BAB 6

Action Completed 75672

TERSENYUM LEBAR LUNA bila peperiksaan SPM yang diduduki hari ini sudah berakhir.

"Yeah... Exam dah habis..." Jerit Imah atau nama sebenarnya Naimah keriangan. Luna hanya menggeleng kepala sahaja melihat gelagat rakannya itu.

"Lepas ni kita pergi shopping nak tak?" Ajak Imah beria.

Ketika ini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Tengok dululah... Aku kena bagitau mak dengan abah aku dulu..."

"Alah... Payah betullah nak ajak anak emak ni..." Perli Imah selamba.

Terus satu cubitan hinggap di pinggang gadis kepoh ini.

"Aduh... Sakit lah... Apa main - main cubit ni?" Rungut Imah sambil menggosok bekas cubitan tadi.

"Tau pun sakit... Mulut tu cover sikit lain kali..."

"Okay... Sorry beb..." Sengih Imah tayang gigi. Itu saja modal Imah bila rasa bersalah. Dasar kanak - kanak ribena!

Sedang mereka berjalan, tiba - tiba dua buah motosikal memecut laju di tepi mereka dan terus memasuki sebuah simpang.

Luna mengamati kedua - dua manusia yang menunggang motosikal itu.

Hayrren dengan Calisu?

Apa yang diorang buat dekat situ?

Oh ya... Cu atau nama sebenarnya Calisu adalah pemuda yang sering menimbulkan masalah di kampung mereka ini. Cu dah berhenti sekolah sejak dari tingkatan 3 lagi. Maklumlah... Asal dari keluarga berantakan...

Ada satu lagi perihal tentang Cu yang dia tak berkenan. Cu adalah seorang penagih dadah. Dan juga kaki mabuk. Semua benda yang terlarang dia bantai.

"Kau tengok apa tu Luna? Khusyuk aje aku tengok..." Tanya Imah bila melihat mata Luna tunak memandang ke arah satu simpang yang agak semak di kiri dan kanan.

Apa yang minah ni khusyuk sangat pandang? Apa yang menarik sangat simpang jalan tu? Semak samun lagi adalah...

Hish... Luna ni buat suspen ajelah... Takkanlah dia ada deria keenam kot...

Mata Imah sudah meliar memandang ke kiri dan kanan... Bulu roma nya dah meremang...

"Weh... Jomlah balik... Aku rasa tak sedap tak hati lah..." Tanpa menunggu jawapan dari Luna, lengan rakannya itu terus di tarik meninggalkan tempat tersebut. Luna hanya mengekori sahaja. Fikirannya masih lagi berada disitu.

Apa yang abang Herry buat dekat situ?

RAKAN - RAKANNYA yang lain sudah terbongkang tidak sedarkan diri. Selebihnya pula meracau entah apa - apa.

Hari itu, mereka semua yang berada disitu meraikan sesuatu yang amat bermakna kerana Cu, telah berjaya mempengaruhi Hayrren untuk melanggar salah satu peraturan yang ditetapkan oleh lelaki itu buat dirinya.

Ya... Hari ini buat pertama kalinya, Hayrren telah menyentuh minuman arak yang selama ini menjadi musuh utamanya. Dia mula menyentuh minuman ini kerana terkesan dengan penceraian babah dan mamanya tempoh hari.

Jadi hari ni, dia mahu melupakan segala - galanya.

"Yeah... Macam tulah member..." Cu berteriak melihat Herry meneguk botol arak untuk kali ketiga. Terbatuk - batuk Hayrren bila air haram itu melepasi tekaknya.

"Relaks bro... Mula - mula memang macam tu... Lama - lama nanti kau akan biasa..." Ujar Cu sambil meneguk botol arak dengan agak rakus. Bahu rakannya yang lalok di peluk erat.

"Lepas ni... Boleh lah kita main perempuan... Woooho..." Jerit Cu gembira.

Jeritan Cu itu disambut oleh rakan - rakannya yang lain.

Hayrren juga ikut berteriak sama. Dia sudah mabuk sepenuhnya. Dalam fikiran separa sedar, dia terbayang figura Luna yang berbaju t - shirt longgar serta berkain batik tempoh hari.

Nafsunya mencanak naik bila teringat akan tubuh menggiur si gadis. Dia mula membayang yang bukan - bukan.

"KESIAN SAYA nak dekat diorang tu bang... Terumbang - ambing..." Luna yang baru hendak keluar dari bilik terhenti bila mendengar bicara ibunya dari ruang tamu.

"Yelah... Abang pun kesian jugak tengok keluarga kakak awak tu... Terumbang ambing sejak Yuzen tinggalkan diorang..." Suara bapanya pula, Encik Ngan mencelah.

"Hmm... Nak buat macam mana bang... Dah jodoh diorang setakat itu aje... Redha ajelah..." Puan Mei mencelah lagi.

Hah? Untie Fari dengan Uncle Yuzen dah bercerai?

"Hmm... Satu lagi yang abang khuatir kan sekarang..."

Luna masih lagi menelinga di sebalik pintu biliknya. Ingin mendengar apa yang di khuatir kan oleh bapanya.

"Apa dia bang..." Tanya Puan Mei.

"Abang tengok budak Herry tu makin hari makin menjadi perangai dia... Merempit sana... Merempit sini... Ada lagi tu... Dah pandai dah lepak dengan Cu, si samseng kampung ni..." Luah Encik Ngan.

"Ada sekali tu abang pernah tegur dia... Dia boleh buat muka toya pulak... Sakit pulak hati kita dibuatnya..." Sambung Encik Ngan lagi.

"Yelah... Saya pun tengok perangai dia pun naik angin juga kekadang... Tambah sekarang... Takde orang dah nak kawal perangai dia... Nak harapkan si Fay tu seorang... Memang tak jadi lah jawabnya... Jenuh budak Fay tu keluar masuk balai polis semata - mata nak jamin adik dia tu... " Adu Puan Mei.

Yelah... Kesian pula dia dengan anak saudara yang seorang tu. Mana nak kerja... Mana tolong jaga rumah lagi... Mana nak ikat jamin si Herry tu pulak...

" Hmmm... Nak buat macam mana... Dah tanggungjawab dia sebagai seorang abang... Kita doakan ajelah moga si Herry tu terbuka hati untuk tengok pergorbanan abangnya..." Putus Encik Ngan sebelum mereka beralih ke topik lain pula.

Luna melangkah semula menuju ke katil. Punggung di labuh di atas tilam.

Kesian pula dia mendengar cerita ibu bapanya tadi.

Patutlah perangai si Hayrren makin menjadi - jadi sejak akhir - akhir ini. Ini yang terjadi rupanya...

Kesian abang Herry dengan abang Fay...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience