BAB 33

Action Completed 75672

HONG MASIH lagi menatap wajah gadis yang terbaring kaku di atas katil dalam penginapan mereka.

Kemudian matanya berkalih pada EL yang sedang enak bersandar di pintu bilik. Hayrren pula tak sudah memandang EL sejak sampai tadi.

"Bila budak ni nak sedar?" Soal Hong.

Wajah pucat Imah dipandang sekilas.

"Kejap lagi sedarlah tu..." Ujar EL selamba. Dia masih lagi bersandar pada alang pintu.

"Kau sedar tak apa yang kau dah buat sekarang?" Wajah Hayyren sudah berubah tegang.

Soal EL membawa Imah ke tempat persembunyian mereka ini dia tidak kisah. Itu yang sebaiknya. Tapi kes konco - konco Cu yang mati dibunuh oleh EL membuatkan dia tidak senang duduk. Pasti Cu akan mengarahkan konco - konconya yang lain untuk mengegar tempat mereka.

"Buat apa?" Sengaja EL pamer muka pura - pura tidak mengerti. Padahal dia tahu apa yang tersirat di kepala otak rakan - rakannya sekarang.

"Kau jangan buat muka bodohlah EL... Tak kelakar tahu tak..." Hampir melengking Hayrren bersuara. Dia sudah bangun dari tempat duduknya.

Sakit hatinya bila EL tidak mengambil pusing apa yang mahu dikatakan olehnya.

"Kalau aku bodoh... Takde makhluk empat ekor tu mati dekat tangan aku..." Selar EL selamba. Masih lagi dengan riaknya tadi.

"Kau ni kan..."

Hayrren meluru ke arah EL lalu kolar kemeja hitam milik EL di cekau kasar. Matanya tajam menikam ke wajah EL yang pamer riak selamba dari tadi.

"Wooo... Wooo... Korang... Dahlah... Jangan gaduh - gaduh..." Hong dan Satish pantas menghampiri kedua - dua sahabat mereka yang tunggu masa sahaja mahu bertumbuk. Cekauan Hayrren di kolar baju EL dileraikan pantas.

"Eh... Kau dengar sini... Aku bagi mampus empat ekor tu ada sebab... Kalau tak sebabkan aku selamatkan budak ni... Hidup budak hancur tau tak..." Matanya tajam menikam wajah Hayrren dan jari telunjuk nya pula lurus mengarah pada Imah yang masih lagi terbaring.

Panas juga hatinya dengan reaksi Hayrren ini.

" Kau tau tak... Benda yang kau buat ni akan buatkan kau jadi macam aku... Kau nak ke jadi macam aku EL..." Tak habis lagi Hayrren membebel.

Dia tabik pada EL kerana dapat menyelamatkan maruah seorang wanita. Tapi yang dibimbangkan sekarang adalah nyawa EL. Dia pasti, Cu takkan tinggal diam. Dan paling dia risau sekarang, kalau benda sampai pada pengetahuan ketua mereka silap hari bulan EL akan dikenakan tindakan. Itu yang paling dia risau!

"Eh, kau dengar sini Herry... Aku tak kisah lah kalau dikenakan tindakan sekali pun... Yang penting... Korang semua selamat..." Sanggah EL.

Dia dah tekad dalam hati. Dia tak kisah asalkan penjenayah kejam macam Cu tu dapat ditewaskan.

"Kau..."

Belum sempat Hayrren menghabiskan ayatnya, tiba - tiba telefon pintarnya berdering. Dia mendengus kasar. Niatnya mahu membasuh EL dibiarkan dulu. Telefon pintar di dalam poket diseluk. Skrin telefon di amati. Panggilan dari abangnya Fay!

Terus panggilan itu dijawab.

"Helo..."

"Helo Herry... Kau datang hospital sekarang... Bah Ngan dengan Zam kena serang..." Tanpa tertangguh, Fay pantas memberitahu. Suaranya sudah tercungap - cungap di talian sebelah.

"Apa??" Melengking suara Hayrren terkejut. Abah dengan Zam kena serang?

Suara melengking nya membuatkan rakan - rakannya pantas menghampiri. Dahi masing - masing berkerut tanda tidak mengerti. Pasti ada sesuatu yang terjadi. Sebab itulah suara Hayrren naik seoktaf.

"Kau datang hospital sekarang..." Tidak lama, talian sebelah sudah dimatikan.

"Apa dah jadi??" Soal Hong tanpa bertangguh.

"Abah Luna dengan Zam kena serang dekat kebun..."

"What??"

"Apa??"

Buntang mata kesemuanya mendengar khabar tidak enak itu.

"Aku nak pergi hospital sekarang..." Ujar Hayrren. Dia sudah mula keluar dari ruang tamu menuju ke luar rumah. Menuju ke arah kereta 4 ×4 milik abangnya.

"Aku ikut..."

Hayrren mengangguk kecil. Perkelahian antara dia dan EL ditolak ke tepi dulu. Yang penting, mereka harus sampai di hospital sekarang.

"Korang tolong jaga kan budak perempuan ni dulu... Aku ikut Hayrren ke hospital..." Sempat lagi EL berpesan pada dua orang sahabatnya yang sedang bersandar pada pintu utama sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam kenderaan 4×4 milik abang Hayrren. Menderum laju kenderaan itu meninggalkan perkarangan homestay mereka.

"Kita pulak kena jaga budak tu..." Rengus Hong.

"Sudahlah Apek... Member suruh jaga... Jaga ajelah..." Satish menepuk perlahan bahu sahabatnya sebelum berlalu menuju salah satu bilik yang di namakan bilik operasi.

"Kau nak pergi mana tu?" Soal Apek Cina bila dilihat Satish menuju ke arah bilik operasi.

"Aku ada benda nak di settle kan..."

Ya... Ada sesuatu yang harus dilakukan sebelum benda ni jadi lebih parah.

"Habis budak ni..." Ayat Hong tergantung bila Satish sudah menghilang di balik pintu bilik.

"Ceh... Tak guna punya member..." Hong mendecit kegeraman. Ada pula tinggalkan aku sorang handle budak perempuan ni!

Yang si EL ni pun satu! Dia yang bawak balik... Aku jugak kena jaga!

Hampeh punya member!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience