BAB 21 Part 1

Action Completed 75672

MEMAAFKAN HAYRREN??

Entahlah...

Dia pun tak tahu...

Luna??

Hati gadis itu masih lagi membeku dan masih lagi dibelenggu kisah silam... Bukan kisah yang biasa... Tapi kisah yang merubah dirinya 360 darjah...

Walaupun banyak kebaikan yang di buat oleh lelaki itu untuk keluarganya, hatinya masih lagi sukar untuk memaafkan perbuatan Hayrren yang telah mencemarkan maruahnya 8 tahun dulu...

MATI SENYUMAN Luna bila melihat kemunculan Hayrren di rumah orang tuanya. Bukan dia seorang yang datang. Ada seorang lelaki bertubuh tegap turut terpacak di belakangnya. Mungkin kawan Hayrren agaknya.

"Siapa yang datang tu adik..." Soal Puan Mei yang baru muncul dari bilik.

"Oo... Herry rupanya yang datang.." Tersenyum nipis Puan Mei melihat kelibat Hayrren berdiri di anak tangga.

"Ni siapa?" Soal Puan Mei bila perasan akan seorang anak muda berdiri di belakang Hayrren.

"Saya Edward Lay... Kawan Herry... Panggil EL aje..." Tangan wanita itu di salam dengan penuh sopan.

Luna yang melihat sudah menjulingkan bola matanya ke atas. Menyampah dengan aksi terlebih sopan Hayrren dengan sahabatnya itu.

"Eh... Buat apa berdiri dekat luar tu... Meh masuk..." Pelawa Puan Mei.

Melebar sengihan Hayrren bila di ajak masuk ke dalam rumah. Tetapi tidak pula pada Luna. Hatinya yang sedia membengkak tadi bertambah bengkak bila Puan Mei menyuruh dirinya membuat minuman. Dengan langkah terpaksa bersamaan muka ketat, dia berlalu juga ke dapur.

Dia membebel sendirian di dapur.

Hish... Menyibuk betullah anak iblis ni datang rumah orang! Siap bawak kawan lagi tu! Menyebalkan hati sungguh!

Kalau tak kerana Si EL tu datang sama, dah lama dia halau si Herry tu balik! Yang paling menghairankan, mak boleh pulak terlebih baik dengan si mamat muka tongkang pecah tu! Sakitnya hati!

Air kopi O di bancuh dengan kasar sekali sampaikam tersembur air kopi yang dikacau di sekeliling meja.

"Hish... Tak baik tau bancuh air kopi tu macam tu..." Tegur Yanie dari belakang menyebabkan Luna menghentikan tingkahnya.

"Eh kak..." Ujar Luna bersama sengih gugup. Bila masa si Yanie ni berdiri di belakang dia tadi?

"Dah lama akak berdiri belakang Luna tadi..." Tanya Luna.

"Lama tu tak lah... Tapi telinga akak ni naik pekak bila adik bancuh air macam tu..." Perli Yanie sambil membetulkan Ayyan dalam kendongannya. Rambut Ayyan kelihatan basah. Mungkin Kak Yanie baru lepas mandikan Ayyan agaknya. Luna hanya pamer sengih sahaja.

"Adik buat air untuk siapa... Abang Ochey dengan abah dah balik ke?" Soal Yanie bila melihat Luna sibuk di dapur. Rasanya suami dengan bapa mentuanya tadi ada beritahu tadi yang mereka mungkin akan balik lewat sedikit kerana ad urusan di luar kota.

Mendengus Luna bila mendengar soalan kakak iparnya.

" Ada dua orang mamat muka tongkang pecah dekat ruang tamu tu..." Aduh Luna! Mulut langsung takde insurans langsung!

"Hish kamu ni dik... Ada ke gelar orang macam tu... Tak baiklah..." Tegur Yanie kurang senang walaupun dalam hati tertanya jugak siapa gerangan yang datang rumah mentua nya awal pagi begini.

Luna hanya tersengih sahaja. Langsung tak ambik pusing teguran kakak iparnya.

" Luna nak hantar air ni ke ruang tamu dulu... Karang mak bising pulak air tak sampai lagi..." Ujar Luna lalu terus menatang dulang berisi air kopi dan beberapa biji gelas menaiki tangga menuju ke ruang tamu.

Menggeleng kepala Yanie dengan gelagat adik iparnya itu.

Tapi siapa pulak yang datang rumah pagi - pagi
macam ni?

YANIE MEMANDANG ke arah kenderaan Hayrren yang sudah menjauh pergi dari halaman rumah mentuanya.

Yanie tersenyum nipis.

Ooo... Ini sebabnya yang membuatkan Luna menggelar macam - macam tadi. Ada Herry datang rupanya!

Luna... Luna... Kau gelar anak orang macam muka tongkang pecah... Aduhai... Kelakar sungguh lah adik iparnya yang sorang ni!

Dia mencari kelibat adik iparnya tetapi tiada. Ada dalam bilik lah tu... Dah gelar orang macam - macam.... Boleh pulak dia blah macam tu aje... Tinggalkan dia dengan Puan Mei terkulat - kulat melayan tetamu... Tetamu pula dah macam tak selesa bila di buat begitu...

Bagi Luna... Kalau tetamu tu EL sorang aje... Dia tak kisah... Boleh berkompromi lagi... Tapi bila ada Herry sekali... Rasa macam... Tak tahulah nak cakap macam mana... Tak tahu nak gambar kan perasaan tu macam mana...

Bagi Yanie... Dia pun faham... Kalaulah dia berada dekat tempat Luna pun... Dia akan buat benda yang sama...

Tapi tulah... Macam yang diberitahu sebelum ni... Dia yang hadap... Dia yang lalui... Kita cuma hanya bagi sokongan dan dorongan sahaja...

Apa - apa pun... Harap Luna terbuka hati untuk maafkan Hayrren suatu hari nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience