"KAU YAKIN ke dengan rancangan kau ni... Luna akan selamat..." Soal EL. Ketika ini dia berada di rumah orang tua Hayrren bersama Hong dan Satish. Manakala Khai dan Zam pula pulang ke markas untuk melaporkan situasi yang mereka alami sekarang di samping mencari maklumat tentang lelaki misteri yang menyerang Luna dan Hayrren tempoh hari.
"Ini aje cara untuk pastikan Luna selamat..."
Dia tahu, lelaki yang menyerang dia dengan Luna tempoh hari adalah orang suruhan Cu. Cuma tempat persembunyian Cu sahaja yang mereka tidak tahu sekarang. Sebab itulah Cu menyasarkan Luna untuk menarik perhatian nya.
"Kau dah bagitau ke family kau... Family Luna?" Soal Hong pula.
"Dah... Aku dah bagitau semua dah... Cuma Luna aje yang masih lagi belum bagitau kata putus..." Ujar Hayrren. Sejak dari hari itu, Luna sering mengelak dan sudah jarang mahu bertandang ke rumahnya.
"Hmm... Aku nak nasihat kan kau pun... Aku tak pandai sangat... Kitorang pun masih bujang lagi... Tapi satu aje yang aku nak pesan dekat kau sekarang..."
Hayrren membetulkan duduknya lalu memandang tekun ke arah wajah EL.
"Perkara nikah kahwin ni... Kau kena bincang dengan Luna secara bersemuka... Kau pun tahu kan macam mana kisah kau dengan dia dulu... Jadi aku cadangkan... Kau pergi lah jumpa dia... Bincang elok - elok... Kahwin bukan semata - mata nak dia selamat aje... Tapi kau kena jaga dia hingga ke hari tua kau nanti... " Panjang lebar EL menasihat.
Hayrren diam bila mendengar nasihat dari rakannya ini.
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh EL itu. Bab nikah kahwin ini jangan di buat main.
" Thanks bro sebab nasihatkan aku... " Ucap Hayrren tulus. Untung dia ada rakan baik seperti mereka bertiga ini.
"Dah... Esok.... Kalau ada masa free... Kau pergi jumpa dia... Bincang elok - elok okay..." Ujar EL. Bahu rakannya di tepuk perlahan.
GARA NASIHAT EL semalam, pagi - pagi lagi dia sudah terpacak dihadapan rumah orang tua Luna. Walaupun keadaan nya masih belum pulih, dia tetap juga gigih mahu menemui Luna.
Dan sekarang wanita ini sudah berada di hadapannya. Mereka berdua ditinggalkan di ruang tamu oleh Puan Mei.
Suasana hening menyelubungi ruang tamu sekarang.
"Kenapa awak beria nak kahwin dengan saya?" Setelah agak lama berdiam diri, barulah Luna bersuara.
Mata menjeling tajam ke wajah Hayrren yang dari tadi tak lepas memandang wajahnya.
"Abang nak Luna selamat... Itu aje..." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Hayrren saat ini. Berat mahu memberitahu apa yang tersirat di dalam hati. Ada lagi benda yang disembunyikan dari pengetahuan ahli keluarga termasuk Luna sekali!
"Nak saya selamat tapi ambil jalan pintas dengan nikah dengan saya... Gitu?" Sembur Luna lagi.
Puas ditanya sebab dan akibat yang menyebabkan lelaki ini mahu mengahwini dirinya tetapi lelaki ini tetap mengunci mulut. Tidak mahu bercerita.
"Please Luna... Terima abang... Dan keselamatan Luna akan terjamin..." Pinta Hayrren bersungguh - sungguh. Berharap sangat Luna penuhi permintaannya.
Luna menghela nafas agak berat. Tidak tahu semenjak dua menjak ni, kehidupan tidak seperti dulu lagi. Nyawanya terasa berada di ambang maut. Ada saja hal - hal yang mencemaskan dirinya. Mujur aje Hayrren sampai tepat pada waktunya.
Dan dia terfikir juga. Benda ini terjadi disebabkan Hayrren selalu bersama dengan dirinya. Apa motif orang itu mahu menghabisi riwayat hidupnya.
Bukan dia sahaja. Keluarga dia dengan keluarga Hayrren juga turut terkena tempiasnya. Sentiasa hidup dalam keatakutan. Abahnya pergi ke ladang getah pun sudah ditemani oleh orang - orang Hayrren. Begitu juga dengan Fay. Tidak termasuk lagi babah Hayrren, abang dan kakak iparnya yang berada di bandar. Menurut mereka, mereka dikawal oleh anggota yang telatih dan ditempatkan di rumah perlindungan oleh pihak polis buat sementara waktu sehingga misi ini selesai.
Dia tidak tahu misi apa yang di jalankan oleh Hayrren dengan geng-gengnya yang lain.
"Baiklah kalau itu yang awak nakkan... Saya ikut... Tapi saya ada satu syarat..." Setelah diberi masa untuk berfikir tadi, akhirnya Luna memberi kata putus.
"Syarat apa?"
Dia tak kisah syarat apa pun yang di suarakan oleh Luna ini asalkan dia dapat menjaga Luna dengan lebih dekat lagi.
"Lepaskan saya bila awak dah rasa saya selamat dari ancaman itu..."
Tergamam Hayrren dengan syarat yang disuarakan oleh Luna itu.
"Apa yang Luna cakap ni... Abang Herry langsung tak faham..." Dia betul - betul tak mengerti dengan syarat yang ditetapkan oleh Luna ini.
"Awak nak saya ulang kali kedua ke syarat saya tadi..." Luna bersuara selamba.
Hayrren menarik nafas dalam - dalam.
"Baiklah... Kalau itu yang Luna nak... Abang akan kotakan... Sebaik sahaja misi ini selesai... Dan Luna pun dalam keadaan selamat... Abang akan melepaskan Luna..." Berat hatinya mahu bersuara tapi demi melihat wanita kesayangannya ini bahagia, dia terpaksa mengikuti syarat yang ditetapkan Luna. Demi untuk menebus kembali dosanya yang lalu.
Luna menguntum senyum saat mendengar jawapan dari Hayrren biarpun dia tahu yang syarat yang ditetapkan ini tidak masuk akal.
"KAMU NI dah kenapa Luna sampaikan letak syarat macam tu... Kepala otak kamu ni kamu letak dekat mana?" Selar Puan Mei sebaik sahaja kelibat Hayrren tiada di rumah ini.
"Bagus apa Luna buat syarat macam tu... Kalau Luna buat syarat yang lagi payah... Yang lebih rumit... Mampu ke dia nak kotakan..." Jawab Luna berani.
"Bab nikah kahwin ni kamu jangan buat main Luna..." Tegur Puan Mei kurang senang.
"Mak... Luna buat syarat macam tu dah cukup baik dah... Itu tak setanding apa yang dia dah buat dekat Luna 8 tahun dulu..."
Rupa - rupanya Luna masih lagi dengan dendamnya itu.
"Luna... Benda tu dah berlalu... Dah 8 tahun dah pun... Hayrren pun dah insaf..."
"Bagi mak... Benda tu dah berlalu... Tapi bagi Luna... Benda tu takkan berlalu dan luka ni akan kekal berparut dalam hati Luna sampai bila - bila... Walaupun dia dah insaf sekalipun..." Bidas Luna.
Dia seboleh - boleh nya tidak mahu berkurang ajar dengan ibunya tetapi bila melibatkan Hayrren, secara tidak sengaja dia telah bersikap sedemikian rupa.
"Suka hati kamulah Luna... Mak ni hanya nasihat kamu mana yang termampu aje... Selebihnya... Kamu fikirlah sendiri... Kamu dah besar... Dah pernah jadi mak orang... Jadi fikirlah apa yang layak untuk kamu ikut..." Usai berkata, dia terus keluar dari bilik anak perempuannya. Tak guna juga dia nasihat lebih - lebih. Hati Luna umpama batu. Keras dan sukar untuk dibentuk.
Luna membungkam saat mendengar ayat terakhir ibunya.
Bukan dia tak boleh berfikir. Dia boleh berfikir. Tapi kenangan silam sentiasa menghantui dirinya. Bayang Hayrren sentiasa mengekori dirinya ke mana sahaja dia pergi. Sebab itulah dia terlalu benci untuk melihat wajah Hayrren walaupun Hayrren sudah berubah seratus peratus.
Tapi Luna lupa satu perkara...
Hatinya yang keras bak kerikil ini akan dilembutkan oleh Tuhan suatu hari nanti. Dan jangan terlalu membenci... Kerana yang kita benci itulah kita akan sayangi separuh mati nanti...
Jangan terlalu membenci... Kelak Tuhan akan membalikkan semula hati kita... Yang yang dibenci itu jugalah yg disayangi separuh mati...
Share this novel