat - empat tayar kenderaan yang mereka naiki sudah ke atas sebelum betul - betul berhenti di tengah jalan.
EL sudah tidak sedarkan diri. Imah dan Luna juga. Wajah masing - masing sudah dilumuri darah. Hanya dia sahaja yang sedar saat ini. Dia memegang kepala sambil mengerang kesakitan. Tali pinggang keledar di buka. Dia merangkak keluar dari kenderaan. Tubuh kaku Luna di hampiri.
"Luna..." Terketar - ketar dia menyeru nama kesayangannya. Wajah yang tidak sedarkan diri itu dipandang lagi.
Dia ingin menyeru lagi tetapi tidak sempat bila belakang kepalanya dihentak kuat dengan sesuatu menyebabkan dia jatuh terduduk ke atas tanah. Belakang kepala di rasa. Darah memenuhi tangannya. Pandangan nya kabur dan akhirnya dia jatuh terjelepok di atas tanah.
Dia pengsan!!
Mendebarkan
Share this novel