HUJAN TURUN dengan lebat sekali. Hayrren merenung keluar jendela. Bila turunnya hujan, tragedi yang berlaku pada 9 tahun lalu masih terpahat di dalam memorinya.
"Sampai bila kau nak dera perasaan dia lagi..." Tegur satu suara dari belakang menyentak lamunan Hayrren. Hayrren berdehem dan membetulkan posisi berdirinya. Dia tidak berpaling ke belakang. Matanya masih lagi memandang keluar jendela. Membiarkan EL, si penegur tadi mendekati dirinya.
"Herry... Sampai bila nak dera perasaan dia lagi..." EL masih lagi dengan soalan yang masih sama. Wajah selamba Hayrren di pandang tajam.
Sejak setahun lalu, Hayrren menyembunyikan dirinya di rumah peninggalan orang tua EL. EL mewarisi rumah ini setelah kematian kedua - dua ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya ketika dia dalam tahanan pusat pemulihan. Hanya Tuan Lukaman sahaja yang tahu keberadaannya kini.
Patutlah cari tak jumpa. Rupanya menyorok dekat rumah EL rupanya.
"Biarlah begitu dulu..." Dingin sahaja Hayrren membalas. Matanya masih lagi merenung keluar. Merenung air hujan yang sesekali tempias mengenai cermin jendela.
"Kau nak biarkan macam mana lagi Herry... Kau tak kesian kan ke tengok dia cari kau macam orang gila... Temenung sana... Temenung sini... Ingatkan kau..." EL bersuara lagi. Nafasnya dihembus kasar.
"Biarlah... Biarlah dia rasa apa yang pernah aku rasa selama ni..."
Fuh! Dah berasap telinga dia mendengar ayat di Herry ni!
"Eh Herry... Cuma kau bukak sikit mata kau tu... Bukak sikit hati kau tu..." Dada Hayrren di tujal kuat.
"Kau tak kesian ke dekat Luna hah... Menunggu kau setiap hari... Berharap kau muncul depan dia... Balas cinta dia... Kau tak fikir ke semua tu..." Ujar EL.
Dia sudah mula panas ni! Rasa nak aje penumbuk dia ni melekat dekat muka Hayrren. Geram pulak rasanya!
Hayrren hanya buat muka toya sahaja walaupun hatinya terbersit dengan ayat EL tadi. Bukan EL sahaja melihat kesungguhan Luna mencari dirinya, dia sendiri pun tersentuh melihatnya.
Tapi entahlah...
Hatinya tak kuat untuk menemui Luna sekarang.
Melihat Hayrren mendiamkan diri, tahulah dia bahawa lelaki ini masih lagi dengan egonya.
"Kalau kau rasa nak bersama dengan dia hingga akhir hayat... Cintai dia sepenuh hati... Sayangi dia... Kau jumpalah dia... Kalau kau masih lagi dengan ego kau yang bodoh ni... Lebih baik kau lepaskan dia dari menyeksa kan dia menunggu kau macam ni..." Usai berkata, dia terus berlalu dari situ.
Tak kuasa dia mahu menasihati sahabatnya ini. Ego tak bertempat!
Tersentak Hayrren mendengar ayat terakhir EL itu.
Lepaskan dia? Lepaskan Luna?
Bersediakah dia mahu melepaskan wanita itu? Bersediakah dia?
Apa?? Herry nak ceraikan Luna... Oh no!
Share this novel